Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
Ads
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ads
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Bahan Diperlukan:
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
Cara Membuat:
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM109 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
Mingguan Wanita: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Tak rugi berbudi pada tanah. Namun nak bercucuk tanam dan berkebun pun ada ilmunya. Buat yang baru nak berjinak-jinak semai biji benih sayuran rupanya antara tipnya lepas tabur, kena tutup dengan plastik dahulu. Barulah biji benih yang disemai cepat keluar dan bercambah.
Berikut perkongsian tip yang dikongsikan oleh Puan Azita Nur sebagai rujukan;
“Cara saya nak semai benih pokok-pokok sayur, lepas ditabur dalam bekas, saya tutup dengan plastik, bagi wap panas dalam tu..wap tu bagi biji benih cepat keluar (bercambah).”
“Satu malam dah keluar. Ini sawi putih tunggu 2 daun baru pindah kan.”
“Saya rendam dalam 1 jam setengah dalam air penggalak akar. Kalau tak ada pun tak apa.. rendam air beras je.
Ini pokok sup dan sawi saya. Sudah 3 kali saya tanam cara macam ni.
Sehari sekali saja siram. Siram pun jangan kuat-kuat guna Spray je kalau tak pokok patah.
Sewaktu nak pindahkan kena berhati-hati. Ambil guna sudu kecik.
Letak bawah tempat teduh bila dah keluar benihnya. Buka plastik tu, spray saja dengan air basuh beras.
MW: Jadi buat mak-mak yang baru nak berjinak-jinak untuk bercucuk tanam, jika semai biji benih, nak cepat keluar cambahnya pastikan tutup dengan plastik dahulu.
Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Atas ‘keazaman’ mampu menghafal setiap skrip yang diberikan, pelakon Amar Baharin,35 menyahut cabaran #AlMulkChallenge dengan menghafal surah ini sebagai pencapaian peribadi dan seorang Muslim.
“Skrip 30 episod boleh hafal takkan Al Mulk 30 ayat tak boleh.Come on Amar, u can do it. Dengan izin Allah.”
“Maaf kalau ada tersalah atau tersilap dalam sebutan atau tajwid. Sila tegur ye. Al-Mulk ayat 1-15.” ujar pelakon ini dalam posting di Instagramnya.
Sebagai seorang peminat Sheikh Mishari, lenggok bacaan hafazan Surah Almulk pelakon tersebut seperti Qari tersebut. Amar juga ada berkongsi tip cara dia tersendiri agar mudah ingat dan hafal surah Al-Mulk ini dengan membaca 5 ayat berulang dalam kereta setiap pagi.
“Saya suka mendengar hafal Surah Al Mulk di Youtube. 5 ayat berulang kali. Biasanya waktu tengah driving nak pergi shooting setiap pagi dalam kereta. Lama-lama melekat. Malam lepas maghrib semak balik kat Al Quran,” ujarnya yang berazam menghafal Surah Al-Kahfi 1-10 pula nanti.
Memang terbaik usaha suami kepada pelakon Amyra Rosli,29 ini dalam usaha memperbaiki diri dengan menghafaz ayat-ayat suci Alquran. Antara kelebihan bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat pada 11 November lepas. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata Aqeef Anaqi,3 dan Ayra Arissa 9 bulan.
MW: Tahniah Amar atas usaha menghafaz Surah Al Mulk ini. Tersalah dan tersilap itu lumrah dalam belajar, yang penting usaha dalam memperbaiki sebutan, tajwid dan hafazan. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain untuk menghafaz kita suci AlQuran ini, tak mengira peringkat usia.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.