Jika sebelum ni mak-mak ada rasa ragu-ragu nak beli Kuey Tiau di kedai, dari segi kandungan bahan yang digunakan, kini tak perlu bimbang lagi. Ini kerana boleh buat sendiri je kuetiau di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet mahupun perasa tambahan.
Hanya guna 3 bahan utama iaitu, tepung beras, garam, tepung ubi dan air. Caranya pun mudah, malah diyakini lebih selamat, bersih dan suci bila kita buat sendiri.
Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat kuetiau ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Hanita Isman ini.
Jom buat kwayteow (kuetiau) di dapur sendiri. Dijamin bersih, suci dan halal. Nak bagi family makan pun senang hati kan? Nak resipi tak? Ke semua orang dah tau?
Atas permintaan ramai saya share resepi di post asal:
OK ni ya resipinya. Mudah je.
Bahan-Bahan:
500gm tepung beras *Beli Di Sini
250gm tepung ubi *Beli Di Sini
1.5L air
Cara Membuat :
1. Bancuh semua bahan dan tapis.
2. Selepas itu kukus dalam dulang macam kukus laksam tu 3 minit.
3. Angkat dan tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari dulang.
4. Sapu minyak sebelum dilapis ya.
5. Lipat dua, kemudian bolehlah dipotong memanjang.
Mingguan Wanita : Mudah je nak buat sendiri kuetiau di rumah. Dijamin bersih, suci dan halal tak perlu was-was. Boleh ikut resipi yang dikongsikan ini, guna 3 bahan je rupanya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Tau Fu Fah ini biasa beli dekat pasar sajakan. Lepas tu terfikir, macam susah je nak buat. Lebih baik beli. Rupanya senang sangat nak membuatnya. Bahan yang digunakan cuma air soya, gula Melaka dengan agar-agar.
Ringkaskan.. yang pasti rasanya seenak macam beli dekat pasar. Resepi Tau Fu Fah perkongsian daripada Hana Ramliini tak ambil masa lama pun nak buat. Katanya boleh buat dekat rumah saja.
Bahan-bahan Tau Fu Fah
2 kotak Soya Besar (1 litter)
Agar agar tali (18 gram)
Gula Melaka (1 ketul)
Cara Membuat Tau Fu Fah
First sekali masukkan secawan air, didihkan dalam periuk.
Dah mendidih elok, saya masukkan agar agar terus ke dalam periuk. Tunggu sampai semua agar agar larut, pastikan tak ada tertinggal agar agar yang bertali ya. Proses ni kene tunggu dalam 10 minit macam tu.
Dah larut semua, masukkan 2 kotak soya ke dalam periuk.
Masak beberapa minit dan tutup api.
Selepas itu, masukkan dalam bekas. Ikutlah nak masuk dalam tupperware ke atau mana mana bekas.
Ini Cara Nak Buat Air Gula Merah
Okay ni part air gula pula. Didih air semangkuk, masukkan seketul gula Melaka.
Tunggu sampai larut.
Biar je dia mendidih.
Ini optional ye, kalau nak manis lagi masukkan dua sudu besar gula pasir. Kalau tak nak pun tak apa.
Dah siap air gula, tutup api. Tuang air gula dalam mangkuk tau fu fah kita tadi. Boleh makan. Selamat mencuba!
Bagi peminat kek keju, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je. Malah lebih menarik, resipi ini cukup mudah hanya menggunakan sukatan cawan tak perlu susah payah guna alat penimbang.
Mak-mak boleh cuba resipi Basque Burnt Cheese Cake yang dikongsikan oleh Puan Imah Halimah sebagai rujukan;
“Hadiah buat suami sebab rajin tolong saya buat kerja rumah. Disebabkan dia peminat makanan berasaskn cheese, saya buatkan Basque burnt cheese cake untuk dia. Dahulu saya ambil tempahan membuat kek, jadi ilmu dan bakat yang ada sebagai anugerah allah untuk saya praktikkan walaupun sekarang sudah tidak ambil tempahan lagi”.
“Suami saya kata walaupun saya sekarang tak meniaga lagi,tapi sekurang- kurangnya saya sudah tahu apa sebenarnya minat dan bakat yang saya miliki. Minat dan bakat tak semestinya untuk meniaga tapi sebagai satu pinjaman Allah untuk hambanya. Sekurang-kurangnya saya ada masa yang lebih untuk anak-anak sekarang..kerana sebelum ini membaking hanyalah sebagai part time sahaja.Dalam masa sama saya sudah tau di mana kebolehan saya.”
“Nak cuba buat kek ni mudah sahaja.Saya kongsikan resepi dan cara mengikut sukatan cawan metrik. Untuk kek ini saya tidak ambil dari mana-mana class berbayar yang saya ikuti, tapi saya dapatkan dari google, saya buat dan membandingkan resepi dari setiap blog yang saya baca.”
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan UHT whipping cream
4 biji telur Gred A
1sudu kecil esen vanila (tiada dalam gambar )
2sudu besar tepung gandum
Cara Membuat:
1.Putar cream cheese hingga kembang.
2.Masukkan gula kastor dan putar lagi.
3.Kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
4.Masukkan UHT whipping cream dan putar sebentar sahaja.
5.Masukkan tepung gandum dan kaup balik sahaja. Boleh juga putar gunakan mixer tapi sebentar sahaja.
6.Alas loyang 8inci dengan paper dan lebihkan paper lebih tinggi dari loyang. Ini kerana kek akan naik tinggi semasa dibakar.
7.Panaskan oven 200-220’c api atas bawah.Bakar selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit bergantung oven masing-masing.
8.Kek naik tinggi selepas dikeluarkn dari oven. Tapi apabila sejuk kek akan turun kebawah. Ia adalah normal untuk kek ini.
9.Sejukkan dulu dalam chiller, keesokan hari baru sedap dimakan sejuk-sejuk.
Tip Ekstra!
Jika guna telur gred B tambah lagi sebiji.
Basque burnt cheese cake nak cantik taburkan snow powder atas tu.Boleh beli di kedai bakeri.
Bagi yang gemar dengan masakan Jawa, pastinya ramai yang kecur air liur bila MW share dua resipi ini. Buat yang jarang-jarang maska dan tak tahu masak, boleh jadikan PKP masa terbaik untuk bereskperimen dengan dua resipi lazat ini. Mana tahu lepas PKP nanti, boleh buat untuk jual pada jiran-jiran ataupun kawan sepejabat ye tak. Tambah juga ilmu baru dan pendapatan baru. *RESIPI SUMBANGAN ROHAYU RAMLI
PECAL SAYUR JAWA DENGAN KUAH KACANG
BAHAN KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN
2 kg kacang tanah (disangai)
5 cawan minyak jagung
25 labu bawang besar (dimayang)
2 cawan cili kering (dikisar)
15 cawan air masak
5 cawan gula melaka
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Sangai kacang tanah sehingga cukup masak. Buang kulit, sejukkan dan direndam sekejap.
2. Masukkan kacang tanah ke dalam pengisar bersama sedikit air. Kisar sampai hancur. Ketepikan.
3. Dalam periuk, panaskan minyak jagung. Tumis bawang besar. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi sampai naik minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air.
5. Apabila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam.
6. Kacau seketika dan matikan api.
BAHAN SAYUR
Kacang panjang
Pucuk ubi
Taugeh
Kangkung
Tempe
Tauhu
Minyak masak untuk menggoreng.
CARA MEMBUAT
1. Kacang panjang, pucuk ubi, taugeh dan kangkung dibasuh bersih. Kemudian dicelur dan ditoskan.
2. Tempe dan tauhu digoreng garing. Angkat dan toskan.
SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN
5 labu bawang sederhana besar (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
40 batang kacang panjang (hiris)
15 tangkai cili hijau dan merah (hiris)
15 keping tempe (hiris nipis dan digoreng)
20 keping tauhu (hiris dan goreng)
25 biji kentang (hiris nipis dan goreng)
10 peket suun (rendam)
50 tangkai cili kering (gunting nipis)
5 genggam ikan bilis (goreng)
BAHAN KISAR
20 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
5 genggam ikan bilis
5 inci lengkuas
5 batang serai
25 tangkai cili kering (rendam)
BAHAN LAIN
5 sudu besar perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan Bahan Kisar. Kacau dan biarkan masak.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.
5. Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang.
6. Tuang kicap. Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang, suun dan cili kering. Kacau lagi. Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.
8. Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...