
Ramai yang suka pergi bercuti untuk menambah pengalaman hidup serta melihat negara orang. Baik travel beramai-ramai mahupun memilih kembara bersendirian secara backpackers yang dianggap lebih ringkas! Namun buat wanita yang gemar pergi travel secara bersendirian, diharapkan agar lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan pilihan lokasi negara yang ingin dikunjungi.
Baru-baru ini, seorang wanita Mexico yang berumur 25 tahun, Maria Mathus Tenorio yang memilih kembara secara solo telah mati dirogol dan dibunuh di Costa Rica. Pemuzik dan produser lagu ini pada ketika itu ingin menjelajah dunia untuk menyebarkan muziknya dan telah menjadikan Costa Rica sebagai tempat pertama untuk dijelajahinya.
Namun malangnya, di sini jugalah kisah hidupnya berakhir apabila mayatnya ditemui di pantai selepas satu minggu memulakan pengembaraan itu.
Menteri Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata mayat Maria di jumpai di pantai El Carmen, tempat terkenal di kawasan resort Santa Teresa Del Cabano.
Diserang Di Tepi Pantai
Menurut laporan rasmi, Maria bersama seorang wanita British diserang oleh sorang lelaki yang ingin merompak mereka. Wanita British itu berjaya melepaskan diri dan memanggil pegawai keselamatan.
Bagaimanapun Maria diserang, dirogol dan kemudiannya dibunuh secara kejam oleh perogol itu dengan melemaskannya. Dua orang suspek telah ditangkap, Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.Cerdas disyaki menyerang Maria manakala Mendoza pula disyaki merogolnya.
Jadi buat wanita lain yang gemar melancong atau pergi bercuti secara bersendirian ke luar negara, jadikan kisah ini satu pengajaran dan iktibar. Mohon lebih berhati-hati iya, jaga keselamatan diri dan pilihlah negara yang kurang berisiko dengan kes-kes jenayah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keluar Bilik OT Terus Solat”, Kakak Kongsi Adik 19 Tahun Tenang Kaki Dipotong Paras Peha Terlibat Kemalangan

Keluar bilik OT terus solat, kakak kongsi adik 19 tahun tenang kaki dipotong paras peha terlibat kemalangan. Hidup ini penuh ujian. Ia tanda Allah sayang bahkan tanda keimanan seseorang.
Dilahirkan sempurna namun adakalanya ujian kehidupan memaksa kita redha menerima takdir Allah bahawa suatu hari nanti ada anggota tubuh yang terpaksa dibuang.
Perkongsian seorang kakak Ciknaa @abayasigadis di platform Tik Tok kisah adik bongsunya dari 13 adik beradik, Muhammad Shahrul Nizam Yusof yang kemalangan pada 21 Oktober lalu di mana motosikal ditunggangnya dilanggar semasa memasuki simpang.
Akibat perlanggaran berkenaan, adiknya tercampak jauh ke dalam longkang dipenuhi paras air hingga ke dada dan anggota tubuhnya terendam terutama bahagian kaki.
“Keluar Bilik OT Terus Solat”
Memedihkan insiden ini, pemandu yang melanggarnya tidak membantu pun memanggil ambulan atau berbuat apa-apa sehinggalah seorang hamba Allah datang membantu dan terjun menyelamatkan adiknya dan memanggil ambulan.
Rawatan kecemasan sesampai di hospital mendapati kaki adiknya hancur dan satu pembedahan segera dibuat bagi menyelamatkan nyawanya.
“Kaki adik dipotong di bawah lutut kerana kuman telah merebak di bahagian lukanya,” katanya sambil menambah, kesan kemalangan itu juga mengakibatkan kaki sebelah kirinya patah. Bukan itu saja, tangan kirinya juga patah dan doktor tidak dapat menyelamatkan kaki sebelah kanannya.
“Semalam 7 November, doktor buat keputusan untuk memotong kaki adik hingga paras peha kerana kuman telah merebak teruk,” katanya sambil menambah di sebalik ujian maha berat ini, adiknya Shahrul Nizam kekal tenang dan redha dengan ujian menimpanya.
“Dirinya juga masih mampu tersenyum dan sentiasa membasahkan bibirnya dengan kalimah-kalimah Allah,” katanya yang memohon doa dari semua kesejahteraan buat adiknya itu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Selepas 2 Hari Pembedahan, Doktor Baru Perasan ‘Tersilap’ Potong Kaki Pesakit!
Bantulah! Kesemua Jari Anak Istimewa Ini Terpaksa Dipotong, Selepas Kaki Kanan Masuk Dalam Rim Motor
Kaki Bayi Berusia 4 Hari Terpaksa Dipotong! Gara-Gara Kecuaian Jururawat Disebabkan Perkara Ini
Berdasarkan video beberapa bahagian dikongsi oleh kakaknya, didapati keyakinan adik akan aturan Allah tentang perjalanan takdir hidupnya, remaja berusia 19 tahun ini kekal positif.
@abayasigadis Replying to @nana ♬ original sound – Ciknaa
Jika orang lain mungkin berasakan usia masih muda dan masih banyak yang ingin dilakukan tapi Shahrul kekal tenang walau pembedahan ini adalah kali kempat perlu dilaluinya.
@abayasigadis Replying to @🌹 mawar berduri🦋 🌹 MOHON DOAKAN ADEK SY.. 6/11/2022 UTK PEMBEDAHAN KALI KE 4.. UNTUK PTONG LG SMPAI KE PARAS PEHA😭 rabbi yasir wala tu air🥹 #muhammadshahrulnizam ♬ original sound – Ciknaa
“Semua ini pinjaman dari Allah. Kita hanya pinjaman, kalau Allah dah nak ambil semula, ambillah. Itu Allah punya. Nanti kita di Padang Masyhar, sama je ada kaki, ada tangan balik. Cuma di dunia ini saja berbeza, kata Shahrul yang meminta doa semua orang agar selamat dalam pembedahan ini.
Bahkan beberapa jam sebelum pembedahan adiknya tenang berzikir mengingati Allah dan tak terlihat mukanya risau akan kehilangan anggota yang dianggap berharga bagi sesetengah orang.
Apa yang sangat menarik, walau menyedarinya dirinya akan bergelar orang kelainan upaya apabila sihat kelak, sebelum disorong ke bilik pembedahan, di sebalik ramai memberikan kaya-kata semangat buat pemuda ini, dirinya masih sempat bertakbir kepada Allah dan laungan takbirnya disambut oleh ahli keluarga.
Begitu tinggi keyakinan dirinya dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Dalam pada itu selepas beberapa jam di dalam bilik pembedahan bermula dari jam 5 petang hingga ke 9 malam, selain masih mampu tersenyum dan mengatakan pembedahan berjalan dengan lancar, perkara pertama dilakukan oleh adiknya selepas keluar dari bilik bedah ialah adiknya terus bersolat dan qadho solat Maghrib yang tertinggal sebelum ini.
Kata adiknya yang boleh dijadikan inspirasi buat semua tentang solat ialah “andai kita nak solat guna pergerakan kita masih ada untuk solat.
Ya tiada alasan tidak bersolat walau diuji kerana solat adalah hubungan kita dengan sang Khaliq di mana ia adalah tanda syukur kita terhadap Allah taala.
Dalam pada itu, Cik Na turut mengucapkan syukur di atas semua doa-doa dan semoga doa adiknya diangkat ke langit Allah.
DOKTOR PUN TAK TERLIUR NAK TENGOK AURAT PEREMPUAN BERSALIN. SEMUA DIBUAT UNTUK KESELAMATAN IBU DAN ANAK.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kejar Pendapatan Lumayan, Graduan Universiti Berhenti Kerja Pejabat Nekad Jadi Tukang Cuci!

Isi Kandungan
ToggleKejar Pendapatan Lumayan, Graduan Universiti Berhenti Kerja Pejabat Nekad Jadi Tukang Cuci! Siapa sangka walaupun bekerja sebagai tukang cuci namun tetap boleh menjana pendapatan lumayan, berbanding pekerjaan lain. Meskipun mempunyai pendidikan tinggi, graduan universiti ini nekad berhenti kerja pejabat dan memilih untuk menjadi tukang cuci secara profesional.
Berhenti Kerja Pejabat
Seorang wanita di China tular kerana mampu membeli rumah selepas berhenti bekerja di pejabat, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Liu Xiaoli dari Henan merupakan graduan universiti yang pernah bekerja sebagai pekerja pentadbiran di pejabat. Kerjaya itu bagaimanapun tidak menghasilkan pendapatan lumayan buat dirinya.
Jadi Tukang Cuci
Ibu kepada dua anak itu akhirnya memutuskan untuk menukar pekerjaan sebagai tukang cuci.
“Anak saya mula bersekolah dan ibu bapa saya semakin tua. Saya memerlukan lebih banyak wang.
“Selepas menjadi tukang cuci, saya takut untuk memberitahu ibu bapa saya dan tidak mahu mereka dimalukan,” kata Liu dalam temu bual bersama media tempatan, Ding Duan Xin Wen.
Kewangan Bertambah Baik
Selepas setahun menyembunyikan pekerjaan itu, Liu akhirnya mendedahkan kebenaran kepada ibu bapanya. Mereka ternyata menerima pilihan Liu.
Liu semakin bersemangat apabila mendapat sokongan mereka. Setelah bekerja sebagai tukang cuci profesional selama dua tahun, keadaan kewangannya bertambah baik.
Dia kini berjaya membeli dua rumah dan kereta hasil kerja kerasnya menawarkan khidmat pembersihan dari rumah ke rumah.
Kisah wanita itu menarik perhatian ramai pengguna di media sosial. Video memaparkan aktivitinya membersihkan rumah mendapat lima juta tontonan.
Mesti Baca:Wanita Sanggup Berhenti Kerja, Kejar Impian Bersihkan Rumah Orang Secara PERCUMA Seluruh Dunia!
Baca Lagi Di Sini:Nekad Berhenti Kerja, Demi Kepuasan Bela 52 Kucing Jalanan Termasuk Yang Buta, Lumpuh & Sawan!
Artikel Menarik:“Saya Tak Nak Menyesal…”, Sanggup Berhenti Kerja & Balik Kampung, Jaga Ibu Lumpuh
Mingguan Wanita: Biar apa pun pekerjaan, jika rajin berusaha tidak memilih kerja mampu mendatangkan pulangan yang lumayan. Apatah lagi kerjaya sebagai tukang cuci profesional memang ada permintaan ramai dan mampu mendapat keuntungan.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Ada Hoarding Disorder, Anak Menantu Sepakat Bersihkan Rumah Ketika Orang Tua Buat Umrah

Isi Kandungan
ToggleMak ayah ada hoarding disorder, anak menantu sepakat bersihkan rumah ketika orang tua buat Makkah. Rasa sayang dan suka menyimpan barang-barang antara “penyakit” yang banyak melanda orang tua.
Merasakan barang tersebut ada nilai sentimental, boleh digunakan lagi antara penyebab mengapa terlalu banyak barang-barang lama khususnya tupperware dan “tippuware”, pinggan mangkuk, pakaian dan lain-lain disimpan oleh mak ayah hingga rumah tiada ruang kosong lagi. Paling utama ianya buat rumah nampak tidak kemas dan semak.
Mak Ayah Ada Hoarding Disorder
Satu perkongsian dari seorang anak @aainaa.nordin di Tik Toknya mendapat perhatian ramai anak-anak selepas wanita ni berkongsi video anak-anak dan menantu buat projek membersihkan rumah dan memberi nafas baru ke atas rumah pusaka saat orang tua mereka ke Makkah.
Bermula dari barang-barang menimbun khususnya, pinggan mangkuk, Tupperware mahu pun “tippuware” yang bersusun-susun, akhirnya rumah kelihatan bersih selepas banyak-barang disisih dan dibuang berbanding tabiat menyimpan oleh kebanyakan mak-mak kita atas alasan sayang mahu membuangnya dan ada lagi banyak kegunaan.
Tidak hanya menyisihkan Tupperware yang menjadi kesukaan mak-mak, kotak-kotak disusun rapi di bawah dapur masak, rumah keluarga juga turut dicat baru untuk keselesaan keluarga ketika mak ayah berada di Makkah.
@aainaa.nordinPOV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover 😎♬ Le Monde – From Talk to Me – Richard Carter
Dapat dilihat, menimbun barangan yang dibuang yang mana sepatutnya khidmat roro digunakan tetapi kerana budget mereka adik beradik sudah “menipis”, ia hanya dilonggokkkan di hadapan rumah sebelum pekerja pembersihan memungutnya dua hari sebelum mak ayah mereka balik.
Saat ditanya oleh mereka yang melihat videonya apakah reaksi ibu ayahnya ketika melihat rumah sudah bersih, lapang dan cantik sebaik sampai dari Makkah, kata Aaainaa dia sudah maklumkan akan bersihkan rumah.
Anak Menantu Sepakat Bersihkan Rumah Ketika Orang Tua Buat Umrah
“Lagi pun sebelum mak ayahnya berangkat pergi, kami terlebih dahulu memaklumkan akan membersihkan rumah. Mungkin mereka sendiri tidak tahu apa yang kami buang dan sisih kerana video itu ada di part 3,” katanya yang sudah membuat dua video berkaitan hal sisih dan buang ini dan meraih perhatian 2.1 juta orang.
Perkongsiannya jelas menarik minat anak-anak yang lain bahkan ada yang memaklumkan pernah membersihkan rumah selepas ayah meninggal.
Tapi masalahnya, “saya buat camni kat rumah mak saya lepas ayah meninggal. order 4 tong roro ya. lepas tu mak call kampung cakap anak-anak nak halau dia.
Masa yang sama, seorang anak @sya azman berkongsi, “Hahaha sama lps ayah i meninggal baru kitorg kemas umah, arwah ayah i hoarder..kalau i buang something dia check kt tong smpah.
Isu mak ayah ada hoarding disorder ini menarik perhatian @Nadiahbliss apabila berkongsi “Ayah saya duduk sorang, tapi sudu dia ada 100000. Masa dia g kedai, saya buang sudu dia dalam sawah belakang rumah 🤣.
@erin memaklumkan, “saya pernah buat cmni. Pastu die cite kat sume sedara mara erin buang barang dia. Daging rebus die kata baru pun erin buang.. pdhal mase buang tu saya dah rasa.
Moga dipermudahkan urusan mereka bila mak ayah suka menyimpan barang-barang nie ya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Derita Lebih 10 Tahun Berjirankan ‘Cikgu’ Hidup Dalam Longgokan Sampah
Mulanya Suka Simpan Sikit, Sampai Barang Takde Nilai Pun Sayang Nak Buang.. Itu Bahaya!
Tabiat Sayang Nak Buang Barang, Nampak Ringkas Tapi Sebenarnya Anda Mungkin Alami Kecelaruan Mental
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Cantik idea TV boleh pusing-pusing tapi pasanglah dengan betul. Anak hampir kena hempap TV sebab pemasangan modern. Syukur panjang umur anak. Cantik idea TV boleh dipusing-pusing ni,tapi kena pastikan ia dipasang dgn betul,tepat,teguh untuk elak kemalangan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI