Hebatnya seorang wanita bergelar isteri, tetap fikirkan yang terbaik untuk suami walaupun terluka bila diuji. Walaupun hati kecewa, tetapi seorang isteri sanggup berkorban untuk suaminya.
Seakan tidak adil tetapi itulah realiti yang dilalui oleh ramai wanita. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik yang dia cuba sampaikan:
Hebatnya Wanita!
Siapa yang tak kecewa, siapa yang tidak terluka…
9 bulan 10 hari mengandungkan zuriat suami… Bila mengadu, dikatakan mengada-ngada… Jalan susah, tidur susah, makan pun susah… Sakit habis satu badan…
Segala jenis kerja rumah isteri buatkan… Tak nak suami balik tengok rumah bersepah…
Rumah sudah kemas, sampah sudah buang, pakaian sudah basuh dan lipat… Apabila suami balik, rehat, tengok televisyen dan akhirnya tidur…
Bila suami hendak makan, isteri masak… Suami tidak ada duit, isteri hulur… Tiba-tiba suami ada skandal, ada orang lain…
Suami tengah bercinta pula dengan orang lain…
Suami paksa isteri untuk terima… Dan suami paksa isteri untuk berlapang dada dan terbuka… Dikatakan ini adalah takdir, isteri kena redha…
Terasa Kecewa, Rela Undur Diri
Kalau kita yang jadi suami ini di tempat isteri, apa yang kita rasa setelah kita sudah berhempas pulas buat yang terbaik, kemudian berkorban macam-macam, dan telah melahirkan anak setiap tahun, tiba-tiba pasangan kita ada orang lain?
Kecewa, terluka…
Oleh sebab itu ada isteri yang minta dilepaskan… Sebab itu ada isteri yang sukarelanya hendak undur diri…
Ads
Bukan sebab dia sudah tidak sayang suami, bukan sebab dia tak mahu pertahankan hubungan dia, rumah tangga dia, tapi sebab dia kenal suaminya…
Ada seorang isteri pun, suami tak pernah pegang penyapu di rumah… Hendak hulur RM 50 sebulan pun tak pernah…
Hal anak-anak dan kerja rumah langsung tak pernah ambil tahu… Emosi isteri, perasaan isteri, apa yang isteri lalui, dia tak pernah hendak memahami langsung…
Tetap Fikirkan Yang Terbaik Untuk Suami Biarpun Pahit Untuk DiTelan
Nanti bila sudah ada dua isteri macam mana… Malah nanti kalau dia buat dekat seorang lagi itu sama macam yang dia buat sebelum ini macam mana…
Kadang-kadang, hebatnya orang perempuan itu adalah dia masih memikirkan apa yang terbaikuntuk suami, apa yang boleh menggembirakan hati suami biarpun itu adalah racun yang pahit untuk ditelan baginya…
Dalam hatinya berkata, “Tidak mengapalah, aku boleh bina hidup baru…”
Ads
Mingguan Wanita : Walaupun berat dan perit untuk ditelan, hanya seorang isteri yang tahu apa yang terbaik untuk dirinya, anak serta keluarga. Dia lebih rela berkorban daripada mempertahankan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wanita yang sudah bergelar isteri ini banyak perkara yang selalu difikirkannya. Keadaan inilah yang menyebakan mereka mudah stres dan moody.
Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada perasaan ini walaupun tak terlalu serius. Ibaratnya semua perkara nak difikirkan serentak hingga hati dan perasaan sendiri terabai.
Isteri Bila Banyak Perkara Yang Difikir, Mudah Stres & Moody
Perkongsian daripada Mohd Fhais yang selalu berkongsi ilmu keibubapaan dan rumah tangga ini ada betulnya.
Selalu orang kata wanita mudah sangat stres dan moody bukan. Kenapa? Jawapannya kerana mereka suka nak menjaga hati orang lain lebih dari hati diri sendiri. Walaupun hati sendiri terabai.
“Bang jangan lupa ya kenduri aqiqah adik abang hari sabtu ni.”
“Bang dah lama tak balik jumpa mak abang, bila nak balik?”
“Bang nanti kita pergi melawat adik abang tengok baby”
“Bang nanti kita pergi tengok mak kat hospital”
“Bang mana nak cari sofa bed untuk ayah, senang dia nak duduk dan baring”
Beginilah bila jadi wanita, setiap masa dia sentiasa fikir tentang orang lain. Tentang adik, adik ipar, mak mentua, mak dengan ayah sendiri.
Memang sahih bahawa wanita ini dilahirkan sebagai CONNECTOR.
Yang mahu menjaga silaturahim, selalu fikir akan kebaikan orang lain dan sentiasa berusaha supaya rasa bahagia itu dapat di beri pada ahli keluarga lain terlebih dahulu.
Diri sendiri selalu jadi yang terakhir…
Suami Jangan Kedekut ‘Pinjamkan Telinga’
Sebab itulah penting sangat bagi seorang wanita untuk mempunyai lelaki yang boleh mendengar dan memahami dengan baik.
Apa yang dicakap itu hanyalah secebis dari apa yang bermain di otak mereka. Dalam otak isteri, berselirat banyak lagi benda lain.
Belum cerita lagi pasal anak, rumah, kerja, penat, mengantuk dan berat badan naik. Kalau cerita semua 7 hari 7 malam belum tentu habis.
Tak dinafikan bulan ramadan adalah bulan yang paling sibuk dan penat buat mak-mak. Bangun seawal pagi untuk siapkan sahur, kejutkan keluarga, berkemas, pergi kerja dan petang fikir hidangan apa pula untuk keluarga.
Kadang-kadang untuk diri sendiri pun tolak ke tepi, biarkan anak-anak dan kelaurga rasai dulu. Yang paling akhir, barulah mak-mak menjamah makanan.
Sebab itu, dialah paling sibuk dan penatr sehingga tak dapat nak solat dan berbuka ‘on time. Dialah yang uruskan semua. Moga dengan ini jugalah boleh membuatkan pahalanya berlipat ganda dalam uruskan keluarga dan kesibukannya menyiapkan persiapan berbuka, bersahur dan sebagainya.
Semalam dengar Ustaz bagi ceramah. Pasal amalan bulan Ramadhan. Masa tu Ustaz tengah cakap pasal solat on time. Ustaz kata latih la bulan-bulan posa ni solat on time. Biar nanti jadi tabiat. Ni yang on time berbuka je. Tu memang tak pernah lambat.
Lepas tu Ustaz sambung,
“Cuma kalau mak-mak je la kadang berbuka tak on time. Time tu lah dia nak kena bancuh air. Nak buh nasi kat semua orang”.
Tapi betul. Maknanya Ustaz memang alert. Bulan puasa ni yang paling sibuk memang mak-mak. Yang paling seronok pun dia. Yang paling penat pun dia.
Paling sibuk masak sahur. Paling sibuk kejut sahur. Paling sibuk make sure semua orang makan sahur. Paling sibuk tanya dah minum air ke belum. Berapa cawan. Kalau sikit suruh minum lagi. Karang dahaga.
Anak-anak Minta Hidangan Kegemaran
Tu belum sibuk cari menu berbuka. Sibuk masak-masak masa berbuka. Yang suka masak awal ada. Nanti senang. Tinggal perangat. Yang masak lewat sikit ada. Sebab takut makanan sejuk. Nanti tak sedap nak makan.
Tu belum anak tu order kuih ni. Anak ni order kuih tu. Suami pulak minat kuih lain. Bulan puasa ni la suka melayan. Nak raikan katanya. Kesian anak dah penat puasa. Seronok tengok depa selera masa berbuka. Kadang dia tak kisah dia punya makan pun. Janji orang lain punya ada.
Lepas terawih cepat je tidur. Nak siapkan diri untuk esok pulak. Takut terlelap waktu sahur. Takut anak tak bersahur. Nanti takda tenaga. Nanti susah kalau kat sekolah.
Mak-mak penat. Tapi dia suka buat ni semua. Dia tahu berlipat ganda pahala Allah bagi dia. Tak kisah la anak kecik ke. Anak besar ke. Anak dah beranak ke. Sama saja.
Mak tetap mak.
Pastikan semua orang makan sebelum dia mula menelan.
Beli kurma di sini: https://invol.co/cla8cxv
Mingguan Wanita : Begitulah hati seorang bu, sanggup buat apa saja untuk keluarga. Dia yang paling last makan pun tak kisah. Penat yang berbaloi dan moga dilimpahkan pahala buat mak-mak di luar sana.
Wanita amat takut untuk menghadapi kenyataan diri akan mengalami menopaus.
Apa itu menopaus? Menopaus menunjukkan pengakhiran haid bulanan dan berakhirnya tempoh reproduktif wanita. Ia juga adalah tanda folikel dalam ovari telah berhenti menghasilkan dua hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesterone.
Wanita menopaus apabila mereka tidak mengalami haid selama 12 bulan.Umur sebenar peralihan ke menopaus ini berbeza daripada antara wanita. Walaupun purata umur 50 tahun kebanyakan wanita sudah mula mengalami menopaus tetapi itu tidak bermakna semua wanita akan mengalaminya pada umur yang sama.
Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, menjelaskan ramai wanita yang tidak dapat menerima hakikat diri mereka sedang berada dalam fasa untuk menopaus.
“ Daripada melawan menopaus seharusnya wanita perlu menerima hakikat diri akan menopaus. Ada yang berfikiran apabila diri menopaus mereka sudah jadi tua. Saya selalu beritahu wanita agar melihat pada diri saya. Saya sudah menopaus dan tidak pernah terfikir diri sudah tua.
Kami pengamal perubatan perlu beri banyak motivasi kepada wanita yang beranggapan menopaus itu adalah menjadi tua. Sebenarnya sokongan daripada para suami, anak dan kawan-kawan adalah penting juga.
Ada antara wanita ini rasa risau terhadap penerimaan suami apabila mereka telah menopaus. Mereka risau suami akan mencari wanita lain. Jadi kita perlu mendidik wanita dan juga lelaki apa sebenarnya menopaus dan kesannya pada wanita dan kehidupan mendatang.”
5 cara hadapi menopaus ikut saranan doktor
Berikut adalahb saranan Dr. Premitha kepada wanita apabila merasakan diri mula menopaus.
1-Wanita perlu melihat apa yang mereka makan kerana apabila menopaus, berat badan akan naik. Jika makan, mereka perlu makan sikit-sikit. Wanita boleh makan apa sahaja tetapi kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak protein dan sayuran. Jangan makan lebih dari 8.00 malam.
2-Wanita juga perlu minum lebih banyak air kosong. Boleh juga minum teh dan kopi tetapi kurangkan had pengambilannya dalam sehari.
3-Wanita juga perlu ada masa untuk berehat dan masa untuk diri sendiri yang boleh membuatkan diri rasa lebih gembira. Tanamkan dalam fikiran bahawa inilah masa untuk diri sendiri. Tidak ada orang lain boleh menganggu masa untuk diri sendiri ini.
4-Wanita juga perlu bersenam. Tidak perlulah mendaftar di gim untuk melakukan senaman kerana bila pergi ke gim sudah pasti anda dapat mengurangkan berat badan. Tetapi sebaik anda tidak pergi ke gim, berat itu akan mula naik. Lebih baik buat senaman yang boleh anda lakukan secara berterusan seperti berjalan-jalan, menari atau senaman meregang yang mudah. Tanamkan dalam diri agar berjalan 10,000 langkah sehari.
5-Wanita juga boleh mengambil vitamin-vitamin yang diperlukan tubuh. Dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!