Besar sungguh pengorbanan seorang ibu yang bakal melahirkan. Mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan zuriat dalam rumah tangga. Bak kata pendakwah terkenal, Da’i Hamidah, getirnya ibarat mahu pergi berperang, pergi sihat, balik belum tentu bernyawa.
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya, Hamidah Abdul Razak ketika ini hamil anak kedua. Merasai pengalaman hamil yang menginsafkan dan beliau memberi titipan pesanan buat semua.
“SubhanaAllah ! Peluang merasa pengalaman mengandung benar- benar membuka mata ini bahawa tanpa persediaan amal kebaikan pasti kita akan rasa menyesal yang amat sangat.
Ini kerana saat melahirkan bukan moment biasa- biasa, ia seumpama kita pergi berperang. Untuk pergi berperang pastinya perlu persediaan yang rapi kerana ia tentang hidup dan mati.
Pergi Sihat, Balik Belum Tentu Bernyawa
Persediaan begini juga mengingatkan kita tentang pesanan kematian yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW mafhumnya : “Orang yang BIJAK ialah orang yang selalu merendahkan dirinya ( muhasabah ) dan beramal untuk bekalan selepas mati ( HR Tirmizi & Ibn Majah )
Alhamdulillah ya Allah atas pengalaman yang amat bermakna ini. Semoga mereka yang menanti zuriat akan direzkikan dapat pengalaman menjadi ibu juga.”
Kongsi Da’i Hamidah yang ketika ini hamil 36 minggu. Maklumnya sebelum ini, di akhir-akhir kehamilan ini beliau mahu lebih fokus dengan kandungannya. Dan program dakwahnya lebih kepada online sahaja.
Buat ibu-ibu yang bakal melahirkan bolehlah kumpul amalan dari sekarang. Semoga urusan bersalin dipermudahkanNya.
- Hamil anak kedua, Da’i Hamidah imbas saat sakit melahirkan anak sulung.
- Ibu bersalin bertarung nyawa hidup atau mati, jagalah emosinya dari hamil hingga melahirkan.
Sumber/Foto : Da’i Hamidah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Da’i Syed Perdaya Mangsa Sedang Kemurungan, Hakim Jelaskan Tindakan Pendakwah Buat Mangsa Trauma
Da’i Syed perdaya mangsa sedang kemurungan, Hakim jelaskan tindakan pendakwah buat mangsa trauma. Hari ini, pendakwah selebriti Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol.
Kes rogol ini dilaporkan 5 tahun lalu di mana mangsa ada berkongsikan perasaan traumanya selepas kejadian rogol ini. Ketika itu dirinya mengalami masalah kemurungan sebelum bertemu Da’i Syed yang membawanya keluar makan sebelum membawanya balik ke rumah sebelum kejadian rogol ini berlaku.
Akibat dari kejadian rogol itu, dirinya akui trauma malah dirinya terpaksa mengumpul kekuatan untuk berkongsi kisah tragik ini selain perlu mendapatkan rawatan di hospital akibat tekanan dilaluinya.
Da’i Syed Perdaya Mangsa Sedang Kemurungan
Hal ini menarik perhatian Hakim Mahkamah Seksyen, Norazlin Othman yang menyifatkan tindakan Da’i Syed sebagai tidak boleh diterima akal kerana dirinya adalah pendakwah dan dikenali ramai.
Tindakan pendakwah selebriti, Da’i Syed merogol mangsa disifatkan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah kerana mempergunakan mangsa yang lemah.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen, Norazlin Othman berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, lima tahun lalu.
Norazlin dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam masyarakat sebagai seorang pendakwah selebriti yang memberi impak besar kepada orang awam terutama masyarakat Islam di negara ini, anak-anak muda dan penuntut universiti.
“Mahkamah mengambil kira peranan yang sering dimainkan oleh tertuduh dalam memberikan ceramah agama dan motivasi.
“Mahkamah juga mempertimbangkan kesan trauma kepada mangsa kerana membabitkan wanita dan kehormatan.
“Pastinya mangsa mengalami trauma kerana perlu kumpulkan kekuatan untuk tampil membuat laporan dan melalui setiap proses perundangan yang panjang dan bukan mudah, kejadian ini akan terus berada dalam ingatan mangsa hingga akhir hayat,” katanya.
Hakim Jelaskan Tindakan Pendakwah Buat Mangsa Trauma
Norazlin berkata, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan itu.
“Pembelaan tertuduh bersifat penafian dan tidak cukup mematahkan kes pendakwaan bahawa kejadian rogol sememangnya berlaku.
“Pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh adalah orang yang mula-mula mengajak mangsa keluar dan membawa pergi ke rumahnya.
“Selain itu, mangsa yang lemah dan lurus bendul dibuktikan tidak boleh membuat keputusan serta melawan tertuduh ketika kejadian,” katanya.
Menurutnya, mahkamah turut mengambil kira faktor peranan tertuduh sebagai penceramah dan pakar motivasi yang memberi impak besar kepada masyarakat terutama golongan muda.
“Kes ini membabitkan mangsa yang juga masih muda dan kesan trauma itu akan terus berada dalam ingatannya sehingga akhir hayat.
“Justeru, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bukan saja pengajaran kepada tertuduh malah bagi orang awam lain secara keseluruhannya,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kekerapan kes rogol yang semakin berleluasa.
“Kredibiliti tertuduh yang mempunyai latar belakang agama dipandang tinggi namun dia menggunakan kedudukan itu untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa.
“Saya memohon hukuman penjara tertuduh sekurang-kurangnya selama 12 tahun,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon pelaksanaan penangguhan hukuman kerana anak guamnya itu sudah berkahwin dan baru saja menimang cahaya mata baru berusia 16 hari.
“Ini kesalahan pertama tertuduh, justeru saya memohon penangguhan hukuman dan akan memfailkan rayuan. Jika tertuduh berada dalam penjara, ia menimbulkan kesan signifikan,” katanya.
Norazlin bagaimanapun menolak permohonan penangguhan itu kerana tiada keadaan khas untuk mempertimbangkan perkara berkenaan dan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, Syed Shah Iqmal didakwa merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 pagi, 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen di sini, melepas dan membebaskan daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Namun, Mahkamah Tinggi di sini, pada 7 Mac lalu memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang dijalankan bermula April 2022 dan Syed Shah Iqmal sebagai satu-satunya saksi pembelaan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-16 hari timang puteri sulung, Da’i Syed dijel 10 tahun & 3 sebatan atas tuduhan merogol
Hana & Da’i Syed Bulan Madu Di Sabah, Tunai Umrah Sambil Lawat Keluarga Di Mesir
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adibah Bebas Tuduhan Nusyuz, “Syukur Nama Dibersihkan & Bukti Bukan Isteri Derhaka…”
Adibah bebas tuduhan nusyuz, “syukur nama dibersihkan & bukti bukan isteri derhaka. Pasti ramai mengingati kes Adibah Abd Mutalib yang difailkan nusyuz oleh bekas suaminya, Rosland Othman selepas lelaki tersebut mengahwini pelakon Miera Liyana.
Walau pada awalnya Adibah enggan diceraikan kerana sudah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun namun akhirnya pasangan ini bercerai jua.
Adibah Bebas Tuduhan Nusyuz
Dalam pada itu, Adibah juga berhadapan dengan tuduhan nusyuz dibuat oleh Rosland dan terbukti semalam, pihak mahkamah menolak tuntutan kes nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman.
Memetik laporan Harian Metro, “saya rasa bersyukur kerana keputusan mahkamah hari ini, dapat membersihkan nama saya,”.
Demikian kata bekas madu pelakon Miera Leyana, Adibah Abd Mutalib, 51, selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, mengumumkan keputusan tuntutan kes nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman.
Adibah ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, dia bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupannya tanpa perlu dilabel sebagai isteri nusyuz.
“Dua tahun kes ini berjalan. Alhamdulillah, sangat bersyukur kepada Allah sebab keputusan berpihak kepada kita. Tak tahu nak cakap apa. Rasa syukur dapat bersihkan nama saya dan teruskan dengan proses tuntutan lain. Insya-Allah.
“Yang penting, tak ada label nusyuz. Sebab orang tak faham. Sekarang kita boleh teruskan kehidupan,” katanya.
“Syukur Nama Dibersihkan & Bukti Bukan Isteri Derhaka…”
Peguam yang mewakili Adibah, Junid Ramali, berkata, pihaknya dapat meyakinkan mahkamah sekali gus membuktikan dakwaan yang mengatakan anak guamnya itu seorang isteri nusyuz adalah tidak benar.
“Alhamdulillah, untuk keputusan hari ini memihak kepada Adibah, di mana dia dibebaskan daripada tuduhan nusyuz. Sabitan nusyuz yang dibuat oleh pihak plaintif, ditolak oleh mahkamah.
“Jadi, mahkamah menerima hujahan kita, di mana kita beritahu bahawa plaintif sebenarnya tidak bersungguh untuk memperbaiki hubungan rumah tangga dan nak buat tuntutan nusyus hanya untuk menganiaya defendan (ketika itu sebagai isteri) atau nak menunjukkan bahawa hanya defendan yang bersalah serta menyebabkan keruntuhan rumah tangga.
“Alhamdulillah, kita berjaya meyakinkan mahkamah bahawa, defendah sudah cuba dengan sedaya upaya dan pelbagai usaha untuk memperbaiki rumah tangga. Namun, pihak plaintif sendiri yang sudah menceraikan pihak defendan,” katanya.
Tambah Junid, label sebagai isteri nusyuz adalah satu tanggapan negatif yang berat dan terpaksa ditanggung anak guamnya.
“Tanggapan masyarakat terhadap label nusyuz ini sangat berat. Orang di luar sana yang tak faham apa yang berlaku, tapi, bila seorang isteri diisytiharkan nusyuz, ia memberi tanggapan buruk.
“Jadi, dengan keputusan mahkamah hari ini, setidaknya Adibah dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan tiada tanggapan negatif terhadapnya oleh mana-mana pihak.
“Kita dah cuba berbincang dengan baik untuk hak bekas isteri sebab dengan 28 tahun perkahwinan, Adibah ada haknya. Jadi, kalau tidak boleh diselesaikan dengan baik, kita akan cuba ketengahkan untuk tuntut haknya,” katanya.
Harian Metro cuba mendapatkan komen daripada Rosland dan peguamnya, Nurul Balqis Nordin, namun, kedua-duanya enggan memberikan sebarang komen.
“Maaf, anak guam saya belum bersedia,” kata peguamnya.
Rosland, 51, hadir ditemani ibu mentuanya iaitu ibu Miera, Aisah Abdullah, 62.
Terdahulu, Adibah sah bercerai dengan talak satu selepas Rosland melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 3 Ogos 2023.
Penceraian itu juga menamatkan ikatan rumah tangga mereka selama 28 tahun yang turut dikurnikan lima cahaya mata. Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 dan memiliki seorang anak perempuan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adibah Bela Diri, Hadapi Tuntutan Nusyuz Bekas Suami. “Tak Tahu Apa Dia Nak”
“Saya Tak Tahu Sebab Diceraikan”, Adibah Akui Sudah Berusaha Pertahan Rumahtangga Dibina 28 Tahun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 4 Sebab Wanita Kena Datang Ekspo Malaysia International Sports & Fitness Fair (MISFIT) 2018, 3-5 Ogos Di PWTC!
Jadi wanita bukan sahaja nak cantik tapi kena juga amalkan gaya hidup sihat barulah diri rasa cergas bertenaga sentiasa untuk uruskan hal rumahtangga dan anak-anak setiap hari. Memahami keperluan ini,Grup Ideaktiv yang menaungi Mingguan Wanita dan beberapa majalah berbahasa Melayu terkenal yang lain telah bergabung dengan Malaysia International Sports & Fitness Fair (MISFIT) 2018 untuk menjayakan sebuah ekspo gaya hidup sihat bermula 3 – 5 Ogos 2018 ini di PWTC, Kuala Lumpur.
Banyak aktiviti kecergasan dan kesihatan diadakan. MW sendiri turut merangka program tersendiri sepanjang ekspo berlangsung iaitu:
(a) #HakakCuba Challenge (setiap hari)
Mingguan Wanita mencabar anda untuk melompat tali sambil menyanyi secara serentak. Peserta yang mencipta rekod akan berpeluang membawa pulang hadiah menarik termasuk jam tangan IceWatch untuk pemecah rekod tertinggi.
Jadi siapa yang rasa-rasa mampu lompat tali sambil menyanyi tu, jom sahut cabaran #HakakCuba ni! Bukan dapat hadiah jer, tapi sapa yg cipta rekod baru boleh terus pakai jam stailo IceWatch bernilai lebih RM300 tau.
(b) Bengkel Terlebih Sihat & Cantik (setiap hari)
Kolaborasi bersama persatuan-persatuan ibu tunggal untuk memperkasakan pengetahuan peserta berkaitan kecantikan dan kesihatan. Diadakan setiap hari selama 1 jam bersama panel-panel jemputan khas.
(c) Flash Mob Mingguan Wanita (Sabtu, 4.00 petang)
Menyedari ramai wanita gemar menari untuk kesihatan, saksikan flash mob eksklusif Mingguan Wanita dan grup MT ALIEZ JAZAM WITH MASBHANG MALAYSIA dengan tarian Bhangra yang menghiburkan.
(d) Promo Pack Eksklusif
Selain itu, dapatkan promo pack majalah Mingguan Wanita yang dijual pada harga mengejutkan! Dapat hadiah dan pemeriksaan kesihatan PERCUMA di lokasi, memang berbaloi-baloi!
Jadi dalam banyak-banyak ekspo yang dianjurkan, kaum wanita kena ‘wajibkan’ diri datang ke Ekspo Malaysia International Sports & Fitness Fair (MISFIT) 2018 ini. Selain menambah ilmu gaya hidup sihat dan kesihatan, pelbagai promosi dan banyak aktiviti menarik lain yang diadakan. Memang tak rugi!
Jangan lupa temu janji kita iya, tandakan dalam kalendar siap-siap, 3-5 Ogos ini, kita jumpa di PWTc ok! Set kan waktu ini, ajak kawan-kawan kita ber’me time’ di sini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI