Ini Adab Masuk Grup WhatsApp Sekolah Anak, Bertenanglah Jangan Over Protective

Tujuan guru-guru wujudkan grup whatsapp antara guru dan ibu bapa salah satunya tentulah nak memudah cara. Biar maklumat sampat terus pada ibu bapa.

Murni sebenarnya maksudnya. Tapi jika tak dijaga adab dan batasan, boleh letuskan peperangan jari jemari. Yang mana kesudahannya tak memberi untung pada pihak yang bertegang urat.

Sebab itu, mak ayah kena tahu adab dan tatacara untuk berbicara dalam sebuah kumpulan yang besar dan ramai. Nak bertegas boleh, tapi kenalah dengan caranya.

Budaya serang, hentam, rasa diri tu good good tak bagus untuk masa depan ummah. Perkongsian daripada Nazrin Abdul Aziz (Abam Tebu) ini adalah sesuatu yang perlu difikir-fikirkan.

 

Ini Adab Masuk Grup WhatsApp Sekolah Anak, Bertenanglah Jangan Over Protective
Nazrin Abdul Aziz

Agar Harmoni Grup WhatsApp Sekolah, Praktik 6 Adab Ini

Baru 2 minggu masuk group sekolah anak. Rasa dah nak ‘left group’ sahaja. Meh abam cerita sedikit kenapa rasa macam tu.

1. Info telah diberikan tapi soalan sama berulang-kali ditanya. Di WhatsApp biasanya info akan tenggelam ke atas, kena rajin scroll ke atas sedikit dan kalau malas sangat sekali pun cuba cari di ‘search’.

Mana tahu topik telah dibincangkan sekurangnya tidak perlu di ulang berkali-kali. Salah satu punca info tenggelam kerana banyak sangat soalan berulang dan terpaksa di kemas kini berkali-kali.

2. Beberapa ibu bapa melenting kerana anak mengadu cikgu memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku. Alasan ibu bapa mudah cikgu tak bagi jadual.

Ads

Hari pertama sekolah memang tidak ada jadual, namun cikgu akan berikan sewaktu minggu pertama persekolahan. Sama ada salin atau pun dalam bentuk photostate. Takkan le cikgu nak pos jadual waktu cuti sekolah.

Punca cikgu tegur murid kerana terdapat murid yang langsung tak bawa buku, walaupun buku tulis. Beg mereka kosong sahaja. Alasan ibu bapa ni tak nak beg anak berat.

Sekurangnya bekalkan sedikit buku tulis jika tidak mahu anak pikul beg berat. Jadi ada tempat mereka hendak catatkan sesuatu. Anak abam pun catat jadual dalam buku tulis di hari pertama sekolah. Apa bezanya kamu?

3. Hari pertama sekolah, cikgu kelas yang baru dan baru pertama kali jumpa. Mungkin ada sesetengah anak-anak tidak tahu beza antara intonasi suara cikgu tersebut sama ada nada marah atau nada tegas.

Lain cikgu lain intonasi suara, ada yang high pitch dan ada yang lower pitch, sama le dengan penyanyi. Mana mungkin tone suara mereka sama.

Ads

Jadi jangan cepat melatah, anak cakap marah dah terus melompat. Tenang hari pertama sekolah biarkan anak biasa dengan cikgu tersebut dan kenali cikgu tersebut. Banyak hari lagi nak di lalui.

4. Dalam group WhatsApp tersebut ada seorang cikgu yang rajin melayan soalan ibu bapa dengan sabar, setiap info atau apa-apa aduan dia akan dibawa di dalam group cikgu-cikgu pula.

Namun tidak adil pula bila cikgu tersebut diserang oleh ibu bapa yang marah. Beliau tidak ada alaun khas yang diperuntukkan melayani soalan-soalan berulang, luahan perasaan mahupun apa jua perkara berbangkit.

Namun demi membantu ibu bapa yang perlukan pencerahan dari pihak sekolah dia layankan juga sampai lewat malam. Jadi jangan susu di balas dengan tuba. Hormati beliau.

5. Tiada yang sempurna dari pihak sekolah atau pun ibu bapa. Lagi-lagi hari pertama sekolah. Masing-masing ada kesilapan di hari pertama, baru nak ‘warming up’.

Ads

Bertenanglah jangan jadi group tersebut medan peperangan pula, itu salah ini salah. Beri cadangan lebih baik daripada hentaman. Mana ada sempurna di hari pertama. Salah diperbaiki dan jangan ulangi. Usah jadi ‘over protective’.

6. Jaga keharmonian group, ibu bapa ni contoh tauladan pada anak-anak dan cermin sikap anak-anak. Kalau mak bapa kuat melompat, pasti dah tau anak-anaknya macam mana. Kan? Opss.

Sama-sama Ambil Tauladan

Harap korang tidak ikut perangai dalam group WhatsApp sekolah anak abam ni. Semalam abam dah ‘tembak’ sekali dalam group tersebut. Baru mereka senyap.

Sengaja abam kongsikan di sini sama-sama kita ambil tauladan. Kalau kita tuding satu jari dekat orang lain, tiga jari lagi tunjuk ke arah kita. Satu lagi entah tunjuk arah mana? ?

Abam Tebu : Dulu abam suka diam je. 2018 nak try melawan sikit. Terikut geng #PuakaBersekutu le ni. Kohkohkoh!!

Nasihat Lain Berkaitan Grup WhatsApp

Baca Sini : 10 Perkara Bagus Dibuat Dan Patut Elakkan Dalam Grup WhatsApp Kelas

Baca Sini : Mak Ayah Nak Meluah Dalam Grup WhatsApp Sekolah Anak, Fahamkan Cara Dan Adabnya

Sumber/Foto : Nazrin Abdul Aziz (Abam Tebu)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI