Bagi yang suka makan kudapan seperti Kuih Sira Gunting Pedas, ada caranya agar kuih ini rangup, tak lemau, tahan lama dan elok cantik berkilat. Cara membuatnya nya pulak cukup mudah barulah kuihnya tak lembik mahupun terlalu keras.
Boleh ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Bunga Lara ini;
Baru siap kuih gunting sira pedas. Tunggu sejuk sat gi masuk botol.Ada yang nak resepi daq? Ke akak-akak memang dah pro buat kuih nie.
KUIH GUNTING SIRA PEDAS
Bahan-Bahan:
2 Cawan Penuh Tepung Gandum (Cawan Kopi)
3 Sudu Minyak Masak (Panaskan dulu)
Air sejuk peti ais Ikut bancuhan (saya tak sukat main agak-agak doh tak lekat kat tangan tu kira ok dah)
Garam dibancuh dengan 2 sudu air (Agak-agak la ye)
Cara Membuat:
1.Panaskan 3 sudu besar minyak, kemudian tuang dalam tepung tadi,ramas hingga jadi serbuk roti.
2.Curahkan air garam tadi & Air sejuk uli sehingga menjadi doh. Adunan jangan terlalu lembik agak-agak tak lekat dekat tangan tu kira ok dah.
3.Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canaikan nipis-nipis sambil taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat.
Ads
4. Dah siap bolehlah digoreng dengan api sederhana besar.
*Tips Ekstra!
Canai nipis-nipis tau,kalau tak nanti kuih kita keras takut gigi boleh patah.
Jangan lupa tabur tepung setiap kali mencanai!
SAMBAL SIRA
Bahan-Bahan:
2 ulas Bawang putih (tumbuk halus)
Cili kisar (ikut pedas yang kita nak)
15 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
2 Sudu kecil Cuka makan
1 sudu besar madu (optional tak nak pun tak pe)
Cara Membuat:
Tumis bawang putih bersama minyak dalam 1 Senduk kecil.
2. Masukkan cili kisar ikut tahap pedas yang kita nak, kacau sehingga agak masak.
Ads
3. Masukkan cuka,gula,garam,madu tadi. Kacau sehingga ia benar-benar masak & pekat likat.
4. Guna api yang sederhana sahaja.Rasa sambal tadi apa yg kurang boleh tambah.
5. Agak-agak sambal dah mula memekat, buangkan lebihan minyak sambal tadi,kemudian kacau seketika,padamkan api.
6. Ambil kuih gunting yang dah siap digoreng tadi sira bagi gaul rata.Tunggu sejuk baru masuk dalam botol.
Ads
Tips:
Gula memang kena lebih supaya kuih kita tidak lemau dan tahan lama.
Masa menumis minyak kena lebih barulah cili masak sempurna.
Minyak lebihan kena buang kalau tak nanti kuih jadi lembik.
MW: Jadi kalau nak cuba buat sendiri Kuih Sira Gunting Pedas ini boleh ikut resipi dan tips yang dikongsikan. Barulah, ia rangup, tak lemau, tahan lama dan elok cantik berkilat.
Sumber: Bunga Lara
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam jenis sambal belacan yang ada.Namun yang paling penting rasa mestilah sedap secukup rasa, makan tak sakit perut sebab cili mentah dan paling penting ia mampu bertahan lama.
Bagi penggemar sambal belacan dan setiap kali makan mesti nak ada sambal, elok cuba resipi yang dikongsikan oleh Afni Abdurahar ini.
Menurut wanita ini, sambal belacan ini dipelajari daripada maknya, malah lagi sedap digoreng dulu dan sambal tahan lebih lama. Jadi bolehlah buat stok banyak-banyak dan boleh makan bila-bila masa.
Berikut perkongsian tersebut;
“Dari zaman bujang sampai anak dah 3 masih setia dengan sambal belacan ni…memang terbaik la sambal mak ajar ni”
Bahan-Bahan:
Tomato
cili api
lada merah
belacan (Belacan agak-agak je jangan banyak sangat nanti rasa belacan lebih pulak)
Cara Membuat:
1. Basuh bahan-bahan tersebut dan toskan.
2. Goreng bahan-bahan tersebut secara berasingan. Goreng tomato dulu, kemudian lada merah, cili padi dan akhir sekali baru goreng belacan.
3. Dah goreng semua blend jadi gini letak minyak sikit (blend kejap je tau hanya untuk bagi bahan-bahan pecah macma dalam gambar tu).
4.Tumis balik bahan yang dah di blend tadi (guna minyak yang sama waktu menggoreng bahan-bahan).
5. Perasakan garam gula…saya tambah cili dan tomato (buang tengah) masukkan sekali dengan sambal tumis tadi..rasa da okay boleh matikan api.
6.Siap! makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah tambah nasi tau.
Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya resipi sambal belacan ni. Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam memang boleh bertambah-tambah.
Sesekali nak tukar selera untuk keluarga, boleh cuba masak Mee Kari Ipoh yang paling simple tapi cukup sedap ni. Walaupun namanya Mi Kari tapi rasa dan kuahnya tak sama seperti Mi Kari biasa. Istimewanya ia menggunakan ikan bilis tamban. Malah rasanya cukup sedap dan paling penting tak muak.
Nak tahu macam mana rasanya, boleh cuba resipi Mi Kari Ipoh yang dikongsikan oleh Puan Nor Azaliza Tarmizi ini.
Kalau orang Perak mesti tau beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh.Kuahnya tak sama macam Mi Kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban.Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan je.Sedap dan tak muak.Cikgu Liza kongsikan resepinya kepada kawan-kawan yang ingin mencuba.
Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza
200gm ikan bilis tamban(rebus dengan 3 liter air…toskan…simpan air rebusan…ikannya dikisar halus)
8 sudu makan rempah kari daging
*3 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
5-6 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai dititik
2 batang akar daun sup diketuk
3 tangkai daun kari
1 ketul kiub ikan bilis(optional)
500gm santan
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
500gm tauhu pong dipotong 4
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1.Kisar bahan bertanda (*).
2.Tumis bahan kisar,kayu manis,bunga lawang,pelaga,serai dan daun kari hingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.
4.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan ikan tamban kisar.Kacau rata.
6.Kemudian masukkan air rebusan,akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.
7.Masukkan santan dan tauhu pong.Kacau rata dan sebati.
8.Perasakan dengan garam gula secukup rasa.Biarkan mendidih.
*Sedia dihidangkan dengan mi kuning,kuetiau @ bihun bersama bebola ikan,kek ikan,taugeh,daun sup dan daun bawang.
MW:Bagi mak-mak penggemar Mi Kari boleh cuba resipi Mi Kari Ipoh yang dikongsikan ini.Rupanya kuahnya tak sama seperti Mi Kari biasa dan gunakan Ikan Bilis Tamban. Rasanya pula pastinya lebih sedap dan tak muak!
Ada macam-macam jenis resipi bubur yang mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak untuk minum petang hujung minggu ni.Salah satu yang lain daripada lain ialah’Bubur Tiub Basikal’ yang menggunakan Makaroni. Pertama kali hakak jumpa resipi ini.Sebab selalunya buat makaaroni goreng je. Ia dikongsikan oleh Puan AmiEra Farhann Johan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Petang-petang yang dingin ni perut asyik mendidih je.Laju-laju masuk dapur buat bubur tiub basikal ni.Sedap lazat nikmat tak terkata.. haha.. ada yang pernah makan bubur ni? Ke tak pernah tahu wujudnya bubur guna makaroni ni. Hehe..
Ramai yang tanya resepi, disini saya sertakan resepi.Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pandai-pandai la adjust bahan tu bagi lebih ye.
RESEPI BUBUR MAKARONI A.K.A BUBUR TIUB BASIKAL
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Makaroni
4 sudu sagu
1 kotak kecil santan KARA
4 helaidaun pandan
1 ketul gula merah (bulat punya) + 5 sudu gula biasa – ikut tahap nak manis macam mana
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung jagung
air agak-agak nak kuah banyak mana jangan terlajak air sudah nanti kuah tak pekat pula.
Cara Membuat:
1.Panaskan air, rebus makaroni sekejap dulu sampai mendidih kemudian tapis lalukan dengan air paip.
2.Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan.
3.Masukkan pula bancuhan tepung jagung, makaroni.Kacau-kacau sampai agak makaroni dan santan masak.Guna api perlahan je, adjust sampai cukup rasa manis dan lemak.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.