Sumber Foto: Instagram Naqiu

Hati Naqiu sebagai bapa kepada anak OKU terguris, sensitif dan emosi ikut kes Bella. Isu berkaitan remaja sindrom down bernama Bella terhadap kes penderaan yang dialaminya terus hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini.

Naqiu selebriti yang juga bapa kepada lima cahaya mata iaitu Wan Ratna Putri, 10, Wan Daniel Iman, 9, Wan Alexander Putra, 8, Wan Esyana Alicia, 7, dan Wan Danish Aydin, 4 akui dirinya begitu sensitif dan beremosi  apabila mengikuti perkembangan kes Bella.

Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris

Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella

Naqiu bapa kepada seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU) juga terkesan dengan apa yang menimpa Bella yang menjadi mangsa dera sehingga mengalami kecederaan serius.

Mempunyai seorang anak istimewa iatu cahaya mata keempatnya, Wan Alexander Putra yang dilahirkan dengan autism membuatkan Naqiu beremosi memikirkan apa yang berlaku kepada Bella.

“Dia autisme dan selalu tantrum sehingga tahap susah nak kawal. Mengamuk tiba-tiba, baling barang, cederakan diri sendiri dan macam-macam lagi. Namun sebagai bapa, saya tak pernah sekali pun mengeluh kerana itu semua dah tertulis.

“Alhamdulillah semua adik-beradik dia dan keluarga saya menerima Alex dengan sangat terbuka hati kerana kita tahu, dia adalah anak syurga yang memberi jaminan laluan mudah ke syurga kalau kami mampu membawa amanah menjaga dia dengan baik.

“Saya sayang Alex lebih daripada yang lain kerana dia tak sempurna. Setiap hari saya berfikir apa nasib Alex nanti bila saya tak ada nanti. Itulah yang selalu saya fikirkan,” luahnya tentang anaknya yang bernama Alex.

Menangis Tengok Video

“Dua tiga hari ini, hati dan fikiran saya makin terganggu sampai susah lelap mata sebab terlalu memikirkan tentang sorang lagi ‘anak syurga’, adik Bella yang menjadi mangsa dera teramat dasyat dan tidak terbela nasibnya.

“Allahuakbar sampai menangis tengok semua video dan gambar adik Bella. Sakitnya ‘anak syurga’ ini didera sebegitu, dasyatnya derita yang dia tanggung.

Terbayangkan Kalau Anak Sendiri Jika Diperlakukan Begitu

Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella

Ads

“Saya terbayangkan kalau anak saya yang diperlakukan macam itu. Kalaulah Alex yang kena curah air panas, kena makan tahi, ayam busuk, nasi dengan cuka, kena sebat, pijak dan macam-macam lagi selama berbulan-bulan lamanya.

“Allahhhh.. Manalah pergi hati perasaan si pelaku, takkan tak sekelumit ada rasa kesian pada budak itu. Kita orang Islam, jauh mana kita tersasar pun, asas itu tetap ada. Tapi mana pergi asas si pelaku.

“Saya sebagai ayah kepada anak OKU seperti adik Bella sangat sensitif dan beremosi apabila mengikuti perkembangan kes ini.

Sama-Sama Berjuang #JusticeForBella

Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella

“Tak tahu nak cakap dan bantu macam mana. Mungkin dengan perkongsian ini dapat membuka mata pengikut saya untuk sama-sama berjuang #JusticeForBella. Itu saja saya mampu.

“Kita lawan fight habis-habisan untuk pastikan si pelaku dikenakan hukuman setimpal. Jangan ada ‘tangan ghaib’ yang menidakkan keadilan untuk adik Bella.

“Harap satu hari nanti saya boleh jumpa adik Bella dan peluk dia kuat-kuat. Moga dia lupa mengenai semua kesengsaraan dan kesakitan yang pernah dia tanggung,” katanya menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagram.

Ads

Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella

“Semoga Adik Bella Mendapat Pembelaan” Netizen

Sememangnya ramak yang sayangkan adik Bella dan bersetuju dengan pandan Naqiu. Menerusi ruangan komen netizen turut mendoakan kesejahteraan kesihatan Bella dan menyokong tanda pagar #justiceforbella.

Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naqiu Mohd (@thisisnaqiu)

Baca Sini Lagi : ‘Percayalah Allah Akan Hantar Ramai TenteraNya Bantu Bella’ – Azza Elite

Ketika Diri Disahkan Anxiety, Anak Sulungnya Autisme, Ibu Pula Bipolar Disorder

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naqiu Mohd (@thisisnaqiu)

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naqiu Mohd (@thisisnaqiu)

 Mingguan Wanita : Setuju dengan Naqiu kita lawan fight habis-habisan untuk pastikan si pelaku dikenakan hukuman setimpal.

Sumber Foto: Instagram Naqiu

Kisah Ramadan Alif Satar

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Isteri sayangilah suami…

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI