
Isi Kandungan
ToggleBenarkan anak-anak, selagi adanya ibu ayah, selagi itulah doa dari seorang ibu untuk anaknya akan terus mengalir dan berpanjangan. Lagi-lagi ibu yang bangun malam dan solat di sepertiga malam, mendoakan untuk anak-anak. Bukankah doa ibu itu tiada hijab.
Maka, terbukalah ruang rezeki untuknya dan anak-anaknya. Bak perkongsian Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak ini, sebenarnya ibu itulah asbab paling mudah untuk anak masuk ke syurga.
Tapi ada syaratnya, hadamkan perkongsian ustazah ini.
- Pesan Da’i Hamidah, sibuk sekalipun kena ada masa untuk keluarga.
- Ibu bersalin, bertarung nyawa hidup atau mati. Jagalah emosinya dari hamil hingga melahirkan.
- Tolong doakan guru Da’i Hamidah, diuji sakit tak boleh bertutur normal.
Ibu Itulah Asbab Mudahkan Anak Masuk Syurga
Tadi makan dengan mak, rasa syoq sangat tengok mak sihat, lalu makan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan. Benarlah selagi kita masih ada ibu atau ayah, kita perlu bertambah-tambah syukur.
Kerana mereka kita akan beroleh banyak barokah dan kerana mereka segala permintaan kita In sya Allah akan dikabulkan asbab doa mereka yang begitu luar biasa.
Tetapi apa yang lebih besar ialah mereka kunci mudah untuk insan yang bergelar anak masuk ke syurga jika kita melayani mereka dengan baik tika di dunia.
Terima kasih mak selalu doakan adik, selalu bangun malam doa, solat hajat untuk adik. Mak memang ibu yang sangat sempurna. Semoga Allah Taala panjangkan umur mak dalam keberkatan dan semua amalan diterima Allah Taala.

Terbukti Anak Yang Baik Dengan Mak Ayah, Hidup Dipermudahkan, Doa Dimakbulkan
Sebagaimana pesan Da’i Hamidah sebelum-sebelum ini, anak yang baik dengan orang tuanya, hidupnya akan dipermudahkan, malah doanya dimakbulkan.
Maka, itu janganlah pernah rasa lelah untuk berbuat baik dengan mak ayah ya. Orang kata, itu pun salah satu cara untuk menjemput rezeki yang tidak disangka-sangka. Berbaktilah terus dengan orang tua mu dengan seikhlasnya.
MW : Moga Allah memberikan ganjaran pahala untuk anak-anak yang tak bersungut menjaga kedua orang tuanya. Amin
Sumber/Foto : Da’i Hamidah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Isteri Rajin Masuk Dapur, Suami Kena Lakukan Hal Ini

Isi Kandungan
ToggleMemiliki isteri yang berparas menawan dianggap satu bonus buat suami. Tapi percayalah, selepas berkahwin, suami lebih suka isteri yang rajin ke dapur daripada isteri yang sibuk pasang badan.
Walau pun tak sehebat masterchef, tapi kalau rajin masak pun dah memadai. Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami dan anak-anak. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!
Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka”. Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.
Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Mungkin boleh cuba cara yang kami kongsikan ini.
Puji Masakannya
Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang anda bayangkan. Tapi ia sebagai tanda anda menghargai usaha dan penat lelahnya itu.
Kemudian beritahu isteri, apa kekurangan masakannya itu. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. Jangan sesekali mengkritik masakannya kerana boleh mendatangkan kemarahannya. Silap hari bulan, dia mogok masak.
Selain itu, katakan pada isteri, anda tak kisah walau dia hanya masak lauk yang ringkas. Yang penting, anda hendak makan masakan yang dimasaknya sendiri. Anda pula janganlah cerewet sangat kerana anda sedang melatihnya untuk lebih kerap memasak. Jangan bantutkan usaha anda itu dengan sikap cerewet tak bertempat. Mungkin pada mulanya masakan isteri tak berapa sedap. Tapi percayalah, kalau dia rajin masak, skil masakannya akan bertambah baik.
Tawarkan Diri Jaga Anak
Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula.Jadi, tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama. Anda ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja.
Bantu Isteri
Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika anda hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, anda juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!
Hantar Kelas Masakan
Ada isteri yang terang-terangan mengaku dia tak pandai masak atau dari awal perkahwinan anda sudah maklum isteri tak pandai masak. Ambil inisiatif untuk hantar isteri ke kelas belajar memasak sebagai tanda sokongan anda untuk dia lebih yakin memasak kelak.

Kias Berhemah
Bila anda ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, anda menelefon dan memberitahu yang anda teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, isteri tahu anda hendak dia masak hari itu.
Terus Terang
Tak dinafikan, ada isteri yang culas nak masak. Asyik nak membeli saja. Sebagai suami, anda ada hak untuk menegur isteri. Tapi biarlah dengan berhemah agar tidak menjadi punca perbalahan.
Banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Andai Anak Mak Ayah Begini, Jangan Mengeluh! Itu Tanda Keramat Anak Rasa Selesa

Isi Kandungan
ToggleAndai anak mak ayah begini, jangan mengeluh! Itu tanda keramat anak rasa selesa dan senang dengan kita.
Memang kadang-kadang naik rimas dengan anak yang asyik melekat dan tak boleh berenggang, malah silap haribulan termarah anak jika tersalah cara.
Namun ketahuilah bila anak terlalu selesa dengan mak ayah, mereka seolah-olah tidak mahu terpisah.
Andai Anak Mak Ayah Begini
Kongsi Mohd Fhais, berikut adalah tanda- tanda anak rasa selesa bila bersama kita
1. Dia suka berkepit
Pantang nampak, mesti berlari datang hendak berkepit. Nampak macam manja, sebenarnya dia rasa selesa dan senang bila bersama kita.
2. Tak boleh berenggang
Tak boleh hilang sekejap, memang menjerit dia cari kita. Kadang kita salah anggap kata dia penakut tapi sebenarnya bukan begitu.
Ini tandanya kita dan anak ada bonding yang sangat kuat.
3. Dia suka tunjuk kepandaian
Sebenarnya dia suka bila kita puji dia, makin kita puji makin dia rasa pandai. Makin cepat otak dia membesar.
Jangan Mengeluh
4. Selalu minta tolong
Kadang dia sudah pandai pun, tetap mengada-ngada hendak minta tolong kita. Layankan, orang tengah sayang memang suka buat buat tak pandai.
5. Suka kita peluk
Bila kita peluk, tersipu sipu muka dia. Makin suka makin gedik! Anak akan rasa tenang dan tenteram hatinya jika kita peluk dia selalu.
6. Kita jadi tempat mengadu
Bila dia rasa tak enak, sakit atau sedih kitalah tempat dia mengadu. Kita ada calm effect pada anak kita.
7. Jadi super berani
Orang lain bagi kata semangat tak jadi tapi bila kita beri kata-kata semangat, terus dia jadi berani.
Baca JUga Di Sini :
Bila Anak Selesa Tak Menangis & Meragam, Mak Pun Dapat Tidur Lebih Lena!
Musim PdPR, Ini Caranya Ayah DIY Meja Belajar Anak Supaya Selesa!
Dari Kecil Mak Selesaikan Serba-Serbi, Bila Besar Anak PASTI Tertekan
Itu Tanda Keramat Anak Rasa Selesa
8. Berubah-ubah perangainya
Depan orang lain dia baik, bila kita ada saja dia berubah menjadi mengada-ngada. Ada juga yang terbalik, depan kita baik belakang kita nauzubillah.
Terapkan nilai-nilai baik pada anak dan mungkin BELI DI SINI dapat membantu.
9. Suka mengekor mana kita pergi
Nak keluar buang sampah pun dia hendak mengekor, tak dapat ikut melalak. Huh! Jadi mungkin dengan cara ini, boleh luang masa bersama untuk lakukan aktiviti atau bermain apa-apa permainan kegemaran anak-anak bersama. BELI DI SINI.
10. Mudah mengikut
Cara cakap, cara makan, cara tidur sampaikan ke cara korek hidung dia ikut cara kita. Hahaha… Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan!
Andai ada semua tanda ini jangan kita mengeluh atau rasa rimas ya, ketahuilah bahawa itu tanda keramat yang anak rasa senang dan selesa dengan kita.
Wallahu A’lam.
~ Mohd Fhais Salim
Nota :
Jemput semua untuk dapatkan banyak lagi ilmu #KhusyukParenting di telegram saya.
Join di sini bit.ly/PositifParent
Mingguan Wanita : Ciptalah momen bahagia bersama anak-anak selagi mereka masih kecil dan perlukan mak, ayah. Bimbang kelak bila mereka makin dewasa, mereka tidak mahu lagi bermanja.
Sumber: Mohd Fhais Salim
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia, Rajin-rajinlah Bersembang, Bukan Layan Gajet

Isi Kandungan
ToggleSuami isteri nak rumah tangga bahagia, rajin-rajinlah bersembang, bukan layan gajet. Rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, kebahagiaan ini tidak datang dengan sendiri, sebaliknya memerlukan usaha, pengorbanan, dan yang paling penting, komunikasi yang baik antara suami dan isteri.
Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia
Dalam era teknologi yang serba canggih ini, peranti seperti telefon pintar, tablet, dan komputer sering menjadi punca gangguan dalam hubungan pasangan. Oleh itu, suami isteri perlu bijak mengimbangi penggunaan gajet dan keutamaan mereka terhadap keluarga.
Kenapa Bersembang Itu Penting?
Menguatkan Hubungan Emosi
Perbualan yang bermakna antara suami isteri dapat memperkukuhkan hubungan emosi. Apabila kita meluangkan masa untuk mendengar dan memahami pasangan, ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadiran dan pendapat mereka. Ini adalah asas kepada hubungan yang mesra dan saling mempercayai.
Mencegah Salah Faham
Banyak konflik rumah tangga timbul akibat salah faham. Bersembang secara terbuka membolehkan pasangan menyuarakan perasaan dan menyelesaikan masalah sebelum ia menjadi lebih serius. Dengan berbincang, kita boleh memahami perspektif pasangan dan mencari penyelesaian yang terbaik bersama.
Mencipta Memori Indah
Masa yang dihabiskan bersama dengan berbual-bual dapat mencipta kenangan yang manis. Sama ada berbicara tentang pengalaman harian, berkongsi cerita lucu, atau merancang masa depan, momen-momen ini akan menjadi kenangan yang tidak ternilai dalam kehidupan rumah tangga.
Rajin-rajinlah Bersembang, Bukan Layan Gajet
Bahaya Gajet Dalam Rumah Tangga
Mengurangkan Interaksi Fizikal
Apabila terlalu asyik dengan gajet, perhatian kepada pasangan sering terabai. Ini boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin kerana kurangnya interaksi secara langsung.
Menyebabkan Kejengkelan Pasangan
Apabila pasangan merasa diabaikan kerana kita lebih fokus kepada telefon atau tablet, ia boleh mencetuskan rasa kecewa. Dalam jangka masa panjang, ini boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Mengasingkan Diri
Gajet boleh membuatkan seseorang lebih memilih untuk berkomunikasi secara maya berbanding secara bersemuka. Ini menyebabkan hubungan suami isteri kehilangan keintiman yang penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
Cara Mengutamakan Komunikasi Dalam Rumah Tangga
Tetapkan Masa Tanpa Gajet
Amalkan masa tertentu dalam sehari di mana semua gajet diletakkan ke tepi. Gunakan waktu ini untuk berbual, berkongsi cerita, atau melakukan aktiviti bersama-sama.
Tanya Dan Dengar
Mulakan perbualan dengan soalan seperti, “Hari ini macam mana?” atau “Ada apa-apa yang ingin awak kongsikan?” Dengarkan dengan sepenuh hati tanpa mengganggu dengan gajet.
Luangkan Masa Berkualiti
Selain berbual, lakukan aktiviti bersama seperti memasak, menonton filem, atau berjalan-jalan. Ini akan meningkatkan hubungan dan menambahkan keseronokan dalam rumah tangga.
Rumah tangga yang bahagia memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak. Dengan mengutamakan perbualan dan mengurangkan penggunaan gajet, pasangan suami isteri dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat dan harmoni. Ingatlah, kebahagiaan itu bukan datang daripada perkara yang besar, tetapi dari tindakan kecil yang dilakukan setiap hari, termasuk bersembang dan menghargai antara satu sama lain.
Baca artikel lain juga: Suami Isteri Bila Bergaduh, Jangan Mengadu Pada Mak Ayah, Bimbang Makin Buruk, Selesaikan Sendiri
Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh
Suami Isteri Jadi Pelengkap Antara Satu Sama Lain, Hidup Berumah Tangga Ada Pasang Surut

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI