Hati-hati bermanis-manis dengan pasangan, jangan sweet sangat takut nanti semut datang mengganggu. Tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain.
Nama juga manusia, rambut sama hitam, hatinya lain-lain. Mungkin segelintir juga tumpang rasa bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Tak kurang juga merasa dengki dan turut ingin bersama merasai kebahagiaan itu.
Hati-Hati Bermanis-Manis Dengan Pasangan
Jadi berhati-hatilah iya. Ikuti perkongsian Azizul Zairi dan hadam baik-baik ya:
Hati-hati bermanis-manis dengan pasangan.
Haritu ada terbaca komen, jangan sweet sangat dengan pasangan takut nanti semut datang. Agaknya ini yang dimaksudkan.
Ads
Jangan Sweet Sangat!
Pertamanya saya kenal beliau sebagai bekas kenalan tempat kerja lama, jadi saya kira mungkin beliau pm (private messages) untuk jemputan kahwin atau sebagainya hal yang mustahak. Jadi saya reply lah cara baik.
Keduanya waktu pm saya sedang kerja dan tak pula terfikir panjang cara terbaik untuk mengakhiri conversation jadi ingatkan dengan beri nombor telefon isteri nanti beliau akan ‘faham2’ sendiri lah.
Lagi pula, kalau ditolak mentah-mentah khuatir juga nanti jadi dendam. Tapi last tu memang sudah block teruslah.
Ads
Tapi insyallah kalau kita terangkan baik-baik dia faham. Cuma risau isteri saya berkecil hati jadinya balik kerja semalam saya terus tanya, ada ke dihubungi perempuan nama sekian-sekian, isteri saya cakap tak ada. Mujurlah juga.
Surah al-Furqan, ayat 74: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
Mingguan Wanita : Langkah terbaik adalah jauhkan diri seperti mana yang telah dilakukan oleh penulis. Jangan mengundang masalah dalam rumah tangga, sebaiknya hindarkan diri sedari awal.
Suami yang baik, tidak akan jadikan kekurangan isteri sebagai alasan untuk berlaku curang. Sebaliknya lelaki jenis ini banyak bersyukur dan menghargai isteri yang setia di sisi.
Kadang-kadang ada sesetengah suami sengaja mencipta alasan untuk berlaku curang kerana ada juga isteri yang cantik dan baik dicurangi.
Suami Yang Baik
Kongsi Azlan Noor, bagi saya, suami yang memang jenis baik, dia akan tetap kekal baik walaupun isterinya tak pandai jaga badan, malas exercise, kuat makan dan gemuk.
Dia tak kisahkan semua itu sebab dia tahu dia baik bukan sebab isteri dia. Walau macam mana sekalipun keadaan isteri dia, dia terima dan dia syukur adanya isteri disisi. Dia tak jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berlaku curang.
Tidak Akan Jadikan Kekurangan Isteri
Contoh lelaki baik pun ramai yang kita boleh tengok.
Dan kalau memang jenis yang jahat,
Dia akan tetap buat perkara jahat depan atau belakang isteri walaupun isterinya tu cantik jelita, kulit putih gebu, jaga akhlak, menjaga aurat, lemah lembut bicara, paling taat pada suami, tak pernah tolak permintaan suami dan ibu yang baik kepada anak-anak.
Malahan, dia tetap dengan sifat jahatnya sebab dia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dia sudah jauh tenggelam dalam belitan nafsu serakah dia.
Sebagai Alasan Untuk Curang
Segala yang baik isteri buat, tak pernah pun nak jentik hatinya untuk berubah dan hargai pengorbanan isteri yang terima sifat dan perangai buruknya itu.
Contoh lelaki jahat pun ramai yang kita pernah lihat kan.
Suami yang baik ni, berbeza dengan suami yang jahat,
Dia tak perlukan sebab untuk mencintai.
Malah, dia tak perlukan sebab untuk menyayangi
Dia tak perlukan sebab untuk jujur.
Juga dia tak perlukan sebab untuk setia.
Kerana ketahuilah,
Kasih sejati tak perlukan sebab.
Yang diperlukan hanya sekeping hati.
Hati yang menghargai.
Isteri pasti akan bertambah sayang bila suami sering hargai mereka dengan membeli hadiah, tidak kira hadiah kecilatau besar nilainya. Keikhlasan seorang suami menghargai isteri yang membuatkan wanitacair. Percayalah!
Mingguan Wanita : Sebenarnya curang itu adalah pilihan. Tidak kiralah isteri banyak kelebihan atau kekurangan, jika seorang suami memilih untuk curang, dia tetap akan curang biarpun dihalang.
Dalam perkahwinan, nak rumah tangga sentiasa bahagia dan rezeki lekat, baik isteri atau suami kena sama-sama jaga.
Isteri jangan harapkan pasangan menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan membahagiakan, jika isteri tidak pula melakukan perkara sama. Tak kisah menjaga makan pakai suami dan anak-anak, uruskan rumah dan sebagainya.
Begitu juga suami, tak boleh mengharapkan isteri seorang diri melakukan semua itu. Sepatutnya, kenalah sama-sama supaya rezeki lekat dan secara tak langgung Allah jaga rezeki suami isteri dalam rumahtangga.
Orang cakap, suami jangan berkira dengan isteri, barulah rezeki lekat. Tapi, isteri pun kena main peranan juga dalam mendapat redha suami. Tak bolehlah mengharapkan hanya satu pihak saja.
Dalam rumahtangga, baik suami atau isteri kena tahu peranan. Inilah yang dikongsikan oleh Noor Fathin Azlan, moga memberi manfaat untuk semua.
Kejayaan seorang isteri datang dari redha seorang suami. Dulu aku pernah buat beberapa perkara yang tidak mendapat redha suami dan apa yang aku buat ada saja halangan.
Kalau menjadi sekali pun, kejayaan tak bertahan lama, tiba-tiba punah.
Kemudian aku muhasabah diri kenapa aku tidak mendapat redha suami. Kalau aku jadi dia, jadi suami pun aku takkan redha (dibaca: tak gembira) bila tiba-tiba isteri mula kurang beri perhatian.
Semua benda nak “Iya kejap awak, saya tengah reply whatsapp pelanggan ni”. “Kejap awak, kejap awak, saya tengah nak close sale ni, sikit lagi, sikit lagi”
Ish kalau aku pun marah bila isteri utamakan orang lain dari suami sendiri. Bukan tak boleh bertolak ansur, tapi kalau setiap kali diseru, setiap kali itu juga asyik nak sekejap-sekejap sape tak angin kan?
Paling Atas
Bermula dari itulah, aku meletakkan suami yang paling teratas selepas Allah. Sesibuk macam mana pun aku cuba untuk jadi pendengar dia yang setia sebab dia suka bercerita. Apa saja yang dia buat setiap hari, siapa dia berjumpa, dia suka ceritakan kembali pada aku.
Walaupun kadang-kadang aku rasa kisah tu dia dah cerita lebih dari 10 kali, aku tetap kena buat seolah-olah yang aku masih berminat untuk dengar.
“Saya pernah cerita tak pasal ni dekat awak?”, dan aku kena jawab, “Tak pernah cerita lagi awak, eh cerita lah”, walaupun aku tahu endingnya kawan dia jatuh motor.
Itulah usaha keras yang aku perlu buat supaya dia tidak terasa ‘kehilangan’ isteri tercinta dengan kesibukan kerja. Makanya aku kena pandai bahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya. Layanan dan perhatian pada suami tidak boleh kurang.
Redha Suami
Orang selalu kata, suami yang tidak berkira dengan isteri, rezeki si suami akan digandakan. Begitu juga dengan isteri, isteri jaga hati suami, dapat menenangkan hati suami ketika merasa gelisah, Allah jaga rezeki kita.
Ingatlah kejayaan isteri adalah atas redha dan restu suaminya. Isteri yang dapat membawa rezeki dalam perkahwinan adalah wanita yang sentiasa meminta redha suami ke atasnya.
MW: Baik suami atau isteri kena faham. Rezeki dalam perkahwinan ini kerana suami isteri saling membahagiakan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bila dah menjadi suami isteri adalah penting menyimpan rahsia dan mengambil tahu dokumen penting yang pasangan kita miliki. Lebih-lebih lagi pesanan buat para isteri, kena ambil peduli perkara seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini secara tiba-tiba contohnya suami meninggal dunia akibat kemalangan. Jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan segala urusan nanti. Perlu ingat, kita masih ada tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan selepas berlakunya kematian suami.
Saya nak kongsi cerita ex client rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.Hari ni wife pada ex client saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (exclient) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.
Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
Tak Tahu Kod Pin Arwah Suami
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abang arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
Berhenti Bayar Takaful
Pahit untuk diterima, saya terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan saya masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Saya ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi saya blue tick aja.
Seperti yang saya jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap
“Kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…
“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”
Saya betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.
7 Pesanan Penting
Saya nak pesan kat korang
1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.
2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.
3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.
5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.
7. Para isteri perlu bersedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.
Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terutamanya buat golongan wanita dan para isteri, bersiap sedialah dengan perkara-perkara sebegini.Ambil tahu dokumen penting suami dan belajarlah berdikari. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak rebah mengharapkan ihsan dan simpati orang lain.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.