Hidup jangan bersandar pada kenangan, bila cinta pergi, move on! Ikut apa yang agama Islam ajar. Tak mudah tetapi perlu juga untuk teruskan hidup.
Jangan terlalu ikutkan hati hingga merana hidup. Apatah lagi jika masih memiliki anak-anak, kasihanilah mereka kerana mereka turut merasa kehilangan.
Seberat-berat kehilangan belajarlah untuk bangkit, fikirkan perasaan dan hati-hati orang lain yang harus dijaga.
Hidup Jangan Bersandar Pada Kenangan
Kongsi Ustaz Muharrik Daei, belajarlah untuk melepaskan…
Dalam hidup ini jangan sesekali bersandar pada cinta dan kenangan. Letakkan prinsip hidup, bila cinta itu pergi, move on. Itu yang Islam ajar.
Cinta dan kenangan hanya membuat kita sejuk dan beku dan terpuruk dalam ilusi yang tiada kesudahan dan kesedihan yang merugikan usia dan menzalimi jasad.
Matlamat hidup kita adalah redha Allah. Selain syurga yang menjadi impian hidup abadi kita. Justeru, kalau kita tidak move on, mana mungkin kita mencapai matlamat hidup kita.
Lagi pula, jika ada orang disisi dan dihadapan yang memerlukan kita, apakah kenangan itu penting untuk didahulukan?
Bila Cinta Pergi, Move On!
Manusia terlalu bodoh ditipu dan dihambakan dunia dan makhluk.
Awal-awal dalam Tauhid mengajar kita, Allah saja yang qodim. Allah saja yang Baqa’. Selain Allah itu musnah. Allah saja yang memberi bekas. Makhluk tidak boleh memberi bekas. Maknanya Allah saja yang boleh memberi bahagia pada insan yang dikehendaki-Nya.
Orang yang bertauhid, kisah lalu dan kenangan baginya adalah gerak jiwa untuk menuju puncak iman jika ia mampu untuk move forward atau move on dengan menerima takdir itu kerana takdir adalah sebuah ketentuan yang Allah lambakkan hikmah dihadapan.
Ikut Islam Ajar
“Kamu kena move on shim, dan belajar untuk melepaskan. Tak boleh macam ni.” Kata aku pada kawan aku Hashim yang kehilangan isteri kerana kanser.
Hampir setahun isterinya meninggal. Anak nya 2 orang diserah kepada orang tuanya untuk dijaga tanpa diambil tahu. Hanya duit belanja diberi tanpa kasih sayang.
Ads
Aku sedih, banyak ikhtiar aku buat untuk sahabat aku ini. Namun semua ditolak nya. Aku tak tahu kenapa. Seolah dia menolak untuk dirinya kembali normal.
Adakala aku marah padanya. Sampai terkadang aku hampir malas nak pedulikannya lagi sampai dia call aku untuk bertemu. Aku tahu hanya aku saja teman yang dia percaya didunia ini.
“Aku tak tahulah mal, aku betul betul tak boleh lupakan isteri aku. Mana mana aku pergi pun aku rasa sunyi dan tak tentu arah. Rasa libang libu sangat.” Begitu keluh hashim waktu aku bertemu dengan dia bulan lalu.
Semalam dia pergi. Tamat kerinduannya dan tamat sudah cintanya. Tamat penderitaannya. Bagi aku mungkin dia telah bertemu bahgianya. Aku sedih tak dapat membantunya.
Baru aku tahu betapa cinta boleh menjadikan manusia terlalu kerinduan dan orang yang dihinggapi penyakit cinta, ia tidak sekali kali mahu disembuhkan!
Mingguan Wanita : Menghadapi perpisahan atau kehilangan bukan sesuatu yang mudah. Menahan rindu pada yang telah tiada, hanya Allah saja yang tahu. Semoga mak ayah terus kuat bila berdepan dengan ujian kehilangan.
Rasa geram dan emosi juga bila anak buat perangai. Belum lagi nak kena layanilah anak yang macam-macam peel. Mulalah mak ayah rasa tak sabar nak tunggu anak-anak besar.
Tanpa kita sedar, masa berlalu dengan cepat tanpa sedar anak semakin membesar dan mereka dengan dunianya sendiri. Sampaikan kita lupa cukupkah kasih sayang dan cara kita layani anak selama ini sudah sempurna.
Begitulah, masa kita sebagai mak ayah tak lama, cuma ada 12 tahun untuk layani anak. Masa itu, mak ayah nak keluar atau berjalan-jalan pun belum tentu anak nak ikut. Mereka dengan dunianya sendiri.
Inilah yang dikongsikan oeh Dr Mohd Fhais Salim dalam tiktoknya yang bukan saja menceritakan tentang bonding ayah dengan anak permpuan tapi juga tentang masa kita sebagai mak ayah hanya ada 12 tahun agar layanilah anak sebelum mereka dengan dunianya sendiri.
Kalau anak perempuan, bonding dengan ayanhya sangat special. Boleh dikatakan ayah umpama teman lelaki pertama anak perempuan.
Jadi setiap apa yang ayah buat dengannya, ia menjadi penanda aras lelaki. Sebab anak perempuan yang ada bonding kuat dengan ayahnya akan menjadi lebih bijak dalam memilih pasangan hidup yang baik.
Pesanan Buat Mak Ayah
Luangkan sebanyak masa untuk anak-anak, harga dan layani mereka paling istimewa yang boleh diberikan.
Sebabnya masa kita sebagai mak ayah tak banyak. Paling lama pun hanya 12 tahun. Sampai masa, anak akan ada dunianya sendiri.
Bila anak dah besar, mulalah kita terhegeh-hegeh paksa anak untuk ikut kita berjalan-jalan pun belum tentu. Mereka lebih suka susuk di rumah, tengok tv dari ikut kita berjalan-jalan.
Jadi, semasa masih ada peluang ini, manfaatkan sebaiknya. Ada 2 perkara yang akan akan ingat tentang kita sampai bila-bila.
a) Cara kita layan dia baik atau buruk. b) Adakah kita wujud atau tidak di hatinya semasa mereka kecil.
Mingguan Wanita : Ciptalah memori paling indah dengan anak-anak kita.
Datuk, nenek mana yang tak sayangkan cucu. Kalau boleh dia nak cucunya sentiasa ada. Kalau anak tak ada tak apa, yang penting cucu itu sendiri. Malah, kalau balik kampung sekalipun, cuculah paling yang ditunggu-tunggu.
Ikut saja apa cucu nak, semuanya akan ditunaikan oleh datuk nenek. Memang berbezalah layanan mereka pada cucu-cucunya.
Walaupun datuk, enk sayang sekalipun, bab-bab mendidik dan disiplin serahkan pada mak ayah. Boleh saja nak masuk campur tapi bukan dengan cara memenangkan cucu.
Wahai datuk, nenek/ tok ma/ tok abah/ tok wan/ dan seumpamanya,
Tolong jangan spoil cucu anda.
Ada garis halus memisahkan antara kasih sayang dan memanjakan.
Sayangkan anak, tangan-tangankan. Sayangkan cucu? Sama juga.
Tugas nak besarkan, nak didik cucu anda, terletak di bahu ibu bapanya (anak dan menantu anda). Kecuali ibu bapa dia memang abaikan terus/ dah tiada.
Bukan semua kemahuan cucu perlu dipenuhi.
Kalau dia buat salah, jangan berpihak kepadanya, terutamanya bila ibubapanya marah.
Eh, anak anda dulu pun, kena marah. Dia buat salah, kena marah. Dia tak buat salah pun kena marah juga kan?
Dia merengek nak apa-apa, anda sebut NO.
Oooo.. Saya tahu, anda rasa bersalah kan, dulu tak bermanja dengan anak sendiri. Dulu tegas dan bengkeng dengan anak.
Simpan rasa bersalah anda. Bukan boleh tebus pun apa yang dah berlalu. Benarkan anak hantu, maksud saya, anak menantu anda lalui detik membesarkan dan mendidik cucu anda tu.
Ni bukan marah, tapi nasihat!
Mingguan Wanita : Siapa yang tak sayang anak dan cucu. Tapi, janganlah terlalu manjakan sampai dioran pun boleh pijak kepala. Lagi bahaya!
Anak-anak paling liat nak suruh mandi. Sampai berbuih mulut mak ‘sekejap!’ ‘Nanti!’ Itulah jawapan yang keluar dari mulut anak. Mak pandang anak atas bawah.. berbulu je tengok. Jangan marah-marah, sebenarnya ada cara nak bagi anak seronok mandi tanpa di suruh.
1. Sabun Luar Biasa
Tak ada pun sabun luar biasa tapi mak boleh jadikan ia luar biasa dengan kuasa kata-kata. Beritahu pada anak, badan kita penuh dengan kuman. Setiap mak ada handphonekan?, Google gambar kuman. Tunjukkan dekat anak betapa ngerinya rupa kuman.
Beritahu, kalau tak mandi inilah kuman yang akan makan badan kita. Barulah masuk cerita sabun luar biasa. Sabun saja boleh bunuh kuman. Tapi kalau tak mandi macam mana kuman nak mati. Buat anak berfikir!
2. Alatan Mandi Comel
Anak-anak ini sifatnya suka yang comel, cantik, berwarna warni. Jadi belikanlah alatan yang mengikut kesukaannya. Bila anak-anak seronok, tanpa di suruh pun dia akan masuk bilik air.. mandi, sebabnya nak main dengan alatan kesukaannya itu.
3. Baju Khas Istimewa
Buat anak rasa masuk bilik air itu macam nak mandi di pool atau tepian pantai. Siapkan mereka dengan baju mandi yang istimewa. Jangan lupa ajar cara-cara mandi yang betul. Gosok badan berdaki, sabun seluruhnya, gosok gigi, bersyampu dan bilas sampai bersih. Lap badan guna tuala sampai kering. Pijak kaki dekat alas kaki, dah kering barulah bergerak.
Penting Mak Kena Buat..
Paling utama, masa anak mandi mak kena pantau. Jenguk selalu sebabnya dalam bilik air pun macam-macam bencana boleh berlaku. Buat juga langkah keselamatan supaya menghindar si kecil dari bahaya dalam bilik air. Misalnya letak alas pemijak bergetah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!