Ibu tunggal ini merupakan seorang wanita yang berjiwa kental. Zainab Desa selepas berpisah dengan suami tidak mengambil masa yang lama untuk meratapi kisah sedih yang melanda diri. Dek kerana tanggungjawab yang berat perlu dipikul iaitu menjaga seorang anak yang ketika itu berusia enam tahun dan ibu yang uzur, wanita yang dilahirkan di Kedah Darul Aman ini akui tidak sempat bersedih lama kerana banyak perkara lain yang perlu diberikan fokus.
Zainab Ibu Tunggal Yang Sentiasa Kuat
Sepertimana yang dikongsikan kisahnya menerusi majalah Mingguan Wanita sebelum ini, Zainab Desa akui dirinya perlu sentiasa kuat.
“Saya perlu bangkit dan sentiasa kuat menjaga ibu dan anak. Selepas diceraikan saya langsung tak mempunyai wang simpanan, rumah atau kereta. Ketika itu saya fikir kesedihan yang berlarutan tak mampu memberi apa-apa faedah.
“Saya cuba berdikari dan mujurlah ketika itu saya sudah memulakan perniagaan Online lukisan secara kecil-kecilan. Dari situ perlahan-lahan saya menabung dengan membeli kereta dan membayar sewa rumah. Segalanya berlaku dengan pantas, alhamdulillah tanpa sedar tahun pertama saya sudah mampu menanggung kos kehidupan sendirian. Allah permudahkan segala urusan dan saya juga selalu minta ibu doakan yang terbaik untuk saya setiap hari,” ungkap Zainab yang tidak pernah melarang anak tunggal lelakinya bertemu dengan bekas suami.
Harap Pertolongan Dari Allah SWT
Sebagai ibu tunggal ini juga bersyukur kerana pengalaman pahit inilah yang membuatkan dirinya menjadi seorang yang kuat.
“Saya pernah berada dalam situasi yang sangat getir dan hanya mampu mengharapkan pertolongan dari Allah sahaja. Namun itu semua mematangkan diri dan membuatkan saya belajar untuk menghargai diri sendiri. Kini saya banyak masa terluang untuk ibu dan anak. Paling saya bersyukur apabila hasil karya seni saya diterima ramai,” sambung Zainab yang kini lebih banyak masa melakukan aktiviti kegemarannya seperti melancong, mendaki dan sertai larian.
Minat Melukis Sejak Kecil
Graduan Universiti Teknologi MARA jurusan Sains Komputer ini juga pernah bekerja sebagai seorang Programmer di salah sebuah syarikat IT di Malaysia. Minat yang mendalam dalam seni lukisan membuatkan anak bongsu dari tiga beradik ini tekad meninggalkan kerjaya IT.
Ads
“Saya memang meminati seni lukisan sejak dari kecil namun tidak pernah diberi peluang oleh ibu bapa. Saya terpaksa curi-curi melukis tanpa pengetahuan mereka dan pernah mengikuti pertandingan melukis peringkat daerah mewakili sekolah. Selepas SPM saya sambung pelajaran dalam bidang Sains Komputer kerana ibu bapa saya tak menggalakkan untuk ambil apa saja jurusan dalam seni. Selepas tamat belajar, saya bekerja dalam bidang IT. Saya agak tertekan apabila bekerja dalam bidang yang saya kurang minati. Jadi saya cuba melukis untuk kurangkan tekanan setiap hari.
“Selain melukis saya juga menjaga ibu yang berusia 70 tahun juga ibu tunggal yang agak uzur dengan penyakit radang paru-paru,” kata Zainab yang kini sudah 10 tahun menjaga ibunya yang sakit.
Tunggak utama dan merupakan sumber kewangan menyara keluarga, Zainab begitu bersemangat dalam mencari rezeki.
“Saya adalah tunggak utama dalam keluarga.Perniagaan lukisan Online saya sangat membantu dan menjadi sumber utama kewangan saya. Dalam masa yang sama saya juga menjual produk-produk lukisan yang saya repack untuk individu di luar yang ingin cuba melukis.
“Saya sangat suka semua jenis seni. Ketika di awal perceraian, saya juga menjual barang kecantikan dan menjadi jurumekap untuk majlis ringkas, bertunang, makan malam untuk kawan-kawan baik. Saya juga suka ambil tempahan hias dulang hantaran, pasang pelamin, mengambil tempahan melukis inai pengantin dan macam-macam lagi yang melibatkan seni dan paling penting rezeki yang saya dapat sumber halal. Pada waktu siang saya akan uruskan ibu kemudian persekolahan anak, urusan penghantaran lukisan dan lain-lain. Pada waktu malam hingga pagi saya akan habiskan masa dengan melukis. Hingga kini saya sudah menjalankan perniagaan lukisan kaligrafi secara Online hampir 10 tahun,” kata Zainab.
Terpaksa Menjadi Kuat Di Hadapan Ibu & Anak
Ditanya tentang cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang bergelar ibu tunggal, Zainab akui dia perlu kuat.
Ads
“Cabaran terbesar bila saya terpaksa menjadi kuat bila di hadapan ibu dan anak. Saya sentiasa memastikan keperluan mereka cukup sama seperti org lain. Walaupun diri sendiri terabai. Saya tak pernah menunjukkan kesedihan atau lemah dihadapan mereka walaupun hakikat sebenar hanya Allah tempat saya mengadu. Saya slalu mengingatkan mereka bahawa hidup kita baik-baik saja dalam masa yang sama saya juga perlu sentiasa positif. Jika ada sesuatu yang mnggangu hati dan perasaan saya, saya hanya fikir atau bersedih tak lebih dari dua minit sahaja dan selepas itu saya fokus perkara yang lebih penting. Rakan-rakan sekeliling sangat menbantu dan mmberi semangat dalam hidup.
“Sebagai seorang ibu tunggal saya ingin menasihati mereka yang senasib dengan saya agar baik sangka dengan Allah. Sentiasa positif keluarlah dari kepompong kehidupan lama, berada dalam kelompok orang yang positif. Jangan benarkan orang menindas kita. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Kita adalah insan terpilih untuk diuji kerana Allah ingin mengangkat darjat kita lebih tinggi dari insan lain. Maka kita perlu kuat dan redha dengan ujian Allah dan buktikan pada smua yang kita juga mampu berjaya. Rajin-rajinlah membaca buku-buku motivasi, mengikuti kelas keagamaan dan buat hobi baru,” ungkap Zainab.
Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga selalu akan ambil masa untuk memahamkan pasangan masing-masing. Hukum perkahwinan itu pun ada fasa-fasanya. Dari nak kenal pasangan sampailah nanti memahami dan semakin selesa dengan pasangan.
Sekiranya, tak dibaja dari awal payah nak dapat perasaan ‘madly in love’ dengan pasangan sampai ke akhirnya. Sebab itulah, hukum percintaan itu kena sentiasa disuburkan. Disirami dengan kasih sayang sentiasa.
Biar pun badai melanda, kena cari formula untuk bagi reda. Jadi perkara-perkara yang tak baik, yang menggasak di kiri dan kanan takkan sikit pun merosakkan hubungan suami isteri. Syaratnya, CINTA kenalah kuat.
Sebagaimana rasa CINTA kita dengan Allah yang Maha Menghidupkan, seharusnya itulah CINTA yang dibajai dalam diri kita untuk suami.
Tip yang dikongsikan Haslinda Mat Isa ini ringkas saja, namun cukup dekat di hati orang perempuan. Mudah pun mudah nak dipraktikkan.
10 Cara Nak Stay Madly In Love Dengan Suami
1. Be loving. Don’t be mak singa lah. Simple kan. Manja-manja selalu.
2. Say thanks. Bila suami dapat gaji, dia bagi RM50, cakap terima kasih. Bukan buat muka monyok tak puashati sebab harap RM500.
3. Bila dia beremosi, kau jangan join sekaki. Dia tengah down or stress, apahal kita pun nak stress sekali. Biar dulu dia dengan emosi dia. Kita cuba support mana yang patut.
4. Encourage one another. Macam magnet. Kena ada negatif dan positif. Bila dia negatif, kita cuba jadi hujung yang positif itu.
5. Jaga penampilan, jaga badan. Selalu perhati perut dan lelemak berlebihan. Cubalah kurangkan makan atau banyakkan bersenam.
6. Selalu puji isteri atau suami masing-masing. Dulu kau berkenan kat dia sebab dia cantik atau handsomekan? Walaupun perut dia mungkin dah boroi, dia tetap manis dimatamu. Puji-pujilah yang dia masih handsome macam dulu.
7. Make time for one another. Kalau dia minta temankan ke rumah kawan dia, ikut. Kalau dia ajak balik kampung, ikut. Dia ajak teman dia main badminton, ikut jelah walaupun ko bosan duduk tepi court. Kalau sesuai dengan keadaan , ikut je dik.
8. Bersabar dengan kerenah masing-masing. Memang cakap senangkan? Ko cuba je lah dik. Perkahwinan ni untuk orang yang sanggup redah semua demi nak hidup bersama.
9. Jangan perlekehkan dia. Susah ni. Saya pun kadang tu jenuh nak control mulut tak ada insuran ni. But kita cuba huhu.
10. Respect. Biasalah, kalau tak respect suami, baik jangan ada suami.
Seorang rider terlantar dan tidak boleh berkerja selepas terlibat dalam kemalangan, dugaan berganda bila isterinya pula keguguran.
Masalah yang datang bertimpa-timpa ini sudah tentu membuatkan pasangan muda ini sedih dengan takdir yang dilalui.
Dugaan Berganda Bila Isteri Keguguran
Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemalangan pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.
Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam, Langkawi, Kedah, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.
Rider Terlantar
“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.
“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengandung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.
Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Isteri saya yang tidak bekerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.
“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya ke hospital,” ujarnya.
Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung keperluan hariannya.
“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah sebanyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586. Hulurkan tangan, ringankan beban keluarga ini untuk meneruskan hidup.
Kuat sentap? Apa tu? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka, sentap ialah menarik dengan kuat. Namun jika dikaitkan sikap seseorang, apa yang dikatakan sentap atau tersentap itu terjadi apabila terbit rasa sakit hati dam terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang.
Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk. Sebagai seorang suami, kadangkala bosan dan penat juga bila berdepan dengan sikap isteri yang terlalu sensitif dan kuat sentap ini kan? Pantang silap, dia akan sentap dan merajuk. Aduh, bagaimana ye?
Bukan Sempurna
Anda kena ingat, isteri juga manusia biasa yang ada banyak kekurangannya. Sama seperti diri anda. Sebagai pasangan, anda perlu terima kekurangan masing-masing. Nak tak nak, anda perlu jalankan tanggungjawab anda untuk mendidik isteri dan mengubah sikap mereka yang tidak elok itu.
Kenal Pasti Punca
Apa puncanya isteri anda teramat sensitif sehingga dia mudah tersentuh hati dan sentap walau pun dengan anda suaminya sendiri. Mungkin isteri mengalami tekanan yang tidak dapat diluahkan. Jadi sentiasa cuba berbual dengan isteri agar dia ada tempat untuk meluahkan segala apa yang dia rasa. Jangan sampai dia memendam rasa seorang diri.
Elakkan Buat Isteri Marah
Sebagai suami, sudah pasti anda tahu apa yang isteri suka dan tak suka. Kalau dah tahu isteri tak boleh ditegur bab penampilan fizikalnya, elakkan menyentuh tentang perkara itu walau pun niat anda sekadar untuk bergurau.
” Mama ni comellah, dah macam teddy bear papa tengok.”
Gerenti dia akan sentap dan merajuk mendengar kata-kata itu. Mana taknya, perkataan ‘teddy bear’ itu merujuk kepada bentuk badan yang tembam dan montel. Bermakna anda sudah begurau tentang berat badan, yang merupakan perkara sensitif bagi ramai wanita. Jadi, awas bila bergurau ye wahai suami!
Teguran Berhemah
Sikapnya itu boleh menjadi bertambah buruk jika tak ditegur. Bayangkan kalau dia bersikap yang sama dengan orang lain. Pasti orang tak selesa dengan dirinya. Pantang bergurau atau orang bercakap sesuatu yang tidak disukai tentang dirinya atau pendapatnya tak diterima orang, terus dia terasa hati dan sentap.
Kena belajar berlapang dada dan isi diri dengan aura positif. Jangan anggap buruk terhadap komen dan gurauan orang yang mungkin tak bermaksud apa-apa. Kalau bersembang serius sepanjang masa, tak syok juga kan?
Ada masanya pula dia sentap dan merajuk bila kehendaknya tak dipenuhi. Sebagai orang yang paling rapat, sentiasa nasihati dia. Bukan semua perkara berlaku mengikut kehendaknya sahaja. Begitu juga dengan orang lain. Jadi, bila kehendaknya tak dituruti, jangan pula terasa hati dan sentap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...