Hati-hati hiking & mandi di air terjun, limpahan air Gunung Stong menakutkan lepas hujan. Mendaki bukit mahu pun gunung adalah aktiviti yang menyeronokkan. Bebas dengan alam dan bertemu dengan kenalan lain adalah satu unsur riadah yang tidak memerlukan wang yang banyak sebaliknya hanya stamina diperlukan.

Dan pastinya di musim cuti sekolah ini, gunung-gunung menjadi pilihan selain beriadah di air terjun sedia ada berdekatan tempat tinggal mahu pun bercuti di kawasan popular.

Ramai ibu bapa akan membawa anak-anak berkelah sama ada di pantai mahupun air terjun untuk mengisi masa cuti. Namun kala ini cuaca sedikit tidak menentu kerana berlakunya perubahan monsun hingga mengakibatkan ada kawasan dinaiki air.

Semalam, sekali lagi Kampung Iboi, Baling Kedah dinaiki air selang sebulan lebih kepala air berlaku dari gunung Inas hingga menenggelamkan kawasan terbabit hingga mengakibatkan dua beranak meninggal dalam keadaan berpelukan. Alhamdulillah, kali ini tiada nyawa terkorban cuma penduduk kampung terputus hubungan dan tinggal di penempatan sekolah yang disediakan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT Lokasi Pelancongan Cantik Di Dunia Musnah Dalam Banjir Besar

BANJIR BALING: Ajal Bersama, Jasad Menantu Hamil & Mak Mentua Ditemui Berpelukan!

Terduduk! Bila DiBeritahu Rumah Sudah DiHanyut Banjir.” Dunia Terasa Gelap Seketika

Ads

Memandangkan cuaca tidak menentu kala ini, satu perkongsian dari Tik Tok @padi mizie berkongsi situasi air terjun Gunung Stong selepas hujan dan jelas ianya sangat menakutkan. Kelihatan limpahan besar dari air terjun tersebut berbanding keadaan biasa sebelumnya yang amat indah.

@padimizi_officiall234 Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan nya. #tiktok_kelate #orangkampung #hadirsupport #fypシ ♬ bunyi asal 🇲🇾 – Fazli Samsudin

Untuk info, Gunung Stong ini terletak terletak di daerah Dabong dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan, namun lokasinya sebenarnya amat hampir dengan bandar Gua Musang.

Dengan ketinggian 1,422 meter (4,664 kaki), Hutan Simpan Gunung Stong ini berhampiran dengan Air Terjun Jelawang dan menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana pendakiannya sangat mencabar.

Ads

Namun kalau sudah sampai di atas, pemandangannya Subhanallah sangat cantik sekali. Dan pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang mandi di air terjun berdekatan. Apa pun kalau bercuti di lokasi-lokasi begini atau berniat untuk keluar hiking, sila teliti keadaan cuaca untuk mengelak berlakunya tragedi lain.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JEANS KOYAK JANGAN DIBUANG, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA KAMI

Hati-Hati Hiking & Mandi Di Air Terjun, Limpahan Air Gunung Stong Menakutkan Lepas HujanKlik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Ads

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI