Hidangan Cina (Chinese food) disukai ramai masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum. Mungkin dipengaruhi oleh kehidupan kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Jadi tekak kita dapat terima masakan kaum lain juga.
Hidangan Asli Cina Ada Tarikan Tersendiri
Masakan kaum Cina terkenal dengan gaya masakan yang lebih menyihatkan berbanding kaum Melayu yang bersantan dan berlemak. Masakan asli Cina juga mengandungi banyak khasiat dengan penggunaan pelbagai herba yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan.
MW kongsikan tiga lagi masakan autentik kaum Cina yang tak kurang lazat bahkan berkhasiat tinggi. Selamat mencuba!
SAUTÉED ASPARAGUS WITH FRESH LILY BULB & SHIMEJI MUSHROOM
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga bawang putih bertukar kekuningan.
Masukkan asparagus, lily bulb dan cendawan Shimeiji. Goreng lagi sehingga kelopak lily bulb bertukar menjadi lut sinar.
Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukupnya dan teruskan menggoreng untuk seminit lagi.
Tutup api dan angkat.
Sedia dihidangkan.
HIDANGAN STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS
BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN:
300gram isi ikan kod – potong
1gram cili kering – potong kasar
20gram bawang besar – hiris kasar
20gram kacang Cashew panggang
15gram sos tiram
15gram kicap soya
15gram kicap soya pekat
Ads
10gram cuka hitam
10gram serbuk pati ayam
100gram tepung jagung
Sedikit gula
Sedikit air
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
Sedia dinikmati.
STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOY SAUCE
BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN INI:
100gram kerapu – siang dan cuci
30gram parsli Cina
Ads
10gram cili padi – hiris
10gram bawang putih cencang
10gram halia cencang
30gram hirisan halia
30gram daun bawang –ambil bahagian batang putih
10gram kicap soya
5gram kicap soya hitam
10gram serbuk perasa
10gram minyak bijan
Sedikit gula
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cencang, bawang putih cencang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
Seronok tengok gambar sup daging yang dikongsi di laman sosial musim Raya Haji ini, tetapi AWAS ya! Sedap macam mana pun makan sup, tolonglah beringat lemak-lemak daging ini boleh memudaratkan kesihatan.
Jadi nak elak daripada penyakit singgah dan saiz badan makan membesar, mak-mak boleh guna tip yang dikongsi oleh Puan Hani Mynis.
Cara buang lemak dalam sup daging
Rasanya musim-musim raya haji ni menu sup tulang sup daging memang wajib ada. Hari ini pun Alhamdulillah ibu buatkan sup tulang.
Alang-alang tu meh hani kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup tu. Ibu pula sporting nak tolong hani buat tutorial ni.
So here we go, cara paling mudah nak buang lemak/ minyak kat sup tulang/daging. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ni.
✅Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
✅Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit gitu dah memadai)
✅Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukan nye panas-panas) secara membulat (macam dalam video)
✅Buang hasil minyak yang membeku. Siap.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi yang suka makan laksa, sebenarnya boleh buat mee laksa sendiri secara di rumah. Lebih jimat, puas hati dan terjamin kebersihan serta ramuan bahan-bahan yang digunakan. Hanya guna 5 bahan sahaja dah boleh buat laksa beras ni. Malah tak perlu risau tiada mesin acuan, bentukkan guna acuan maruku pun boleh jadi.
Ikut resipi dan cara-cara buat laksa beras yang dikongsikan oleh Puan Roslina Shaari Ina Kie ini.
Laksa beras home made.
Bahan-Bahan:
500gm tepung beras cap teratai
3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit
2 cawan air panas mendidih
Secubit garam
2 sudu makan minyak
Cara Membuat:
1. Letak tepung dalam bekas dan larutkan garam dengan air panas.
2. Masukkan minyak ke tepung dan tuang sikit-sikit air panas sambil kacau dengan senduk.Kalau rasa keras tambah sikit-sikit air panas.
3. Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
4. Masukkan dalam acuan.Saya guna acuan maruku.
5. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
6. Bentukkan laksa buat sampai habis.Terus kukus dalam 20 minit.
7. Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit.
8. Buang air dan tambah air baru.Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain.Terus tapis.
Boleh makan dengan segala jenis kuah laksa. Laksa utara, Laksa lemak kuah putih, Laksa kuah kari dan sebagainya.
Tip Ekstra!
Saya pernah guna tepung gajah1 cap rose, laksa jadi putusdan hancur, tak cantik.
MW: Mudah je nak buat laksa beras di rumah. Bahan-bahan pun tak banyak malah boleh guna acuan maruku je. Bukan apa bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihannya, status halal dan ramuan yang digunakan.
Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...