Hati-Hati Dengan WhatsApp, Tersalah SEND rahsia Boleh Terbongkar!

Hati-hati. Teknologi ada banyak buruknya juga ye! Kecuaian bila menggunakannya akan membuatkan anda menyesal sepanjang hayat, juga menanggung malu yang tidak terhingga. Kadang ia menjadi penyebab pada keretakan rumah tangga yang terbina dengan penuh bahagia sekian lama.

Hati-Hati, Padah Silap Hantar

Kecuaian apakah yang dimaksudkan itu? Ia adalah mesej WhatsApp yang tersalah hantar. Dalam asyik melayan seseorang, terkadang oleh terlalu hendak cepat, terus tekan SEND, rupa-rupanya ia pergi kepada grup WhatsApp yang mana seluruh orang dalam grup itu boleh membacanya. Bayangkan kalau mesej itu berbunyi;

Man memang masih sayang dengan Wawa. Kita terpisah sejak remaja, tidak bermakna Man sudah melupakan Wawa, setiap saat Man teringatkan Wawa. Man harap Wawa juga masih demikian pada Man. Walaupun kita masing-masing sudah berkahwin, tidak bermakna kita tidak boleh menjalin semula hubungan silam kita.

Bayangkan mesej serupa ini tular dalam grup yang sama-sama disertai oleh suami dan isteri serta kawan-kawan seluruhnya. Bukankah ia bahana?

Membiaknya Hubungan Terlarang

Realitinya, kehadiran teknologi WhatsApp ini telah menjadikan hubungan terlarang membiak dengan pantas lagi meluas. Berani saya mengatakan, dalam setiap grup WhatsApp pasti ada sekurang-kurangnya satu hubungan terlarang, kecuali grup itu adalah sesama ahli keluarga, selebihnya pasti akan membangkitkan nostalgia, seterusnya babak-babak cinta apabila masing-masing mula wasap peribadi.

Ia mungkin bermula daripada perkataan “Assalamualaikum.” Apabila salam ini dijawab, ayat seterusnya mungkin “Apa khabar?” Jika dijawab akan membukalah lembaran baru pada cinta lama. Mula-mula whatsApp itu kelihatan jujur; bertanyakan berapa orang anak, tinggal di mana, ibu bapa masih adakah, bekerja di mana dan sebagainya.

IKLAN

Tetapi apabila hari-hari WhatsApp kedua-duanya akan kehabisan modal, mulalah bertanya soalan peribadi dan sedikit demi sedikit menusukkan jarum perasaan. Jika berbalas isi-isi mesej menjadi semakin berani, daripada “You dah makan ke?” menjadi “Apa kata satu hari kita makan sama?

Hati-Hati Dengan WhatsApp, Tersalah SEND rahsia Boleh Terbongkar!Artikel menarik lain di sini:

Jangan Bergurau Dan Main-Main Dengan Talak, Suami Isteri Hadam Betul-Betul!

Suami Isteri Kena Jadikan Teladan Cara Rasulullah Ketika Bergaduh Dengan Isteri

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Hati-Hati, Boleh Timbul Ketagih

Teknologi WhatsApp ini memang ‘gila’, setelah seseorang itu ketagihan dia akan whatsApp bermula sebaik sahaja bangun tidur awal pagi, hingga lewat malam. Biasanya jika hubungan kian menjadi, ayat-ayat penyudah sebelum tidur sangat daring, misalnya, “Selamat malam sayang, missed you. Moga you mimpi jumpa I,” kemudian diiringi emoji kenyit mata malah ciuman.

Dalam beberapa grup WhatsApp yang saya ditarik masuk, perihal tersalah hantar ini memang kerap berlaku. Sesetengahnya membuatkan kita tersenyum sambil membayangkan betapa gelabahnya dua insan terbabit hendak membetulkan keadaan. Sama ada salah seorang exit atau kedua-dua senyap beberapa hari ataupun cuba mempertahankan diri, misalnya, “Hai kawan-kawan, harap tidak salah sangka ye. Itu mesej saya untuk isteri saya. Maaf saya tersalah send.

IKLAN

Fokus Tujuan Asal

Keadaan yang sungguh memalukan juga amat berbahaya ini mestilah dielakkan. Pertama, jujurlah dalam membentuk grup wasap, bukankah niat asalnya untuk menghimpunkan kawan-kawan lama supaya silaturrahim dapat dibentuk kembali. Usah jadikan ini peluang untuk menjalin hubungan terlarang sesama ahli grup yang kini sudahpun bergelar isteri orang atau suami orang. Sejarah lama tidak usah diulang kecuali sememangnya suasana membenarkan, misalnya seorang duda, seorang lagi sudah pun janda.

Kedua, grup whatsApp adalah wadahnya untuk berkongsi ilmu juga maklumat. Ia satu teknologi yang sangat berkesan untuk menyalurkan berita terkini dengan cepat. Sesuai dengan kehidupan masa kini, WhatsApp adalah jawapan kepada kepantasan teknologi massa. Sentiasa ingat matlamat ini tatkala sudah tersasar hingga menjadi medan pencetus hubungan terlarang ‘orang lama’.

Ketiga, perhati dahulu kepada siapa sesuatu mesej itu akan pergi sebelum tekan SEND, dalam kata lain siapakah penerimanya, siapakah yang akan membacanya. Tersalah hantar hingga menjadikan rumah tangga porak peranda adalah kesalahan yang sangat bodoh.

Begitupun, tatkala membaca mesej-mesej yang sepatutnya personal itu, saya berkata dalam hati, bagus jugalah mereka ni kantoi, sekurang-kurangnya di sinilah titik mulanya mereka akan berhenti. Jika selamat sepanjang masa boleh jadi semakin melalut-lalut jadinya. Daripada hubungan luar biasa bertukar menjadi pertemuan sulit pula hingga akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diketahui siapa bapanya.

Artikel: HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI