“Ibu ingin selamatkan anak-anak.” Namun akhirnya kesemua ditemui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan kerana terhidu asap kebakaran.
Kasihnya seorang ibu hingga ke syurga, begitulah pengorbanan seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi anak-anak tercinta.
Amat memilukan apabila kebakaran tersebut bukan saja meragut nyawa anak-anaknya malah turut mengorbankan nyawa sang ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya.
Akhirnya Kesemua DiTemui Meninggal Berpelukan
Mayat seorang ibu dan tiga anaknya yang terkorban dalam satu kebakaran di Kampung Kubang Jaya, daerah Siak Hulu dalam wilayah Riau ditemui dalam keadaan berpelukan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada Ahad lepas di kediaman milik Syafar, 53, yang mengorbankan isteri serta tiga anaknya.
Mereka yang terkorban ialah Suriyati, 44; Syafitri, 22; Selvina Putri, 17 dan Hazim Zhafran Syaputra, tiga tahun.
Terhidu Asap Kebakaran
Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana terhidu asap kebakaran yang tebal.
Mayat kesemua mangsa ditemui di dalam tandas dalam keadaan sedang berpelukan.
Ibu Ingin Selamatkan Anak-Anak
Menurut seorang saksi, ketika kejadian, dia meminta Suriyati untuk segera keluar dari rumah itu.
Mangsa bagaimanapun masuk ke dalam satu ruang di dalam kediaman itu untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anaknya. Namun, api marak begitu pantas dan menyebabkan keempat-empat mereka terperangkap.
Syafar juga sempat masuk ke dalam api yang sedang marak untuk cuba menyelamatkan isteri serta tiga anaknya, namun dia dihalang oleh penduduk kampung dan hanya mampu meraung melihat kesemua mereka terkorban dalam kejadian itu.
Ads
Syafar kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Pekanbaru. – AGENSI
Mingguan Wanita : Semoga suami ini tabah berdepan dengan kehilangan isterinya dan anak-anak sekaligus. Tentu berat untuk kakinya melangkah untuk meneruskan hidup.
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih :.
Panduan Jaga Isteri Berpantang
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setelah berkahwin tidak bermakna segalanya perlu isteri turuti. Walaupun isteri tak bekerja, dan kemudian suami menyediakan segala keperluan dan kehendak isteri. Tidak bermakna isteri wajib akur dan dilayan sebagai hamba.
Kedudukan isteri bukan di bawah tapak kaki suami, sebaliknya di sisi suami menjadi pendamping. Berbuat baiklah pada isteri seperti yang dikongsikan Firdaus Shakirin ini. Cuba fahami dan hadam baik-baik.
Makan minum, tempat tinggal dan pakaian tu bukan “EHSAN” seorang suami terhadap isteri…
“Bersyukurlah aku dah bagi makan, minum, tempat tinggal semua tu, itu pun kau nak aku tolong kau buat kerja-kerja rumah lagi? Itupun kau nak sekat kebebasan aku untuk keluar buat apa yang aku nak buat?”
“Kau ni isteri yang tak tahu bersyukur…”
Isteri kita ini bukan hamba, bukan pengemis… Kedudukan isteri bukan di bawah tapak kaki suami, tapi di sisi suami…
Makan minum, tempat tinggal semua tu, tanggungjawab suami…hak isteri…maka nak tak nak, kalau kau kahwin dengan mana-mana perempuan, kau kena bagi semua ini sebab ini HAK DIA dan TANGGUNGJAWAB KITA…
Tak Bermakna Boleh Layan Sesuka Hati
Jangan ingat, bila sudah bagi semua ini, kita boleh buat sesuka hati, layan sesuka hati… Dia urus rumah tangga, dia besarkan anak-anak, semua dia buat seorang diri… Memang dia tak mintak cerai, tapi itu tak bermakna dia bahagia dan suka dengan cara layanan kita…
Bila sudah serba serbi isteri buat, maka suami buat apa? End up, isteri saja ke syurga, suami masuk neraka sebab dia tak berbuat baik dengan isteri…
Allah perintahkan suami untuk layan isteri dengan makruf… Rasulullah s.a.w juga ada berpesan bahawa, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya…”
Berbuat baik pada isteri itu perintah Allah SWT dan sunnah rasulullah s.a.w… Maka siapa kita untuk tidak mengikut perintah ini dan tidak mengamalkan sunnah tersebut?
Renung-renungkan…
MW: Berbuat baik pada isteri, bukan sahaja isteri bertambah sayang. Allah dan rasul pun sayang tau.
Mungkin bukan mudah nak tahu apa pantang larang yang wajib dielak tetapi kaum ibu yang beranak czer atau secara bedah patut ambil tahu petua dan cara-cara untuk jaga perut agar kembali pulih dan tidak buncit. Apa larangan dan apa yang kaum mak-mak patut buat, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Aishah ini…
Perut si ibu czer.
Masa mengandung merekah kehadapan.
Ketika bersalin dilapah terbuka.
Kemudian di jahit distaple.
Kalau mengandung perut kecik, sikit la bunjutnya.
Kalau mengandung perut besar belanga, terjuih isi perut, berlipat sampai menutup ari-ari.
Bila berjalan, perut membuai.
Luka yang ditoreh berlaga-laga.
Ngilu.
Perit.
Sebab tu kena pakai penampung perut lepas bedah.
Nak kasi selesa ketika berjalan, hatta berdiri.
Duduk menyusu pun jadi selesa
Minggu pertama pakai strap on binder.
Minggu kedua pakai bengkung kain belacu yang diikat.
Jangan ketat-ketat.
Janji perut tak terjuih kebawah.
Ibu yang bersalin czer, yang tak berbengkung, perut dia terlipat ke bawah. Macam apron. Tak pakai panties pun xpe. Tertutup dah depan tu.
Tapi…
Bila makan tahun.
Perut berlipat tu akan jadi accessory yang memalukan.
Spare tyre kiri kanan perut boleh trim down dengan work out.
Perut berlipat tu… tak boleh dipaku kat badan.
Hiduplah dengan perut yang berlipat.
Berbengkunglah selepas czer.
Untuk keselesaan.
Perut pun tak menggeleber.
Takdelah asal pandang cermin je… rasa nak pecahkan cermin tengok perut berlipat sampai tua.
TAPI ADA PANTANG LARANG BUAT IBU CZER YANG NAK PAKAI BENGKUNG
1. Tak boleh berjalan-jalan kehulu hilir takde arah masa bengkung dipakai
2. Tak boleh naik turun tangga masa tengah pakai bengkung
3. 2 minggu kena hadkan pergerakan masa berbengkung sebab risiko luka czer terbuka balik sangat2 tinggi bagi ibu-ibu yang jenis lasak.
Kalau rasa tak mampu nak duduk diam-diam ketika berbengkung lepas czer, tak perlulah berbengkung.
Tetapi…
Tadah ajelah perut yang berlipat macam tu.
Pilihan dah diberi.
Nak mengikut atau nak beralasan lagi?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...