Tidak dinafikan isteri sekarang ini sangat berdikari dan mampu lakukan apa saja. Kadang-kadang, dia senagaja buat tak pandai pun. Nak tahu apa yang akan dikatakan oleh suaminya.
Malah, tak dinafikan, ada para isteri yang memang pandai dalam semua perkara. Kadang-kadang kerja lelaki pun dia boleh buat. Begitulah isteri, suami jangan main-main dengan dia.
Walapun isteri pandai dalam segala hal tapi itu tidak bermakna dia langsung tidak hormati suaminya sebagai ketua keluarga.
Pandai atau hebat macam mana sekali pun seorang isteri, hidupnya tetap memerlukan suami di sisi dalam melengkapkan kehidupan rumahtangga bersama.
Sebenarnya, isteri boleh hidup berdikari dan pandai dengan caranya. Tapi, bila ada suami tiba karaktor boleh berubah dan perkara yang paling mudah pun dia rasa tak mampu nak lakukan.
Boleh saja tapi bila ada suami, mestilah ingin bermanja dan harapkan pertolongan suami. Sekurang-kurangnya, suami akan rasa dia dihormati sebagai ketua keluarga dan tidaklah suami lepas tangan saja.
Jadi, jangan anggap isteri pandai buat semuanya termasuk urus keluarga. Ada perkara tertentu dia tak pandai dan perlukan bantuan suami. Begitulah, perkongsian daripada Mohd Fhais Salim tentang perkara ini.
Saya pelik, sepandai pandai isteri saya ni ada juga benda yang dia tak pandai buat
1. Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh saja pandu sendiri tapi bila sampai nak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2. Dia boleh memasak, basuh pinggan dan sapu-sapu rumah semua tapi sampai tang buang sampah, “abg sampah dah penuh!” Setakat tu saja dia pandai.
3. Dia boleh saja jaga anak sorang-sorang. Mandi, makan, cebuk anak semua tak ada masalah tapi bila sampai anak bergaduh atau mengamuk “abg tolong tegur sikit budak budak ni”
4. Dia boleh saja terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau senda dengan dia tapi bila anak anak tak buat begitu dia cepat sentap. “Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”
Ads
5. Dia pandai saja merancang. “Ok sayang plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baru dan macam macam lagi la” tapi sampai tang bayar dia buat buat tak pandai.
6. Bila anak anak cepat meragam, dia cepat je tahu apa xfaktor dia jadi begitu. Ini mesti tak cukup tidur, mesti dah bosan sangat dan nak main kat luar. Tapi bila sampai tang diri sendiri, “entah la, tak tahu kenapa syg rasa lemau je hari ni”
7. Bila tang sediakan makanan dia jaguh. Rania suka makan ini, aisy suka makan ni, abg suka makan ini, semua dia sediakan. Tapi untuk diri sendiri, “abg tolong carikan …… syg teringin la nak makan”
Bukan Tanda Wanita Tak Pandai
Ini bukan tanda wanita tu tak pandai tapi yang sebenarnya wanita itu pandai ambil hati pasangannya.
Dari buat-buat tak pandai inilah si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Suami isteri saling melengkapi sesama bukan untuk melengkapi satu satu pihak sahaja. Okey!
Ads
#tilljannah
Mingguan Wanita : Memang betul, isteri saja-saja buat tak pandai, barulah dikatakan bekerjasama dan saling melengkapi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Menjaga anak disamping melakukan tugasan kerja-kerja rumah bukanlah perkara yang mudah bagi seorang isteri.Lebih-lebih lagi jika isteri seorang surirumah dan anak pula ramai.Penatnya hanya tuhan yang tahu.
Sebagai suami,cubalah menghargai penat lelah seorang isteri dengan cuba mencari jalan meringankan bebanan isteri. Berilah pujian, ambil perhatian dan turutlah bantu isteri bagi menghargai si isteri yang bertungkus lumus dirumah sejak pagi.
Kaum isteri ini mudah je sebenarnya para suami nak ‘uruskan’ jika faham apa kemahuan dan hasrat hati mereka. Wanita yang bergelar isteri ni ada masa tertentu akan bertindak mendiamkan diri. Tapi harus ingat iya, diam seorang isteri tu bukan tanda maksudnya semua ok! Situasi inilah para suami harus faham dan kena selami maksud di sebalik ‘berdiam diri’ tersebut.
Berikut merupakan nasihat daripada Puan Nurul Ilyani kepada para suami bagi meringankan bebanan isteri.
Isteri Diam Bukan Tanda Semua ‘OK’
“Hari ini saya mahu cerita. Mungkin suara segelintir isteri. Ya mungkin juga bukan suara semua. Dulu, apabila saya penat semua saya cerita dengan suami. Saya membebel dan bercakap pasal semua penat saya. (MEMBEBEL ya. Bukan MELUAHKAN. MELUAHKAN sangat positif. MEMBEBEL negatif. Baca terus hingga perenggan akhir nanti).
Apabila saya mula mendidik anak sepenuh masa, saya pula belajar komunikasi teknik Nabi saw dalam parenting, saya jadi bercakap perkara-perkara yang penting dan bagus saja. Walaupun hari itu saya lalui dengan teruk sekali. Ia bagus supaya minda saya kekal positif. Apabila saya asyik merungut dan menyebut-nyebut perkara negatif, saya akan jadi lebih negatif.
Diam Bukan Bermaksud Semua OK!
Suami, isteri kalau yang pandai kawal emosi mereka banyak diam. Mereka telan dan selesaikan. Semua masalah hiruk pikuk di rumah semua selesai sendiri. Daripada tak dapat makan dengan tertib, mandi dan urus diri dengan sempurna, semua dia diam. Diam dia bukan dia OK dengan semua ini. Diam dia kerana dia mahu kekal POSITIF menjalankan tugas dia sebagai isteri dan ibu.
Suami, tak banyak pun perlu buat. Apabila balik kerja, beli makanan kegemaran dia. Hari-hari pun tak apa. Suami saya selalu beli nescafe ais ikat tepi kegemaran saya walaupun kadang-kadang lupa. Suami kata tak elok. Tapi saya teringin juga 😀 Air sejuk itu buat saya gembira dan kurang penat.
Kalau isteri gemar makan mahal-mahal, dan kalau hari-hari beli pokai juga :D, beli hadiah kecil-kecil yang comel. Di kedai Hinode pun banyak.Suami, apabila balik kerja, nampak isteri sibuk kalut, terus ambil anak-anak, suruh isteri masuk bilik rehat 30 minit, biar urus diri.
Atau kalau anak-anak sudah besar, bawa keluar jalan-jalan. Sekurang-kurangnya dapat isteri tadi bersosial dengan whatsapp group kawan-kawan solehah dia atau buat posting ilmiah di FB. Itu sebagai BOOSTER untuk tenaga dia sampai keesokan hari.
Puji & Ucap Terima Kasih
Suami, apabila balik, tak banyak, sekali puji dan ucap terima kasih. Ya Allah, isteri, sekali tuan-tuan cakap “Terima kasih jaga anak-anak, sayang memang isteri dan ibu yang bagus”. Percayalah walaupun dia macam malu-malu kucing, dalam hati dia macam ada gendang yang dipalu-palu. Gitu.
Suami, apabila malam sudah tenang-tenang, tanya soalan, “Harini sayang okay?, sayang buat apa?” Walaupun tuan-tuan tahu hari-hari buat benda sama. Ya Allah tak tahu kata apa, isteri walaupun dia jawab nak tak nak tapi dia suka. Kalau dia stress masa ini dia luah semua. Ini baru komunikasi positif.
Sebenarnya, isteri mahu rasa diberi perhatian saja. Rasa diambil tahu. Dia bukan minta rumah 10 biji, emas 1 tempayan, dia mahu PERHATIAN, SECURE dan SAYANG.Barulah jadi suami isteri positif, mendidik anak-anak positif, lahir keluarga positif.
Ummu Ilham
(Yang sentiasa mohon Allah jadikan diri yang positif)
Jangan sesekali ambil langkah mudah bila dah tak sayang pasangan kita. Maklumlah apabila bertahun sudah berumah tangga, macam-macam ‘bau’ akan dihidu dan mulalah nampak sisi buruk pasangan kita.
Lagi teruk ada yang berniat nak cari oang baru sebab rasa isteri itu dah tak sehaluan. Tapi masalah sebenarnya betul ke sahaja alasannya?
Kenapa waktu dah ada anak-anak baru hati rasa tak sayang? Sebelum tersalah buat keputusan, renungkan perkongisan Ustaz Ebit Lew ini, moga kalian tidak menjadikan anak-anak mangsa hubungan yang dah retak seribu!
Tetiba Rasa Tak Sayang
Seorang mesej saya… dia kata dia dah tak sayang isterinya.
Saya tanya macam mana boleh tak sayang.
Jawabnya memang dah tak sayang. Kami dah tak sehaluan. Sekarang saya nak hantar dia balik kampung.
Anak berapa orang abang?
Dah 5 ustaz…
Saya sebak terasa sedih…sebab saya tahu disebaliknya ada kisah pengorbanan..masing-masing dah berkorban. Inikan pula seorang wanita yang dah abdikan diri buat suami.
Saya terus mesej dia status fb saya.saya kata abang baca ini dan cuba fahami…lepas tu dia hantar gambar air mata dan kata. Nanti dia nak minta petunjuk Allah..dia kata..Allah..saya salah ustaz.
Bagaimana ada orang boleh tak sayang dan hargai isteri?
Cuba cek bab pakaian jer..Bagi kita lelaki pakaian cuma pakaian. Bagi wanita pakaian ni ada puluhan cabang dan ratusan rantingnya.
Kita sebagai suami bila tak faham kata, sayang nak balik kampung ke nak pindah? Macam Raja semuanya disiapkan. Start kereta dan jalan..cian isteri dah penat-penat uruskan semuanya…patut tolong picit kaki mereka. Urut mereka penat..hee
Isteri diam jer. Dah berhari siapkan pakaian nak balik kampung. Bila sampai kampung suami tanya mana pakaian abang yang ini? Isteri kata tertinggal. Macam mana boleh tertinggal. Hehe..
Suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya tolong bantu cari. Atau paling kurang yang ni nak pakai hari kedua ke sayang. Cukupke baju anak ni.
Pakaian Bagi Seorang Isteri
Erti pakaian buat seorang isteri. Bagi Isteri dah siapkan baju anak mana. Baju ayah mana. Pakaian di rumah. Pakaian berjalan. Pakaian tidur. Jangan anak kena gigit nyamuk lengan panjang pendek, berlubang tak berlubang, warna cerah warna gelap. Hari raya pertama baju apa. Tengah hari raya mana baju anak. Raya kedua mana. Raya ketiga mana. Sama dari tudung sampai stokin. Supaya semua nampak cantik jer..kasut anak. Stokin anak. Tudung anak. Bantal busuk anak-anak. Belum kira bantal suami dan bantal sendiri. Tu belum kira malam raya anak dah try semua baju..ayah kata takperlah biarlah..cian anak tu.
Bila saya tengok ayah saya kemas bajunya dalam beg. Saya rasa nak menangis. Bantu mana yang patut. Tapi tak sama sentuhan seorang isteri atau ibu. Serius kemas baju nak balik kampung pun kena ada seni.
Bila ayah makan seorang diri..saya menangis. Baru saya tahu cinta itu ada kisah disebaliknya. Pengorbanan, cinta dan sayang beliau bercinta dengan ibu saya sehingga hari terakhir hidup ibu saya. Sehingga hari ini… terima kasih Allah atas anugerah itu….terima kasih ayah… terima kasih mak.
Bayangkan anak-anak kita yang kecil..tidaklah salah berpisah. Sikit pun tak salah..cuma kadang-kadang fikirkanlah sejenak anak-anak. Fikirkanlah agama anak-anak kita dalam dunia fitnah ini.
Saya telah lihat anak-anak tanpa mak ayah mereka. Hari-hari saya menangis. Berilah mereka warisan yang hak mereka. Agama dan kasih sayang.
Hargailah abang sementara ada. Dah takde esok takperlah..doakan..tetapi janganlah buang begitu sahaja bila rasa tak sayang..rasa tak perlu.
Hidup ini soal amanah. Itulah harga kita disisi Allah.
Sebab tu dalam hadis Nabi saw orang yang rumahnya dekat dengan rumah Nabi saw ialah orang yang berakhlak dan berbuat baik kepada isteri-ebit lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Minta dikembalikan semula. “Menantu kecewa ibu mentua arah robohkan pintu rumah gara-gara dia inginkan semula pintu yang dia berikan.
Bayangkan pintu yang telah siap dipasang, perlu dirobohkan semula. Terus cacat rumah wanita ini, pasti hatinya sakit dengan sikap ibu mentua hingga membuatkan dia memuatnaik situasi yang berlaku di TikTok.
Minta DiKembalikan Semula
Seorang wanita di Jakarta, Indonesia menjadi perhatian netizen selepas berkongsi kisah dia terpaksa merobohkan pintu rumah kerana diarah oleh ibu mentuanya, lapor laman berita Detik kelmarin.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita berkenaan memberitahu bahawa ibu mentuanya meminta agar pintu itu dikembalikan sedangkan ia merupakan pemberian ibu mentuanya sebelum ini.
Menantu Kecewa
“Ini adalah rumah saya yang terpaksa dirobohkan sebahagiannya kerana ibu mentua menyuruh saya mengembalikan pintu yang dia beri sendiri,” tulis wanita berkenaan pada keterangan video itu.
Tambah wanita tersebut, ketika diberikan pintu itu, dia telah menolak pemberian ibu mentuanya kerana enggan perkara berkenaan menjadi isu dalam keluarga.
Ibu Mentua Arah
“Namun, ibu mentua tetap memaksa saya memasang pintu ini di rumah sedangkan rekaan rumah tidak sesuai dengan pintu itu.
“Sekarang, dia menjerit-jerit seolah-olah saya yang minta dibelikan pintu tersebut,” ujarnya.
Video itu dikongsikan semula di laman Instagram dan menerima pelbagai komen netizen.
“Seburuk-buruk perlakuan mentua, dia ialah ibu kepada suami anda. Jangan sesekali mendedahkan aib rumah tangga atau ibu bapa di media sosial hanya demi mendapatkan simpati ramai,” kata seorang netizen.
“Masalah dengan mentua atau ipar, biar suami yang selesaikan. Jangan bercakap berlebihan kerana sama ada kita di pihak yang benar atau salah, orang akan tetap mencari salah kita,” kata netizen lain.. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kadang-kadang hal rumah tangga perlu diselesaikan baik-baik tanpa melibatkan orang luar. Bila sudah jadi begini, sudah tentu hubungan menantu dan mentua terjejas.