Memang menarik idea bernas dan kreatif buat projek rumah rakit atas darat ni. Menggunakan bahan asas tong air biru. Bila musim banjir, ia boleh terapung elok malah dijadikan tempat meletak barang-barang perkakasan rumah yang penting.Malah bila bukan waktu banjir boleh dijadikan tempat berehat dan lepak-lepak bersama keluarga.
Idea ini sangat praktikal terutamanya bagi rumah yang terletak di kawasan rendah yang selalu dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Aziela Baharudinsendiri. Rumah rakit atas darat ini merupakan idea kreatif yang dihasilkan oleh abang wanita ini. Meskipun pada awalnya idea tersebut ‘diketawakan’ namun ia sangat bernas dan amat diperlukan untuk menyelamatkan barang-barang ketika banjir melanda.
Berikut seperti yang dikongsikan;
“Tak sia-sia anak jantan mok buat. Bernas gok idea dia.
“Banjir melanda rumah rakit ada. Tak banjir dia duduk atas darat.Tempat lepak-lepak buat bbq dan steambot.Bila banjir dia terapung atas air.Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai.”
Pengalaman Banjir Besar
Menurut wanita ini lagi, pengalaman mengalami banjir pada awal tahun Januari 2021 menyebabkan banyak barangan dan perkakasan rumah hanyut serta tak sempat untuk dipindahkan ke tempat selamat.
“Awal Januari 2021 banjir paling besar yang pernah berlaku. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang 1 family hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..”
Ads
“Abang saya fed up asyik kena angkut ke hulu ke hilir barang-barang elektrik dan barang bengkel dia ke tempat yang selamat. Belum kira pakaian ,tilam, bantal. Memang banyak barang.”
“Jadi awal bulan Mei 2021 abang saya start projek rumah rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat , dia lantakkan aje.”
Rumah Rakit Terapung Elok
Ujar wanita ini lagi, dia tak menduga bencana banjir besar berlaku lagi baru-baru ini. Namun dengan persediaan awal, rumah rakit tersebut berfungsi dengan baik, elok terapung malah segala barang-barang dapat dipindahkan dengan selamat.
Ads
“Tak sangka Disember 2021 banjir sekali lagi. Jadi boleh test drive rumah rakit. Barang-barang dari rumah semua angkat letak di rumah rakit. Alhamdulillah terapung elok. Peralatan elektrik selamat, mesin-mesin dia pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni.”
Lokasi : Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis
Mingguan Wanita:Memang kreatif idea buat rumah rakit atas darat ni. Sangat praktikal terutamanya jenis rumah kawasan rendah yang selalu dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Memang risau jika rumah mahupun kebun tanaman sering didatangi oleh monyet-monyet liar. Bukan apa, selain merosakkan tanaman monyet-monyet ini juga boleh menyerang dan mencederakan diri kita. Walaupun dah cuba pelbagai cara untuk menghalau monyet-monyet liar ini, namun tak berkesan mungkin boleh guna petua yang dikongsikan oleh Encik Hadi Tamyis ini.Hanya menggunakan 2 bahan iaitu belacan dan ubat gegat.
Berikut cara yang dikongsikan sebagai panduan;
“Tangkal azimat utk menghalau monyet. InshaAllah monyet main jauh-jauh sebab bau kuat yang kurang menyenangkan. Kena kat tangan atau pakaian pun melekat.
Bahan Diperlukan :
– Belacan
– Kapur barus (ubat gegat)
Nisbah 1:1
Cara Membuat:
Hancurkan kapur barus sampai jadi serbuk dan gaul rata dengan belacan. Bau dia memang kuat, pakai sarung tangan waktu nak menggaul. Kemudian ikat macam dalam gambar dan gantung dilaluan yang biasa monyet lalu.
InshaAllah, dengan izin Allah monyet main tempat lain.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada masalah monyet liar selalu datang ke kebun atau rumah, boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Guna dua bahan sahaja, belacan dan ubat gegat sebagai ramuannya.
Pokok Rosemary antara pokok herba Inggeris yang digemari ramai. Aroma dedaunnya sahaja sudah cukup semerbak dijadikan salah satu bahan perapan untuk ayam, daging, kambing dan sebagainya. Tak susah sebenarnya nak tanam pokok herba ini di rumah jika tahu teknik dan caranya.Jika tidak ia akan mudah cepat layu dan mati.
Rupanya pokok Rosemary ini perlu diletakkan di tempat panas dan air secukupnya. Barulah ia mudah membiak dan segar bugar. Itu antara tip penjagaan pokok Rosemary yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafirsendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
Daripada 1 pokok utama, atas cadangan dan permintaan saya potong beberapa batang pendek/kecil dan cucuk ke tanah, Alhamdulillah ada 7 anak pokok baru, pokok Rosemary.
Rosemary ini daunnya kita guna perap ayam, kambing, daging untuk bakar. Fuh, sedap!
Dan letakkan daunnya dalam air teh o panas. Fuh, sedapnya!
Saya beli anak pokok di nurseri je. Tak sangka mudah membiak.
Cara Penjagaannya:
Saya tidaklah tahu sangat. Cuma berdasarkan pengalaman, saya letak tempat teduh (garaj) dan dalam rumah, pokoknya tak segar, daun pun kekuningan.Sekarang letak tempat panas, sihat segar-bugar.
2. Selalu siram, at least 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biar basah tanah setiap kali siram.
3. Saya letak baja 1 kali sebulan, 1 sudu teh baja setiap kali letak, baja subur dari Kedai Eco saja saya guna.
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Rahman Man sebagai panduan.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.