Ibu ini, Nor Hafsah berkongsi kisah anak perempuannya yang bernama Humairah Aisyah. Walau masih berusia 3 tahun anaknya amat memahami keadaan dirinya yang OKU fizikal.
Dalam perkongsian video TikTok nya yang viral tak lama dulu, Humairah tetap menunggu ibunya yang tertinggal di belakang. Biar pun jauh dia berlari, Humairah tetap akan berhenti dan tunggu ibunya sampai kepadanya.
Begitulah aksi manis si kecil ini yang cukup ‘sweet’.
OKU Fizikal Tak Diberi Peluang Bekerja
Kongsi ibunya di video berkenaan,” Ummi tak boleh jalan laju nak, Humairah tetap akan tunggu ummi.” Anak yang sangat memahami keadaan ummi.
Jelas ibunya dengan MW, dia mengalami masalah pergerakan. Terutama pada bahagian kaki dan tangan kanannya yang lambat bergerak.
Biar pun berdepan ujian kekurangan fizikal sebegitu, Nor Hafsah tak menjadikannya sebagai halangan untuk mencari rezeki. Malah, beliau berniaga muruku cheese untuk menampung keperluan hidup.
Ads
“Saya tak diberi peluang bekerja walaupun dah mohon di banyak tempat kilang dan kedai. Ada jawatan kosong tapi mereka kata tiada jawatan untuk saya.
“Jadi dari situ saya nekad berniaga sendiri tanpa bekerja dengan orang lain. Sebab saya orang OKU, orang tak perlukan saya. Saya niat dengan bisnes ini saya nak buka peluang kerja untuk orang lain.” Demikian tegas ibu muda ini.
Terbaru menerusi perkongsiannya lagi, setelah lebih dua tahun mengusahakan maruku cheese beliau menerima bantuan mixer.
“Alhamdulillah hasil kesabaran selama ni Allah sangat baik gantikan kemanisan. Syukur setelah 2 tahun lebih mengusahakan Muruku Cheese dengan sepenuh tenaga untuk mengguli manual dan menggoreng (Naik sado weyy tangan kiri ni). Bukan mudah ya dengan Hafsah macam ni yang hanya bergantung pada tangan kiri sahaja untuk melakukan segala kerja.
Allah hadirkan insan-insan yang berhati mulia bantu Hafsah, Hafsah telah diterima untuk menerima bantuan Mixer. Alhamdulillah sangat bersyukur dan happy sebab lama sangat menunggu bantuan ni sampai, sebab ada masa order masuk banyak sampai tangan tak terlarat nak menguli. Nasib En Hubby sentiasa ada dan support dengan tenaga nya. Banyak sangat membantu.
Ads
Alhamdulillah hari ni perasmian menggunakan sepenuhnya mengguli guna mesin ni. 1st time tau guna mixer.
Dapat membantu sangat meringankan kerja Hafsah nak menguli dan lebih cepat. Moga dengan adanya mixer ni Hafsah boleh hasilkan yang lebih baik dan terus maju berjaya. Aamiin
Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat-sahabat semua. Terima kasih juga YPKDT yang pilih Hafsah untuk terima bantuan ini. Moga Allah saja membalas jasa baik kalian semua.”
Mingguan Wanita : Kagum dengan semangat juang ibu ini. Walau OKU fizikal tetap cekal dan berani menyahut cabaran untuk mencapai impiannya.
Musim cuti sekolah ini, dekat seharianlah anak-anak berkumpul di rumah. Bila dah ramai-ramai, teringin pula nak makan pizza. Nak buatnya lambat dan ambil masa. Lebih mudah order online.
Sebenarnya ada cara mudah dan pantas nak buat pizza tanpa yis. Perkongsian daripada Puan Ummul Omar ini akan mudahkan kerja mak-mak di dapur.
Cuma 25 minit saja dah boleh dapat 1 pizza saiz Large. Kalau beli online tu mahu satu saiz large dekat RM25. Cuba kalikan pembelian dengan 2, tak ke RM50 melayang untuk pizza saja.
“Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak minta nak makan pizza mama buat tapi aduhai. Malas betul nak buat sebab lambat siap. Order lagi senang kan?”
“Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.”
Bahan-bahan Pizza Tanpa Yis
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml) Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan) Mozarella cheese (tiada dalam gambar, Masa nak masak nanti letaklah ya)
Uli Tepung Sampai Jadi Doh (Rujuk Video)
Siap Uli Tepung, Ikut Step Ini
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.
3. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
4. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10 minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
Nota : Resepi ini membolehkan mak-mak dapat 1 pizza saiz large.
Akhirnya tiba masa yang dinantikan anak-anak dan pastinya mak ayah juga tak sabar nak tahu keputusan SPM anak-anak pada hari ini.
Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada hari ini iaitu Khamis, 14 Mac 2019.
Jadi calon tetap boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi sampai 6 petang.
Tetapi kalau keputusan SPM tidak berapa memberangsangkan atau tidak mendapat seperti yang dikehendaki, jagan putus asa dan rasa rendah diri. Sebab kehidupan lepas SPM lagi mencabar.
CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM MELALUI LAMAN WEB & SMS
Bagi Calon SPM 2018 yang tidak dapat hadir atau yang terjejas dengan penutupan sekolah di daerah Pasir Gudang, semakan keputusan SPM tetap boleh dibuat melalui laman web secara online atau SMS.
MySMS 15888
Untuk menghantar teks pesanan mySMS 15888, taipkan SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
Talian dibuka mulai 10 pagi 14 Mac hingga 20 Mac 2019.
Lihat contoh mesej dalam gambar di bawah.
Layari Laman Web Lembaga Peperiksaan
Semak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.
Isikan butiran yang diminta seperti no kad pengenalan dan nombor angka giliran.
Klik butang ‘semak’.
Macam Mana Dengan Calon SPM Yang Sekolahya Tutup?
Namun statistik 2018 menunjukkan terdapat 111 buah sekolah rendah dan menengah di bawah PPD Pasir Gudang, 43 daripadanya diarah tutup serta merta ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim pada jam 7 petang oleh menteri bersamaan 38% daripada keseluruhan jumlah sekolah.
Jangan risau, sebab calon spm 2018 boleh dapatkan keputusan peperiksaan di pejabat pendidikan daerah.
Haa… lepas dah semak nanti, jangan pula lupa untuk datang ke sekolah bagi mendapatkan dokumen rasmi peperiksaan SPM.
Tak kira apa pun keputusan yang anak anak perolehi, bagi sokongan pada anak kerana rezeki Allah itu luas. Semoga berjaya adik-adik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Balik kampung dengan anak-anak memang mencabar jadi mak-mak kena buat persiapan rapi. Nak-nak kalau anak-anak masih kecil,kalau tak kena gaya dia akan meragam sepanjang jalan. Memang boleh stres dibuatnya. Jadi bagi memastikan perjalanan bersama anak-anak selesa, mak-mak buat persiapan ini ye.
Tip Persiapan Balik Kampung
1-Sediakan Bekal Makanan & Minuman
Anak akan meragam bila lapar. Jadi pastikan mak-mak membawa bekal makanan. Bukan je makanan berat tapi kena pertimbangkan juga jajan untuk anak-anak.Kalau tidak memang kopaklah poket sebab anak akan merengek nak beli di stesen minyak atau hentian R&R. Biasanya harga barang-barang di premis sepanjang lebuh raya lebih mahal. Lagi satu kalau bekalan makanan cukup, masa perjalanan dapat dipendekkan sebab kurang berhenti.
2-Pilih Waktu Balik Yang Sesuai
Rancang perjalanan yang bijak, sebelum nak balik check dulu status lalu lintas. Elakkan waktu sesak yang menyebabkan kita tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Selain itu, pilih waktu perjalanan yang kita sekeluarga selesa misalnya awal pagi, malam atau petang.
Ramai mak ayah yang pilih balik waktu malam kerana anak-anak tidur jadi perjalanan lebih lancar. Cuma Min nak pesan, pastikan pemandu dalam keadaan yang baik. Jangan pula badan terlalu letih dan mengantuk, ia boleh bahayakan nyawa keluarga.
3-Persiapan Bawa Game, Buku & Permainan
Untuk elakkan anak-anak boring. Jangan lupa bawa game, buku dan permainan. Biar mereka leka bermain sepanjang perjalanan. Ini cara untuk elak anak boring dan meragam.
Bila berjalan jauh memang boring, ada anak-anak hilang sabar dan mula buat perangai. Salah satu cara untuk mengisi waktu anak-anak adalah mengajak mereka menonton movie yang digemari. So sebelum mulakan perjalanan, eloklah mak ayah download koleksi movie yang anak suka.
5-Pakaikan Anak Pampers
Kalau waktu kemuncak, biasanya R& R akan sesak. Sebagai pilihan, mak-mak boleh pakaikan pampers untuk anak. Walaupun anak dah off pampers tapi pakaikan juga kerana bimbang mereka tak tahan nak ke toilet.
6-Bawa Bantal & Selimut
Bila berjalan jauh, kita kena pastikan anak-anak selesa. Jadi bawalah bantal dan selimut travel untuk anak-anak. Biar mereka lepak dalam keadaan santai.
7-Jangan Lupa Peti Kecemasan
Ini list penting yang mak-mak wajib bawa. Pastikan peti kecemasan ada ubat-ubatan, plaster dan sebagainya. Malang tak berbau, jadi standby peti kecemasan ye. Mana tau anak terluka atau terhantuk dalam kereta. Jadi tidaklah mak-mak panic sebab dah standy ubat.
8-Asingkan Barang Kelengkapan Baby
Bagi yang ada baby, asingkan barang kelengkapan asas seperti pampers dan susu. Letakkan dalam satu beg khas. Jadi tak lah kelam kabut memunggah beg yang bertimbun.
Berhenti Rehat Jika Penat Atau Mengantuk!
Akhir sekali, Min nak pesan jangan tergopoh-gapah di jalan raya. Kalau mengantuk atau penat berhenti rehat, jangan paksa diri memandu dalam keadaan yang tak sepatutnya. Ingatlah insan yang kita sayang, biar lambat asal selamat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.