Ada cara mudah rupanya mak-mak boleh buat puding karamel mudahyang sedap tak perlu guna telur dan tak perlu dikukus. Bukan apa, puding karamel yang menggunakan telur jika salah cara buatnya boleh menyebabkan puding tersebut berbau hanyir malah teksturnya pun berlubang-lubang setelah dikukus.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Mimiey Zuhaa ni cukup senang, puding karamel mudah, nampak cantik, permukaannya licin malah tak gunakan telur langsung serta tak perlu dikukus.
Puding Karamel Mudah Tanpa Telur
Berikut antara perkongsian resipi beliau;
Ads
“Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.So boleh la cuba resepi ni nanti.Yang tak boleh makan mesti boleh makan , budak-budak pun suka.”
Bahan Gula Karamel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan-Bahan Puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula (nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Ads
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.Biarkan ia larut dan tidak berketul.
3.Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
4.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
5.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul-betul adunan puding jadi keras.
6.Bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk-sejuk.
Ads
Siap puding karamel mudah, sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang.
Pandangan yang agak berbeza, ada mak-mak kata bayi boleh makan ikan bilis dan ada juga yang memang melarang keras bayi comelnya ambil bilis. Jadi sebenarnya ikan bilis itu boleh dimakan bayi atau tidak ya?
Haaa… di sini ada jawapannya, jemput gali ilmu daripada Puan Amalina Mohd Daud ini…
Sekarang ni tak berenti orang berkata. Kejap boleh bagi ikan bilis, kejap tak boleh. Katanya no salt dan no sugar. Jadi kenapa pilih ikan bilis. Kan ada garam. Jadi saya terpanggil untuk buat kupasan secara ilmiah. Harap dapat membantu.
Pemprosesan Ikan Bilis
Di sesetengah negara bilis di makan begitu sahaja fresh tidak di keringkan. Jadi lepas tangkap mereka terus freeze je bilis.
Namun, untuk memastikan bilis boleh tahan lama ia dipreserve kan dengan
1. Ditinkan dalam #oil –> ni saya belum pernah jumpa. Mungkin sebab kurang familiar. Saya agak macam tuna chunk dalam brine atau oil tu kut.
2. Digaram dan dikeringkan –> Ini paling selalu jumpa
Bilis digaramkan dengan garam pada ratio garam:bilis = 1:4 semalaman. Kemudian dipresskan dalam kotak kayu pada suhu bilik selama 2 bulan. Proses ini masih mengekalkan nutrisi bilis dan selamat untuk dimakan berdasarkan kiraan bacteria yang sedikit. (Pubmed research).
Khasiat Ikan Bilis
Bilis sangat berkhasiat. Ia adalah makanan yang baik untuk pertumbuhan otak berdasarkan kandungan omega 3. Jika tulang bilis tidak dibuang, bilis mempunyai kandungan protein dan zat besi yang tinggi.
Namun isunya di sini bolehkah bilis / serbuk bilis diberi pada bayi kurang 2 tahun? Kerana kebanyakan bilis yang kita temui adalah dari jenis dikering dan digaramkan.
Paling ideal sekali, pilih bilis yang fresh. Pilihan pertama di mana bilis difrozenkan dan dibawa ke pelanggan. Namun harganya agak mahal kerana kos tinggi diperlukan untuk menjaga cold chain.
Kedua paling ideal, pilih bilis yang direndam dalam oil. Bila membeli, toskan dan rendamkan bilis pada susu. Kos pun tinggi.
Dan pilihan yang paling praktikal adalah makan bilis kering yang selalu kita jumpa. Boleh sebenarnya nak beri bayi makan bilis kering.
Namun, pilih bilis dari kualiti yang tinggi. Bilis kualiti tinggi mempunyai kandungan garam yang lebih rendah. Dan pastikan bilis itu #direndam air dan ditukar tukar air sampai bilis tidak terasa masin.
Rendaman dalam air melarutkan garam di dalam bilis dipanggil proses diffusion. Sebab tu kena rendam dan tukar air berulang kali sampai tak terasa masin airnya. Bererti kandungan garam sudah hilang.
Cara Nak Bagi Ikan Bilis
Sangai tanpa minyak di atas api dan jadikan ia serbuk.
Atau boleh beli serbuk bilis di pasaran. Namun pastikan mereka mengambil bilis dari gred yang tinggi. Pastikan mereka rendam dan tukar air banyak kali.
Mungkin mindset kena ubah. Bilis bukan dibeli sebagai penambah rasa pada makanan bayi. Bilis kita beri pada bayi kurang 2 tahun kerana khasiatnya. Sumber omega 3 yang MURAH. Sumber protein, kalsium dan zat besi yang sangat tinggi.
IKan bilis selamat untuk bayi jika dari kualiti yang tinggi dan direndam banyak kali untuk hilangkan masinnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali berkunjung ke rumah saudara mara mahupun sesiapa sahaja, sebagai mak ayah kena selalu perhatikan tingkah laku anak-anak. Apatah lagi anak-anak yang sedang membesar. Insiden ‘terpecahkan’ atau merosakkan barang-barang berharga di rumah mungkin boleh terjadi.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita dianggap mengambil mudah dengan harta orang lain. Ia susulan tindakan nya memuat naik hantaran meluahkan rasa tidak puas hati terhadap adik iparnya gara-gara insiden yang berlaku di rumahnya.
Menurutnya, adik iparnya itu telah bermasam muka selepas anak wanita tersebut secara tidak sengaja telah merosakkan sebiji cawan di dalam rumahnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, wanita itu memberitahu dia dan keluarga telah berkunjung ke rumah adik iparnya baru-baru ini. Difahamkan, anak wanita terbabit telah membuatkan sebiji cawan pecah secara tidak sengaja semasa mengambil air di dapur.
Anggap Adik Ipar Ambil Kesempatan
Apa yang membuatnya marah dan tidak berpuas hati ialah apabila adik iparnya itu kemudian meminta wanita itu untuk membayar ganti rugi kira-kira RM200-RM300. Mendengarkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayarnya, dia menganggap adik iparnya sengaja cuba mengambil kesempatan di atas kejadian yang berlaku.
Namun perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai apatah lagi melihat harga sebenar cawan yang dipecahkan itu.
Berdasarkan tinjauan, harga bagi segelas cawan tersebut bukanlah murah kerana ia sememangnya dari jenama mahal dan koleksi terhad.
Ramai turut menyelar tindakan wanita itu yang berkira untuk membayar ganti rugi tersebut malah siap memuat naik hantaran itu di Twitter. Sedangkan wanita itu berada di pihak yang salah kerana tidak mengawal anaknya dari merosakkan harta benda milik tuan rumah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Tahniah buat penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, yang telah berkongsi nama anak sulungnya Bintang Aiko bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.
Tuju dan Loca B pada Oktober lalu mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka kerana lebih selesa bercakap soal kerjaya sahaja.
Bintang Aiko, Loca B Berpantang Di Rumah
Perkhabaran itu dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
“Nama anak saya Bintang Aiko.
“Alhamdulillah, Loca B sekarang sedang berpantang di rumah. Bagaimanapun, selama dua minggu ini saya tidak dapat bersama anak yang baru lahir itu kerana kuarantin,” kongsi Tuju.
Keputusan Ujian Calitan Negatif
Difahamkan ketika ini, Tuju sedang dalam proses kuarantin diri selama 14 hari, meskipun ujian swab yang dilakukan Ahad lalu menunjukkan keputusan negatif.
“Selama 14 hari ini saya hanya kuarantin diri di rumah. Sepanjang tempoh itu saya akan meluangkan masa dengan buat lagu.
“Buat masa ini, fokus utama pada kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
Tuju merupakan antara penyanyi yang terlibat dengan program Muzik Muzik Separuh Akhir 35 baru-baru ini telah menjalani ujian swab dan proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas penyanyi Alif Satar yang turut serta dalam program sama disahkan positif Covid-19.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...