HijrahBetty Rahmad, pelakon dan penyanyi ini telah berkongsi kisah hijrahnya yang kini sudah lengkap bertudung sejak awal minggu ini.
Adik kepada aktres terkenal Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida ini seperti mana yang diluahkan menerusi Instagram Live menyatakan kini dia tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam.
Hijrah Betty, Syukur Sudah Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu, Isteri Dengan Baik
Malah menurutnya lagi pemergian rakan artis Almarhumah Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon ini melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Malah Betty juga memohon doa agar dirinya menjadi lebih baik.
“Hidayah milik Allah.
“Terima kasih semua yang selalu mendoakan saya dan keluarga saya. Terima kasih Ustazah Nafisah, geng mengaji, @kelas_mengaji.personal Facebook group. Doakan saya jadi lebih baik InshaAllah.
“Saya doakan yang sedang mencari akan dapat rasa apa yang saya rasa. Aamiin,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagramnya.
Ads
Masih Merangkak-Rangkak Membaca Al-Quran
Wanita yang kini sudah berinjak ke usia 40 tahun, turut menyatakan terdetik melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira, 2, sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
“Semuanya saya lakukan untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah.
“Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” luahnya.
Latih Diri Bangun Solat Sunat Tahajud, Solat Sunat Taubat
Kongsinya lagi, “Saya mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumah.
“Setiap pagi, saya akan membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hati melakukan perubahan.
“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama. Alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” tambahnya lagi.
Ads
Pemergian Almarhumah Siti Sarah Buatkan Dirinya Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik
Sambil mengelap air matanya, Betty turut menyatakan antara salah satu sebab pemergian Almarhumah Siti Sarah Raissuddin membukan dirinya berubah ke arah yang lebih baik.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.
“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada.
“Saya sayu bila memikirkan betapa sayangnya Allah kepada saya, ada saja rezeki yang dipermudahkan oleh yang Maha Esa,” ungkapnya, malah hijrah Betty turut mendapat sokongan dan doa dari kakak-kakaknya Erma Fatima dan Umie Aida.
Betapa besarnya peranan air tangan isteri dalam menentukan berat badan ideal suami. Rupanya kalau suami nak turun berat badan, selain semangat diri yang kuat, sokongan isteri itu paling penting sekali.
Ini telah dibuktikan oleh Puan Farihah Zulkifle ketika membantu suaminya turun berat dalam masa 3 bulan. Dalam tempoh itu, berkat air tangan isteri sebanyak 28kg berat badan berjaya dihilangkan.
Cara Saya Hilangkan 28KG Berat Suami Dalam Masa 3 Bulan
Pertama : Makan Suku-suku Separuh
Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran.
Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup.
Tapi awas ya, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh-contoh menu suku-suku separuh ada di gambar.
Kedua : Buat Senaman Yang Kita Suka
Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan.
Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
Ketiga : Air Kena Cukup
Cukupkan 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing berwarna pekat.
Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
Keempat : Tidur Yang Cukup
Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi.
Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Ini Menu Suku Suku Separuh Air Tangan Isteri Yang Berjaya Turunkan Berat Badan Suami
Selepas 3 Bulan Ini Kejayaan Suami, Dengan Bantuan Masakan Isteri
Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Idea menu berbuka puasa hari ketiga mak-mak jangan fikir lama sangat nanti buntu jadinya. Apa kata jamulah keluarga dengan Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Makan sekali pasti nak tambah lagi.
Video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? Khas buat pelayar Mingguan Wanita sediakan resipi Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam. Rasa mengancam sambal ni memang tak boleh tolak lagi-lagi dihidangkan dengan nasi panas. Waktu berbuka anda dan keluarga memang tak boleh dilupakan.
Air tangan mak-mak ni memang nostalgia tau. Campaklah apa saja dalam kuali akan menjadi ingatan anak-anak sampai mereka dewasa kelak. Jomlah masak menu kegemaran ramai ini.
Bahan- Bahan :
10 ekor udang
15 tangkai cili kering – dikisar
2 ulas bawang merah – dikisar
Sedikit belacan
Petai
Sos cili
2 ulas bawang merah – dipotong gegelung
Cara Memasak :
Goreng dahulu udang bila dah kekuningan tos minyak dan angkat.
Kisarkan cili kering bersama bawang merah dan sedikit belacan
Bahan yang telah dikisar kemudian ditumiskan, nak jimat pakailah minyak gorengan udang tadi.
Bila dah garing masukkan sos cili, petai dan udang serta bawang yang dipotong gegelung.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
Tunggu hingga masakan garing kacau dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk memiliki cahayamata apatah lagi jika sering mengalami masalah keguguran.Siapa sangka dalam tempoh 11 tahun usia perkahwinan Dato’ Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz, isterinya pernah mengalami keguguran hampir 10 kali!
Namun alhamdulillah, meskipun kerapkali mengalami keguguran sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Penantian sekian lama, akhirnya mereka dikurniakan dengan rezeki kehadiran anak perempuan, Alayna Selma pada Oktober lalu.
Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Fazley sendiri didalam posting instagram yang miliknya.
“11 tahun perkahwinan di antara saya dan @azrene_ahmad kami di kurniakan 3 anak lelaki, keguguran hampir 10 kali dan akhirnya tiba anak perempuan bongsu #Ellie #AlaynaSelma Syukur pada Allah!”
Pengalaman Serba Baru
Ternyata kehadiran puteri kesayangan Alayna Selma (2 bulan) atau lebih mesra digelar Ellie adalah suatu rahmat buat pelakon, chef selebriti, motivator dan usahawan berjaya ini.Mana tidaknya,Dato’ Fazley cukup teruja dengan kehadiran Alayna Selma yang juga anak keempat pasangan ini menjadi penyeri buat kehidupan mereka sekeluarga, yang sekian lama menantikan kehadiran anak perempuan setelah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (Payish)9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush),6. Keluarga bahagia ini , kini lengkap ber-6!
Bagi Dato Dazley, keterujaan dan pengalaman memiliki anak perempuan ternyata berbeza daripada memiliki anak lelaki.Perkara ini turut di kongsikan didalam posting intagram beliau;
“Kata orang2 tua, bila dapat anak perempuan semuanya pengalaman serba baru, saya anak lelaki 3 orang, yang bongsu ni barulah perempuan. Memang ternyata berbeza #AlaynaSelma #EllieFazley”
Alhamdulillah dan tahniah buat Dato Fazley sekeluarga diatas kehadiran puteri kesayangan, Alayna Selma. Semoga keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan selama-lamanya. Buat wanita lain, yang sering mengalami masalah keguguran, jangan berputus asa,bersabar dan teruslah berusaha.Insya Allah, akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata suatu hari nanti.