Istana Gaziantep, bangunan bersejarah berusia 2200 tahun musnah dalam gempa Turkiye.
Kala ini Turkiye sedang menangis dengan ujian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda sejak semalam. Tidak hanya sekali tetapi hampir 20 kali gegaran dilaporkan terjadi sejak semalam.
Angka korban juga telah meningkat sehingga 2600 orang. Turkiye yang sememangnya terkenal antara negara yang menyimpan banyak sejarah dan bangunan unik harus akur bahawa negara mereka berada betul-betul di zon gempa bumi paling aktif di dunia.
Memetik satu perkongsian di fb yang ditulis oleh Syu Aziz, negara ini sebenarnya berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia!
Magnitude berukuran 7.8 yang berselangseli dengan gempa kuat berasingan diramalkan akan terus berlaku disebabkan kedudukan unik Turkiye meletakkannya di persimpangan tiga plat tektonik yang berbeza.
Di utara terletak Plat Eurasia, manakala di selatan adalah Plat Afrika. Tetapi di sebelah timurnya, terletak plat Arab. Dengan plat Arab menolak ke dalam plat Eurasia, betul-betul di seluruh negara, Turkiye menghadapi gempa bumi besar dan merbahaya.
Seluruh negara. Bayangkan negara yang sangat cantik, negara penuh dengan sejarah umat manusia dan runtuhan budaya kuno lama dari zaman Parsi, Macedonia, Rom, Byzantine, Seljuk dan Uthmaniyyah (antara empayar yang wujud) ini menanggung kesan gempa besar dalam dunia.
Plat tektonik bawah yang berada di luar dari perut bumi bergeser dan kadang kala tersekat. Dan apabila dah tak tersekat antara satu sama lain akibat peningkatan tekanan maka satu gelombang tenaga yang sangat besar berbentuk gempa bumi akan berlaku.
Pakar telah lama memberi amaran gempa besar boleh memusnahkan Istanbul yang mempunyai populasi seramai 16 juta orang.
Ekoran gempa semalam, salah satu bangunan bersejarah dan menjadi tumpuan pelancongannya iaitu Istana Gaziantep berusia 2200 turut musnah.
Kubu itu dibina oleh Empayar Hittite sebagai tempat pemerhatian dan kemudiannya dibina menjadi istana utama oleh Empayar Rom di atas sebuah bukit di pusat Gaziantep, Türkiye, pada abad kedua dan ketiga Masihi.
Menurut ahli seismologi Azerbaijan, gegaran susulan gempa hari ini akan dirasai sepanjang bulan ini.
Ads
Jalan raya boleh dilihat retak dan bangunan musnah di bandar itu berikutan gempa bumi maut pada Isnin.
Saksi mata mendakwa bahawa sebanyak 500 bangunan runtuh hanya dalam masa dua minit berikutan gempa itu. Bahkan masjid bersejarah turut musnah. Bahkan satu perkongsian di Tik Tok @straybeautiful memperlihatkan sudah ada haiwan mengeluarkan bunyi lolongan seolah-olah ingin memaklumkan adanya kejadian besar bakal berlaku.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tip kumpul duit mungkin dianggap agak susah, maklum sahaja, bila kumpul ada saja duit yang nak digunakan. Kiranya tak istiqamah dalam simpan duti tabung, mesti ada yang ‘bocor’.
Namun, kalau kita memang niat untuk dapatkan sesuatu, sudah mestinya kita akan lakukan bersungguh-sungguh dalam tip kumpul duit tabung. Nak dapatkan duit secara serentak mungkin boleh menyebabkan kita pula ‘sesak’ pada tengah-tengah bulan
Jadi, Mohd Azrin Roslan, ada beri tip untuk semua dalam mencukupkan duit tabung sebanyak RM200 dalam masa 20 hari. Paling penting, kena buat jadual menabung supaya kita tidak culas.
Kita boleh guna teknik old skool yang masih lagi boleh diterima pakai sehingga hari ini.
Carilah tabung untuk menabung. Buatkan jadual menabung untuk 20 hari.
Saya buat jadual 20 hari bekerja kerana tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.
Setiap hari saya akan simpan duit not merah RM10 atau asing duit sebanyak RM10 ke dalam tabung.
Tanda pada jadual menabung setiap hari dan setiap kali masukkan duit ke dalam tabung.
Kenapa perlu tanda untuk membina momentum menabung. Setiap kali kita melihat progress menabung pada jadual menabung, kita akan rasa lebih bersemangat nak capai jumlah terkumpul RM200 dalam masa 20 hari.
Insya Allah, ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk memaksa diri menabung.
Kena Ada Pantang Larang Menabung
Anggaplah tabung ini sebagai ‘Forgotten Saving’ atau ‘Tabung Bunian’.
Pantang larang menabung. Setiap kali menabung jangan sekali-kali teringin nak intai-intai jumlah terkumpul.
Kalau tidak duit yang terkumpul akan lesap. Ingat tau.
Sekarang ini ramai yang Work From Home (WFH) semasa pelakasanaan PKP.
Duit yang belanja minyak, tol, parking dan makan tak dibelanjakan semasa WFH tentu boleh dimasukkan ke tabung ini.
Bagi yang berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Boleh asingkan duit keuntungan ke dalam tabung ini.
Tak banyak pun asingkan. RM10 saja.
Dalam masa 12 bulan akan terkumpul sebanyak RM2, 400. Inilah hasil usaha menabung secara konsisten.
Semoga kalian dapat menabung dengan jayanya.
Sekarang tak mustahil nak tukar duit tabung yang dikumpul ke dalam bentuk gram emas.
MW: Pantang larang yang patut diamalkan, jangan sesekali intai atau kira duit tabung. Mahunya, bila sekali ambil, akan jadi berkali-kali nanti.
Kata laluan merupakan akses untuk melakukan urusan akaun perbankan, sosial media dan sebagainya. Namun perlu lebih berhati-hati dalam memilih kata laluan dan jangan ambil mudah perkara ini sebab nak senang ingat. Sebaiknya, elakkan menggunakan kata laluan yang sangat mudah untuk diteka seperti ‘Password’, ‘123456’ kerana ia sangat berisiko untuk digodam nanti.
Kajian Syarikat Pengurusan Kata Laluan
Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pengurusan kata laluan, NordPass, mendedahkan beberapa jenis kata laluan daripada nombor yang cukup mudah untuk diteka dan digodam, lapor laman berita Wionews semalam.
Antara kata laluan yang paling kerap digunakan adalah ‘123456’, ‘123456789’, ‘111111’ dan ‘12345’.
Kata laluan daripada perkataan ringkas seperti ‘qwerty’, ‘password’, ‘dragon’ dan ‘money’ juga merupakan antara yang paling kerap digunakan.
Malah, kata laluan ‘password’ merupakan kata laluan kedua paling sering digunakan di Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Teka Kurang 1 Minit
Di India pula, kata laluan paling kerap digunakan adalah ‘password’, ‘12345’, ‘123456’, ‘123456789’, ‘12345678’, ‘india123’, ‘1234567890’, ‘1234567’, ‘qwerty’, ‘abc123’, ‘iloveyou’, ‘xxx’ dan ‘krishna’, yang kesemuanya mengambil masa kurang daripada satu minit untuk diteka.
“Penting untuk memahami bahawa kata laluan merupakan pintu masuk kepada kehidupan digital kita dan memandangkan kita kerap menghabiskan masa dalam talian, adalah penting untuk menjaga keselamatan siber dengan lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NordPass, Jonas Karklys.
NordPass turut menyatakan bahawa seseorang boleh melindungi akaun mereka dengan menggunakan kata laluan yang kompleks, dengan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol dan mengemas kininya dengan kerap.
“Terima Kasih Abang, Nana Akan Jaga Buah Pinggang Ini Sebaik Mungkin”. Rasa bangga sebagai mak ayah dalam membesarkan anak-anak apabila adik beradik saling sayang menyayangi, rela membantu di kala susah dan sanggup berkorban di antara satu sama lain.
“Terima kasih abang sebab abang dermakan buah pinggang abang pada Nana. Nana akan jaga buah pinggang ini sebaik mungkin”
Demikian luahan hiba Maslyana Mohd Yusof, 34, yang lebih mesra disapa Nana selepas menerima buah pinggang yang didermakan abang kandung, Mohd Nazri, 37, melalui satu pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 April lalu.
Pesakit buah pinggang kronik tahap lima itu, kini seperti mendapatkan ‘kehidupan’ baharu dengan pengorbanan dan kasih sayang seorang abang yang tidak sanggup melihat adiknya menderita dan menjalani rawatan dialisis seumur hidupnya.
Lebih meruntun hati, niat murni Mohd Nazri yang mahu mendermakan buah pinggangnya kepada Nana tetap diteruskan selepas lelaki itu kembali pulih daripada menjalani pembedahan membuang tumor dalam jantungnya pada 2019.
Pesakit Buah Pinggang Sejak 2017
Berkongsi kisahnya, Nana yang juga ibu tunggal kepada dua anak lelaki itu berkata, dia disahkan sebagai pesakit buah pinggang sejak Oktober 2017 ketika sedang hamil anak ketiganya.
Menurutnya, sebulan selepas itu, dia menjalani dialisis, namun bayinya meninggal dunia ketika kandungan berusia 21 minggu pada hari kedua dia menjalani rawatan berkenaan.
“Abang beritahu mahu mendermakan sebelah buah pinggangnya sejak 2018, demi masa depan saya dan anak. Jika saya menjalani pembedahan buah pinggang saya sudah tidak perlu menjalani dialisis dan dapat menjalani kehidupan normal.
“Kami kemudiannya menjalani beberapa prosedur dan pemeriksaan berkaitan dan dimaklumkan buah pinggang sepadan sepenuhnya seperti kembar seiras,” katanya yang menetap di Kampung Ladang Semabok, Melaka.
Abang Mempunyai Tumor Di Jantung
Bagaimanapun, dua beradik itu diuji apabila Mohd Nazri disahkan mempunyai tumor pada jantungnya sebelum lelaki itu menjalani pembedahan membuang tumor di Institut Jantung Negara (IJN).
Katanya, selepas kembali pulih, abangnya tetap meneruskan niat mendermakan buah pinggang sebelum mereka menjalani pemeriksaan semula.
“Kami dimaklumkan pembedahan itu juga berisiko antaranya risiko kematian tiga peratus, pendarahan dan ada juga yang buat transplan buah pinggang tetapi organ itu tidak berfungsi pada penerima.
“Tetapi abang tetap teruskan niat murni dia yang membuatkan saya terharu sangat. Alhamdulillah, setakat ini keadaan kami baik dan doktor beritahu pembedahan itu amat berjaya tetapi saya masih perlu makan ubat anti penolakan untuk kekalkan penerimaan badan pada buah pinggang itu,” kata Penolong Guru Tabika Perpaduan itu.
Pengorbanan Abang, Sinar Baru Kehidupan
Katanya, dia anak bongsu daripada tiga beradik dan hubungan mereka sangat rapat, malah dia turut mengakui pengorbanan abang kesayangannya itu membawa sinar baru dalam hidupnya dan anak.
“Saya menitiskan air mata ketika membuang air kecil dengan banyak selepas pembedahan itu kerana sebelum ini urin saya hanya setitik dua saja.
“Bacaan ‘creatinine’ saya menurun daripada 1,000 ke 68 dan semua makanan sudah boleh dimakan tanpa rasa takut selain saya juga boleh minum air lebih kerana sebelum ini hanya boleh minum 500 mililiter sehari.
“Terima kasih abang, kini buah pinggang kiri abang berada di pinggang kanan saya. Rezeki saya dapat abang dan keluarga yang sangat baik,” katanya.
Luluh Lihat Keadaan Adik
Sementara itu, Mohd Nazri berkata, hatinya luluh setiap kali melihat keadaan adiknya yang lemah selepas membuat rawatan dialisis, malah terpaksa mengehadkan pergerakan serta menahan keinginan untuk minum dan makan setiap hari.
“Adik melakukan dialisis tiga kali seminggu dan selepas itu dia berasa tidak sihat dan akan rehat atau tidur hingga esok pagi sehingga adik tiada masa bersama anaknya dan keluarga.
“Saya juga mula mencari dan membaca maklumat berkaitan transplan buah pinggang dan mulanya adik tak mahu mungkin dia bimbang keadaan saya.
“Malah ibu dan kakak juga berbelah bahagi dengan hasrat itu kerana ia berisiko tetapi selepas dipujuk mereka menerimanya,” katanya.
Kasih Sayang Seorang Abang
Penolong pengurus sumber manusia itu berkata, tiada apa yang melegakannya apabila pembedahan berjalan dilakukan dan mengakui ia dilakukan atas kasih sayang seorang abang kerana Allah SWT.
“Kami tiga beradik memang rapat, ayah kami sudah meninggal dunia sejak saya berusia empat tahun dan kami memang selalu bersama jadi saya mahu buat sesuatu untuk adik supaya dia kembali sihat.
“Saya bersyukur pembedahan berjalan lancar dan awal daripada jangkaan kerana sebelum ini saya diberitahu saluran arteri (di bahagian buah pinggang) agak pendek dan mungkin mengambil lebih sedikit masa. Kami kini dalam proses pulih,” katanya.
Mingguan Wanita: Mulianya hati abang, sanggup berkorban demi masa depan dan kesihatan adik tersayang. Semoga adik beradik ini terus diberikan kesihatan yang baik.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.