Gambar Hiasan

Isteri buanglah sikap ‘queen control’, belajarlah jadi isteri solehah. Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri semestinya kita mahu menjadi yang terbaik.

Bukan sekadar pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak, isteri juga perlu bijak memainkan peranan dalam memenangi hati suami. Isteri solehah menjadi asas rumah tangga yang bahagia.

Namun bukan satu perkara mudah untuk setiap wanita yang bergelar isteri kerana perlu berhadapan dengan pelbagai ujian setiap hari.

Isteri Buanglah Sikap Queen Control, Belajarlah Jadi Isteri Solehah

Tidak dinafikan bahawa setiap suami inginkan isteri solehah yang bukan sahaja menjadi kekasih di dunia malah ketua bidadari semasa di syurga nanti.

Jadi isteri tak salah jika anda perbaiki dan menjadi isteri solehah yang diidamkan suami. Seperti mana yang dikongsi oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ternyata petua di bawah ini sangat berguna buat golongan wanita.

Ads

Ini 10 Petua Untuk Menjadi Isteri Solehah:

  1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang. Jadilah seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, penasihat, pendengar, pendidik dan paling penting pendoa setiap usaha suami.
  2. Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan syarak. Namun bukan hal yang melibatkan kemungkaran.
  3. Dilarang menunjukkan kelemahan suami terutama di hadapan keluarga dan rakannya. Risau ia akan berpatah balik ke kamu. Simpan aib masing-masing. Pokoknya, rahsia rumahtangga jangan dibawa ke luar.
  4. Dilarang meninggikan suara tanpa sebab kepada suami. Ia tanda kamu tidak sopan dan derhaka.
  5. Jangan bandingkan suami kamu dengan lelaki lain. Contohnya Fattah Amin, Syafiq Kyle atau Tok Abah (gurau je!). Kamu tidak akan pernah tahu perasaan suami kamu bagaimana.
  6. Jangan pisahkan suami kamu dari menyantuni ibunya. Beri dia ruang untuk berkhidmat dan membalas jasa ibunya.
  7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur. Kemaafan dapat menyejukkan hati, menyembuhkan penyakit, menaikkan aura wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
  8. Pastikan kamu meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
  9. Buang sikap queen control. Suamilah yang perlu mengawal rumahtangga. Jika ada perkara yang tidak kamu puas hati sepanjang suami mengatur keluarga, ajaklah berbincang, bukan mengarah.
  10. Masakkan makanan kegemarannya. Sesedap yang boleh. Jika tidak pandai masak. Belajar. Zaman sekarang boleh google je. Air tangan kamu cukup penting untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri.

Banyak lagi cara untuk jadi isteri solehah. Sebenarnya terlalu banyak kebaikan dan mudah nak buat pahala. Moga kamu amalkan sedikit sebanyak petua di atas dan jadilah kamu isteri yang membahagiakan suami di atas muka bumi ini,” luah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Baca Disini : Datuk Prof. Dr. Muhaya & Sharifah Khasif Pesona Ikon Dakwah

Baca Disini : Pesan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Isteri Kena Didik Suami Bantu Buat Kerja Rumah

Ads

Wanita Dibenci Mertua, Suami Bisiklah Telinga Kanan Mak “Abang, Isteri Sayang Sangat! Mak Syurga Kami”

Mingguan Wanita : Nasihat terbaik dari Tok Abah. 

Ads

Sumber  : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI