Harga rumah yang saban tahun meningkat, menyebabkan ada pasangan suami isteri yang membuat keputusan untuk membuat pinjaman bersama atau ‘joint loan’. Bukan apa dengan pinjaman bersama bolehlah beli rumah yang agak besar sedikit dan lebih mahal berbanding pinjaman sendirian.
Ia tak salah dan memang boleh sebenarnya suami isteri membuat pinjaman bersama demi merealisasikan impian memiliki rumah idaman. Namun hati-hati dan berfikir panjang terlebih dahulu iya. Pesanan buat isteri, bila beli rumah secara pinjaman bersama dan atas dua nama, bila suami meninggal 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian Mohd Kauthar Rozmal, Editor The Outlook Asia ini berkaitan joint loan sebagai rujukan.
Beli rumah joint loan dengan suami, bagus atau tidak?
Biasa orang akan joint loan sebab nak kukuhkan profile kewangan. Boleh beli rumah besar sikit.Kalau gaji suami saje 3k, mungkin layak rumah 300k, tapi bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k
Jika beli dua nama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SnP/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama
Okay apa akan jadi jika si suami meninggal?
Contoh rumah 500k, rumah terbahagi pada 2.
Ads
50% – 300k suami punya
50% – 300k isteri punya
Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful.
50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa.Katakan bayaran bulanan RM2000, maka si isteri perlu bayar RM1000 sehingga tamat tempoh.
Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid. Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.
Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata.
Ads
Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang orang mampu.
Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.
Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?
Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.
Adakah sistem faraid salah? Tidak, orang yang salah.
Ads
Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan.Bukannya dapat harta free pastu blah tinggalkan si balu terkapai.
Apa yang kita perlu buat?
1. Tahu siapa waris isteri/suami kita.
2. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan
3. Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan panduan buat suami isteri. Fikir panjang dan lebih berhati-hati jika ingin buat pinjaman bersama, pastikan buat hibah dan ambil takaful untuk masa hadapan.
Bahagia hati isteri apabila sentiasa disayangi suami. Malah, dalam doa harian pun isteri jaranglah terlupa nak selit minta doa agar suami sayang lebih padanya.
Dalam tak sedar rupanya, ada doa lebih mustajab untuk dipohon dan jika dipraktikkan selalu suami akan jadi tak sampai hati pada isteri untuk menyayangi isterinya itu.
Jangan Doa Minta Suami Sayang Kita..
Masa pegi kelas penjagaan ibu lepas bersalin haritu, Pn Mazni ada share satu doa. Mungkin selama ni tiap hari kita doa minta suami sayang kita.
Perasaan sayang tu general. Dia sayang mak ayah dia, anak-anak, adik-beradik dia, pak cik mak cik dia, sepupu rapat dari kecik main sama-sama. Semua dia sayang.
Boleh jadi sapa-sapa yang dia jumpa nanti dia akan sayang dalam masa yang sama dia memang sayangkan kita.
Ubah Cara Isteri Berdoa
Jadi Pn Mazni tu ajar untuk ubah cara berdoa. Doa ni dia dapat masa dengar ceramah dari sorang ustaz.
“Ya Allah, kau semaikanlah rasa kesian dihati suamiku terhadapku.”
Kesannya insyaAllah, bila suami nak buat sesuatu yang tak elok dia akan rasa kesian dan tak sampai hati sebab teringat susah payah dan pengorbanan si isteri.
Nampak isteri penat uruskan kerja rumah, suami akan rasa kesian dekat isteri. Automatik dia rasa ringan tulang nak tolong kemas rumah sama-sama.
Ini Yang Dialami Lepas Praktikkan Doa..
Malam tu juga aku terus praktikkan doa baru tu. Esoknya hari jadi aku. Konsep kita org memang jenis tak bagi hadiah bila birthday ke anniversary ke. Memasing dah faham dan takde terasa apa-apa sebab dah biasa.
Esok pagi tu Zarol suruh siap-siap nak pegi mall. Sebelum ni tiap kali nak pegi mall memang aku je yang usulkan tak pernah dia yang offer dulu.
Eh buat apa pegi sana (buat-buat tak faham tapi macam dapat detect)
“Awak tak nak apa-apa ke. Handbag ke kasut ke.”
Uiii biar betul. Takkan doa semalam dah makbul. Cepatnya! Alhamdulillah dapat sebijik handbag. Last dia bagi masa hantaran 5 tahun lepas.
MW : Semoga kasih sayang suami isteri dalam rumah tangga terus kekal hingga ke jannah.
Zaman bercinta mahupun baru berkahwin, biasanya semuanya indah-indah belaka, orang kata ‘kentut pun bau wangi’. Bila dah bertahun-tahun berkahwin kita semakin kenal pasangan, barulah nampak ‘rupa sebenar’. Yang dulunya manis-manis kini mungkin jadi kelat dan pahit. Lebih parah bila lihat lebih banyak keburukan yang pasangan ada berbanding kebaikan yang di pernah lakukan.
Jika dalam situasi ini, titipan pesanan dan nasihat oleh Imam Muda Asyraf ini boleh dijadikan panduan;
Selepas arahan agar ‘Bergaul baiklah bersama pasangan kamu’, Allah menyambung dengan mesej selepasnya agar kembali mengenang dan berfikir dengan lebih mendalam bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga seperti tercatat di Surah An-Nisa ayat 19 :
“Jika kamu tidak menyukai mereka maka boleh jadi kamu membenci sesuatu (beberapa perkara tentang pasangan) padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.”
Lupakan Keburukan & Fokus Kebaikan Pasangan
Ayat ini memberi gambaran, apabila kita sudah lama berumahtangga pasti sesama pasangan akan terbuka keaiban, sifat-sifat jelik serta kekurangan. Maka ketika itu Allah menyuruh kita melupakan kejelekan pasangan dan fokuskan kepada apa yang baik pada pasangan.
Selari dengan apa yang disebut di dalam Sahih Muslim :
عن أبى هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِىَ مِنْهَا آخَرَ “
Maksudnya : Dari Abu Hurairah Rasulullah saw. bersabda : Seorang suami mukmin tidak boleh membenci isteri mukminah, sebab apabila dia membenci satu akhlak dari isterinya tersebut maka dia pasti redha dengan akhlaknya yang lain (HR. Muslim).
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan kita untuk bersikap positif dan tidak hanya melihat kekurangan orang lain saja. Tetapi juga kelebihannya.
MW: Semoga pesanan ini bermanfaat buat pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga. Banyakkan bertolak ansur dan memaafkan pasangan, lupakanlah keburukan dan kesilapannya. Lihatlah kebaikan yang pasangan telah berikan dan terimalah sikap buruk yang dia ada selagi tidak bertentangan dengan syariat. Barulah rumahtangga aman harmoni dan saling meredhai.
Ada sesetengah mak merasakan dirinya berkuasa. Segala arahan dan kata-kata, anak kena taat dan ikut. Kena sedar, syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu
Itulah yang selalu ditekankan oleh sesiapa saja terutamanya anak untuk taat dan tidak derhaka kepada mak. Tapi, bagaimana cara mak pula dalam mendidik dan menjaga anak untuk sentiasa mendengar kata.
Kadang-kadang mak gunakan kuasa dirinya untuk anak taat dan ikut apa yang dia ingin dan mahukan. Tanpa sedar, ia boleh memberi kesan pada anak-anak. Mereka tidak akan kecil selamanya.
Tiba masa, mereka membesar dan masanya untuk menjaga kita yang semakin berumur. Jangan sesekali mak gunakan perkataan derhaka itu untuk membuatkan anak taat. Silap cara dan esok-esok kita akan dipersoalkan nanti.
Kata-kata seorang mak inilah turut memberi kesan kepada anak dari segi emosi dan fizikal bila dewasa kela. Inilah yang ditulis oleh Izyan Izdihar Shaarani dalam perkongsiannya. Moga kita mak-mak tidak gunakan ‘kuasa’ itu untuk takutkan anak yang boleh mencalar emosi mereka bila dewasa kelak.
Baru kau tahu bukan semua orang bertuah dapat mak yang baik macam mak kita.
Sebab ada yang bercerai sebab mak/mak mentua. Ada yang dapat mak style maki hamun setiap masa.
Tak kurang juga ada yang cucu asyik kena maki dengan nenek sendiri. Apa cucu buat semua tak kena. Ada yang dapat mak/mentua asyik peras harta anak menantu je. Pantang anak ada duit sikit, semua dia minta. Jenis dengki dengan anak menantu sendiri pun ada.
Lepas tu, Bila ada isu, kita yang memang bertuah dapat mak baik-baik ni, sedap saja komen,
“Walau apa pun, kita tetap anak, maafkan ajelah dia, kita tetap kena taat dan sayang mak/mentua kita”
Pada saya, walau apa pun pendapat kita, tapi selagi bukan kita yang kena, kita tak tahu kadang betapa besarnya kesan perbuatan seorang ibu/mentua itu terhadap kehidupan, fikiran, mental dan emosi anak/menantu/cucu dia.
Masalah Dengan Mak Ayah Sukar Diselesaikan
Antara masalah paling susah nak diselesaikan adalah masalah dengan ibu bapa. Sebab ia tak macam masalah lain yang sentiasa ada jalan penamat. Masalah dengan bos, kita boleh berhenti kerja. Bila masalah dengan kawan, kita block tinggalkan je dia. Masalah dengan pasangan, kita boleh bercerai. Tapi, masalah dengan ibu bapa? Kita kena hadap sampai kita/ibu bapa kita mati.
Jadi, kita diam, dan dengar ajelah.
Ada yang dapat depresi hasil daripada penderaan mental ibu sendiri. Tak kurang juga ada yang memang diabaikan sejak lahir lagi. Ada yang dibesarkan dengan dadah oleh ibu sendiri. Malah, ada yang dilacurkan oleh ibu sendiri. Ada yang memang dipilih kasih oleh ibu sendiri. Dan ada yang difitnah ibu/mentua sendiri. Ada yang dilaga-lagakan sesama adik beradik oleh ibu sendiri. Serta ada yang sentiasa dibebankan dengan permintaan tak masuk akal oleh ibu ayah sendiri.
Tiba tiba, kita, orang luar, yang tak pernah tahu liku hidup orang, sedap sedap berkata “walau apa pun, itu ibu kau, maafkan ajelah, kau kena taat!”
Taat dan derhaka ini hanya Allah sahajalah yang berhak menilainya. Anak yang dah buat sehabis taat pun, kalau dapat jenis mak ayah yang suka complicated kan semua benda pun, boleh digelar derhaka juga akhirnya ikut definisi sendiri yang mak ayah dia cipta.
Sebab itu, lepaskan sahajalah pada Allah untuk menilainya. Sebab segala perbuatan khidmat bakti dan ketaatan kita hanya Allah sahajalah yang merekod dan menghitungnya tanpa lupa.
Kita ni pun, esok lusa jadi tua.
Hari ini ye lah, anak anak bergantung dengan kita. Duit minta kita. Sakit minta tolong kita. Semua minta kita.
Tapi ingat,
Esok lusa mereka ini besar, dah tak perlukan apa apa dari kita.
Kita abaikan hak fizikal, emosi dan mental mereka hari ini, jangan fikir mereka akan selamanya kecil untuk sentiasa menerima apa yang kita buat dekat mereka.
Cukup masa, mereka akan nilai, react, and pay back!
Sebab tu penting fasa menyemai ni.
Jadi ibu ayah ni, ye betul anak kena taat. Anak itu akan disoal Allah tentang ketaatannya.
Betul.
Tapi ingat,
Jadi mak ayah pun Allah soal juga.
Bukan Allah soal anak je.
Mentang mentang kita ni mak, ikut suka kita je nak sumpah apa. Nak suruh apa dan nak halang apa. Kalau masuk akal takpelah juga. Ni just because kita ni mak, nak tunjuk power, mula lah suka bagi arahan tak masuk dek akal-siap pakej main sentimen: Kalau kau tak buat, kau anak derhaka.
Ni bila maki je main nak ugut halal tak halal susu bagai. Alahai. Itu dah memang tanggungjawab kita lah sebagai mak ayah. Beri nafkah pada anak anak semasa dia di bawah tanggungan. Kalau tak bagi, kita berdosa. Tiba tiba nak claim pulak aci halal tak halal pulak.
Rezeki pun Allah yang bagi lah!
Tanggungjawab Kita
Ingat Allah tu suka ke dengan perangai bukan bukan kita walaupun kita ni mak? Ingat mentang mentang jadi mak, terus masuk syurga ke?
Anak anak ada tanggungjawab terhadap kita.
Kita pun ada tanggungjawab terhadap anak anak.
Sebagai mak ayah, kita wajib tunaikan tanggungjawab kita dengan memberi hak fizikal, emosi, dan mental kepada anak anak kita.
Begitu juga anak, kita wajib juga menunaikan hak fizikal, emosi dan mental buat ibu bapa kita.
Dua dua kena buat. Bukan anak je dan bukan mak ayah je. Dua dua.
Mak selalu pesan,
Hidup ni kena sentiasa mudahkan anak anak untuk mentaati kita. Sebab takutnya, anak kita dah cuba taat, tapi kita yang suka susahkan keadaan.
Akhirnya,
Kita semua rugi dunia, rugi akhirat.
Kat dunia tak bahagia dan kat akhirat pun sengsara.
MW: Ada cara nak minta anak taat, bukannaya tunjuk kuasa kita sebagai seorang mak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...