Sayunya hati melihat seorang wanita yang tetap gigih mencari rezeki hanya dengan menjual face mask dan tisu di bahu jalan dengan terpaksa membawa anak kecilnya.
Ibu Ikhtiar Cari Rezeki, Berniaga Tisu & Face Mask Tepi Jalan
Menerusi perkongsian menerusi Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkeflimemaparkan sekeping gambar yang kelihatan terlihat susuk seorang ibu yang begitu gigih mencari rezeki tatkala Pandemik Covid-19 yang begitu mencabar ini.
“Sebelum kita mengeluh untuk hal hal yang kecil, lihatlah di sekeliling dan bandingkan hidup kita dengan orang lain yang lebih tidak bernasib baik.
“Walaupun tahu face mask dan tisu banyak dijual dikedai, wanita ini tetap berniaga dibahu jalan dengan membawa anak kecil dan kain rentang yang dipegangnya dengan tulisan “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menjual tisu dan face mask” sebagai ikhtiar untuk menyara kehidupannya,” kongsi Dzuriasikim.
Bukan itu saja malah wanita tersebut juga terpaksa berlari kecil meninggalkan anak kecilnya sebentar untuk ke kereta yang berhenti membeli tisu mahupun face mask yang dijual.
“Setiap kali ada kereta yang berhenti untuk membeli, dia berlari kecil dan meninggalkan anak kecilnya. Lalu menangislah si kecil kerana melihat ibunya sedikit jauh darinya. Wanita itu kemudian berlari lagi kepada anaknya.
“Apa alasan kita untuk keluar mencari rezeki. Terlalu banyak nikmat yang sedang Allah berikan tetapi kita sering sibuk mengira kekurangan dan menangis atas fikiran kita sendiri.
“Hidup ini adalah pilihan.
“Menjadi bahagia itu pilihan.
Ads
“Jika mahu berasa kaya lihatlah kepada yang dalam kekurangan.
“Jangan bandingkan hidup mu dengan yang lebih senang,” terang Dzuriasikim.
Kasih Ibu Tidak Bersyarat
Menurut Dzuriasikim, ternyata kasih seorang ibu tidak bersyarat. Terdapat lima pengajaran daripada kisah wanita tersebut.
5 pengajaran dari kisah ini;
1. Jika kita berasa susah, ada orang lain yang lebih susah. Bersyukurlah. 2. Orang yang berusaha, tidak akan pernah sia-sia. 3. Rezeki itu sifatnya tidak akan pernah habis. Biarpun sederetan orang berniaga benda yang serupa, jika telah tertulis bahagian mu, rezeki mu akan tetap ada. Yakin bahawa rezeki itu dari Allah. 4. Selagi ada kemahuan, pasti akan ada jalannya. Jika ada banyak alasan, bererti kita belum cukup mahu. 5. Kasih ibu tidak pernah bersyarat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Cuti sekolah pun dah bermula. Apa lagi mak ayah janganlah lepaskan peluang bawa anak-anak ke tempat baru ini, Taman Rekreasi 99 Wonderland Park yang bertempat di Taman Sri Murni, Selayang. Pemandangan malamnya cantik sungguh!
Dari tarikh dirasmikan 14 Mac 2018 sampai 13 April ini masuk masih PERCUMA.
Menurut perkongsian Suhaina Suhaimi (Ena Shayna), 32 tempat ini umpama mini zoo. Ada macam-macam haiwan dalam taman rekreasi bersebelahan Condo Lakepark, Selayang ini. Berdekatan juga dengan Pasar Borong Selayang.
“Di 99 Wonderland Park juga ada Magical Bridge. Kat sini korang boleh ‘LOCK LOVE’ masing-masing. Untuk buah hati ke, kesihatan ke, kerjaya ke etc.
“Sky Fountain dan T-Rex Ring yang memang akan menarik minat anak-anak yang gemarkan dinosour. Ada juga 12 Zodiac Zone dekat area ini.
Pemandangan Malam ‘Mewah’ Dengan Lampu Warna Warni
Buat pengunjung mereka juga berpeluang menaiki bot di 99 Cruise.
“Sekali naik, round 25 minit. Jangan lupa singgah ke Golden Waterfall dan 1 Malaysia Sculpture.”
Cuba tengok pemandangan malam di sini. Memang mengasyikkan sebab mewah dengan lampu yang berwarna warni. Kalau tak ramai orang bolehlah jalan-jalan sedut angin malam sepoi-sepoi bahasa.
Nak ronda-ronda berbasikal pun nampak menarik sangat aktivitinya. Videonya pun ada dikongsikan Suhaina.
Nampaknya haiwan-haiwan yang jinak ini akan buat anak-anak seronok nak dekat dan bagi makan. Sebabnya nak dapat peluang semacam ini bukan senang kan.
Ada Esklusif Park Untuk Rakyat Malaysia
Suhaina juga mengingatkan bakal mak ayah yang nak bawa anak-anak jangan lupa bawa sekali MyKad mereka. “Sebab ada Eksklusif park untuk Rakyat Malaysia. Saya Sayang Malaysia..”
Taman rekreasi 99 Wonderland ini akan dibuka pada:
6 pm – 9.30 pm (Isnin hingga Jumaat)
6 pm -10 pm (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Mak ayah yang nak bawa ahli keluarga lain selain anak-anak pun tak perlu risau kerana surau pun disediakan. Untuk kita menunaikan kewajipan. So tak ada lah risau tertinggal waktu solat.
Taman Rekreasi 99 Wonderland Park ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Mac 2018.
Mulianya sikap pelakon, Datin Paduka Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang membantu golongan susah dan memerlukan. Pasangan ini prihatin dengan penderitaan dua beradik Lela Safiya Azmi, 2, dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, enam bulan yang mengalami sakit kulit serius.
Sebelum ini, menerusi instagram ibu kepada pasangan kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 2 ada memuat naik hasrat untuk membantu adik beradik yang mengidap penyakit kulit ini.Akhirnya, hasrat Eina Azman dipermudahkan apabila dia berpeluang membawa mereka bertemu doktor pakar kulit, semalam.
Eina berkata, luahannya yang dimuat naik di laman instagram, baru-baru ini mendapat perhatian ibu dua kanak-kanak itu, Nurul Ain Abdullah, 29, yang bersetuju membawa mereka bertemu pakar kulit.
“Alhamdullilah harini eina dan husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul.Sebentar tadi Eina bawa kak nurul dan suami serta dua orang anaknya berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya”.
“Doktor cakap Mohammad dan kakaknya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa.Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan Eina akan minta doktor untuk rawat dia juga”.
“Insyallah diberi rezeki yang lebih eina dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih. Insyallah”.
Tersentuh Hati
Pelakon yang popular menerusi drama, Rahsia Hati Seorang Perempuan itu berkata, hatinya tersentuh apabila mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung Lela Safiya Azmi, 2, dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, enam bulan.
Selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah,
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman sepakat membawa dua kanak-kanak itu dan ibu mereka mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.
“Sebagai ibu yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar, saya sebak melihat penderitaan dua beradik itu.
“Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya berada dalam situasi mereka. Itu yang menggerakkan hati saya untuk membantu keluarga ini.
“Saya difahamkan, ibu kanak-kanak itu turut menghidap ekzema sejak remaja, selain penglihatannya kurang jelas.
Mereka bergantung hidup kepada pendapatan suami Nurul, Shahrul Azmi Aziz, 27, yang menerima RM850 sebulan sebagai kelindan lori.
“Sedih apabila dimaklumkan, mereka sering dipandang rendah, malah dua beradik itu juga sukar tidur malam kerana tidak selesa dan pedih dengan keadaan kulit mereka,” katanya.
Eina juga berharap, usaha murninya itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga terbabit.
MW: Tahniah, buat Eina Azman dan suami atas keprihatinan ini. Semoga menjadi contoh buat ramai pihak agar sama-sama turut membantu meringankan beban golongan susah dan tidak berkemampuan.
Dikala seluruh dunia sedang ‘berjuang’ menangani pandemik COVID-19, ujian terbesar juga buat penduduk di Beirut Lubnan apabila menghadapi letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini. Malapetaka tersebut mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan penduduk tercedera. Ia dikatakan berpunca daripada 2,750 tan baja amonium nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.
Baja Kimia Pertanian
Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.
“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab
“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.
Kementerian Kesihatan melaporkan 73 penduduk terkorban, manakala 3,700
penduduk lagi cedera dalam insiden berkenaan.
Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.
Isytihar Beirut Zon Bencana
Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu. Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk, Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan bagi penghantaran bantuan.
Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat insiden letupan itu.
Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas. Situasi ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. – AFP
MW: Semoga mangsa yang tercedera dan selamat segera sembuh.Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan penduduk di sana agar terus kuat dan cekal menghadapi ujian ini.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...