Tanniah diucapkan buat Ummi Nazeera yang telah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila kini sedang hamil empat bulan.
Bintang utama filem Bisik Pada Langit itu mendirikan rumah tangga bersama suami, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia dua tahun.
Hamil Anak Kedua, Ummi Minta Doakan Yang Terbaik
Ummi menerusi laman Instagramnya, turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Alhamdulillah saya nak kongsi di sini bahawa saya telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT.
“Saya minta tolong semua untuk doakan kesihatan kandungan saya yang kini berusia hampir empat bulan dan juga saya sihat walafiat.
“Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin,” tulis Ummi.
Terkejut Positif Hamil
Ads
Difahamkan juga Ummi pada awalnya tidak dapat mengesan dia sudah hamil, selepas minggu keenam barulah dia ketahui.
“Pada awalnya berlaku perubahan karakter pada diri yang mana banyak makanan saya tidak boleh makan sehinggakan tidak boleh hidu bau ayam.
“Kalau bau mesti nak muntah. Malah, ketika di lokasi penggambaran siri Kerana Corona, pembantu peribadi saya ada cakap mungkin saya mengandung. Tapi saya cakap tak mungkin.
“Malah, saya dan suami pun cakap perkara sama. Selepas seminggu pun saya masih lalui perkara sama. Sehinggalah masuk minggu keenam saya datang haid lambat.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan dengan membeli alat ujian kehamilan. Terkejut sebab bacaan positif.
Ads
“Sejujurnya, saya dan suami merancang nak mendapatkan anak kedua pada hujung tahun hadapan. Apatah lagi anak sulung kami Ayra Aneesah baru berusia dua tahun pada Ogos lalu.
“Cuma, pada Julai dan Ogos saya ada cakap pada mama yang mana seronoknya kalau ada anak lagi.
“Betullah cakap-cakap itu satu doa dan Allah makbulkan. Alhamdulillah, ini adalah rezeki,” ungkapnya seperti mana dipetik menerus portal Harian Metro.
Kehadiran cahaya mata baharu amat dinanti oleh Noorsuhana bt Adnan dan suaminya Muhammad Zubir bin Zulkifli. Pasti juga, mereka menginginkan anak itu lahir sihat dan sempurna, Namun manusia hanya merancang, hanya Tuhan yang menentukannya. Nur Dalila Sofea, anak ketiga pasangan ini menderita penyakit Holoprosencephaly.
Holoprosencephaly adalah penyakit ada air lebih dalam kepala dan tisu otak yang sedikit. Cerita Noorsuhana, 28 tahun, ketika kandungannya berusia 7 bulan, hasil scan yang telah dilakukan doktor menunjukkan ada air ketuban yang banyak. Malah doktor juga mendapati terdapat banyak air di bahagian otak bayi.
Bagi mendapatkan kepastian, doktor telah memindahkan kes Noorsuhana dari Pekan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.
“ Apabila doktor di Kuantan mengesahkan memang ada lebihan air dalam kepala bayi, doktor mengambil keputusan untuk menunggu bayi dilahirkan terlebih dahulu untuk pastikan sama ada betul atau tidak.” Ujar Noorsuhana memulakan bicara.
Nur Dalila Sofea.
Sentiasa Berdoa
Betapa sedihnya Noorsuhana apabila menerima perkhabaran doktor itu. Setiap hari dia menangis mengenangkan nasib anaknya nanti. Malah setiap hari dia berdoa supaya anaknya kelak sihat.
“ Belum genap 38 minggu saya telah bersalin secara emergency caesarean di HTAA bayi songsang. Ketika bayi lahir, ukur lilit kepala dia normal, dalam 34cm.
“Jadi doktor aturkan temu janji untuk buat proses MRI dan CT Scan. Selepas ujian dibuat, memang sah ada air lebih dalam kepala. Masa umur dia nak masuk 2 bulan, ukur lilit kepala dia setiap minggu semakin menaik.
“ Kata doktor neuro, setiap kali anak menangis, ukur lilit akan jadi makin bertambah. Dari masa dilahirkan sehinggalah umur dia genap 4 bulan, ukur lilit kepala dia menaik sehingga menjadi 48cm.
“ Ketika umur dia 4 bulan juga, doktor telah menjalankan pembedahan memasang VP shunt untuk bagi air dalam kepala mengalir keluar.
“ Tetapi sebelum pembedahan itu, doktor dari Hospital KL mengesahkan anak saya Nur Dalila Sofea bukannya ada penyakit hidrocephalus tetapi penyakit holoprosencephaly sebab muka dia dari segi luaran seperti sindrom down,” jelas Noorsuhana.
Katanya lagi, bagi mengesahkan penyakit anaknya itu juga, doktor telah mengambil darah Dalila untuk memeriksa kromosomnya.
“Alhamdulillah, masa umur dia 6 bulan, keputusan kromosom dia normal. Dalila juga mempunyai lelangit yaang tinggi, jadi susah untuk dia menyusu dan makan.
“Disebabkan penyakitnya sekarang, mata Dalila tidak boleh melihat. Menurut doktor mata, saraf mata Dalila pucat. Dia terpaksa memakai spek untuk merawat saraf matanya,” tambah Noorsuhana lagi.
Sering Menangis Dan Tidur Tidak Lena
Keadaan terkini Dalila tidak memberangsangkan. Noorsuhana menjelaskan anaknya itu mengalami masalah berat badan. Semasa temu ramah ini dilakukan, umur Dalila 11 bulan dan beratnya pula hanya 5kg sahaja.
“ Doktor bagi makan ubat multivitamin dengan ubat tambah darah sebab Dalila juga ada anemia. Ketika umur dia 8 bulan, Dalila terpaksa dimasukkan ke wad sebab dia menangis sampai biru muka, kaki dan tangan. Ibarat macam orang kejang dan suaranya tidak keluar.
“Selain itu, doktor turut risau dan takut dia ada sawan sebab doktor cakap bayi yang kurang tisu otak ini mudah terkena sawan. Disebabkan itu, sampai sekarang Dalila kena makan ubat sawan.
“Dalila kini tidak mampu hendak buat apa-apa dan hanya mampu berbaring sahaja. Malah dari lahir sampai sekarang Dalila tidak pernah tidur lena sebab dia asyik menangis.
“Kata doktor, kanak-kanak disebabkan Dalila tidak dapat melihat, jadi dia tidak dapat bezakan siang dan malam. Jadi doktor cadangkan apabila dibawa berjumpa pakar neuro nanti saya perlu minta ubat saraf untuk Dalila.” Kongsi ibu cekal ini.
Jelas Noorsuhana lagi, hanya sentuhan sahaja yang dapat menenangkan anaknya. Kini Noorsuhana bersyukur Dalila sudah boleh mendengar kerana sebelum ini telinganya ada masalah yang menyebabkan anaknya tidak boleh mendengar.
Terima Ujian Dengan Hati Reda Dan Ikhlas
Noorsuhana dan suaminya menerima ujian Tuhan ini dengan hati yang reda dan ikhlas. Sebelum ini mereka memiliki dua orang anak normal. Hanya anak ketiga mereka ini satu-satunya anak istimewa dalam keluarga mereka.
“Memang mencabar menjaga Dalila sebab dia memang kuat menangis. Saya dan suami bergilir-gilir jaga dia pada waktu malam. Dalila kalau menangis dia tak nak dengan orang lain walaupun ayah dia sendiri.
“Kadang-kadang saya terfikir kalau saya sakit, bagaimana dengan Dalila. Sebab itu saya selalu berdoa semoga saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga Dalila.” Doa Noorsuhana.
Ringankan keluarga ini dengan menghulurkan sumbangan ikhlas anda..
Bagi ibu bapa yang ada anak sama seperti Dalila, apa yang mampu Noorsuhana pesan adalah jangan berputus asa.
“ Fikirlah, ini satu sahaja ujian Allah bagi sebab Dia nak uji kita dan nak bagi kita pahala yang berlipat kali gandanya.Mungkin pada pandangan luar, anak kita tak normal. Tapi percayalah ada hikmah dan kemanisan di sebalik ini.” Akhiri Noorsuhana.
Ringankan Beban Keluarga ini.
Muhammad Zubir hanya bekerja sebagai operator kilang. Noorsuhana pula tidak bekerja. Pasangan suami-isteri ini hanya bergantung pada bantuan yang Dalila dapat dari JKM untuk membawanya bertemu doktor di HTAA.
Ringankan beban keluarga ini dengan menyumbang ke akaun Bank Muamalat 0603-0004572-72-2 Noorsuhana Binti Adnan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nama adik Hana Aishah, Syukor Khamis dan Umar Wafi menjadi perhatian ramai gara-gara memiliki kebolehan dan keunikan mereka yang istimewa.
Tidak dinafikan setiap anak-anak memiliki keistimewaan tersendiri. Ia menjadi tanggungjawab mak ayah dalam mengenal pasti jenis kecerdasan yang dimiliki oleh anak-anak sewaktu tempoh pembesaran mereka. Ini kerana ia dapat ‘menggilap’ kelebihan tersebut untuk menjadikan mereka lebih baik dan cemerlang.
Mungkin ada anak yang hebat dalam bidang sukan, petah dalam bercakap dan interaksi, pandai bermain alat muzik, mahir dalam kira-kira dan sebagainya. Ia sebenarnya merupakan antara 9 jenis Multiple Intelligence mengikut teori yang dicadangkan oleh Psikologi, Howard Gardner yang mak ayah perlu ambil tahu.
Jemput baca perkongsian oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy mengenai Multiple Intelligence ini.
Tiga orang kanak-kanak yang menghiasi media cetak, media elektronik dan media sosial seminggu dua ini menarik perhatian saya. Saya pernah berkongsi tentang Teori Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligence yang dicadangkan oleh Howard Gardner. Beliau telah mengenalpasti 9 jenis kecerdasan atau intelligence.
Ketiga-tiga kanak-kanak ini memiliki kecerdasan yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang menjadikan mereka individu yang unik tanpa perlu dibanding-bandingkan.
1) Hana Aishah
Kredit Foto: RTM
Adik HANA AISHAH atau nama glamernya Aishah London telah menarik perhatian ramai dengan kepetahannya berbahasa Inggeris. Pertama kali menonton wawancara bersama adik Aishah, saya membuat andaian bahawa dia lahir dan pernah menetap dan bersekolah di luar negara. Rupa-rupanya saya silap. Dia belajar Bahasa Inggeris dengan sendirinya atau ‘self taught’ dengan menonton video.
Adalanya kanak-kanak hanya boleh mengulangi (parrot) kembali perkataan-perkataan yang didengari di video tanpa boleh berkomunikasi tetapi adik Aishah boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu dengan baik. Selepas dikenali dan tular, Adik Aishah telah beberapa kali dijemput ke station radio dan tv untuk ditemubual. Saya dapati dia berupaya berbicara dengan fasih dan penuh keyakinan.Belajar bahasa dan menguasai bahasa adalah dua perkara yang berbeza.
Aishah London berkemungkinan memiliki KECERDASAN LINGUISTIK yang menyebabkannya berupaya menguasai bahasa dengan cepat, mudah dan efektif. Dia juga berkemungkinan memiliki KECERDASAN INTERPERSONAL.
2) Syukor Khamis
Kredit Foto: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)
Adik SYUKOR KHAMIS bukan sahaja menjadi sebutan di dalam negara, dia juga terkenal di luar negara kerana foto-foto aksinya bersama kerbau mendapat liputan yang sangat meluas. Syukor bukan sahaja berupaya untuk berinteraksi dengan kerbau, menurut jurugambar Nazri Sulaiman, Syukor juga mempunyai hubungan mesra dan bergurau dengan kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung seperti ‘kawan-kawan sekolah’.
Ini diakui sendiri oleh ayah Syukor yang mengatakan walaupun adik beradik Syukor yang lain juga terdedah kepada persekitaran yang sama, Syukorlah yang paling cenderung dan mempunyai minat mendalam terhadap kerbau-kerbau peliharaan ayahnya.
Bagi saya adik Syukor adalah contoh yang baik bagi seorang kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN NATURALIS yang mudah berinteraksi dengan alam.
Bercita-cita ingin menjadi seorang ‘Circus Performer’ satu hari nanti adalah sesuatu yang tidak janggal bagi seorang anak yang memiliki kecerdasan naturalis.
3) Umar Wafi
Kredit Foto: NST
Adik UMAR WAFI mendapat liputan media kerana telah mencipta alat notifikasi anti buli yang boleh digunakan di sekolah-sekolah. Guru-guru akan mendapat notifikasi di telefon mereka jika ada pelajar dibuli. Inovasi ini telah memenangi anugerah STEM di peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.
Menurut ibu Umar, idea penciptaan alat ini tercetus kerana adik perempuan Umar pernah dibuli secara fizikal dan verbal oleh rakan yang sama-sama berada dalam Darjah 1.
Mereka sekeluarga berbincang bagaimana caranya untuk membantu kanak-kanak lain yang dibuli dan ciptaan ini adalah hasil sesi ‘brainstorming’ tersebut. Umar seorang yang pendiam, namun kepakaran dan minat Umar dalam Programming telah memungkinkan ciptaan ini. Umar juga bercadang untuk menambahbaik alat anti buli ini dengan menyambungkannya ke CCTV.
Adik Umar adalah contoh kanak-kanak yang memiliki KECERDASAN LOGIKAL MATEMATIK yang berkait rapat dengan strategi, penaakulan, matematik, sains dan teknologi.
Setiap seorang kanak-kanak adalah unik dan memiliki kecerdasan atau intelligence yang berbeza-beza. Kenalpasti kecerdasan tersebut dan sediakan persekitaran dan ruang untuk membina kecerdasan itu supaya bermanfaat buat anak tersebut dan juga untuk masyarakat.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Jadi buat mak ayah, kenal pasti jenis Multiple Intelligence yang dimiliki oleh setiap anak-anak. Bantu mereka beri galakan dan sokonglah perkembangan kecerdasan tersebut agar anak mampu pergi lebih jauh!
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Bila hidup di bandar, orang akan ingat mereka ini senang dan berduit. Sedangkan hanya tuan diri saja tahu betapa ‘struggle’nya untuk lalui hari-hari yang penuh mencabar.
Memang orang yang hidup di bandar mempunyai kerjaya yang baik. Namun, kos hidup sekarang ini tidak murah, kadang-kadang ‘sesak’ juga bila nak tunggu gaji masuk.
Perkongsian daripada Ir Abdul Rahman Bahasa ada benarnya. Nampak hidup di bandar cukup hebat, hakikatnya kita yang alami sendiri tahu.
M40 ni pendapatan isi rumahnya: RM4,851 sebulan sehingga RM10,970
Bila kata pendapatan isi rumah. Senang cerita,kalau dah kahwin tu nilai yg aku sebut kat atas adalah combination gaji suami dan isteri.
So, M40 ni nak kata senang,tak senang. Nak kata susah,tak susah. Tapi most of the time sesak jugak lah..hahhaa.
Kenapa sesak? Kebanyakkan M40 ni kerja as professional.
Kerja professional ni kebanyakannya ada di bandar.
Bila di bandar. Kos hidupnya tak murah.
Org kata, “ok lah tu combine laki bini dekat RM5ribu. Nak apa lagi?”
Ada betulnya juga statement tu.Tapi tidak ok kalau hidup di bandar.
Perbelanjaan Di Bandar Tinggi
Dah duduk di bandar,tak kan nak dok bawah jambatan? Ada family kot..Kena juga ada rumah. Nak beli rumah dibandar? Kirim salam lah..hahah..rumah PPR pun rate sewanya lebih RM1k. So, sewa nak kena bayar.
Belanja makan? Tak payah lah aku ulas benda ni. Semua tau apa yg jadi sekarang. RM50 tu..aduhai..suku trolley pun tak dapat..
Dah sewa rumah nak bayar, makan pun mahal, terpaksa lah laki bini kerja.
Dah laki bini kerja. Siapa nak jaga anak? Jadi, anak nak kena hantar pengasuh pulak. Rate pengasuh sekarang bukan main…
Secara general: Baby: RM400 sebulan Kalau umur anak 3-5 tahun: RM350 sebulan Kalau mak ayah kena kerja hari Ahad/PH? Duit pengasuh je boleh cecah RM40 sehari.
Rate tadika? Nak mohon tadika kemas tak layak. Jadi,, hantar tadika swasta. Tadika swasta ni..Alamak tuan…dia punya yuran pendaftaran pun macam hantar anak ke universiti. Beribu-ribu nk kena ada duit
Anak dah sekolah? M40 ni nama je ada keta sendiri. Tapi tak mampu nak hantar anak hari-hari.
Sebab apa? Sebab kena kerja di office. Office pulak jauh dari rumah. Nak lari amik hantar anak sekolah memang tak sempat..End up kena cari van sekolah pulak. Van sekolah je average RM120 sebulan.
Tu belum kira lagi nak kena bayar pinjaman pelajaran,bil api,bil air,bil telefon,tol,minyak kereta semua.
Gaji Banyak, Hakikatnya ‘Sesak’
M40 ni nampak gaji je banyak. Tapi hakikatnya “sesak”.
So,tak hairan lah aku kalau peratus ahli EPF kategori M40 yg mohon keluarkan EPF RM10k lagi tinggi dari ahli EPF kategori B40.
Kurang-kurang boleh lah tampung apa yg tak cukup. Lagi-lagi dah nak raya ni.
Hakikatnya begitulah..Hidup sekarang memang tak murah. Kalau tak pandai manage, memag parah.
Fikir-fikirkan.
Mingguan Wanita : betul apa yang dikatakan ini. Sebab itu, isteri pun turut sama bekerja sebab nak bantu ketua keluarga.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...