Ibu Tyzo meninggal dunia, salam takziah Mingguan Wanita ucapkan buat penyampai radio Suria FM, Tyzo yang telah kehilangan ibu tercinta, Hasnah Shaari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hasnah, 80 yang meninggal dunia sekitar jam 7 malam Isnin 3 Januari.
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Tyzo yang mengendalikan slot Suria Petang, ibunya yang berusia 80 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di rumah keluarganya di Ipoh, Perak.
Ibu Tyzo Meninggal Dunia
Selepas menerima perkhabaran duka tersebut Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris dilaporkan bergegas pulang ke kampung halaman.
Malah Tyzo juga berkongsi perasaan sedihnya di akaun rasmi Instagramnya dan mohon dipermudahkan perjalanan akhir arwah ibunya.
“Malam ini malam terakhir tidur dengan Mak. Saya tenang mak pergi, cuma terkilan kenapa mak tak ajak saya ikut sekali.
“Alfatihah Hajah Hasnah Shaari (Cikgu Hasnah)
Ads
“Moga mak bertemu arwah abah esok di Tanah Perkuburan Bukit Chupak, Parit, Perak selepas mandi dan solat jenazah di Masjid Taman Pengkalan Jaya (Taman SPPK) Pasir Puteh, Ipoh, Perak. 8pagi
“Moga ramai membantu permudahkan perjalanan terakhir Mak.
Sementara itu, Sharifah Shahira menyifatkan Tyzo sebagai seorang anak yang baik dan sentiasa menyembunyikan kesedihannya.
Ads
Difahamkan sebelum ini, Tyzo yang cukup dikenali dengan perwatakan ceria itu kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh disebabkan keadaan kesihatan ibunya yang tidak begitu baik.
“Kamu ni tak cakap, kalau bab-bab… Ada apa kat rumah ke. Ulang-alik balik Ipoh tengok mak, lepas tu kerja. Tak ambil pun off day.
“Malam ni kamu nak balik Ipoh tengok mak kamu lagi. Dapat tahu baru sekejap tadi, mak dia meninggal dunia pada jam 6 lebih. Kelmarin dia ulang-alik balik KL ke Ipoh.
“Takziah Tyzo. Mak kamu bangga dengan kamu Tyzo, anak yang baik dan taat. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain ya. Takziah buat keluarga,” ujar Shira hantaran di laman Instagramnya.
Sebelum ini Tyzo sering berkongsi video bersama ibunya menerusi aplikasi Instagram dan Tik Tok yang membangkitkan rasa sayu penonton apabila melihat video itu.
Sejak kisah kanak-kanak 12 tahun, adik Mohd Firdaus Abdullah menjadi viral ramai yang menghulurkan perasaan simpati dan mahu membantunya.
Terdahulu, anak ini dikatakan tinggal sendirian sejak dua minggu yang lalu dalam rumah yang boleh diibaratkan seperti tinggalan longgokan sampah.
Kuasa viral memudahkan urusan membantu anak ini berjalan dengan lancar. Itu yang dimaklumkan sendiri oleh Amiruddin Mohd Daud, 58 atau lebih mesra dengan panggilan, Tok Anjang.
Di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Perak.
Tok Anjanglah, orang pertama yang dihubungi adik Firdaus untuknya meminta bantuan di atas kesusahan hidupnya. Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh ini akhirnya membawa kes anak ini ke perhatian pihak kebajikan masyarakat negeri Perak.
Dan semalam, Tok Anjang memaklumkan adik Firdaus akan ditempatkan di rumah anak yatim Darul Salam, Kg Melayu. “Tok kenal baik dengan mudir dan staff itu. Tempat yang selesa dan bagus. Sekolah dekat.”
Luahnya di facebook sambil mengucapkan terima kasih kepada yang membantunya.
Tok Anjang bawa adik Firdaus bertemu pegawai di JKM, Negeri Perak
Ramai Yang Sudi Bantu Adik Firdaus
Tambahnya, dalam masa yang singkat ramai yang menyatakan kesudian untuk membantu. Terdahulu, adik Firdaus mendapat sokongan bantuan dari ARR Bundle, bundle Bus Stop Shah, Hisyam kk yang menaja baju jubah dan sebagainya.
Selain itu, adik Firdaus juga mendapat tajaan bantuan daripada Bro Wahab BigBro, Lias dan isteri, Lucan.
Adik Firdaus pernah tinggal sendirian selama dua minggu di rumah ibarat longgokan sampah.
“Gunting rambut ada yang bayarkan. Beli air bungkus dan goreng pisang dibagi free. Moga Firdaus menjadi orang yang berguna.”
“Terima kasih kepada ramai orang yang berkongsi cerita dan rasa, juga airmata. Banyak hati-hati yang hebat offer untuk bela adik kita ni.”
“Moga Allah pelihara hati-hati kita untuk sentiasa berbaik sangka dan berbakti kepada orang lain.”
Tok Anjang juga memaklumkan yang adik Mohd Firdaus Bin Abdullah ini secara rasminya sudah menjadi anak angkat IPOH BIGBRO.
“Jadi, jangan macam-macam. Hari ini kamu jaga kamu Firdaus, besok kamu tengok-tengokkan anak dan cucu kami.”
Adik Firdaus terima sumbangan pakaian.
Rezeki kanak-kanak 12 tahun tinggal sendirian ini makin murah.
Di media sosial, terdapat segelintir artis yang sering menayangkan dalam gelekan mereka. Makin ditegur semakin menjadi-jadi. Ada yang buat kerana duit. Bahkan ada yang berani melakukannya tanpa memikirkan apa yang dilakukan itu mempunyai manfaat pada ummah atau bukan kerana mereka beranggapan itu kerjaya dan ianya satu keseronokan. Menakutkan ada yang buat demi duit.
Sebagai umat islam, kita dituntut mencari rezeki yang halal.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Jumu’ah, ayat 10
Mafhumnya: “Dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan ), supaya kamu berjaya dunia dan akhirat”.
Namun ada segelintir yang beranggapan individu merasakan pekerjaan mereka hak mereka. Hal ini mendapat teguran dari Ustaz Ahmad Dusuki di fbnya berikutan komen seorang artis bahawa dirinya bergelek pun dapat duit.
Kata pendakwah terkenal ini di fbnya, “tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.
Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.
Dalam nada tegas, tulisnya, “kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Bangganya kau!!”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Isu perhambaan moden atau lebih kepada keganasan terhadap wanita sering berlaku tanpa kita sedar. Keadaan ini mungkin dipengaruhi keadaan sosial, budaya dan faktor ekonomi.
Mungki juga perhambaan moden atau memperdagangkan wanita kerana faktor mendesak sehinggakan ada wanita tertipu engan janji-janji manis yang diberikan.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 2014, sebanyak 2,874 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan, sebanyak 4,123 kes berlaku pada tahun 2013 dan sebanyak 3,488 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.
Sebab itulah dengan memberi kesedaran kepada isu ini, SHUT (Stop Human Trafficking), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesedaran isu berkaitan pemerdagangan mausia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan program khusus untuk menangani isu berkaitan keganasan terhadap wanita yang berkait rapat dengan perhambaan moden.
Program Tangani Perhambaan Moden
Program yang diadakan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh panel-panel yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Antaranya Datuk Azizah Mat Hassan, Muna Munirah dan Dini Dalilah.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan kadar berlakunya kes keganasan terhadap wanita dan di samping itu juga dijadikan platform kepada golongan ini untuk berdikari di mana mereka boleh menjana pendapatan walaupun mempunyai kekangan untuk bekerja mengikut situasi kehidupan yang mereka alami seperti hanya mampu bekerja untuk beberapa hari kerana perlukan masa untuk menjaga anak dan sebagainya melalui syarikat Qwork yang merupakan salah satu daripada rakan strategik SHUT khusus untuk menangani masalah pendapatan.
Malah dengan kesedaran ini, SHUT dengan kolaborasi bersama 2 buah syarikat penerbitan tempatan iaitu Aco Media Sdn Bhd dan Amazing Creative Group dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menandatangani sebuah MOU dalam penerbitan filem indie tempatan bertajuk ‘Eva’ yang akan dihasilkan pada tahun 2022
Cik Dini Dalilah
Ini adalah salah satu cara untuk menyampaikan mesej secara santai dan mudah difahami dan juga dirancang untuk menyertai persada antarabangsa agar memartabatkan Malaysia yang mengambil inisiatif untuk memerangi keganasan terhadap wanita dan perhambaan moden.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...