Selepas menonton MW TALKSHOW sebentar tadi penulis rasa sangat takut degan penipuan scammer. Ada yang menjadi mangsa penipuan dalam talian dan tidak kurang juga yang terlibat dengan ‘love scam’.
Cerdik tapi ditipu scammer itulah yang menjadi topik hangat perbualan. Malah pengacara hebat hari ini, Elizad dan Sherry juga berpesan agar berhati-hati dengan penipuan scammer yang cukup berleluasa.
Bukan itu saja malah panel jemputan iaitu Datuk Seri Akhbar Satar dan Shabana Naseer Ahmad juga turut memberi pesanan dan banyak input berguna yang dikongsikan bersama penonton.
Perkongsian daripada salah seorang mangsa penipuan scammer, Encik Mohd Zaid juga telah mendedahkan dia kehilangan RM5000 dalam sekelip mata.
“Saya mendapat panggilan yang mengatakan dia merupakan seorang Polis dari IPD Putrajaya dimana saya terlibat dengan kes langgar lari di Pulau Pinang. Kemudian saya disambung ke IPD Pulau Pinang. Apanbila disambung saya dikatakan terlibat dengan kes penyeludupan wang dan dadah. Memandangkan saya rasa panik dan sebelum ini pernah hilang dompet jadi saya mengikut saja apa yang dikehendaki oleh orang tersebut.
“Orang itu menyuruh saya membayar sebanyak RM5000 untuk selesaikan kes. Dan memberi amaran agar saya tidak bercerita dengan sesiapa tentang panggilan tersebut. Saya berhubung dengan orang tersebut sehingga saya selesai pindahkan wang tersebut ke akaun yang disuruh.
“Disebabkan rasa panik saya call adik saya dan dia seperti syak sesuatu. Adik beritahu agar saya ke balai polis. Saya cuma tersedar terjerat dengan scammer selepas buat report polis. Dan orang yang menghubungi saya sebenarnya tidak wujud di balai berkenaan,” jelas Mohd Zaid.
Jadi kepada anda yang mahu tahu cara bagaimana anda terlibat dengan scammer rajinkan diri tengok Mingguan Wanita Talkshow, eposisod ulangan pada jam 5 petang ini di ASTRO PRIMA 105 dan PRIMA HD 121.
#mingguanWanitaTV
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI