Di mana hilangnya nilai perikemanusiaan dan kasih sayang seorang manusia apabila seorang ayah tiri tergamak memukul anaknya sehingga meninggal dunia gara-gara kanak-kanak yang baru berusia enam tahun itu enggan makan.

Betapa kejamnya seorang “ayah” memperlakukan kanak-kanak yang tidak berdaya hingga membuatkan dia hilang nyawa. Semoga pesalah ini mendapat hukuman yang setimpal.

Mayat Kanak-kanak Ditemui Di Bahu Jalan

Mayat seorang kanak-kanak perempuan warga asing dianggarkan berusia enam tahun yang dipercayai mangsa pembunuhan, ditemui di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Memanda 3, Ampang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 9.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan wanita melalui panggilan MER999.

Mangsa Dipukul Hingga Mati

Beliau berkata, sepasukan anggota polis yang dikerahkan ke lokasi mendapati mayat mangsa tidak berambut serta berpakaian lengkap itu berada dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pada lengan dan badan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan enam tahun, dipercayai dipukul dengan objek keras atau tumpul di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ads

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati mangsa adalah pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Baca Ini:

Atas Kecuaian Bapa, Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dibiar Sendiri Hilang

Ads

Tiada Dalil Putus Saf, Jika Kanak-Kanak Solat Di Saf Dewasa

Menahan Warga Asing Yang Terlibat

“Dalam tempoh setengah jam kemudian, kita berjaya menahan tiga warga asing, termasuk dua wanita, di sebuah hotel di Ampang.

“Kesemua suspek itu berusia antara 17 hingga 63 tahun dan merupakan pemegang kad UNHCR,” katanya.

Ads

Hasil soal siasat, beliau berkata, kanak-kanak itu disyaki dipukul sehingga mati di hotel terbabit oleh bapa tirinya kerana mangsa dikatakan enggan makan.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Sumber: BH Online

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada mak, ayah agar lebih berhati-hati dalam membesarkan anak-anak. Anak-anak adalah amanah Allah, jagalah sebaik mungkin. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI