Bercerai bukanlah sesuatu yang diimpikan pasangan yang telah berkahwin. Namun setelah mencari jalan penyelesaian tetapi tetap buntu, sudah tentu jalan terbaik adalah berpisah. Apa gunanya memilih derita jika suami atau isteri berhak menentukan jalan hidup sendiri selepas berpisah.

Walaupun telah bercerai, isteri dapat menuntut tujuh hak ini selepas proses penceraian berlaku. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan hak dan kepentingan sama ada bekas isteri, suami dan anak-anak tetap dilindungi biarpun telah bercerai.

Perlu diketahui, tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak bukanlah ketika hidup bersama sahaja tetapi tetap berjalan setelah bercerai juga.

Ikuti perkongsian Rabiatul Adawiyah Ramli ini dan fahami apakah hak yang dapat dituntut oleh  seorang isteri selepas penceraian:

𝐇𝐀𝐊 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐑𝐀𝐈𝐀𝐍

Allah swt telah berfirman dengan MafhumNYA :

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”.
( Surah at-Talak : 6 )

Apabila pihak-pihak yang dari perkahwinan yang sah telah dibubarkan perkahwinan samada telah dibubarkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan perceraian/fasakh oleh si isteri atau telah diceraikan oleh si suami samada di luar Mahkamah mahupun dengan kebenaran Mahkamah. Maka apabila sesuatu perceraian itu telah disabitkan sebagai SAH tiada mana-mana perintah Mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai Nusyuz, maka si isteri ini diberikan hak mutlak yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk membuat tuntutan sepertimana di bawah :

𝟏- 𝐍𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐈𝐝𝐝𝐚𝐡
Nafkah iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya. Namun bagi wanita yang tidak diarahkan untuk beriddah oleh Mahkamah sebagai contoh wanita yang belum disetubuhi oleh si suami sepanjang tempoh perkahwinan tidak ada tempoh iddah.

Ini kerana tujuan tempoh iddah ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak-pihak untuk Ruju’ Kembali dan bertujuan bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari kandungan.

𝟐- 𝐍𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥
Tempat tinggal adalah wajib disediakan dalam tempoh iddah Rajie (yang boleh diruju’). Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut, pihak-pihak diberi ruang sekiranya ingin menyambung Kembali (Ruju’) ikatan perkahwinan.

IKLAN

….. Merujuk di dalam Dalil Nabi Muhammad saw yang bersabda:
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

𝟑- 𝐍𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐭𝐚𝐚𝐡
Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.

…. Ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai Mutaah:
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah : 241)

𝟒- 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami,isteri tersebut. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

𝟓- 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya. Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.

𝟔- 𝐇𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

𝟕- 𝐍𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐚𝐤
Sekiranya dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak mempunyai anak tak kisahlah berapa ramai sekalipun, maka si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak-anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar.

IKLAN

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Maka inilah senarai atau jenis-jenis tuntutan yang boleh dibuat atau dituntut oleh isteri yang diceraikan tanpa alasan yang munasabah.

Baca Ini:

Nekad Bercerai, Stop! Jawab Dulu Dengan Jujur Soalan Ini!

Ini 7 Hak Yang Boleh Tuntut Di Mahkamah Selepas Perceraian Berlaku, Wanita Sila Take Note!

IKLAN

𝐍𝐚𝐤 𝐭𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚??

Mestilah di Mahkamah Syariah.

Nak tuntut boleh tak tuntut pun boleh, cuma part anda sebagai isteri sajalah ye. Part Nafkah Anak dan Hak Anak jangan dinafikan pulak. Itu hak anak. Siapa anda untuk nafikan hak-hak mereka. Dan siapa anda juga sebagai bapa/bekas suami untuk nafikan hak-hak mereka.

Jika tiada keadilan di Mahkamah Dunia, anda akan diadili di Mahkamah Akhirat. Yang penting usaha seterusnya barulah tawakal.

Oleh itu, moga tiada lagi yang ketinggalan keretapi berkenaan apa hak-hak isteri selepas penceraian Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan pada yang juga. InsyaAllah.

Kongsikan pada dunia biar ia merentas dunia. 😊😊😊😊

#RabiatulAdawiyahRamli
#CelikMindaSyarie
#HakIsteriSelepasPerceraian

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan dan membantu wanita agar mengetahui apakah hak sebenar seorang isteri setelah diceraikan suami. Tuntutlah selagi ia menjadi hak bekas isteri, jangan sesekali nafikan hak anda. 

Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI