Impian, tak salah ada impian dalam hidup. Pernahkah anda dan pasangan bersembang tentang impian hari tua? Apakah sudah merancang bagaimana kehidupan akan dijalani selepas bersara, ketika anak-anak memiliki kehidupan sendiri?
Ikuti perkongsian daripada YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Haji Juanda Bin Jaya, Perunding undang-Undang Keluarga Islam, juga kolumnis di dalam Majalah Mingguan Wanita. FB: https://www.facebook.com/DatoMurshidDiRajaDr/
Tak Sempat Fikir impian
Mungkin ramai yang tak terfikir nasib perkahwinan mereka masa akan datang disebabkan peritnya menghadapi kehidupan sekarang. Bagaimana sempat berangan dengan impian hari tua jika awal pagi sudah berkungfu di dapur, merempit di jalan menghantar budak-budak ke sekolah, melompat sana sini mengejar masa agar tak lemas dalam amukan jalan raya yang sesak, mengatur masa untuk kerja dan anak, suami dan urusan rumah?
Janganlah cari alasan, impian itu bagus untuk suntikan motivasi agar lebih maju ke ke hadapan, Janganlah tunggu sampai suami pasang impian nakal bagaimana nak tambah isteri dan belanja duit KWSP pula!
Isteri Bantu Suami Rancang
Untuk menghapus impian nakal suami, eloklah jika isteri tolong suami merancang impian-impian kehidupan dunia hingga akhirat. Bila kehidupan sekarang ini susah, jangan putus asa dengan janji Allah bagi siapa yang berikhtiar pasti ada masanya Allah kurniakan kejayaan.
Ads
Tak cukup hanya menunggu janji Allah tetapi tidak berusaha meningkatkan taraf kehidupan, Allah hanya memberi kepada mereka yang berusaha. Impian anda berdua sewajarnya difikirkan dari sekarang, pencapaian yang mahu dimiliki dan usaha apa yang dilakukan kini.
Satukan impian dengan harta
Harta adalah alat penting untuk membina impian, ia perlu diuruskan sebaik-baiknya agar tidak mengganggu kehidupan anda selepas pencen. Ramai pasangan yang menganggap anak-anak akan membantu dari segi kewangan tapi mereka kecewa sehinggakan mengungkit jasa pada anak dan menyebabkan keretakan kasih sayang. Anak yang berduit lebih disayangi yang susah pula diperli tak kenang budi.
Jika anda bergantung pada anak menantu bagaimana ibadah boleh kusyuk dan hati tenang dalam keadaan hubungan anak beranak sentiasa bergolak seperti itu?
Harta yang berkat adalah yang boleh memberi manfaat kepada kita sehingga tubuh badan terjaga untuk buat ibadat dan hati tenang disibukkan dengan ilmu agama di masa tua. Janganlah semakin tua semakin kalut sebab cucu pun kena tanggung makan minumnya, bilakah masa anda dan suami berehat daripada dunia?
Ads
Satukan Impian Dengan Mendekati Allah
Sudah tiba masanya kembali pulang, dekat sungguh urat leher itu dari cengkaman malaikat maut! Kenapa masih sibuk dengan dengki mendengki, tamak yang tak habis lagi dan riak yang makin menjadi-jadi!
Rancanglah satu impian perjalanan menuju Allah, pergi umrah dan haji atau merentasi jalan sunyi ke surau-surau dan masjid yang setia menanti. Walaupun rumah hiruk pikuk dengan keletah manja cucu, jangan lupa impian terakhir adalah bertemu Allah yang lama menunggu.
Kalaulah panjangnya usia itu sampai 60 ke 70 tahun tidakkah terlalu lama Allah tunggu kita pulang mencari-Nya? Janganlah lama sangat sesat dalam dunia yang menggairahkan ini, padahal puncak kenikmatan itu justeru dekat di hati. Tangisan yang tumpah atas sajadah di malam sunyi itu lebih nikmat dari segala yang kita pernah rasa di dunia ini, cubalah rasai! Duduknya kita dalam majlis ilmu itu seperti berada dalam taman syurgawi, nikmat tak terperi!
Satukan impian, berjasa pada manusia
Suami isteri yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing sudah tentu tidak akan biarkan minat dan kecintaan mereka pada kerjaya hilang selepas bersara. Walaupun isteri hanya suri rumah bukankah kepakarannya mengenali emosi dan perkembangan kanak-kanak juga bermanfaat bagi menantu dan anak-anaknya sendiri?
Ads
Adapun yang memiliki pengalaman dan ilmu lebih jenguklah Ngo-Ngo yang perlu dibantu, kerja-kerja amal dan dakwah yang boleh dirancakkan setelah anda dan suami bersara, ini merupakan impian agung yang jarang-jarang disukai manusia ego akhir zaman!
Sama Sibuk Di Jalan Allah
Jika suami isteri sibuk bersama di jalan Allah tiada masa mereka mahu berehat duduk-duduk di jalan syaitan. Tiada lagi orang tua nakal yang melanggan rumah urut atau merayap tak tahu maghrib di mall-mall sakan berbelanja. Gaya bukan main mahal mengalahkan anak muda, rumah anak-anak tahfiz yang daif dipandang sebelah mata saja. Adik beradik di kampung masih miskin tidak dibantu, asyik-asyik pergi luar negara tak ingat siapakah nanti yang tolong timbus tanah kuburnya.
Impian suami isteri sememangnya indah seindah malam pertama tapi mungkinkah akan berakhir dengan indah jua jika tak pernah bersembang tentang apa yang kita mahu untuk hari tua?
Aduh lepas satu persatu trend yang membahayakan menjadi ikutan. Kini,selepas ‘Keke Challenge’, satu cabaran baru telah mula popular di kalangan kanak-kanak iaitu ‘Momo Challenge’. Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung cabaran baharu itu kerana ia dikatakan menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’.
Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri. Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri. Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge. Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.
Jadi buat mak ayah, mohon tidak terlepas pandang perkara sebegini. Rajin-rajinlah periksa handphone mahupun gajet yang diberikan pada anak-anak agar mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif mahupun trend yang membahayakan ini.
Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.
Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu.
Itulah… berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.
Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini…
Makbulnya Doa Seorang Isteri
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Bila Dan Cara Doakan Suami
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terasa gatal sahaja mulut ingat menegur perangai suami yang ralit dengan telefon bimbit di tangan, sudahlah seharian dia di pejabat langsung tak tanya bininya dah makan ke belum. Masuk sahaja dalam rumah, baring atas sofa terus sambung tengok hp, berlagak macam ada bisnes juta-juta.
Mujurlah anak baru sorang dan tak banyak merengek. Tak adalah sakit hati sangat tengok tingkah laku suami. Tetapi lama-lama bara yang terpendam tu terkeluar juga, lagi-lagi tengok laki lagi lama genggam hp dari genggam tangan anak. Telefon bimbit memanglah mampu rapatkan hubungan yang jauh tetapi sedihnya anak bini depan mata terabai.
Menurut Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, hak privasi tidak dinafikan merupakan hak masing-masing. Secara prinsipalnya, memang tidak perlu suami menceroboh untuk memeriksa telefon isteri, apatah lagi isteri memeriksa telefon suami. Asasnya, suami isteri perlu saling percaya mempercayai satu sama lain dan sama-sama menjaga hati pasangan masing-masing.
Kebiasaannya, apabila berlaku situasi kita memeriksa telefon pasangan kita, menampakkan bahawa kita tidak percaya kepada dirinya. Apatah lagi apabila isteri memeriksa telefon suami, menunjukkan tidak hormat dan kurang adab terhadap suami, iaitu walinya. Oleh hal yang demikian, sebaiknya tidak perlu menceroboh hak antara satu sama lain.
Tambahnya, biar pun terdapat keperluan tertentu untuk memeriksa, biarlah berlaku untuk tujuan yang baik-baik sahaja. Sekiranya timbul keraguan atau kekeliruan yang kuat, usahakan cara berbincang dengan baik. Gunakan kaedah psikologi juga mungkin lebih berkesan. Sekiranya pasangan kita sering menggunakan telefon bersendirian atau pun banyak bermesej dengan orang lain, cuba kita fahami keperluannya.
Barangkali dia kesunyian kerana kita tidak menjadi pasangan yang membahagiakannya. Mulakan bermesej dengan ayat-ayat manis yang menggembirakannya. Sekiranya kebahagian yang dicari ada pada diri kita, tidak ada sebab untuk dia mencari pada yang lain. Bagi kita, elakkan daripada telefon kita mengandungi perkara yang tidak baik dan tidak ada sebab untuk kita terasa atau pun marah sekiranya pasangan kita memeriksanya.
Anggaplah si dia memeriksa kerana terlalu sayangkan kita. Tetapi, ingatkan diri kita terlebih dahulu iaitu janganlah suka memeriksa telefon pasangan kita kerana pasangan kita lebih suka dan gembira bila terasa dipercayai.
Walaupun ada unsur kecurangan sedikit, dengan sebab keluhuran kepercayaan kita mungkin menyebabkan pasangan kita tidak jadi meneruskan kecurangan itu. Hubungan dan kasih sayang disubur atau dikubur, kuncinya ada pada tindakan kita.
Luangkan masa bersama pasangan dan anak untuk eratkan hubungan, bukannya pentingkan telefon atau gajet.
Nasihat Agar Anak Bini Tidak Terabai
Hubungan kita berasaskan kepercayaan. Selagi ada wujud saling percaya-mempercayai, insyaallah potensi hubungan terus berkekalan akan ada atau setidak-tidaknya peluang hubungan kembali baik masih wujud. Namun apabila tiada kepercayaan, hubungan yang sedang terjalin juga berpotensi retak pada bila-bila masa.
Elakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan curiga pasangan. Contohnya, menghantar mesej secara sembunyi-sembunyi, menyimpan gambar yang tidak sepatutnya walaupun tiada tujuan salah, keterlaluan mengelakkan telefon kita dilihat oleh pasangan dan sebagainya, walaupun mungkin tiada masalah asalnya, tetapi boleh menimbulkan keliru dan prasangka buruk pasangan.
Elakkan menggunakan pelbagai ‘password’ dan halangan untuk dibuka, kecuali bertujuan untuk keselamatan, atau sekadar mengelakkan risiko telefon terbuka sendiri di dalam poket dan sebagainya.
Sesekali kita kongsikan sama-sama telefon kita agar menghilangkan rasa syak wasangka dan ini juga boleh menambahkan lagi keintiman hubungan serta kepercayaan antara satu sama lain.
Perbanyakkan fungsi telefon kita untuk pasangan kita dan keluarga. Ini juga mengurangkan rasa curiga dan rasa ingin memeriksa telefon kita.
Pesanan yang sangat penting, isteri janganlah masuk campur atau terlalu cuba ingin tahu sekiranya suami bersembang atau berwhatsapp dalam grup sesama lelaki, kerana kadangkala ada perkara yang mudah timbulkan salah tafsiran isteri. Contohnya, sesama lelaki, cerita kahwin dua, malam Jumaat dan cerita perempuan cantik bukanlah bertujuan curang ataupun serius, tetapi lebih kepada mengisi kekosongan masa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!