Allahu, sebaknya bila mengenangkan kejamnya seorang anak apabila tergamak membunuh mak kandungnya dengan tangannya sendiri.Lebih memilukan, darjat seorang ibu yang selayaknya berada ditempat yang mulia dan tertinggi, berakhir ditempat yang hina, kotor malah menjijikan.
Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, petang semalam.
Disembunyikan Dalam Tangki Najis
Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis.
“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu.
Ads
“Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.
“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya.
Mempunyai Rekod Jenayah
Menurutnya, suspek kini diburu polis dan dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri.
Ads
Katanya, rumah itu didiami suspek bersama ibunya dan seorang adik perempuannya.
“Adik suspek memberitahu polis bahawa dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September itu sebelum hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui, hari ini.
“Suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol. Lelaki itu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Ads
Laporan terkini, suspek berjaya ditahan pihak polis.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Balik Pulau dengan lelaki terbabit dijangka direman, esok.
“Ya, kita sudah berjaya menahan suspek kes terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan saya akan beri makluman lanjut kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga wanita ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga pelaku, menerima hukuman dan pembalasan yang setimpal.
Sujud Syukur pada mu Ya Allah begitulah yang diluahkan oleh balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, apabila menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, Ali, Puteh, yang turut diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun rasmi Instagrmnya, Hidayah memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku Hidayah Hamzah syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, Mak, Abah, Anakku Hamzah, adik beradik famili dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Hidayah yang turut menulis tanda pagar Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah.
Rezeki Anak Yatim Di Pagi Jumaat
Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen juga ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan kesyukuran atas kemenangan ibu tunggal itu.
“Alhamdulillah. Rezeki anak yatim di pagi jumaat, terus kuat Dayah jaga Hamzah baik-baik. Moga Allah permudahkan urusan Dayah,” komen salah seorang pengikut Hidayah di Instagram menerusi akaun aisyah19782020.
Seperti mana yang dipetik menerusi laporan di Harian Metro pula, adik ipar kepada Hidayah iaitu Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Terbaru pelawak ini menyatakan dia akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
Mingguan Wanita: Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggalnya Hamzah dengan penuh kasih sayang. Ternyata Hidayah seorang yang begitu tabah dalam mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.
Bukan saja pelakon Abby Abadi dan suami, Jai Ezzany menanti perkembangan bayinya yang ketika ini masih lagi diwadkan dalam NICU (neonatal intensive care unit). Malah ramai yang mendoakan dan prihatin dengan perkembangan bayi pramatang, Baby Danial .
Mahu tahu.. bagaimana keadaannya hari ini? Sudah naik beratkah? Masihkah lagi bergantung pernafasan dengan mesin.
Kerana ramai di luar sana, mak-mak yang jatuh sayang dengan bayi comel ini.
Apabila ibunya, Abby Abadi berkongsi gambar kaki Baby Danial di instagram miliknya, ramai yang mendoakan dan bersyukur dengan perkembangan Baby Danial.
Betapa bertuahnya, bayi pramatang ini malah bayi pramatang lain di wad NICU hospital kelahirannya, kerana dijaga dengan baik oleh petugas hospital, jururawat mahupun doktor.
Berkongsi usia ke-21 Baby Danial, Abby mengungkapkan rasa syukur kerana berat anaknya sudah mencecah 618 gram, berbanding waktu dilahirkan kira-kira 535 gram.
Hari Ke-21, Baby Danial Dalam NICU
Muhammad Danial Firman Faizal
Terima Kasih ALLAH
Untuk perkembangan Baby Danial
Terima kasih juga
Pada yang tak putus mendoakan
Tiap-tiap hari Mama Abah pergi NICU, HSB
Beri sentuhan & kekuatan
Untuk Hero Mama Abah ni
Terus bertahan
Dan Alhamdullillah
Berkat DOA semua
ALLAH Maha Mendengar
Dan Maha Mengetahui yang terbaik
Beratnya Dah Naik 618 Gram
Daripada sreenshot yang dikongsikan Abby terlihat perbualannya mengenai Baby Danial. Maklumnya, berat Baby Danial dah naik kepada 618 gram.
“Alhamdulillah, memang kuat Baby Danial. Berat naik, semua bagus-bagus.. memang terbaik staff NICU jaga.”
“Doktor memang terbaik kat NICU tu. Semoga dia terus kiat. Kita minta elak dari kena jangkitan kuman.”
“Sekarang baby dah 26/52 + 3/7.. moga cepat membesar..” pintanya yang memohon agar tak berhenti mendoakan Baby Danial.
Impian Dr Fie tercapai, Nubhan buka klinik gigi untuk isteri tersayang. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Aafiya Kamilia, 5, Ahmad Aafan,4 dan Afzan kini berusia 22 hari.
Syukur alhamdulillah rezeki yang tidak ternilai dari Allah. Selepas menimang caahaya mata ketiga Januari lalu, rezeki Nubhan dan isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek, atau Dr Fie Tawfek begitu murah.
Impian Dr Fie Tercapai
Apatah lagi baru-baru ini Nubhan menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya berkongsi dirinya begitu bahagia apabila impian isteri untuk memiliki klinik sendiri tercapai. Nubhan juga turut berasa sangat bersyukur kerana berjaya menunaikan impian isterinya itu.
“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri, mungkin rezeki baby baru ni.
“Sebagai suami, saya akan sentiasa menjadi tulang belakang, depan, kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya,” tulisnya.
Seperti yang umum ketahui Dr Fie merupakan seorang pegawai pergigian namun meninggalkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.
Menurut Nubhan Klinik Pergigian Lantara milik isterinya yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban itu akan beroperasi tidak lama lagi.
Seperti mana yang dilaporkan juga, perancangan membuka klinik itu dibuat secara rapi serta mengambil masa bertahun.
“Kalau ikutkan memang isteri pun sudah lama ada impian nak memiliki klinik gigi sendiri. Tapi, saya menasihatinya supaya tidak terburu-buru selain perlu timba pengalaman secukupnya dulu.
“Untuk membuka klinik sendiri adalah satu amanah besar. Bukan sekadar nak buka perniagaan, sebaliknya kredibiliti dalam segala aspek termasuk pengurusan, kemahiran dan sebagainya harus cukup.
“Bagaimanapun, saya dapati isteri kini memang sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu. Kesungguhannya dalam bidang rawatan gigi cukup mendalam sekarang,” kata Nubhan.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...