Hilang 3 beradik sekelip mata kemalangan maut, pelajar tahfiz pelik adik beradik tak muncul. Ajal maut di tangan Allah taala. Hasrat berkumpul adik beradik berkongsi kegembiraan balik bercuti berakhir dengan tangisan apabila hasrat itu berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Janji adik beradik mahu mengambil adik balik bercuti di maahad tahfiz berakhir dengan tragedi apabila tiga dari mereka meninggal dunia sementara seorang lagi alami kecederaan parah.
Pelajar tahfiz, Nurul Syafiqah Yusri sepatutnya pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor, pada Sabtu bersama abang, kakak dan dua adiknya, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam perjalanan menjemputnya di pusat tahfiz tempat dia belajar.
Nurul Syafiqah, 18, berkata, dia berasa pelik apabila bapa saudaranya yang ‘muncul’ di pusat tahfiznya di Jerantut dekat sini, kerana sepatutnya adik-beradiknya yang akan datang mengambil, sebelum diberitahu mengenai berita buruk itu oleh bapa saudaranya.
“Saya menghubungi keluarga Sabtu lepas untuk meminta dijemput hari ini. Sejak pagi saya sudah bersiap menanti kehadiran kakak dan abang, tetapi tiba-tiba pak cik yang sampai pada 10 pagi dan beritahu mereka sudah tiada,” katanya semasa ditemui di pekarangan Unit Forensik di Hospital Jengka di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, abang Nurul Syafiqah, Ahmad Basyir, 27, kakaknya, Siti Fatimah, 20, dan adiknya, Saiedah, 15, maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di sini pada Sabtu.
Ads
Kemalangan itu turut menyebabkan adik bongsu mereka, Adawiyah, 11, cedera parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Nurul Syafiqah berkata, jenazah Ahmad Basyir, Siti Fatimah dan Saiedah yang masing-masing anak kedua, lima dan tujuh daripada lapan beradik akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 11 di sini, sebaik urusan bedah siasat selesai, kerana mereka pernah menetap di tanah rancangan itu sebelum berpindah ke Kulai.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Muhatair Muhammad, 40, menyifatkan semua anak saudarnya itu sebagai anak yang baik dan sangat rapat antara satu sama lain, dan kali terakhir mereka bertemu tiga hari lepas.
“Saya ke rumah mereka di Kulai dan sempat membawa Saiedah serta Adawiyah berjalan-jalan…semasa itu, mereka ada memberitahu tak sabar nak ke Jerantut bagi mengambil Nurul Syafiqah,” katanya.
Ads
Komander Operasi PPgB Shamsul Affendy Sulaiman dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran, memaklumkan, pihak mereka tiba di lokasi mengesahkan kejadian terbabit telah melibatkan 4 orang keseluruhan mangsa di mana 3 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir. Seorang lagi mangsa pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk diberi rawatan. Kesemua mangsa merupakan adik beradik.
Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan seramai 8 orang anggota menggunakan peralatan Rescue Tool sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya. Sumber :- BERNAMA
Sedih sungguh setelah dua tahun PJJ (perhubungan jarak jauh) dan menanti zuriat, suami pergi sehari selepas tahu bakal bergelar ayah. Ternyata berat sungguh ujian ini.
Setelah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan tentu saja menantikan kehadiran cahaya mata. Namun begitu tidak semua direzekikan zuriat cepat, ada setengah pasangan perlu berusaha bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.
Itulah yang dialami oleh sepasang suami isteri yang terpaksa berjauhan kerana mempunyai tugas dan tanggungjawab dek kerana pekerjaan masing-masing.
Dua Tahun PJJ & Menanti Zuriat
Sebelum ini, pasangan ini hidup PJJ selama dua tahun dan baru sahaja menetap bersama selama dua bulan.
Tentu saja bila berita kehamilan diketahui, pada suamilah paling teruja si isteri ingin berkongsi. Apatah lagi zuriat ini adalah penantian dua tahun.
Namun, pedih apabila keesokan harinya suami pergi buat selamanya setelah mengetahui berita gembira ini. Kongsi Shaa Ibrahim:
Suami Pergi Sehari Selepas Tahu Bakal Bergelar Ayah
’Pagi tadi saya hantar gambar ini dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok . Allah panggil awak balik . Dua tahun awak tunggu sayang.
Saya kuat sebab anak ini. Ini juga last Whatapps saya sempat hantar dekat awak . Lepas ini tidak akan ada lagi orang yang hendak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.”
Bekal Tak Sempat Jamah
Manakala di posting yang lain, Shaa Ibrahim turut berkongsi tentang permintaan terakhir suaminya iaitu meminta dia menyiapkan bekal.
Tetapi malangnya, bekalan itu tidak sempat dijamah kerana terkorban dalam kemalangan jalanraya. Kini pasangan ini menetap di Sungai Lembing, Pahang. Jadi setiap hari suaminya berulang-alik dari Sungai Lembing ke Kemaman, Terengganu kerana arwah bertugas di sana.
“Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request hendak nasi goreng dan udang goreng kunyit.
“Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria saja suara awak sayang.
“Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.”
Di samping itu, jelas Shaa Ibrahim, ramai kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik.
Arwah suami Shaa Ibrahim telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.”
Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.
Respon Netizen:
Ramai kenalan serta netizen bersimpati dengan apa yang berlaku pada Shaa Ibrahim dan mendoakan dia terus kuat menempuhi hari mendatang demi anak yang dikandungnya.
Mingguan Wanita : Semoga Shaa Ibrahim tabah dan terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Tentu apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah Wan Muhamad Hasruldin bin Wan Mustapa. Al-Fatihah.
Bagi sesetengah pasangan, ada mempunyai skandal dan perempuan simpanan di luar pengetahuan isteri. Malah untuk menamatkan perhubungan ini pula bukan perkara yang mudah. Ini kerana ada yang begitu nekad untuk meneruskan hubungan terlarang ini.
Seorang wanita dari Luoyang, wilayah Henan, China menjadi perhatian ramai disebabkan kemahirannya dalam memujuk perempuan simpanan agar menamatkan hubungan dengan suami orang, lapor laman Oddity Central, semalam. Malah turut menjadikkan ia sebagai ‘kerjaya professional’.
Guru Pemujuk Perempuan Simpanan
Wang Zhenxi, dikenali sebagai Guru Pemujuk Perempuan Simpanan, yang merupakan satu pekerjaan profesional. Tugasnya adalah untuk meyakinkan wanita agar berhenti bercinta dengan suami orang.
Zhenxi menjadi terkenal apabila sebuah akhbar mendedahkan bahawa dia berjaya memujuk lebih 800 perempuan simpanan dalam masa setahun.
Pengalaman Peribadi Mencorak Kerjaya
Wanita yang dianggap sebagai salah seorang pemujuk perempuan simpanan China yang paling berjaya itu menggunakan pengalaman peribadi dalam mencorak kerjaya tersebut.
Ayahnya dikatakan curang terhadap ibunya ketika dia membesar, jadi dia mengetahui secara langsung kesan negatif hubungan luar nikah terhadap keluarga.
Zhenxi juga berdepan dengan situasi serupa apabila bekas suaminya bermain kayu tiga dengan teman wanita lama dengan alasan perkahwinan mereka adalah untuk memuaskan hati ibu lelaki tersebut.
Dia nekad memohon untuk bercerai dan mengejar kerjaya sebagai pemujuk wanita simpanan paling berjaya di China.
Berang dipanggil pakcik, Baby mengamuk di restoran kena denda RM300 di mahkamah. Berang dipanggil pakcik mungkin kerana merasakan usianya tidak sesuai dengan panggilan tersebut, seorang lelaki mengamuk di sebuah restoran dan mencederakan seorang kanak-kanaknya dan videonya tular di media sosial.
Ternyata tidakannya membawa padah apabila didenda didenda RM300 atau tujuh hari penjara jika gagal bayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan membuat kekecohan di sebuah restoran di Subang Jaya, minggu lalu.
Berang Dipanggil Pakcik
Memetik Berita Harian, tertuduh, Mohd Asri Abdullah, 50, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.
Mengikut pertuduhan, bekas pemandu lori itu didakwa melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran kepada orang awam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Putra Heights, Subang Jaya pada jam 9 pagi, 4 Jun lalu.
“Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama, boleh didenda sehingga RM400.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman, memohon mahkamah mengenakan denda setimpal sebagai pengajaran, agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan sama.
Menurut fakta kes, Mohd Asri didakwa datang ke restoran itu untuk membeli makanan dan memberitahu pekerja agar jangan memanggilnya dengan gelaran pakcik sebaliknya memanggil ‘abang’ atau ‘baby’.
Dia yang berang dengan keengganan pekerja tersebut kemudian bertindak membaling bungkusan nasi dan air minuman panas hingga terkena anak pemilik restoran yang berusia empat tahun.
Tertuduh terus mengamuk menendang meja, membaling kerusi, meludah dan mengatakan sesuatu dengan bahasa yang kurang difahami serta berkelakuan pelik.
Sebelum ini, klip video memaparkan suspek mengamuk secara tiba-tiba sehingga mencederakan seorang kanak-kanak tular di media sosial.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!