Zaman ekonomi sekarang, ramai yang diberhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan. Memang pening kepala bila memikirkan hutang banyak yang perlu ditanggung dan tak mampu untuk dibayar. Sebenarnya selain berusaha keras, ‘pergantungan’ kita pada Allah juga memainkan peranan dalam memberikan rezeki yang mencurah-curah, sekaligus membantu melangsaikan hutang yang ada.
Boleh baca perkongsian Puan Zarini Jaafar sebagai panduan;
“Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang bank tak dapat dibayar.Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagainya.Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada team.Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja”
“Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya”.
1. Berdoa Rezeki Bayar Hutang
Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 al fatihah pada mak ayah masih hidup atau sudah meninggal.
2. Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh
Pagi-pagi lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. Setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. Ampunkan aku Ya Allah. Minta ampun betul-betul pagi-pagi.
3. Ucap Kesyukuran Pada Allah
Selepas tu baru Dhuha. Bila dhuha saya tak doa nak rezeki. Masa lepas doa saya buat kesyukuran. Bagitau ya Allah terima kasih bangun lagi pagi ni untuk mohon ampun. Ya Allah terima kasih ada suami yang baik.
4. Senaraikan Nikmat Pemberian Allah
Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyaknya. Menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak.
5. Jaga Aurat
Jaga aurat, labuhkan baju, tudung dan pakai stokin.
Ads
6. Istighfar, Dhuha & Syukur
Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyaknya rezeki. Saya biasanya buka handphone selepas jam 10 pagi selepas saya siap 3 diatas.
7. Banyakkan Zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil”
Sepanjang bekerja banyakkan zikir “Hasbunallahuwanikmal Wakil” – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.
8. Baca Surah Pendek Sebelum Zuhur
Saya berhenti rehat 10 min sebelum Zuhur. Habiskan 1 surah pendek Al Waqiah sambil tunggu zuhur.
9. Selepas solat amalkan;
33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad
sambung keje.
10. Baca Al Mulk Sebelum Asar
Stop 10 minit sebelum Asar untuk baca Al Mulk dan Asar awal waktu.
Bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. Banyak benda boleh buat. Dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.
Ads
11. Lebihkan Masa Dengan Keluarga
Lebihkan masa bersama keluarga selepas Asar sehingga Maghrib jemaah sama-sama sehingga lah Isyak berjemaah. Tak dapat di masjid, amalkan di rumah.
12. Amalkan Sedekah Setiap Hari
Setiap hari amalkan sedekah walau pun seringgit. Masa saya susah hutang banyak..saya buat air sirap, buh dalam botol banyak-banyak dan sedekah pada orang sapu-sapu sampah. Tu je saya mampu masa tu.
13. Utamakan Bayar Hutang
Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. Tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu. Saya tak mampu sedekah wang, saya ajar orang lain menjual percuma. Saya nak sedekah ilmu sahaja.
14. Amalkan 1000 Istighfar Sebelum Tidur
Sebelum tidur amalkan 1000 Istighfar mohon ampun apa kita dah buat seharian.
15. Solat Taubat Sebelum Tidur
Solat taubat sebelum tidur. Biasanya saya tidur awal jam 10 malam bangun balik jam 11 malam sehinggalah jam 3 pagi. Atau saya tido jam 12 malam bangun jam 4 pagi.
Ads
16. Tahajud, Merayu Berdoa Betul-Betul
Masa ni jam 4 pagi awak tahajud mintalah dengan tepat. Doa betul-betul minta merayu betul-betul. Kalau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa, bila nak bayar.
17. Minta Maaf Dengan Suami Sebelum Tidur
Sebelum tidur minta maaf dengan suami. Jaga betul-betul hubungan suami isteri. Lebihkan akhirat, lebihkan suami daripada bisnes. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.Duk baik-baik, saling terima kurang lebih masing-masing. Kita semua tak sempurna.
18. Redha Ketentuan Allah
Redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.
19. Belajar Rendahkan Ego
Mula belajar rendahkan ego, kalau orang tu berjaya pergi jumpa dia belajar, hormat guru kita. Sentiasalah merendah diri ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. Bisik pada diri, kau hanya meminjam.
20. Jaga Orang Tua
Jaga orang tua, berkhidmat masa mereka masih ada. Saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti kerja untuk jaga arwah mak sediri.Keluar masuk wad dengan dia sehinggalah mandian terakhir di pangkuan saya.
Saya tiada apa-apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah swt.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat yang sedang terbelenggu dengan hutang, cuba boleh amalkan perkongsian wanita ini. Tak dapat lakukan semua, cubalah buat yang termampu dan seadannya, semoga segala hutang yang ada dapat diselesaikan atas pergantungan kita pada Allah selain berusaha.
Bila tiba Ramadan, hati cukup seronok dan sambut dengan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk berpuasa di bulan yang penuh keberkatan.
Inilah dinanti-nantikan setiap tahun, sambut penuh kesyukuran walaupun pelagai dugaan dan cubaan yang melanda kita semua. Harus lalui kerana inilah yang membuatkan kita sentiasa dalam keadaan bersyukur dengan apa yuang dianugerahkan olehNya.
Bukan saja sambut penuh kesyukuran dan dapat beribadat tetapi jangan dilupa tentang amalan lain yang perlu kita terapkan dalam diri kita terutamanya perkara kebaikan yang perlu diberikan pada keluarga, adik beradik dan sesama insan.
Apa yang penting, perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad boleh dijadikan panduan kita bersama dala menyambut bulan Ramadan.
Sedikit perkongsian untuk beri hati kita gembira, Allah akan beri anugerah kebahagiaan hati ini apabila kita buat 2 perkara ini:
1. Beri hadiah untuk persiapan berbuka dan sahur kepada emak ayah dan adik beradik. Beri sahaja lebih awal. Kurma, beras, atau apa sahaja. Hadiahkan kepada keluarga tersayang. Beri juga kepada team dan saudara rapat kalian. Beri ikut kemampuan kalian.
2. Beri kelengkapan nak bertarawih. Kain pelikat ke, telekung ke atau apa sahaja. Juga beri kepada yang paling kita rapat, paling kita sayang, emak ayah, adik beradik, pasangan, anak-anak.
Kawan-kawan,
Kita sambutbulan rahmat dan kasih sayang. Bulan yang dinanti bulan yang dirai dan diharap banyaknya semai-semai benih untuk jadi pokok subur di syurga nanti.
Kita mulakan dengan penuh kebaikan. Menyambut dengan penuh kesyukuran.
Orang bersyukur, dia memberi, dia berkongsi dan dia sentiasa menghulur kepada yang dikasihi.
Mula terus hari ini jom. Bismillah.
Begitulah.
MW: Bulan dinanti, walaupun bulan lain beri tapi untuk Ramadan mugnkin lebih istimewa sedikti untuk hulur dan kongsi dengan orang yang kita kasihi.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Baca Bismillah bukan hanya untuk kita makan atau untuk mulakan sesuatu perkara atau pekerjaan. Sebagai umat Islam, mulakan dengan bacaan ini untuk kita melindungi daripada gangguan syaitan.
Namun, tak mustahil juga ada daripada kita yang hanya nak membuang air besar saja baca doa masuk tandas. Sedangkan untuk ‘aktiviti’ lain langsung lupa. Terus masuk dan melepaskan ‘hajat’ mana yang perlu.
Tanpa kita sedar, ada mata jin atau syaitan melihat aurat kita. Kita memang tak nampak dengan mata kasar. Bayangkan kalau kita nampak, rasanya mahu tak masuk tandas.
Ini antara pesanan dan penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus supaya baca bismillah sebagai pelindung aurat kita dengan mata jin.
Setiap kali masuk tandas kena ada doa masuk dan keluar. Ini usaha untuk melindungi daripada ganguan syaitan. Bayangkan kalau selama 40 tahun hidup tanpa baca Bismillah ketika masuk tandas, kiranya dah berapa banyak jin dan syaitan melihat aurat kita.
Antara yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus,
Yang menutup dan menjadi dinding antara mata jin dengan aurat manusia adalah ketika dia masuk dalam tandas ialah dengan membaca bismillah.
Maksud hadis: Sesiapa baca Bismilah dan dia membuka pakaian, jin tak nampak.
Dalam satu video lain yang dikongsikan ialah mempersoalkan tentang bawa gula-gula masuk dalam tandas dan letakkan dalam poket. Nanti syaitan berak pada coklat.
Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
“Bila masuk dalam tandas, bacalah bismillah, bila buka pintu tandas, baca bismillah. Siapa yang baca bila dia masuk dan buang seluar dan kain, syaitan tidak nampak dan jadi pendinding ialah lafaz bismillah.
Doa inilah jadi dinding dan tabir yang terlindungnya kemaluan daripada dilihat daripada syaitan atau jin.
Mingguan Wanita : Apa-apa, tak kira nak masuk tandas atau nak buat sesuatu, mulakan dengan membaca bismillah. Elak gangguan syaitan dan jin-jin durjana.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Walau duduk rumah dan tak perlu berpanas-panas, letih berpuasa itu tetap terasa. Bila tiba waktu berbuka, itulah masa yang ditunggu-tunggu. Bila PKP ini, hidangan dari air tangan isteri buat satu keluarga seronok nak makan.
Biar pun isteri masak sedap sungguh, dan mata pun teruja sama tengok lauk pauk berbuka.. tetap bila tiba waktu berbuka puasa ada adab yang perlu dipatuhi. Barulah ibadah berpuasa itu lengkap dan menepati apa yang agama ajari.
Ikut pesanan Ustaz Khairul Anuar Basri ini tentang perkara yang mak ayah wajib tahu mengenai berbuka puasa. Ada 10 perkara penting wajib hadam
10 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU APABILA TIBA WAKTU BERBUKA PUASA
1. Antara 3 golongan yang tidak akan ditolak doanya ialah orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.
2. Waktu berbuka puasa ialah waktu kemuncak untuk berdoa. Justeru banyakkan berdoa ketika itu. Jangan sesekali leka dengan permainan duniawi sehingga kita mensia-siakan peluang yang terhidang itu.
3. Persiapkan juadah berbuka puasa sekadarnya. Jangan sampai berlebih-lebihan sehingga berlalu pembaziran.
4. Sebelum masuknya waktu solat Maghrib, berdoalah beramai-ramai bersama ahli keluarga dengan doa yang baik. Boleh berdoa apa sahaja yang kita hajatkan sama ada kebaikan di dunia atau pun di akhirat.
5. Apabila masuk waktu azan Maghrib, berbukalah puasa dengan makanan yang ringan dan sedikit sahaja. Ini kerana, ada solat Maghrib yang sedang menunggu untuk ditunaikan secepat mungkin selepas berbuka.
6. Selesai berbuka, bacalah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu :
اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت ‘Allāhumma laka sumtu wa ‘alā rizqika afthortu’. “Ya Allah, untukMu aku berpuasa, dan dengan rezeki dariMu aku berbuka”. [Sunan Abi Dawud (2358)].
Atau pun doa ini :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي ‘Allāhumma innī as aluka birahmatikallatī wasi’at kulla syai in an taghfiralī’. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau mengampuniku”. [Sunan Ibn Majah (1753)]
7. Selesaikan solat Maghrib secepat mungkin setelah selesai berbuka puasa. Jangan sampai kita leka dengan makanan sehingga kita terlewat menunaikan solat Maghrib. Perlu diingat, waktu antara Maghrib ke Isyak sangatlah pendek.
8. Setelah selesai solat Maghrib, bolehlah menyambung makan dengan kadar yang sepatutnya. Jangan pula berlebih-lebihan sehingga mengganggu tumpuan untuk solat Isyak dan Terawih.
9. Jika mampu, belanjalah orang lain berbuka puasa kerana ganjaraannya sangat besar di sisi Allah SWT.
10. Rasulullah SAW menyebut dalam hadithnya bahawa orang yang berpuasa itu akan mendapat 2 kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan apabila bertemu dengan Allah SWT.
Dapat ilmu tentang buka puasa?
Kalau dapat, apa kata kita sebarkan kepada orang lain. Harapnya buka puasa kita bukan sekadar adat tetapi boleh juga menjadi ibadat dengan ilmi dan kesedaran yang betul.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.