Pasangan yang kini sedang hangat bercinta, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian (online) semalam.
Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.
Bertunang Secara Online, Direstui Ahli Keluarga
Pasangan ini masih mengikut seruan kerajaan dengan melaksanakan arahan PKP dan sekaligus mengambil peluang bertunang secara online.
Bertunang Secara Online, Kumpulkan Ahli Keluarga Depan Kamera
Sebelum ini Nabil telah melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran gadis itu pada 17 Mac lalu. Sementara itu, Nabil menerusi Instagramnya bersama beberapa rangkap pantun menjelaskan situasi ringkas yang berlaku pada hari bahagia mereka.
“Awal bermula dengan bismillah, Syukur hanya kepada Allah. Selawat Nabi kepada Rasullullah, Semoga pertemuan ini membawa berkah.
“PKP arahan pemerintah, Mengingkarinya akan disaman. Hajat dihati dah nak melimpah, Ingin menyunting bunga di taman.
“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, Harap doa yang baik-baik dari semua,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.
Ads
Turut mendapat ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.
Ads
Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya.
Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin turut menemani isteri tersayang, Intan Nur Fathihah menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara baru-baru ini. Menerusi perkongsian Zarul, isterinya telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Yang Di Pertuan Agong.
Menerusi laman web Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Pingat Pangkuan Negara merupakan pangkat keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara. Pingat berkenaan juga tiada had bagi keanggotaannya.
Selebriti yang pernah bertugas sebagai pramugara Penerbangan Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak mengenakan persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Untuk rekod, Zarul dan isterinya, Intan Nur Fathihah mendirikan rumahtangga pada 26 April 2009.
Ini merupakan perkahwinan kedua Zarul di mana dia mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu. Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul juga aktif sebagai seorang YouTube Vloger (ZARUL UMBRELLA).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doktor dah berbuih tegur kesalahan perubatan, drama Di Sebalik Permata dikecam hebat
Ramai di antara kita meminati drama atau siri genre kedoktoran. House, The Good Doktor, Doktor Stranger, Grey Anatomy serta banyak lagi adalah antara drama kedoktoran yang mendapat tempat di hati peminat setia.
Biasa kita akan terpaku menyaksikan jalan cerita yang nampak sempurna termasuk ketika babak doktor membuat pemeriksaan mahu pun pembedahan di bilik bedah. Tapi tatkala menonton babak kedoktoran melibatkan drama tempatan, ada banyak “kesalahan perubatan” yang sudah berbuih dicanangkan namun masih salah lagi.
Seorang doktor perubatan, Khairul Hafidz sekali lagi menegur kesalahan perubatan di dalam drama Di Sebalik Permata eposid 59 yang menampakkan banyak kesalahan dalam tatacara kerja seorang doktor.
Tulis Dr Khairul di platform X @khairul_hafidz, “sejak zaman saya mula bekerja sehingga sekarang, berbuih saya bercakap mengenai kesalahan perubatan di dalam drama/filem. Tak mahu nak perbaiki. Ikutlah.
Dirinya bertindak menegur episode 59 drama ini yang memaparkan Rayhan bertanyakan kepada jururawat namun skrip yang agak lemah membuatkan episod itu menerima kecaman ramai.
Dialog “jangan ganggu kerja kami” yang ditanya oleh Rayhan namun dijawab endah tak endah oleh jururawat jelas merendahkan staff nurse selain dialog nampak merepek. Kata Dr Khairul Hafidz, “orang tu tanya mana wad kecemasan je pun. Nurse tengah buat kerja apa tu? Dialog yang merepek dan merendahkan staff nurse.
Dalam babak itu turut menunjukkan pelakon El Umar Mukhtar (Rayhan) bertanya situasi isterinya, Natasya (lakonan Puteri Damia) yang terlantar sakit.
“saya sedang bekerja tolong jangan ganggu” sebab tu kerja ko la dia ganggu 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/xMz0PDHfhf
Dalam babak ini memperlihatkan, Rayhan sebaik melihat keadaan isterinya yang terlantar terus membuat satu panggilan telefon.
“Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Guna kabel 5G ke. Panggil pakar jantung nak buat apa? Buat angiogram ke?, tanyanya yang turut mempertikaikan pesakit telah dipakaikan cervical collar tapi position sit up, tak lay flat.
“Masa yang sama dipakaikan nebulizer (tengah asthma ke soal Dr Khairul?). Belum cerita pasal pemantauan staff lagi.
Dan apa yang membuatkan drama ini nampak semakin melemah di mana dengan hanya satu panggilan, tak check bagai, terus kena buat pembedahan.
“Bunyi straight line, panggil Dr, Dr pegang-pegang terus kata kena buat pembedahan. Resusitasi tak dibuat. Guna panduan mana ni? soalnya yang mengakui siapalah dirinya untuk suaranya dan maklumatnya didengari.
Tulisnya, “tapi siapalah saya. Tak apalah, saya nak teruskan menonton House, M.D di Netflix. Baru keluar ni,” tulisnya.
Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fenomena iklan raya kini menjadi satu elemen penting dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri, bukan sekadar sebagai medium promosi tetapi juga sebagai alat penceritaan yang menyentuh emosi.
Setiap tahun, masyarakat menantikan kemunculan iklan raya daripada jenama-jenama besar yang lazimnya menyampaikan mesej kekeluargaan, nilai murni, dan semangat perpaduan. Iklan-iklan ini berjaya mencetuskan perasaan nostalgia, mengingatkan tentang kampung halaman, serta menzahirkan kepentingan hubungan sesama insan.
Secara tidak langsung, ia membentuk mood perayaan dan menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dalam menghayati makna sebenar Aidilfitri.
Iklan Hari Raya yang dijayakan oleh pelakon berbakat, Amir Nafis, Pekin Ibrahim dan Mona Allen meraih perhatian warganet kerana mengangkat kisah anak yang trauma kerana perceraian ibu bapa.
Raih Komen Positif
Meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok, iklan Raya Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya ini dikongsikan semula oleh pengguna aplikasi X dan mendapat komen positif.
Menjadi episod terakhir kepada siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar Battery Killer, watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir Nafis.
Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.
Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.
Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.
Iklan ini turut memaparkan kesan jangka panjang perceraian terhadap anak-anak. Syawal yang kini dewasa sering merasa kesepian setiap kali musim perayaan kerana keluarganya sudah tidak lagi lengkap.
Babak Penuh Emosi
Namun, dalam satu babak emosional, bapanya yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim akhirnya meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari pertengkaran mereka telah memberikan kesan mendalam kepada Syawal.
Di platform media sosial, ramai yang memuji keberanian iklan Raya ini dalam mengangkat isu serius seperti kesan perceraian dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.
Selain itu, ramai yang turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini. Rata-rata warganet berpendapat pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.
Mereka menekankan walaupun isu bateri kereta kelihatan remeh, ia boleh menjadi punca konflik besar dalam keluarga, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
Ada juga yang mengaitkan mesej iklan ini dengan peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.
Selain itu, ramai yang melihat iklan ini sebagai satu peringatan buat ibu bapa agar tidak terlalu ego untuk meminta maaf kepada anak-anak. Mereka menegaskan anak juga mempunyai perasaan dan perlu diperlakukan dengan hormat, seperti mana orang dewasa mahu dihormati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!