Biasanya kalau beli ayam seekor, bahagian isi atau dada lah yang selalunya paling ‘tak laku’. Takde siapa yang nak makan bahagian isi ayam ni. Nak bagi habis licin bahagian ni, sebenarnya mak-mak boleh cuba resipi simple Ayam Halia.Memang sedap, bahan-bahan tak banya dan mudah disediakan.Bila masak sendiri puas hati makan.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fdlah Ilaini.
Isi ayam tak laku tapi bila masak gini licin habis makan anak beranak.
Resepi #ayamhalia
Bahan-Bahan Diperlukan:
Isi Ayam
Sos Tiram
Serbuk Lada Hitam
Tepung Jagung
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Daun Bawang
*Dalam botol tu bukan mayonis ye tapi tepung jagung.
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak tumis bawang putih dah garing masuk cili, bawang merah dan halia. Kacau sampai layu sakit.
2. Masukkan isi ayam kacau bagi rata.
3. Masukkan sedikit air dan serbuk lada hitam.
Ads
4. Masukkan pula sedikit sos tiram.
5. Masukkan sedikit lagi air biar mendidih dan rasakan garam. Dah secukup rasa semua masuk bancuhan air tepung jagung, ikut pekat mana kita nak.
6. Akhir sekali masuk daun bawang hiris tadi siap masak sedia dihidang.
Ads
Kalau makan dekat foodcourt macam ni dah RM8 ke atas harganya. Ayam ada la 4,5 hiris yang halus. Bila masak sendiri puas makan.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Ayam Halia ni. Jadi kalau stok dada atau isi ayam banyak di rumah tu, boleh buat resepi yang dikongsikan ni. Pasti laku, dan sekejap je licin.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Kepak Ayam memang ada peminatnya yang terdiri. Nak masak kepak ayam yang sedap, rasanya manis-manis pedas ada caranya. Sesuai sangat buat waktu makan-makan ramai-ramai. Ikut resipi ni, memang cepat licin, boleh habis sekelip mata.
Boleh cuba resipi Ayam Manis-Manis Pedas oleh Puan Victoria Van Bennekumini sebagai rujukan.
Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.
Kepak Ayam Manis Pedas
Bahan-Bahan:
1 kg kepak ayam
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4.Pertama, pada suhu 150°C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200°C hingga keperangan dan rangup lebih kurang 10 – 20 minit.
Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing.
Mingguan Wanita: Jika nak buat makan-makan, boleh buat resipi kepak ayam manis-manis pedas. Memang lebih sedap, lebih sihat dan sekejap je habis nanti.
Jadi seorang mak dan isteri, memang seronok apabila dapat menyediakan menu yang ringkas untuk anak-anak dan suami.Walau sibuk macam mana pun, sekurang-kurangnya dapat menyediakan satu hidangan buat keluarga setiap hari pun jadilah. Masakan ibu dan isteri merupakan pengikat kasih sayang dalam keluarga.
Setelah hampir 2 bulan melalui tempoh berpantang, pelakon dan pengacara wanita, Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir,32 kembali ‘beraksi’ di dapur menyediakan hidangan buat keluarga.
Diana telah melahirkan anak lelaki Muhammad Khalid pada November lepas setelah dikurniakan dua orang puteri Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadijah Azzehra,2.
Menerusi perkongsian di Instagram pengacara wanita ini, Diana Amir ada berkongsi gambar dan resipi pancake yang cukup simple namun sedap yang kini menjadi menu sarapan pagi dirinya setiap hari.Malah Diana juga berhasrat untuk buat menu waffle pula nanti.
Berikut perkongsian resipi pancake tersebut;
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
3-4 sudu besar gula
secubit garam
4 sudu kecil baking powder
2 cawan Susu full cream
2 sudu besar Susu pekat manis
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
4 sudu besar mentega
Cara Membuat:
1.Kacau sebati semua bahan-bahan kecuali mentega.
2.Letak mentega pada acuan pancake atau kuali nonstick dan biarkan masak.
Boleh dinikmati bersama sirap strawberi / nutella / madu / pisang atau berries segar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!