Sebaknya catatan Farah Ahmad, isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif. Farah berkongsi tentang ikan yang sempat arwah Pitt, suaminya simpan untuk dimasak olehnya di Kuala Lumpur nanti.
Sungai Jelai, Lipis lokasi memancing yang sudah tiga kali dijejak arwah, menjadi lokasi akhir untuknya. Masuk dua hari pencarian, akhirnya Pitt Hanif ditemui dalam keadaan elok.
Terkesan sungguh dengan kata-kata isterinya, “when Farah atas boat di sungai farah sentuh air panggil awak tiba-tiba dengar SAR “DAH JUMPA !!” . Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula-mula dulu suka kat Farah.”
Dan rasa cinta kasih seorang isteri yang tak pernah padam dizahirkan menerusi masakan ‘ikan terakhir’ yang arwah simpankan untuknya.
Catatan seorang isteri,
“Kenapa En Firdaus tak percaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian. Aiman dah tunaikan hasrat awak.”
“Di hari kejadian ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat, bagitau Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak.”
28hb Aiman kawan Pitt yang sewakan boat whatsapp.
Dia punya minta maaf tak dapat jaga keselamatan Arwah sebab sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam.
Ads
Aiman text, sehari sebelum Arwah takde. Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap,
“Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !”
Allah…
Awak, Farah tahu awak dah tak de. Dan tak de makna kalau Farah minta maaf tapi Farah tahu awak tak pernah tak maafkan orang. Selalu apa jadi awak sejenis tak amik port.
Yer lah, lama Farah tak masak sejak awak out station dan Farah pun bz. Tapi Farah berjaya masak tapi siang je tak sebab ikan tu besar sangat.
Ads
Selalu dapat ikan awak siangkan siap-siap tinggal masuk kuali jer. Hehehe.. Yang ni Farah suruh abang Aluze hantar kedai suruh siangkan.
Farah masak gulai tempoyak dengan asam pedas sebab mama awak tak makan tempoyak. So malam ni kenduri Farah ada jemput kekawan mancing awak sekali untuk mereka lepas rindu. Awak terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem.
Lima Hari Selepas Arwah Pitt Pergi
Farah turut berkongsi kisah tentang arwah suaminya, pengarah filem Pitt Hanif dan kenapa dia kekal kuat tahan air mata sepanjang mengurus ‘pemergian’ arwah suami.
Tulisnya,
Sudah 5 hari Pitt meninggalkan orang-orang tersayang. Alhamdullilah syukur sebab dalam pilihan kita sudah pasti kita pilih yang terbaik. Sebab itulah awak, akan pilih dan buat yang terbaik saja dalam hidup awak. Dan pilihan dan keputusan awak sangat tepat walaupun di nafas terakhir awak.
Ads
Seperti awak selalu cakap “Insyallah takpe nanti Pitt settlekan.”
Mesti orang akan bertanya macam mana settlekan. Kenali awak bila ada masalah awak takkan mengikut arus masalah tapi buat macam takde masalah. Tapi tahu awak akan risau awak akan tidur, pi mancing, cuci buka togelkan motor jejalan, happy-happy dengan anak-anak & Farah.
Tapi dalam masa sama otak awak akan berjalan dan doa mintak kat Allah tidak pernah lekang dalam hati awak. Tup.. tup.. masalah selesai. Dan kita plak rasa luck semua menyebelahi awak jer.. awak jer.. semua nyer lepas.
Allahu..hingga di saat terakhir juga awak menang dengan kitaorang kerana awak tahu pilihan awak, awak tahu sayang Allah pada awak tidak sama dengan sayang dari yang bernyawa di dunia.
Ampitt… Ampitt Farah bangga tak terkira hingga tak mampu nak bersedih. Asyik tersenyum bila ingat, dengar, cari, jumpa , lihat Pitt walaupun Pitt dah tak bernyawa.
Suamiku Terpilih Untuk Mati Syahid..
Dalam hati berkata mengapa perlu aku menangis bila menatap jasad yang tidak bernyawa itu sangat sempurna. Betapa Allah menjaganya dengan baik. Mengapa perlu aku menangis di kala suamiku terpilih untuk mati syahid. Mati yang tidak dapat kita pilih atau plan kerana mati yang tiada satu pun yang bernyawa boleh bagi kecuali Allah SWT.
Bagi seorang isteri sudah pasti setiap doa dititipkan, suami diampunkan dosa dimasukkan syurga. Bila tahu awak syahid, ya Allah, kau maha adil maha penyayang. Apa lagi aku seorang isteri mahu. Hadiah yang paling besar buat aku dan anak-anakku dari suamiku dengan izin Allah SWT.
Sudah pasti aku rasa kehilangan, sudah pasti aku rindu, sudah pasti aku sedih. Tetapi aku SENYUM kerna aku bersyukur kerana suamiku TERPILIH dapat green card dari Sang Pencipta. Dan ianya patut aku raikan dengan senyuman dan semangat yang kuat. Aku perlu kongsikan senyuman & semangat agar sama-sama kita rasa betapa tenangnya bila kita jumpa titik keredhaan Allah.
Terima kasih Allah. Sungguh cantik aturanmu, ya Allah.
Biar pun sedih dengan pengumuman bahawa Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan untuk menghantar jemaah haji ke tahun hadapan.
Namun langkah yang diambil bagi mengutamakan kesan kesihatan dan penambahan kuota masih dalam proses perbincangan.
Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Utamakan Kesan Kesihatan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.
Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.
MW: Biarpun kecewa dengan penangguhan haji, mak ayah jangan terus bersedih. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Sumber/ Foto: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh tak tergambar dek akal fikiran, bilamana seorang mak yang lumrah sifatnya sepatutnya menyayangi dan melindungi anak sendiri sanggup melakukan perbuatan durjana ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Auckland ini, seorang ibu dipenjara enam tahun 11 bulan kerana menjual anak perempuannya sebagai hamba seks lebih 1,000 kali dalam tempoh 18 bulan sejak hari jadi ke-15 remaja itu pada 2014.
5 Kali Sehari
Kasmeer Lata, 36, didapati bersalah berurusan dengan hamba dan meraih untung daripada perkhidmatan seks komersial daripada orang bawah umur kerana memaksa anaknya itu menjual badan sekerap 5 kali sehari kepada beberapa lelaki.
Dia datang ke New Zealand dari Fiji bersama anak-anaknya pada 2014 dan terus tinggal di negara itu selepas visa mereka tamat tempoh menyebabkan remaja terbabit tidak dapat bersekolah selain keluarga tiada pendapatan kerana Kasmeer tidak dapat bekerja.
Jual Anak Pada Hari Jadi ke 15
Kasmeer pernah menjadi pelacur mula mencari duit dengan cara itu sebelum memaksa anaknya turut berbuat demikian apabila menjual remaja berkenaan kepada lelaki berusia 50-an pada hari jadinya ke-15.
Mangsa dikurung di dalam rumah selama setahun setengah malah pernah terpaksa menggugurkan kandungan sebelum diarahkan terus bekerja.
Pelanggan dikenakan bayaran kira-kira NZ$200 (RM570) dengan mencari pelanggan melalui iklan di Craigslist serta akhbar The NZ Herald.
Dia dianggar meraih untung kira-kira NZ$100,000 (RM285,000) hasil menjual anaknya dengan wang berkenaan digunakan untuk membayar sewa serta bil. Remaja itu akhirnya berjaya melarikan diri pada November 2016.
Beza nak buat cincau hijau dengan cincau hitam, cincau hitam perlu direbus tapi mudahnya cincau hijau ini cuma ramas-ramas dan sejukkan saja dah boleh dimakan.
Cincau hijau ini dari pokok jenis berkayu atau perdu. Nama saintifik pokok cincau hijau ni Melasthoma polyanthum. Kalau mak-mak nak cuba tanamnya, cucuk saja batangnya dekat tanah.
Cara buat cincau hijau ini dikongsikan oleh Jusery Jausin. Jika mak-mak jumpa pokok cincau hijau ini, haa.. jangan pula dibuang daunnya. Besar manfaatnya sebab cincau hijau ni kaya khasiat.
Antara manfaatnya adalah agen antioksida semula jadi, boleh membantu mengatasi masalah keracunan makanan laut, penawar darah tinggi, mencegah asteoporosis dan mengatasi masalah cirit birit.
Cara Buat Cincau Hijau Dari Pokok Cincau Hijau Jenis Perdu
Sediakan 30 helai daun cincau hijau perdu.
Cuci bersih depan belakang pada daun takut ada bendasing yang tidak diingini.
Toskan daun-daun tersebut. Buang tangkai daun agar cincau kurang hanyir/langu.
Carik -carikkan daun tersebut menjadi cebisan-cabisan kecil dalam bekas.
Tuang air masak 50 ml ke dalam daun yang dicarik-carikkan tadi. Mula lah meramas daun untuk keluarkan patinya. Pati agak likat. Tambah air jika perlu.
Tapis cecair cincau tersebut dengan menuang segala cincau ke dalam penapis, tekan atau ramas untuk keluarkan patinya pada bekas yang baharu. Kemudian masukkan daun-daun itu ke dalam bekas yang pertama semula dan tuang air untuk proses meramas kali kedua. Ulang hingga 3 kali atau 4 kali sehingga pati cincau telah berjaya dikeluarkan.
Sejukkan pati cincau dan apabila dah mengeras. Bolehlah dimakan ikut resepi yang disukai. Saya makan gitu je dengan menambah coklet, air limau, susu cair dan sedikit gula. Jemput makan.
Sila guna air yang sedikit atau sesuai dengan sukatan agar cincau anda tidak lembik ketika disejukkan. Dibenarkan share tak perlu minta izin.. Moga bermanfaat.