Sumber / Sumber Foto : Instagram Elvina Mohamad

Hati ibu mana tidak sedih, Elvina rasa ‘down’ keguguran. Sememangnya hati seorang ibu begitu sedih dan duka apabila mengetahui bayi yang sedang dikandung jantungnya terhenti.

Walaupun kesedihan namun pelakon, Datin Elvina Mohamad menganggap tiada rezeki untuk dirinya dan suami menimang cahaya mata kedua.

Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran “Degupan Jantung Baby Terhenti Seminggu Sebelum Raya”Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran “Degupan Jantung Baby Terhenti Seminggu Sebelum Raya”

Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran

Elvina dan suami Datuk Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3 tahun.

Menerusi petikan dari Mstar, Elvina memberitahu dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hair ini (Selasa),” luahnya.

Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran “Degupan Jantung Baby Terhenti Seminggu Sebelum Raya”

Ads

Anggap Tiada Rezeki 

Walaupun lahirkan perasaan sedih dan duka namun Elvina dan suami akur dengan takdir Ilahi dan menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa ‘down’ sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.

“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” kongsi Elvina.

Baca Di Sini : #HakakCuba Challenge: Emma & Elvina Teka Apa Dalam Tin Biskut?

Ads

Ceritera 4 Beradik Melvin Dari Layar Seni Ke Dunia Bisnes

 Elvina bersama suami tersayang sewaktu hari raya pertama.

 

 Mingguan Wanita: 

Sumber : Mstar

Ads

Sumber Foto : Instagram Elvina Mohamad

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Betul ke wanita bekerja kerana bimbang bebankan suami?

Pulang berhari raya tapi tidur di hotel jangan sampai ada yang berkecil hati ya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI