Hilang orang yang tersayang, Nora Ariffin kongsi tentang ziarah kubur. Kehilangan seseorang untuk selamanya memang sangat menyedihkan. Bukannya sesuatu yang mudah untuk melupakan malah antara cara untuk mengatasi adalah dengan menziarahi pusara.
Hilang Orang Yang Tersayang, Nora Ariffin Kongsi Ziarah Kubur Satu Terapi
Seperti mana yang dikongsikan penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin yang telah kehilangan arwah suami dan anak tersayang, beliau menyatakan pengalaman yang dilalui dan turut berkongsi kisah dari insa yang senasib dengan dirinya.
Menurut Nora, apabila kehilangan orang yang tersayang perkara yang sering dilakukan adalah berdoa, sedekah tahlil, bacaan surah Yasin dan menziarahi kubur.
Ziarah Kubur Setiap Hari
“Hari ni saya nak share pengalaman yang dilalui dan berdasarkan perkongsian dari orang yang senasib dengan saya.
“Ziarah kubur tiap-tiap hari…..bercakap….. mengadu…..bercerita tentang cerita-cerita…..menangis kepada arwah…..adalah perkara biasa.
“Bukan pelik atau dianggap ‘psycho’ , depress atau murung.
“Its a one way communication tapi itu adalah satu ‘terapi’ yang sangat melegakan pasangan.
“Bukan berdosa dan salah pun, asalkan jaga batas-batas tertentu.
“Pendek kata, yang tak rasa, tak akan tahu dan faham.
“Maka jangan mengata pada orang lain. Lebih baik kita beri kata-kata baik dan sokongan.
Ads
“Pesan dan nasihat saya pada semua. Tiada apa pun yang kekal kat dunia ni.
“Apa yang kita ada adalah ‘pinjaman’ sahaja. Jangan sombong,” nasihat Nora yang begitu bermakna.
Bakal timang anak ketiga, Saharul bimbang isteri ada ketulan fibroid “Doakan proses bersalin dipermudahkan & selamat”. Pelakon yang juga kini bergelar ahli perniagaan, Saharul Ridzwan berkongsi kisah dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Saharul Ridzwan dan isteri Deena Amir mendirikan rumahtangga pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dan Fateema Azzahra.
Saharul juga memaklum isterinya kini sedang sarat mengandung dan menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
Bakal Timang Anak Ketiga
Ibu dan ayah mana yang tidak seronok bakal menambah ahli keluarga dalam rumah mereka. Begitu juga dirasai oleh Saharul dan Deena.
Menyatakan keterujaan tersebut Saharul seperti mana dilaporkan Gempak menerangkan hingga kini dia tidak tahu mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan.
Perkara yang sama dilakukan sewaktu menunggu kelahiran anak kedua kerana bagi dia dan isteri perasaan tersebut lebih menyeronokkan dan sukar digambarkan.
“Saya tengah berdebar, isteri saya memang tengah menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini.
“Saya suka perasaan sebegini sebab saya memang suka surprise,” kongsi Saharul.
Doktor Pantau Samaada Isteri Bersalin Normal atau Secara Pembedahan
Disebalik kegembiraan dan keterujaan jauh di sudut hati Saharul menjelaskan dia juga risau dengan isterinya kerana belum mendapat keputusan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
“Isteri saya mempunyai ketulan Fibroid di dalam rahim dan doktor akan pantau sama ada isteri saya bersalin secara normal atau pembedahan.”
Dek kerana itu juga bapa kepada dua cahaya mata ini mengharapkan agar proses bersalin akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Doakanlah saya cuma harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” kongsi Saharul.
Durjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Anak Kerap Menangis
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Dalam Proses Penceraian
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Tak dinafikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang bermurah hati memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dengan tujuan golongan yang memerlukan dapat dibantu demi menampung keperluan dapur dan belanja harian mereka.
Memang terbaik dan wajar diberikan pujian atas usaha murni penduduk di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah ini. Mereka bersikap prihatin berkongsi rezeki memberikan sayur-sayuran dan buahan-buahan secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan.
Lebih-lebih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pergerakan orang ramai yang agak terbatas untuk mendapatkan sayur-sayuran mahupun buah-buahan.
Sumbangan Diletakkan Di Hadapan Kediaman Masing-Masing
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.
Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.
MW: Usaha murni penduduk kampung ini berkongsi rezeki ini wajar dipuji.Semoga rezeki penduduk kampung ini berlipat ganda kerana membantu mereka yang memerlukan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...