Ibu ini, Zura Betty berkongsi cara didikan anak lelaki nya. Sejak dari kecil lagi sudah didedahkan dengan bantu mak ayah buat kerja rumah. Tak perlu tunggu di suruh baru nak buat. Nampak ayam belum dibasuh dekat sinki, anak lelakinya diam-diam cuci bersih, sampai siap.
MW : Begitulah mak ayah, jangan kata anak lelaki tak boleh masuk dapur. Mereka ini andai didik dari kecil lagi, bila dewasa membesar jadi lelaki yang punya tanggungjawab terhadap orang rumahnya.
Bila masalah makin menghimpit, kita cari jalan penyelesaian istighfar sebanyak-banyaknya. Masalah tetap juga menghimpit, rasa susah tak mahu juga hilang. Kita mula cari salah dengan amalan sendiri.
Hakikatnya, kita tak faham apakah sebaik-baik amalan istighfar itu. Penjelasan Ustazah Asma Harun berkaitan istighfar buat kita tersedar. Kerana, seperti dalam kalam Ulama’, istighfar yang lalai boleh diumpamakan seperti kita mengejek Allah.
Istighfar Lebih 1000 Kali Sehari, Tapi Masih Tak Nampak Jalan Keluar
“Ustazah, saya dah buat semua tips ustazah bagi, malah saya tambah lagi jumlah istighfar tu buat 1000x sehari. Tapi kenapa masalah masih tak nampak jalan keluar, malah bertimpa-timpa, rezeki pun masih sempit.”
“Puan faham tak maksud istighfar? ”
“Iya faham, daku mohon ampun ya Allah.”
Ini Sebenar-benar Istighfar Yang Mak Ayah Kena Hadamkan
“Maaf puan, jangan kecik hati ya.. Puan dah mohon ampun dengan Allah atas dosa kesilapan sampai beribu kali sehari, dan jika puan betul ikhlas dengan Allah, bukan gunakan istighfar sebab nak selesai masalah atau rezeki, InsyaAllah antara manfaat pertama puan dapat daripada istighfar akan mula rasa bersalah bila buat maksiat, contohnya dedah aurat.
Akan mula labuhkan tudung menutupi dada bahagian depan, kiri dan kanan juga ya, tak pakai ketat dan jarang, lengan dan kaki juga ditutup. Jika mampu kurangkan solekan di wajah, bimbang solat tak sah jika tak betul-betul bersih, jika solat tak sah, nak harap apa lagi, itulah sebesar-besar istighfar.
Apabila Allah dah nampak kita bukan istighfar dengan lidah sahaja, tapi dari hati dan dibuktikan dengan perbuatan, Allah ya Fattah akan membuka satu persatu belenggu masalah kita.”
Allah ya Allah… Kadang nak keluar ayat ni memang susah sangat, bimbang orang kecik hati. Selalunya bergema dalam hati sahaja.
Istighfar yang lalai ituumpama kita mengejek Allah.. (kalam Ulama’)
~ iaitu istighfar/mohon ampun hanya pada lidah dan berterusan melakukan maksiat tanpa rasa berdosa.
Sejak Malaysia di landa pandemik Covid-19, hampir semua rumah pastinya mempunyai sekurang-kurangnya sebotol hand sanitizer untuk kegunaan seisi keluarga. Tetapi harus diingat, jangan sesekali membiarkan anak anda ralit bermain dengan hand sanitizer. Takut pula ada yang terminum hand sanitizer dalam kita tak sedar. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari anak-anak yang terminum hand sanitizer boleh terdedah kepada risiko keracunan alkohol dan juga sawan.
Memang agak cemas jugak saya masa ternampak Maryam Nafisah duk ralit main botol hand sanitizer seorang diri dekat dalam bilik.
Macam mana lah saya boleh cuai. Terlupa nak letak tempat tinggi.
Cepat-cepat saya ambil botol dari tangan dia. Mujurlah bila saya hidu mulut si Maryam tak ada bau hand sanitizer tu. Risau betul kalau dia terminum cecair dalam botol tu sebab dah ada beberapa kes anak kecil mengalami keracunan berpunca dari hand sanitizer.
Kes mangsa paling muda yang dilaporkan pada Pusat Racun Negara melibatkan bayi berusia 5 bulan!
Bahaya sangat kalau kita terlepas pandang hal ni. Sejak wabak Covid19 ni makin teruk, boleh kata setiap rumah sekarang ada simpan hand sanitizer.
Hand sanitizer yang berkesan untuk bunuh kuman ialah jenis yang mengandungi alkohol yang tinggi, lebih dari 60%. Biasanya dari jenis etanol atau isopropil alkohol.
Sebaiknya simpan hand sanitizer di tempat tinggi dan sukar dicapai anak-anak.
Kalau kanak-kanak tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol akan berlaku.
Keracunan ni boleh buatkan kesan khayal, tingkah laku berubah, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal serta jantung berdegup kencang.
Manakala keracunan yang teruk pulak akan sebabkan saraf pusat dan sistem pernafasan terganggu, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun.
Paling membimbangkan ada kes kanak kanak keracunan hand sanitizer ni sampai berlaku sawan!
Tu la kenapa kena jauhkan hand sanitizer ni dari kanak-kanak dan simpan kat tempat selamat.
Budak-budak ni mudah benar tertarik bila nampak botol yang cantik. Pulak tu sekarang hand sanitizer ada macam-macam bau wangi. Lagilah mereka suka untuk hidu dengan hidung dan rasa dengan lidah.
Tolong saya ingatkan hal ni pada mak ayah yang lain ye. Risau, terlepas pandang sekejap pun dah boleh akibatkan kecederaan pada anak yang kita sayang.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
#notaDrALB
Kesimpulannya, hati-hati mak ayah. Kadang-kadang anak ni datang ilham nak ‘berkarya’ macam-macam eksperimen yang bukan-bukan mereka teruja nak mencuba. Berhati-hatilah dan sentiasa beringat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari lagi nak sampai 10 Zulhijah. Masa ini umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha. Jadi, sebelum bermulanya takbir Aidiladha, marilah gunakan masa yang berbaki ini untuk gandakan amalan kebaikan di 10 hari awal Zulhijah ini.
Seperti yang dikongsikan Najmi Farisham, mahasiswa Islamic University of Madinah ini, ada keistimewaan dalam 10 hari awal Zulhijah ini yang tuhan kumpulkan untuk hambanya. Sebab itulah, beruntung jika segera rebut amalan yang masih berbaki ini.
Terhimpun Ibadat Besar Dalam 10 Hari Awal Zulhijah
Kita sudah berada di 10 hari awal Zulhijah. Hari-hari yang mana Tuhan sebutkan khas di dalam al-Quran. Suatu hari yang dikhabarkan oleh Baginda SAW bahawa amal soleh yang dilakukan padanya sangatlah dikasihi Allah SWT.
Istimewanya hari-hari ini kerana terkumpul beberapa ibadat besar padanya. Ada solat, puasa, sedekah dan haji. Ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sekaligus dalam satu-satu masa.
Disebabkan itulah, kita semua disunatkan untuk perbanyakkan amal ibadat pada 10 hari ini. Sudah semestinya ia mempunyai kelebihan yang besar di sisi agama. Lakukan dan tingkatkanlah amal kebaikan pada hari-hari ini.
Amalan 10 Hari Awal Zulhijah
Antara yang boleh dilakukan adalah:
1. Sentiasalah solat berjemaah dan lazimilah masjid selalu. Perbanyakkan solat-solat sunat tidak kira masa dan waktu. 2. Digalakkan berpuasa sunat. Sama ada puasa Isnin Khamis ataupun Puasa Nabi Daud iaitu puasa selang sehari. Hari ini puasa, esok tak, lusa puasa balik. 3. Perbanyakkan zikir Takbir, Tahlil dan Tahmid kepada Allah SWT tidak kira masa dan tempat. 4. Perbanyakkan juga mengaji al-Quran. Hari-hari biasa pun, setiap satu huruf diberi 10 pahala. Inikan pula hari-hari terbaik dalam setahun ini. 5. Berpuasa pada hari Arafah. Puasa ini disunatkan kepada mereka yang tidak menunaikan fardu haji. Oleh kerana tahun ini, kita semua tidak berpeluang ke sana, ambil peluang besar ini sama-sama.
Sebuah hadis Nabi SAW menyatakan bahawa Puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun akan datang. Lumayan kan? 6. Perbanyakkan bersedekah infak kepada mereka yang memerlukan. Setiap satu infak itu akan digandakan 70 kali kebaikan pahalanya. Bayangkan dibuat pada hari yang dikasihi Tuhan. Dahulukan kaum kerabat kita dahulu. Pasti lebih afdal.
Paling Penting! Jangan Lupa Berdoa..
Ini antara amalan ibadat yang boleh kita buat sepanjang 10 hari awal Zulhijah ini. Dan paling penting, jangan lupa untuk berdoa. Ini pengharapan dan kebergantungan kita pada-Nya. Doakan diri sendiri, kaum keluarga dan umat Islam seluruhnya.
Khabarkan kepada kenalan kita semua akan kelebihan 10 hari ini. Boleh jadi ada yang langsung tak perasan dek sibuk itu dan ini. Sama-sama kita cuba sebaik dan semaksima mungkin ya, insya-Allah.
Itulah.
Sumber/Foto : Najmi Farisham, sebarkan manfaat. *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!