Ikon poligami beri nasihat untuk perempuan, untuk rasa bahagia dalam rumahtangga ada KUNCINYA
Isu poligami memang tak pernah surut. Dan ia dianggap menyakiti hati wanita. Tapi lelaki yang digelar Ikon Poligami Harmoni, Muhammad Faiz Haslam yang berkongsi KUNCI HARMONI bila berada di alam poligami ini.
Bacalah pandangannya dari sudut rasional kerana tidak semua orang perempuan suka bermadu dan banyak yang menolaknya.
Sejujurnya saya tidak mahu mencampuri urusan dan permasalahan rumahtangga orang lain.
Tetapi bila perkhabaran hari ini kononnya Puteri Sarah mohon untuk melepaskannya, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan ikhlas saya.
Memang benar, perceraian itu dibenarkan di dalam Islam. Tetapi perceraian juga adalah perkara yang paling dimurkai Allah. Sy mohon agar Puteri Sarah fikir sedalam dalamnya dengan rasional tanpa emosi. Sebaiknya lakukan solat isthikarah mohon petunjuk daripada Allah swt dan dirikan solat hajat mohon ketenangan daripada Allah swt.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Nak Poligami Kekuatan Bukan Letak Di Poket Semata Tapi Terletak Pada Iman Di Dada”
Jangan ikut emosi, jangan dengar cakap orang sekeliling. Fikir masa depan perkembangan anak-anak membesar tanpa sentuhan kasih sayang daripada seorang ayah
Benar, Puteri Sarah boleh kahwin lain selepas ini, tetapi kasih sayang seorang ayah sebenar dan dengan Ayah yang baru tidak sama. Jangan tambahkan pula permasalahan lain yang melibatkan anak-anak. Rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul masih boleh diselamatkan lagi. Jangan ikut emosi yang akan menghancurkan kehidupan mendatang.
Saya bukanlah nak pertahankan Syamsul. Tetapi saya lihat Syamsul seorang suami yang bertangungjawab dan sentiasa memikirkan masa depan dan kehidupan keluarga. Seorang yang bekerja kuat untuk keluarga.
Tak pernah sesekali saya mendengar daripada mulut Syamsul memburukkan isterinya Puteri Sarah. Tak pernah sesekali dia mengabaikan tangungjawab dia sebagai suami untuk segala keperluan keluarga. Kesilapan Syamsul adalah kerana dia berkahwin tanpa keizinan dan kerelaan Puteri Sarah.
Seorang suami yang baik, yang patuh pada perintah Allah dengan tidak melakukan maksiat dan menghindarkan maksiat adalah berkahwin. Syamsul ada kemampuan, tidak salah sekiranya dia berkahwin untuk memenuhi tuntutan batinnya secara halal.
Saya yakin walau pun Syamsul berkahwin baru, sesekali dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan Puteri Sarah dan sesekali tidak akan mengabaikan tangungjawabnya sebagai seorang suami. Malah kasih sayangnya pada Puteri Sarah semakin bertambah.
Percayalah, berapa kali kahwin seorang lelaki itu apatah lagi bila berada di puncak kejayaan, isteri pertama tetap di hatinya kerana isteri pertamalah susah senang ketika bersama. Isteri pertama itu pembawa rezeki, isteri kedua penambah rezeki.
Percayalah dengan kebesaran Allah swt, sekiranya Puteri Sarah redha dengan segala ketentuan yang Allah swt berikan ini dan ikhlas menerima Ira Kazar sebagai madunya kerana Allah, Allah swt akan pelihara keberkatan kehidupan rumahtangga ini, kerahmatan rezeki yang mencurah, ketenangan hidup serta kelapangan jiwa.
Seorang isteri apabila dimadukan, dia akan rasa seolah olah dikhianati, dia rasakan dirinya seolah olah dirinya tidak disayangi lagi serta merasakan dirinya ada kekurangan diri.
Tetapi jika seorang isteri itu redha dan ikhlas, Allah swt akan tunjukkan kebesarannya dengan mencampakkan rasa kasih pada hati si suami terhadap isteri pertama sebagai tanda terima kasih.
Keikhlasan dan pengorbanan seorang isteri yang redha, Allah akan tunjukkan kebesaran nikmat kasih sayang sebenar pada hati Si Suami tersebut.
Pada Ira Kazar, sebagai Isteri kedua perlu banyak bertolak ansur, kena banyak bersabar. Tittle isteri kedua, kebiasaannya ramai yang akan kata perampas dan sebagainya.
Banyakkan bersabar. Diam dan tak perlu membalas balik cercaan tersebut. Saya percaya dan yakin, jalan yang dipilih ini semuanya adalah kerana keiizinan Allah swt. Jadi isteri yang baik, jaga hubungan dengan semua orang, hormat isteri yang pertama dan saling membantu insyallah semua akan dipelihara Allah swt nanti.
Saya doakan agar Syamsul, Puteri Sarah dan Ira Kazar dapat melalui kehidupan poligami ini secara baik dan diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk melalui kehidupan di dunia yang sementara ini.
Ramai yang memandang buruk pada poligami. Kerana kehidupan mereka sering dimomokan dan dikelilingi oleh kehidupan poligami yang bermasalah.
Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui di Malaysia sendiri telah ada lebih 200 pasangan poligami yang hidup secara harmoni termasuk saya dan isteri-steri yang telah 15 tahun berpoligami secara baik dan harmoni.
Isteri Pertama Redha dan ikhlas, Isteri Kedua Bertolak Ansur itulah kunci kebahagiaan sebuah keluarga Poligami Harmoni.
Cinta pada manusia hanya sementara, cinta pada Allah swt kekal selamanya. Sumber :- FB Muhammad Faiz Hashim
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI