“Ingin lihat sendiri kerja kebumikan dan menguruskan jenazah pesakit covid-19.” Seorang tukang masak wanita nekad jadi penggali kubur.
Walaupun tahu bukan satu tugas yang mudah, namun semangat yang kuat membuatkan wanita ini diterima dalam kumpulan sukarelawan ini.
Tukang Masak Nekad Jadi Penggali Kubur
Sebenarnya, selama ini tugasnya adalah seorang tukang masak di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang bertanggungjawab menyediakan hidangan kepada sukarelawan mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 secara percuma.
Namun begitu timbul keinginan yang kuat pada jiwa Faridah Said, 63, untuk menyertai Skuad Hang Cangkul selepas setiap hari melihat sukarelawan melakukan kerja amal.
Malah menyebabkan dia nekad bersama mereka menguruskan jenazah pesakit Covid-19, mulai semalam.
Ingin Lihat Sendiri Kerja Kebumikan Pesakit Covid-19
Menurut Faridah atau mesra disapa Mak Lang mengakui begitu teruja setiap kali mendengar pengalaman diceritakan anggota skuad terbabit apabila bertemu ketika menghantar bekalan makanan.
Di samping itu, dia ingin melihat sendiri kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 hingga membuatkannya tertarik dan pernah memohon menjadi sebahagian sukarelawan Skuad Hang Cangkul.
Namun, ketika itu hasratnya untuk turut sama menyertai skuad itu ditolak berikutan faktor usia selain dibimbangi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun, hasrat Faridah tercapai apabila diberikan peluang menyertai pasukan terbabit, semalam, dan dia mengakui puas kerana dapat melaksanakan impiannya selama ini.
Menurutnya, faktor usia bukan penghalang buat dia untuk menyertai Skuad Hang Cangkul yang melakukan kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 di tanah perkuburan.
“Boleh dikatakan semua pasukan sukarelawan ini sebaya anak saya dan mereka pada awalnya memang tidak yakin dengan kemampuan saya untuk bersama disebabkan faktor usia.
“Namun, mungkin kerana melihatkan kesungguhan saya yang kerap meminta untuk merasai pengalaman melakukan kerja amal terbabit membuatkan mereka membenarkan saya turut serta mengurus dan mengebumikan jenazah,” katanya.
Berpuas Hati Dapat Merasai Sendiri
Malahan jelas Faridah, dia berpuas hati kerana akhirnya dapat merasai pengalaman bersama Skuad Hang Cangkul mengurus dan mengebumikan dua jenazah wanita pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, di sini, semalam.
“Saya sempat mencangkul tanah bersandarkan kudrat yang ada selain memegang tali digunakan untuk menurunkan keranda ke dalam liang lahad.
“Bagi saya, tugas itu sudah mencukupi kerana apa yang lebih penting dapat merasai pengalaman melakukan kerja pengebumian selain memberi rasa keinsafan buat diri kerana satu hari nanti saya juga akan tinggal di sini (kubur),” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana diterima dalam Skuad Hang Cangkul dan selepas ini akan terus mengikut mereka melakukan kerja mengurus serta mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.
Sementara itu, Ketua Operasi Skuad Hang Cangkul, Muhammad Ridzuan Osman berkata, Faridah yang dianggap sebagai ibu kepada semua sukarelawan skuad itu, sebelum ini memang menyatakan hasrat bersama menyertai mereka mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.
Ads
“Melihat kesungguhan dan keinginan disuarakan hampir setiap hari, kami akhirnya bersepakat memberi peluang kepadanya untuk bersama melakukan kerja pengebumian jenazah.
“Walaupun warga emas, kudrat dimilikinya memang luar biasa dan dia mampu melakukan kerja sama seperti kami,” katanya.
Mingguan Wanita : Hebat betul Mak Lang, walaupun agak berusia namun semangatnya patut dijadikan contoh kepada orang lain. Semoga Mak Lang terus kuat serta sihat untuk meneruskan impianya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Ads
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Nikah dua wanita serentak 21 Februari ini, foto pre-wedding viral di media sosial. Hal yang sangat jarang dibuat orang tapi ia benar-benar terjadi.
Tindakan seorang lelaki, Rio Kartonis yang bakal menikahi dua wanita serentak pada 21 Februari ini hangat diperkatakan selepas gambar pre-wedding dirinya bersama dua wanita viral di media sosial.
Nikah 2 Wanita Serentak 21 Februari Ini
Berasal dari daerah Jirak Jaya, Muba Sumatera Selatan, lelaki ini dikatakan bakal menikah serentak dua isterinya, Desi Lastari, 20 asal dari Desa Mekar Jaya dan Suci Ramadani, 17 tahun menetap di Desa Rukun Rahayu.
Dalam pada itu, pegawai daerah kecil tempat Rio tinggal, Yudi Suhendra mengakui ada warga kotanya yang bakal bernikah dua sekaligus. Namun tidak pasti dirinya akan terlibat ketika majlis itu berlangsung. “Belum ada undangannya,” katanya.
Dalam pada itu, di media sosial, gambar pre-wedding Rio bersama dua bakal isterinya beredar luas. Ada tiga persalinan dikenakan di mana pada gambar pertama kelihatan Rio mengenakan pakaian pengantin adat Palembang.
Gambar kedua melibatkan Rio mengapit kedua-dua bakal isterinya sementara gambar ketiga memperlihatkan calon wanita mengenakan gaun berwarna lilac dengan memakai perhiasan di atas kepala.
Rio duduk di kerusi sedangkan dua pujaan hatinya kelihatan tersenyum di sisinya.
Kisah cinta Rio dan bakal calon isterinya
Dipetik dari Sripoku.com. Rio mengakui persiapan untuk majlis mereka pada 21 Februari ini semuanya sudah tersedia.
“Akad dan resepsi dilakukan pada hari yang sama yakni tanggal 21 (Februari) nanti,” ucapnya.
Namun ketika ditanya, apakah pernikahannya terdaftar secara resmi di pejabat agama (Kantor Urusan Agama) Rio mengakui tidak tahu hal itu. Dirinya menegaskan, segala urusan pernikahannya telah dilakukan oleh kedua orang tuanya.
Ditanya kisah cinta dengan kedua bakal isterinya, kata Rio dia awalnya mengenali Desi kerana satu kampung dan ketikalah mereka berpacaran. Tidak berapa lama, dia mengenali Suci dan hatinya juga tertawan. Lalu dia memutuskan untuk bercinta dengan keduanya.
Dalam pada itu, Rio mengakui rasa cemburu itu ada kerana katanya Desi lebih cemburu ketika mengetahui saya mempunyai kekasih lain selain darinya.
Dalam pada itu, Rio tidak dapat memberikan kata putus di mana dia mahu tinggal bersama dua isterinya selepas bernikah nanti bahkan buat masa ini dia tidak bekerja.
“Sebelum ini saya bekerja di rumah makan Palembang tapi sudah berhenti. Kedua calon isteri juga sebelumnya sempat bekerja. Sumber :- Tribunnews, Sripoku.
Macam-macam dunia. Perkahwinan adalah satu amanah, bukan nafsu semata-mata.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ajal dan maut ketentuan tuhan. Pergi tanpa pesan dan tidak menghebohkan penyakit yang dihadapi penyanyi dan pelakon, Mya Matahari dilaporkan meninggal dunia akibat kanser tisu, hari ini.
Difahamkan Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 44, menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu, namun merahsiakan daripada pengetahuan ramai. Sebelum ini penyanyi lagu Matahari itu pernah mendapatkan rawatan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya itu.
Mya menceburi bidang seni pada pada tahun 1995 menerusi album pertamanya, Matahari. Lagu berjudul Matahari telah melonjak nama Maya yang kemudiannya terus dikenali dengan nama Maya Matahari sebelum menukar ejaan namanya kepada Mya.
Sertai Gegar Vaganza Musim Kelima
Selain itu Mya turut aktif dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem Gemerlapan pada tahun 1997. Diikuti dengan lakonan pentas dan beberapa sitkom televisyen.Nama Mya kembali menjadi menjadi perhatian selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kelima dan kemudiannya bergelar penyampai radio Best FM.
Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, sebelum berpisah pada Ogos 2015 tanpa memiliki cahaya mata.
Luahan Rakan Rapat
Berita pemergian Mya dikongsikan beberapa rakan rapat penyanyi tersebut antaranya Haiza, Nazia Mustafa, Amyza Adnan dan Ieda Moin.Malah turut meluah rasa kesedihan atas pemergian penyanyi tersebut, sementelah mempunyai banyak kenangan manis bersama.
Antaranya pelakon Amyza Adnan;
“Al fatehah buat sahabat ku… Mya ruslee. AYA!!!!!!!! rahsia itu tetap aku simpan hingga akhir hayat mu. Amanah dari kau sahabat ku. Aku tau dia sakit ,tapi tak pernah sekali pon aku hebahkan atas dasar AMANAH. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al fatihah.
Pelakon Nazia Mustafa;
“Innalilahiwainnalillahirajiun…. KAU PERGI JUA.
Maya, jauh didalam hati aku ni, aku rindukan kenangan lama kita, kita sama-sama susah senang kongsi segalanya, kita bergado pastu baik sebab dan kita lebih mengenali diri masing-masing sebagai sahabat, aku rindu semua tu.”
Tapi bila aku, kau @iedamoin79 @amyzaaznankaaia dah kawin. Masing-masing ada jalan hidup masing-masing. Kita jarang jumpa tapi kita masih lagi bersahabat. Tak call tak jumpa tak bermakna kita lupa bukan…. tapi kenapa kau pergi terlalu awal, sebab kita belum lagi habis bercerita tentang kita, kau hentikan cerita kita kat sini ayaaaa”
“Allahuakhbar.. Ya Allah… kau letakkan lah sahabat aku ni di syurga mu ya Allah. Allahuakhbar..Tunggu aku tau, masa aku pun akan tiba. Semoga Allah temukan kita untuk kali kedua.”
MW: Memang sedih apabila kehilangan kawan rapat yang kita miliki, apatah lagi pernah berkongsi segala kenangan suka dan duka. Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga penyanyi ini, dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Biasanya Anemia atau lebih dikenali sebagai penyakit kurang sering dialami wanita dan remaja perempuan. Kaum ini lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Masalah anemia sering dilihat sebagai penyakit ringan tapi sebenarnya tak dipandang remeh sebab berpotensi menjejaskan sistem imun. Jadi apa pula kesan pada si bayi? Haaa… ini yang doktor Taufiq Razif dah kupaskan, mohon kaum mak-mak baca sampai habis.
Kesan Anemia Pada Bayi
Ya Allah. Rupanya ramai lagi yang pandang sebelah mata je penyakit ‘kurang darah’ ( anemia ) masa tengah hamil. Ada yang sanggup taknak makan ubat yang doktor bagi. Jangan camtu wahai ibu-ibu semua.
Kalau doktor dah bagi ubat tambah darah Iberet ataupun Obimin tu makan je la ye. Mungkin kadang-kadang timbul rasa tak selesa di perut, cirit birit dan loya bagi sesetengah orang tapi demi bayi kat dalam perut tu tolong la tahan kejap.
Kesian bayi kat dalam perut ni. Tahu tak apa boleh jadi pada si comel kat dalam perut tu kalau haemoglobin rendah sangat?
1. Bayi tu boleh keluar awal daripada yang sepatutnya / kelahiran pra-matang. Bayangkan lah apa jadi kalau dah keluar lebih awal daripada waktunya. Paru-paru dia tak kuat lagi. Organ lain pun tak matang lagi. Macam-macam lagi boleh jadi.
2. Boleh sebabkan kematian bayi dalam kandungan ( Intrauterine Fetal Death ) disebabkan bayi tu tak dapat cukup oksigen. Yela, haemoglobin tu kan tugasnya nak angkut oksigen. Rosak la otak anak kita kalau tak cukup oksigen kat dalam tu.
3. Kemurungan pada si ibu tu sendiri selepas melahirkan yang dipanggil Post Partum Depression. Memang anemia ni dikaitkan juga antara penyebab kemurungan pada ibu lepas bersalin. Tiba-tiba rasa diri tak berguna, emosi jadi tak menentu dan boleh jadi timbul perasaan nak cederakan anak sendiri!
Apa pun ikut cakap doktor ye. Kalau rasa loya dan tak selesa perut masa makan ubat tu boleh makan bersama makanan lain kecuali susu, pil kalsium dan antasida.
Boleh juga cuba makan daging ayam untuk tambah zat besi dalam darah terutamanya bahagian hati ayam tu dan boleh juga cuba makan kismis, roti, ikan, jem kacang, oat dan sayuran hijau macam bayan dan lain-lain.
Nota:
Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye sebab ilmu ni akan sangat berguna bila dah hamil nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...