Murninya usaha yang dilakukan oleh penyanyi dan komposer Altimet ini. Seperti mana kebanyakkan kebanyakkan rakan selebriti yang lain, Altimet juga tidak terkecuali turut menggerakkan usaha yang sama menerusi sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan Jumaat ini.
Antara kerja-kerja sosial yang dilakukan oleh Altimet sebelum ini.
Altimet Berhajat Meronda Setiap Hari Jumaat
Ternyata kempen Bendera Putih terus menarik perhatian ramai apabila pelbagai pihak tampil ke depan untuk membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Jumaat ini, saya dan seorang rakan akan meronda sekitar Kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak mencari kibaran bendera putih.
“Tidak Perlu Malu”
“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan rumah untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload.
“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak tolong jiran sendiri,” tulisnya di laman media sosial miliknya.
Ads
Pelawa Yang Ingin Turut Serta Misi Bantuan Ini
Penyanyi Amboi ini turut mempelawa mereka yang ingin turut serta dalam misi bantuan tersebut.
“InsyaAllah hajat kami meronda setiap hari Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran.
“Untuk jiran-jiran lain yang ingin membantu, mohon salurkan dana ke akaun Maybank Mineralline Cosmetics: 564874006702. Akaun ini telah kami kosongkan untuk khas menerima dana bantuan sahaja,” tulisnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Gadis kongsi penampakan pocong ketika buat siaran langsung di stesen minyak. Pengalaman kali pertama bertugas syif malam tiga hari lalu menjadi mimpi ngeri buat Amoi, 31, pengurus sebuah stesen minyak Shell di Selayang apabila ternampak kelibat makhluk dipercayai pocong.
Menerusi video yang dikongsikanya itu, di saat dirinya mengalihkan kameranya, jelas kelihatan sosok tubuh mahkhluk berbungkus itu atau dipanggilnya “hantu gula-gula”.
Kisah Amoi, 31, mendapat perhatian selepas berkongsi video penampakan entiti itu di akaun TikTok miliknya.
Gadis Kongsi Penampakan Pocong
Menerusi video itu, Amoi mengalihkan kameranya sebelum kelihatan jelas susuk tubuh entiti berkenaan. Katanya rakaman itu dibuat sekitar jam 4 pagi ketika dia bersiaran bersama pengikutnya di Tik Tok.
“Ketika itu hanya dua orang saja yang bertugas, dirinya dan rakan sekerja. Ketika kejadian memang tiada pelanggan dan saya membuat siaran langsung. Tapi mata saya kemudian mata saya kemudian terpandang sesuatu yang bercahaya di atas bumbung restoran dekat seberang jalan jadi cuba ‘zoom’ bagi melihat lebih dekat dan terkejut apabila nampak susuk tubuh ‘gula-gula’ (pocong),” katanya.
Menurut Amoi, penampakan itu agak jelas kerana diterangi cahaya yang tidak tahu datang daripada mana.
“Setahu saya, tiada lampu jalan di situ jadi tak tahu cahaya apa yang menyinari makhluk berkenaan. Lagipun, makhluk itu seolah-olah berada di atas bumbung restoran. Restoran itu pula sudah ditutup jadi tak logik ada cahaya di situ.
“Saya yakin apa yang saya nampak itu adalah ‘gula-gula’ dan mungkin sebab itu saya demam hari berikutnya,” katanya.
Memetik laporan Berita Harian, Amoi mengakui tidak menceritakan hal ini kepada rakan setugas tetapi bila bersembang dengan seorang pakcik yang sama shif, dirinya beritahu juga ternampak cahaya itu.
“Menurut pak cik itu, dia sedang membersihkan tandas pada waktu berkenaan dan turut nampak macam ada kelibat tetapi tak pasti adakah kelibat itu entiti seperti yang saya nampak,” katanya.
Berhubung perkongsiannya di TikTok, Amoi berkata, niatnya bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi pengalaman seram dilaluinya.
“Saya tak pernah alami pengalaman macam itu jadi saja kongsi video dirakam di TikTok.
“Ramai percaya mungkin kerana nampak jelas malah tak lama selepas saya muat naik video itu, ada rakan duduk di lokasi berhampiran katakan kawasan berkenaan memang keras kerana dekat dengan hutan simpan di belakangnya,” katanya.
Mas Anizan Akui Rindu Anak Yang Menetap Di Luar Negara
Ibu mana yang tak menzahirkan rasa rindu bila terpaksa berpisah jauh dari anak. Tapi sudah menjadi lumrah anak gadis, usai mendirikan rumahtangga, berada di sisi suami adalah tempat paling afdal untuk dirinya.
Bagi Datin Mas Anizan, perkahwinan anak sulungnya, Mas Aliza atau mesra disapa Baby sememangnya menggembirakan dirinya. Meskipun terpaksa berjauhan, ia mengukuhkan lagi kasih sayang mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tudung dan selendang dah penuh satu almari tetapi yang pakai cuma satu. Eh, itu biasa sebab selesa dan mudah nak sarung nak keluar ke mana-mana.
Satu perangai lagi pantang nampak tudung dan selendang yang cantik kat kedai atau media sosial, semua nak beli! Sudahnya tak ada tempat nak letak dan yang beli sebelum itu bertindah dan tak jumpa nak pakai.
Mak, beli lagi! Cantik sangat perangai ya…
Tetapi gaya pakai tetap sama sebab tak ada idea macam mana nak menggayakan tudung tersebut?
Haaa.. ini kami bagi inspirasi mana lah tahu kalau mak-mak atau si anak dara nak cuba di rumah. Bila tengok artis Malaysia ni pakai cantik dan kemas je…
Artis Pakai Tudung Dan Selendang
Nealofa
Amy Mastura
Ziana Zain
Diana Amir
Irma Hasmie
Nabila Razali
Elfira Loy
Siti Nordiana
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Norjuma
Hanis Zalikha
Mia Ahmad
Haaa… mana satu yang anda rasa sesuai untuk bentuk muka sendiri? Jangan rasa tak cantik, kena cuba dulu barulah nampak kelainan diri macam kita pergi potong rambut!
Tip Jaga Kain Tudung Dan Selendang
1. Guna Pelembut
Rendamkan tudung seketika dalam air suam yang telah dicampur dengan bahan puncuci berbentuk cecair dan bahan pelembut. Bilaskan dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa sabun.
2. Jangan sental
Ketika mencuci, jangan meramas atau menyental tudung anda dengan kuat. Jika ada kotoran degil, cukuplah sekadar anda mengosoknya dengan tangan.
3. Abaikan mesin basuh
Bagi jenis kain yang lembut, anda tidak digalakkan mencucinya dengan mesin basuh. Walaupun mudah, ia dikhuatiri akan merosakkan kain tudung tersebut. Namun jika anda mahu menggunakan mesin basuh, asingkan tudung daripada bercampur dengan pakaian lain.
4. Cara keringkan
Ketika mengeringkan tudung, pastikan anda menjemur di kawasan yang redup dan tidak terlalu panas. Jangan terus letakkan tudung di bawah matahari terik untuk mengelakkan warna cepat pudar.
5. Suhu rendah
Ketika mengosok tudung, pastikan suhu sentiasa rendah untuk mengelakkan ia terbakar lalu anda pun menangis. Material jenis sifon dan silk perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ia lembut.
6. Gantung
Kalau nak simpan tudung, sebaiknya gantung tudung anda. Tak perlu lipat nanti berkedut dan masa nak cari tudung untuk dipakai, tak jumpa!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Raya tak lama lagi, mesti dah ada senarai rumah saudara mara dan kawan-kawan untuk pergi beraya nanti. Maklumlah dah berapa lama tak dapat lalui amalan kunjung mengunjung ni.
Tak kisah pergi beraya rumah adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan sekali pun. Tapi kena jaga adab atau kejadian yang tak diingini berlaku. Daripada nak eratkan silaturrahim boleh jadi isu atau mengata pula, takutnya bermasam muka.
Sebelum pergi beraya, lihat panduan yang diberikan oleh Akhtar Syamir ini. Boleh memberi manfaat agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Pergi Beraya Untuk Beraya Bukan Balik Bermasam Muka
Raya nanti, sudah tentulah ramai yang akan pergi beraya dengan ziarah menziarahi antara sesama saudara, adik beradik dan rakan taulan.
Tetapi, saban tahun kita sering mendengar kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku tatkala musim perayaan tiba. Ada yang tv pecah, gelas pecah, pinggan mangkuk pecah, kecurian, kehilangan barang, kehilangan duit, kerosakan harta benda seperti sofa terkoyak dipijak anak, karpet kena muntah dan berak anak serta lain-lain kejadian yang tidak diingini.
Hasilnya, amalan ziarah menziarahi yang sepatutnya mengeratkan silaturrahim bertukar menjadi sesuatu yang meninggalkan kesan yang tidak baik. Ianya diakhiri dengan situasi tegang, tuduh menuduh, memendam perasaan dan mengata antara tuan rumah dan yang datang beraya.
Marilah jadikan senarai ini sebagai panduan apabila beraya di rumah orang lain.
1. Sedarlah yang anda sedang berada di rumah orang lain dan bukannya rumah sendiri. Penting untuk tetapkan perkara ini di dalam kepada sebelum berkunjung ke rumah orang supaya kita sentiasa dalam keadaan yang bersedia dan tidak keterlaluan walaupun di rumah adik-beradik sendiri.
2. Jangan masuk ke dalam bilik tuan rumah tanpa kebenaran. Bilik tuan rumah ialah satu tempat yang paling tidak patut untuk dimasuki kerana di dalam bilik selalunya ada barang-barang sulit dan segala benda yang tuan rumah tidak mahu tetamu tahu. Kat dalam tu la ada pakaian dalam, tuala, baju kotor, barang-barang yang tak sempat dikemas, katil tempat tuan rumah beradu dan barang-barang berharga yang lain. Ini untuk mengelakkan tuan rumah malu dan kebarangkalian lain yang tidak baik.
3. Jangan buka peti ais tuan rumah macam rumah sendiri. Ini juga satu hak milik peribadi tuan rumah. Dalam tu la ada makanan, minuman, lauk pauk semalam, kelmarin dan lain-lain lagi yang tuan rumah tak nak tetamu lihat. Kadang-kala peti ais tu pun dalam keadaan yang tidak terlalu bersih, jadi bahan umpatan tetamu pula. Kan tidak elok begitu?
4. Anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa. Pusing la macam mana pun, anak ramai ke, tak nampak ke, tak perasan ke, tidak boleh dijadikan alasan. Apa juga yang anak anda lakukan adalah tanggungjawab anda sebagai ibu-bapanya. Anak yang kecil tidak boleh dipersalahkan kerana mereka ada yang belum boleh berfikir dengan matang lagi, tetapi ibu-bapanya boleh. Perlu ada rasa tanggungjawab dan perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5. Jika ada yang rosak atau yang pecah, jangan lari dari tanggungjawab. Ganti, bayar dan minta maaf serta pujuk tuan rumah sebaik mungkin. Yang rosak dan yang pecah itu adalah hak milik serta harta tuan rumah. Kita tidak tahu nilai barang itu bagi tuan rumah. Mungkin ianya satu kenangan yang tidak mungkin dapat dikembalikan lagi. Perlu rendah diri dan minta maaf secara bersungguh-sungguh. Kita telah ambil sesuatu dari kehidupan mereka. Tolong faham.
6. Apabila tuan rumah menegur, dengar dan jangan marah atau terasa. Selalunya tuan rumah akan lebih peka dengan barang-barangnya sendiri berbanding orang yang menziarahi. Jika tuan rumah tegur anak kita supaya jangan melompat-lompat di sofa, tak kira la sofa tu harga RM15,000 atau RM500, cegah terus anak itu. Jangan sekadar melihat je, jangan sekadar memberi alasan yang anak itu “budak, biasalah main-main”. Dan yang paling penting ialah jangan sentap pulak. Orang tegur supaya tak jadi perkara yang tak elok. Jangan kita pulak sentap, siap perli tuan rumah lagi. Memang sangat menyakitkan hati perangai sebegini.
7. Jangan nak komen sangat pasal rumah orang. Deko tak kena la, warna terlalu garang la, rumah panas la, penat duduk bawah la, makanan tak sedap la. Apa yang kita minat, apa yang kita suka tak semestinya sama dengan pemikiran orang lain. Manusia ni diciptakan berbeza-beza. Ada orang suka merah, ada yang suka kuning. Rumah dia, biarlah dia nak warna pink pun peti ais dia. Kita tak perlu nak sibuk sangat…
8. Bagitau dulu sebelum nak datang. Walaupun sekarang musim hari raya, tak semua orang sentiasa bersedia dan tak semua orang mampu menyambut tetamu sepanjang masa. Keadaan dan situasi orang kita tak tahu. Tak boleh gunakan alasan “Aku nak ziarah, bukan nak tengok sofa kau”. Kena faham yang setiap keluarga perlu jaga aib mereka. Anda mungkin rasa tiada masalah, tetapi mereka malu.
9. Kita kenal keluarga kita sendiri. Jika kita ada anak yang hebat, kita kena kawal sentiasa. Bersedia dari awal, nasihat anak dari awal. Kalau yang jenis tak makan saman tu, peganglah awal-awal. Jangan biarkan mereka bebas usik sana sini, pegang itu ini, lompat situ sini. Tuan rumah tak semestinya faham anak kita. Kita yang kena bersedia dahulu.
10. Jangan duduk lama-lama sangat. Dari Zuhur sampai ke Maghrib ada lagi. Tuan rumah nak melayan orang lain juga. Datang untuk ziarah, bukan untuk jadikan macam homestay sampaikan tetamu lain dah ingat anda ni duduk kat rumah tu dah. Satu cara paling mudah nak tahu bila dah sampainya masa untuk beredar ialah apabila tuan rumah dah takde cerita nak berborak dengan anda. Bila keadaan tu dah senyap, bila dah selesai makan, pandai-pandailah beransur ye. Tapi kalau anda dari jauh, lain ceritanya. Mungkin nak tumpang solat dan lain-lain.
11. Jangan terlalu santai di rumah orang. Sofa orang tu ada satu je, tapi kita boleh pulak baring melintang sampai orang lain pun tak boleh nak duduk. Bantal kat sofa tu pun untuk hiasan sebenarnya, bukan untuk baring tidur. Perabot tuan rumah pun jangan la kita jadi pakar deko nak ubah sana sini pulak tau.
12. Gunakan tandas dengan berhemah. Kalau terpaksa guna untuk yang tak tahan nak memerut tu, bersihkanlah sebersih boleh. Mati tak bernafas orang yang nak guna lepas tu. Dan jangan lupa juga, lepas guna tu tutup pintu dan padamkan lampu. Oh, berus gigi tuan rumah jangan pakai tau. Hahahaha.. Kerja gila..
13. Kalau tuan rumah ada binatang peliharaan, tolong la jaga anak dan jaga diri sendiri. Paling utama kena tahu kebersihan diri sendiri. Kebersihan binatang peliharaan tu pun kena tahu jugak. Perkara ini boleh membahayakan diri dan binatang kesayangan tuan rumah itu juga. Kalau anak kita lasak, tolong la jaga. Ingat kan kes kucing mati sebab tetamu tu? Kesian sungguh kan? Harap tidak berulang lagi.
14. Jangan makan sampai pecah perut. Berpada-padalah terutamanya makan kuih raya tuan rumah. Jangan samakan dengan makan nasik. Habis sebalang kuih orang tu. Orang lain nak makan pun terpaksa tambah. Akhirnya dia jugak yang menghadap lagi. Hahaha.. Masalah sungguh.
Perkara seperti ini nampak mudah dan sepatutnya semua orang boleh faham kan? Percayalah yang tak semua orang faham. Ada je yang rasa benda ni tak perlu ambil tahu.
Semoga senarai ini dapat dijadikan panduan buat semua. Semoga tiada lagi kes-kes yang tidak baik terjadi. Musim perayaan ini kita sambutlah dengan kegembiraan dan bukannya bermasam muka. Boleh?
#BroOhsem
Mingguan Wanita : Paling penting jangan buat rumah orang macam rumah kita. Jaga adab masa berkunjung.