Ibu keluar ambil barang, kereta terkunci secara automatik.’ Kanak-kanak dua tahun terperangkap daam kereta. Mujurlah tindakan pantas bomba dapat menyelematkan kanak-kanak ini.
Kadang-kadang mak-mak tiada pilihan terpaksa tinggalkan anak di dalam kereta , namun malang tak berbau. Syukur anak ini dapat diselamatkan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda ketika ibunya keluar mengambil barang di Taman Kesidang, Bachang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah.
Ads
Kereta Terkunci Secara Automatik
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.34 pagi dan sepasukan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati seorang kanak-kanak lelaki telah terkunci di dalam kereta jenis Honda dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira sembilan minit kemudian dalam keadaan selamat dan diserahkan semula kepada penjaganya,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang.
“Selepas keluar, kereta itu secara tiba-tiba terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap.
Ads
“Kes sebegini kerap berlaku dan kita meminta agar para penjaga lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan anak masing-masing seorang diri di dalam kereta,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga mak ayah lebih berhati-hati dan menjadikan kisah ini sebagai panduan agar tidak mengambil mudah dalam menjaga keselamatan anak-anak.
Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT antara lokasi pelancongan cantik di dunia musnah dalam banjir besar. Bagi yang pernah melancong ke Pakistan, pasti ramai mengakui keindahan semulajadi negara ini.
Tak perlu ke Eropah, Switzerland, Egypt dan lain-lain tetapi Allah mengurniakan negara Pakistan ini lengkap segala-galanya kerana panorama indahnya yang sangat memukau. Yang pernah tengok filem lakonan Salman Khan berjudul Bajrangi Bhaijaan pasti mengakui keindahan lokasinya (sempadan Kashmir – India). Bukan itu saja, tetapi banyak lagi lokasi-lokasi indah di sini seperti Attabad Lake, Hunza, Skardu, Sawt dan banyak beberapa daerahnya digelar Switzerland of Pakistan.
Tapi sejak dua hari lalu, negara penduduk beragama Islam ini diuji dengan bencana besar yang menjejaskan kehidupan 33 juta rakyatnya. Bukan sedikit kematian dicatat tetapi seramai 1033 orang ditemui meninggal dunia selain sejuta rumah musnah sama sekali.
Bahkan dari perkongian video di Tik Tik @Arsal Raaj menunjukkan SWAT antara yang mendapat jolokan Switzerland Of Pakistan yang berada dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana keindahannya yang terlalu memukau hingga menarik jutaan pelancong datang untuk melihat keindahan alam semulajadinya kita bertukar rupa dan musnah sama sekali.
Wilayah SWAT antara tercantik di dunia hingga digelar Switzwerland Of PakistanKesemua penorama indah ini musnah dalam banjir besar melanda Pakistan yang mengorbankan 1033 nyawa, sejuta rumah musnah sama sekali dan 33 juta penduduk terjejas
Dari sungai yang mengalir deras dari pergunungan, dikelilingi rumah yang dibina kiri dan kanan lokasi ini antara tarikan pelancongan yang wajib singgah sebelum ke lokasi lain seperti Passu, Chizer dan banyak lagi.
Bahkan akibat banjir besar ini, pemerintahnya mengisytiharkan darurat kerana belum ada tanda-tanda banjir besar ini akan surut.
Ada mendakwa bencana terjadi ini akibat kerakusan tangan manusia sendiri bahkan tragedi yang menimpa negara ini seakan mengiyakan bahawa di akhir zaman sebelum terjadinya kiamat besar, akan terjadinya kiamat kecil seperti kerapnya terjadi benca alam seperti gempa bumi, tanah gelongsor, banjir besar dan lain lagi.
Dalam satu hadis Baginda Nabi SAW “Tidak akan datang hari Kiamat sehingga langit menurunkan hujan yang tidak terlindung daripadanya rumah-rumah yang diperbuat daripada tanah dan tidak ada yang terlindung daripadanya melainkan rumah-rumah yang diperbuat daripada bulu atau kulit haiwan (khemah).”
Bahkan di akhir zaman juga, walau hujan lebat terjadi yang menyuburkan bumi tapi hanya sedikit makanan yang tumbuh selain terjadinya kemarau yang panjang.
Dalam tragedi banjir besar di Pakistan ini, menurut laporan Pengurusan Bencana Pakistan (NDMA) melaporkan lebih dari dua juta hektar tanaman musnah, 3451 kilometer jalan hancur dan 149 jambatan hanyut.
Indahnya negara Pakistan. Segalanya ada di negara ini, cantik, penduduk ramah dan paling penting murah untuk melancong
Glasier yang mula mencair semakin memburukkan keadaan selain hujan deras yang belum menunjukkan tanda akan berhenti (setakat laporan dinyatakan). Bahkan banyak hotel-hotel popular musnah sama sekali termasuk Wisma Nasir Khan.
Walau banjir ini tidak terjadi Ibu kota Pakistan iaitu Islamabad serta beberapa kawasan lain seperti Kota Rawalpindi namun kesannya tetap tersisa. Banyak hasil tanaman tidak dapat dibawa masuk ke ibu kota sekali gus meresahkan penduduk.
Dikatakan banjir besar kali in menyamai banjir pada 2010 yang pernah dicatatkan sebagai terburuk dalam sejarah Pakistan dengan 2010 orang meninggal dan seperlima waliyah itu terendam air.
Jeans rosak jangan buang. Jom sertai bengkel buat tote bag dan shopping bagi bersama MW Oktober nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua hari ibu ini menanti jasad anaknya keluar dari permukaan air lombong Taman Putra Perdana. Selagi belum ditemui, hatinya masih berkecamuk tidak keruan.
Tragedi anaknya tergelincir jatuh dalam lombong ketika memancing, disusuli dengan trajedi lemas 6 penyelam bomba menambah lagi kesedihan ibu ini. Malah Malaysia turut menangisi tragedi 3 Oktober yang begitu menyayat hati.
Semalam jam 5.45 petang jasad anaknya, Muhammad Ilham Fahmy, 17 dapat juga ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR). Kira-kira 800 meter dari tempatnya terjatuh.
Ibunya terus saja menyertai anaknya sampai ke tempat pengurusan jenazah. Sewaktu di situlah berlaku kejadian sayu yang disaksikan sendiri oleh Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.
Catatan Ustaz Rafie begitu sayu. Menyentak tangkai hati sesiapa pun yang bergelar ibu. Mengundang kembali air mata kerinduan, buat insan-insan yang pernah meninggalkan ibu kembali ke kampung abadi.
Mak Nak Cium Ilham
Jenazah mangsa lemas Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.
Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jenazah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.
Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.
Walaupun jasad jenazah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.
Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walau bagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.
Seorang Demi Seorang Rakan Mengucup Wajah Arwah Buat Kali Terakhir
Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.
Arwah dilaporkan jatuh lemas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba & Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lemas dan maut di tempat kejadian.
Jenazah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”
Takziah kepada pelawak Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot yang baru kehilangan anaknya apabila pada pukul 8.40 pagi tadi.
Menurut Chot yang juga merupakan ahli kumpulan XOXO, bayi sulungnya Muhammad Sher Harraz, meninggal dunia disebabkan masalah injap jantung terbalik pada usia empat bulan.
“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhammad Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi dan jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka sebelum atau selepas Asar,” kongsi Chot.
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya.
Penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya pada pagi Isnin.
Rehatlah di taman syurga wahai anak.. kami dalam perjalanan membawa anak syurga #muhammadsherharraz bersama ibu bapanya @chotxoxo & @jajafieyrul ke felcra Ramuan China.
2 hari sebelum ini, isterinya, SitiZafirulazzah Moh Idris ada berkongsi tentang perkembangan anaknya itu. Tulisnya dengan emosi sedih,
Allahuakbar, baru hari ni dapat merasakan semua ni.. Harraz dah lemah.
Ada Masalah Jantung
Sher Harraz yang dilahirkan pada 16 Jun lalu itu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang memasuki paru-paru.
Berita tentang penyakit anaknya itu dikesan selepas setengah jam dia dilahirkan dan doktor memanggil Chot untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.
Chot berterima kasih kepada semua pihak yang tak henti mendoakan anaknya selama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...