Sangat memilukan hati dan besar sungguh ujian yang menimpa ibu hamil 7 bulan ini apabila kehilangan anak yang dikandungnya.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut dipercayai lemas selepas lemas akibat terjatuh dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Sekinchan di sini hari ini.Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak membuang air besar.
Lahirkan Anak Tak Sengaja
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.03 petang dengan sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi.
Kejadian berlaku apabila wanita yang hamil tujuh bulan itu melahirkan anak secara tidak sengaja di dalam tandas semasa membuang air besar.
Bayi lelaki yang dilahirkan itu telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas.
“Bomba kemudian memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi tersebut yang mengambil masa 10 minit.Pasukan perubatan kemudian mengesahkan bayi itu meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Hafisham memberitahu, ibu mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan.
Mingguan Wanita: Kasihannya ibu ini, mungkin tak sangka diri bersalin cepat usia 7 bulan. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Sekeluarga disahkan positif Covid-19, kesemua jalani kuaranti kendiri di rumah, hanya isteri sahaja kritikal hingga akhir hayatnya. “Saya perlu kuat demi anak, jika saya tumbang anak-anak ikut tumbang.”
Setelah Shuib kehilangan Siti Sarah Raissudin, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah juga berdepan dengan ujian berat ini. Dia juga kehilangan isteri tersayang akibat virus Covid-19.
Menurut pelakon kerdil, Badrol Shah, memberitahu isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, telah kembali ke rahmatullah, pada petang selasa selepas lapan hari arwah isterinya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat virus berkenaan.
Isteri Sudah Tiada
“Isteri saya, Farah Shila sudah tiada. Allah lebih sayang kamu. Masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya ringkas di Facebook.
Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Nafi Isteri Hamil
Walau bagaimanapun Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti yang telah tersebar di media sosial.
Menurut doktor, arwah isterinya telah dijangkiti vitus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu isterinya ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaanya menjadi lebih teruk sehingga terpaksa di bawa ke ICU HKL.
“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan dan dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia setiap hari. “Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Dijangkiti Ketika Keluar Rumah
Allahyarham isteri Badrol merupakan seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang telah dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan rumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.
“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.
“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.
“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya lagi.
Badrol berkahwin dengan allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun. Sebelum itu, pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isteri memasuki bulan kelima pada tahun 2018.
Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordian Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.
Kini Arwah Bersatu Dengan Anak Sulung
“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.
“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak, kalau saya tumbang, pasti anak-anak pun ikut tumbang.
“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab, dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.
Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busat Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Badrol sekeluarga, semoga mereka terus kuat menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.
Dikala satu dunia berusaha mencari ‘penawar’, vaksin bagi menangani COVID-19, pasangan suami isteri Saintis Islam ini dikatakan telah menemui dan berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Vaksin tersebut menunjukkan kadar keberkesanan lebih 90 peratus sembuh melalui company mereka BioNTech dengan kerjasama syarikat farmaseutikal USA Pfizer.
Pasangan saintis beragama Islam, merupakan dua individu di sebalik penghasilan vaksin oleh syarikat pharmasutikal gergasi dunia, Pfizer dari Amerika Syarikat (AS) bagi menangani pandemik Covid-19.
Dr Ugur Sahin, 55, dan isterinya Dr Ozlem Tureci, 53, kini menjadi perhatian dunia atas kejayaan mereka.Memetik laporan New York Times, ibu bapa mereka berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman semasa mereka kecil.
Vaksin 90 Peratus Berkesan
Dilaporkan, vaksin yang dihasilkan pasangan itu dikatakan 90 peratus berkesan susulan ujian terhadap 40,000 orang. Pasangan ini mengasaskan syarikat biotek, iaitu BioNTech di Jerman dan mempunyai 1,800 kakitangan, kebanyakannya saintis.
Mereka berdua bukan sahaja memegang status doktor dan saintis hebat, malah dikategorikan sebagai jutawan.Ini kerana, dikatakan syarikat BioNTech mereka bernilai 21 bilion dollar di pasaran saham Jerman.
Kehidupan Sederhana
Walaupun bergelar jutawan, suami isteri ini menjalani kehidupan seharian seperti insan biasa, malah langsung tidak mempunyai kereta dan hanya berbasikal ke pejabat.Sementara itu, kediaman mereka hanya sebuah pangsapuri sederhana mewah yang terletak tidak jauh dari pejabat.
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Alber Bourla berkata, Dr Ugur meletakkan kajiannya lebih utama daripada perniagaan dimiliki.
“Dr Ugur ini sangat unik. Beliau hanya pentingkan sains (dan hasil kajian syarikatnya) dalam hidupnya.
“Beliau langsung tidak berminat bercakap tentang bisnes,” katanya.
Oleh kerana terlalu sibuk dengan penyelidikan, Dr Ugur sehingga hari ini belum menandatangani sebarang perjanjian dengan Pfizer walaupun sudah bekerjasama sejak awal tahun ini.
Turut dilaporkan, tidak wujud kerisauan antara Alber dan Dr Ugur kerana kerjasama mereka dijalin atas rasa percaya satu sama lain.
MW: Tahniah atas kejayaan menghasilkan vaksin ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan buat ummah dan seluruh pesakit COVID-19, sekaligus menamatkan pandemik ini.
Pengantin perempuan pilih kain kapan mahar mas kahwin, lambang ikatan cinta hingga ajal pisahkan. Menjelang hari bahagia, setiap pasangan tentunya sudah merancang yang terbaik bagi memastikan segala-galanya tampak sempurna.
Sepasang pengantin di Lombok, Indonesia menjadi viral di media sosial apabila pengantin perempuan, Baiq Sri Ratna Wahyuningsih menjadi tumpuan apabila menolak kereta sebaliknya berkeras mahukan kain kapan sebagai mahar mas kahwinnya.
Pengantin Perempuan Pilih Kain Kapan Mahar Mas Kahwin
Kisah pasangan ini mula menjadi viral apabila video ini dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai It’s Me di TikTok.
Bukan saja ahli keluarga pengantin perempuan terperanjat tetapi pengantin lelaki juga turut tidak percaya hingga menawarkan mahal lain seperti kereta dan bukannya kain kapan namun jelas pengantin perempuan tetap mahukan kain kapan sebagai mahar mas kahwinnya.
Dalam video yang viral ini, jelas kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan adalah kain kafan serta wang tunai berjumlah Rp2.58 juta rupiah atau bersamaan RM753.
“Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak Rp2.58 juta (RM753) dibayar tunai.
Lambang Ikatan Cinta Hingga Ajal Pisahkan
Sesuatu yang amat jarang terjadi tetapi Baiq Sri Ratna mempunyai alasan kukuh kenapa dirinay memilih kain kapan sebagai mahar perkahwinannya.
Katanya, kereta yang ditawarkan adalah bersifat kesenangan dunia semata.
“Kenderaan juga ditawarkan kepada saya, tapi itu hanya duniawi, meskipun kita akan perlukan juga akhirnya.
“Tapi kain kapan kafan ini mengingatkan kita dengan kematian dan ia melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita. Ia juga diperlukan ketika mati di mana kita hanya membawa kain kapan sahaja.
Tambahnya, niatnya kain kafan yang diletakkan di bekas yang terbuka itu dapat mengingatkan tetamu untuk selalu mengingati kematian selain menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran.
Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin terbabit adalah ibu saudaranya.
NASIHAT DAIÉ SYED UNTUK SENTIASA ROMANTIK DENGAN PASANGAN.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...