Insan tersayang hilang sekelip mata, sememangnya cukup pilu dan menghiris hati. Kehilangan insan tersayang akibat Covid-19 memberi kesan mendalam terutamanya pada emosi. Namun ahli keluarga perlu menerima takdir dan hakikat kehilangan orang tersayang.
Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin seperti mana yang diketahui umum telah kehilangan insan tersayang. Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, Nora sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff Johan pula menyusul Ilahi.
Kesedihan yang dirasai oleh ibu tunggal ini berganda namun dia cukup kuat menempuhi hari-hari yang mendatang. Menerusi pengalaman tersebut, Nora telah berkongsi kata-kata semangat buat mereka yang sedang menghadapi ujian kematian dan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata apatah lagi disebabkan wabak Covid-19.
Insan Tersayang Hilang Sekelip Mata
Menerusi perkongsi sebuah video menerusi akaun Instagramnya, Nora berharap mereka yang berhadapan dengan ujian ini agar sabar dan reda.
“SABAR & REDA
“Allahuakbar, seminggu ini ramai yang minta saya bagi kata-kata semangat buat mereka yang sedang menghadapi ujian kematian dan kehilangan dalam sekelip mata sekarang ini.
“Ramai yang meninggal akibat Covid-19 dan sebagainya.
“Ramai yang terlalu sedih untuk menghadapinya. Video ini saya titipkan utk semua. Saya hanya dapat berkongsi pengalaman sahaja.
Moga Beri Semangat & Manfaat
“Sabar dan redhakanlah pemergian mereka yang telah pergi mendahului kita. Moga sedikit kata-kata ini dapat memberi semangat dan manfaat buat mereka yang memerlukan,” ungkap Nora.
Faham dan tahu peritnya yang kehilangan orang tersayang
“Bukan mudah namun hanya sabar dan reda saja dapat menenangkan kita. Terutamanya pada anak-anak yang kehilangan ibu bapa, sekelip mata jadi anak yatim piatu.
“Bayangkan keperitan mereka nak membesar tanpa ibu dan ayah.
“Pada isteri kehilangan suami dan suami yang kehilangan suami. Ketahuilah Allah sedang menguji kita, jagalah amanah yang ditinggalkan. Anak-anak yang ditinggalkan, pegang amanah dan jaga betul-betul.
“Saya selalu membayangkan kalau arwah melihat saya dan anak-anak. Saya pasti arwah tak nak kita bersedih dan mahu kita lakukan yang terbaik.
“Insan yang pergi usahlah terlalu ditangisi, yang ada janganlah terlalu gembira. Kerana hari ini hari orang, hari esok mungkin hari kita, hari ini orang ambil orang yang kita sayang esok lusa hari kita. Siapkan diri menghadapi ajal kita, tak tahu kan, insyaAllah sentiasa berdoa yang terbaik.
“Hanya sabar dan reda buatkan diri kita tenang. Segala yang berlaku adalah ketentuan qada dan qadar Allah. Kita sama-sama berdoa. Sabar menghadapi segala ujian Allah,” nasihat Nora.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Datuk Nora Ariffin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada sesetengah anak kecil suka tidur malam dengan pasang lampu dan tanpa ambil tahu risikonya, mak ayah ikutkan kehendak anak dan akhirnya jadi tabiat!
Rutin ini sebenarnya tak bagus, boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang. Malah ia juga boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya. Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Cegah penyakit seperti kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya isu kegagalan komitmen pemberian nafkah pada anak-anak, bukan sahaja berlaku pada orang kebanyakan malah turut melibatkan selebriti antarabangsa, bekas pasangan romantis Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Terbaru, Angelina Jolie menuduh Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak mereka di tengah perceraian panjang bekas pasangan terkenal Hollywood itu. Peguam kepada aktres berusia 43 tahun itu mendakwa semalam, aktor berusia 54 tahun itu tidak membayar nafkah ‘relevan’ anak mereka selama 18 bulan, menurut dokumen mahkamah dilihat laman web DailyMail.com.
“Sehingga sekarang, Pitt belum membayar wang nafkah anak sejak mereka berpisah,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean.
Aktres tersebut mendakwa, suami ketiganya itu gagal memenuhi kewajipan kewangan dan menuntut mahkamah memaksanya menjelaskan bayaran.
“Oleh kerana perkiraan tidak rasmi berhubung pembayaran perbelanjaan anak-anak gagal dipenuhi Pitt selama setahun setengah, Jolie bercadang memfailkan satu arahan sekatan (RFO) bagi mengaktifkan arahan nafkah anak,” kata dokumen itu.
Beliau meminta hakim menguruskan satu pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan. Sokongan ‘relevan’ tidak dijelaskan dalam tuntutan itu dan pasukan Pitt belum menjawab secara rasmi. Sumber Pitt yang biasa dengan situasi itu memberi bayangan kepada Dailymail.com, aktor berkenaan kemungkinan menentang dakwaan, mengulas: “Brad sentiasa memenuhi komitmennya.”
Dokumen itu juga menuntut perceraian mereka dimuktamadkan tahun ini, dengan Jolie dilihat tergesa-gesa mahu menamatkan hubungan mereka.
Kekayaan bersih Jolie dianggarkan AS$160 juta (RM652.40 juta), menurut Celebrity Net Worth dan pada 2014, beliau berada pada kedudukan ke-74 selebriti dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes manakala Pitt diisytiharkan memiliki kekayaan bersih AS$240 juta (RM978.59 juta).
Perpisahan mengejutkan mereka diumumkan dua tahun lalu apabila Jolie memfailkan perceraian pada September 2016, memetik tiada persefahaman. Keputusan diambil di tengah dakwaan Pitt berkasar dengan seorang daripada anak mereka dalam pesawat peribadi namun dibebaskan daripada salah laku.
Enggan Bayar Nafkah Anak
Menerusi laporan sebelum ini, perbalahan antara pasangan pelakon Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin memuncak apabila Pitt dilaporkan enggan membayar nafkah anak sebanyak AS$100,000 (RM442,000) kepada bekas isterinya itu. Menurut sumber, Pitt tiada masalah menjaga enam anak mereka, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox, tetapi tidak akan membayar nafkah anak kepada Jolie.
Sumber berkata, AS$250,000 (RM1.1 juta) akan dimasukkan ke dalam tabung amanah setiap seorang anak mereka setiap tahun, yang dihadkan AS$5 juta (RM22 juta).
“Itu merangkumi semua perbelanjaan anak mereka selain mewujudkan tabung amanah bagi setiap seorang kanak-kanak itu,” kata sumber kepada majalah In Touch.
Jolie pula dikatakan berharap perceraian dapat dipercepatkan dalam masa 90 hari.
“Angie mahu perceraian mereka rasmi dalam masa 90 hari, termasuk hak penjagaan dan harta sepencarian.Namun dengan apa yang dimintanya, ia mungkin sukar. Beliau membuat tuntutan kewangan tidak masuk akal,” kata sumber.
Jolie dan Ptt mengejutkan dunia apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 19 September 2016, memohon hak penjagaan tunggal enam anak mereka.
Moga semuanya dapat mencapai persetujuan bersama dan dapat diselesaikan dengan baik. Buat suami yang bergelar ayah, walaupun telah berlaku penceraian dengan isteri dan terputus hubungan namun perlu ingat kewajipan nafkah anak-anak tetap perlu diteruskan dan merupakan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Ternyata Allah lebih menyayangi Nurafiamikayla, tempoh tiga tahun tentu dirasakan terlalu singkat apabila anak yang dibelai sepanjang masa kini sudah tiada di depan mata.
Perkongsian pengguna TikTok, melissajefri iaitu ibu kepada arwah adik Afia meruntun hati semua orang apatah lagi melihat wajah comel yang tidak berdosa ini akhirnya pergi buat selamanya setelah mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan.
Afia Tinggalkan Ibu
Menurut ibunya, arwah mempunyai masalah saluran jantung sempit dan terbalik sejak dilahirkan lagi. Namun siapa sangka, walaupun pembedahan yang dilaluinya berjalan lancar.
Tetapi ternyata Allah lebih sayangkan dia dan tanggal 16 Julai yang lalu, adik Afia pergi buat selamanya. Benarlah, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita sebagai hamba-Nya harus reda dengan Ketentuan-Nya.
Apa yang membuatkan hati semua orang lebih tersentuh apabila anak kecil ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Terima Kasih Allah
Rata-rata netizen mendoakan agar ibu dan ayah Adik Afia kuat menerima takdir ini. Sesungguhnya kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah ditelan oleh ibu bapa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mingguan Wanita : Salam takziah dan semoga ibu dan ayah Adik Afia terus kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa Afia di sisi. Al-Fatihah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...