
Tengah memasak, tiba-tiba gas habis. Macam mana nak buat. Tong gas ‘spare’ pula tak ada. Nak panggil orang untuk hantar, ambil masa lama pula.
Begitulah, gas habis ni memang tak dijangka. Tengah-tengah memasak, tiba-tiba padam. Tak ada pula gas spare dan kedai gas jauh pula tu. Ada cara boleh bantu bagi idea untuk mak-mak.
Malah, cara ini pun boleh juga dipraktikkan untuk mereka yang suka camping, boleh cuba guna minyak masak dan tisu saja. Seperti yang dikongsikan oleh Zeela Touch dan Facebooknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lampu Mati Atau Tiada Elektrik, Buat LILIN Sendiri Tahan Lama Berhari-Hari
Petua Nak Kurangkan Rasa Pedas Dalam Masakan, Kena Tambah Bahan Ini!
Info Lebih Menarik DI SINI
Gas Habis, Gantikan Dengan Tisu
Tengah malam, teringin nak makan maggi, tapi tengah masah gas pula habis. Inilah cara yang boleh membantu. Selamat mencuba.
1. Ambil tisu dan siram dengan minyak masak.
2. Kacau bagi minyak masak itu meresap pada semua tisu.
3. Kemudian, nyalakan api pada tisu tadi.
4. Sudah menyala dan bolehlah memasak.
Mingguan Wanita : Boleh dipraktikkan untuk memasak pada waktu terdesak, gas habis.

Sumber: Zeela Touch
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anda Jenis ‘HANTU DURIAN’, Bukan 8 Tip Ini Saja Kena Hafal Tapi Patut Terjah 6 Tempat Raja Buah Juga!

Isi Kandungan
ToggleMungkin belum terlambat kalau nak cerita fasal raja buah iaitu durian. Ada yang suka sangat makan durian, ada pula yang bau pun tak boleh langsung, tapi rasanya kebanyakan orang memang sukalah makan buah ni. Baru-baru ni viral fasal pesta durian yang diadakan Di Shah Alam. Ramai yang tak puas hati tak dapat makan buah durian seperti yang digempar gempurkan, dengan durian tak masak dan sebagainya. Ada juga tergerak hati nak join kenduri durian tu,maklumlah dapat makan durian sampai ‘lebam’ dengan harga serendah RM 19 siapa yang tak nak kan. Nasib baik tak jadi pergi kalau tak dengan ‘hakak’ sekali ‘kuciwa’.
Famili saya memang semuanya hantu durian, teringat masa kecil-kecil dulu kalau beli durian memang beli berbakul-bakul terus. Famili ramai jadi memang tak cukup kalau beli sikit-sikit. Tambahan pula dulu-dulu durian tak macam sekarang mahalnya. Kalau musim durian dah beli durian banyak-banyak tu kami akan buat kenduri pulut durian. Memang syok sangat dapat kenduri ramai-ramai makan durian dan pulut durian.
Kami memang keluarga besar, jadi kalau berkumpul tak pernah tak ramai. Pendek kata kalau buat kenduri lembu separuh tu mungkin hanya untuk keluarga kami sahaja. Sebab itulah kalau beli durian dulu kena berbakul-bakul. Ok bukan nak cerita pasal tu tapi memandangkan saya suka durian saya nak share skit tip untuk pilih durian yang elok. Mana tau berguna untuk anda semua bila nak beli durian. Bukan semua orang tahu macam mana nak pilih durian yang elok ni kan, tapi ini pun saya google jugak la sebab sebelum ni memang main belasah sahaja beli durian, kadang-kadang suruh tuan kedai tu tolong pilihkan. Jadi saya kongsikan kat sini moga-moga bermanfaat untuk kita semua:
1. Duri
Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.
2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis dan biji yang kecil atau kurus.
3. Bau
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya dan berkemungkinan telah diperam. Nasihat kepada anda jangan cium lebih-lebih nanti luka pulak hidung anda yang cantik dan mancung tu.
4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
5. Goncang Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.
6. Tengok tangkai buah
Kalau gelap semacam sahlah buah tu dah lama jatuh. Kalau berlendir dan masih cerah lagi memang ianya fresh dan baru jatuh. Tangkai yang tahan lasak dan liat mempunyai rasa yang sedap daripada biasa.
7. Perhatikan bahagian bawah durian
Pilihlah buah yang belum merekah bontotnya. Ianya fresh lagi. Tapi kalau dah merekah dan kehitaman pula warnanya sahlah buah tu dah lama dan nak busuk.
8. Kupas dan rasa buah semasa beli
Yang ni paling senang. Suruh je penjual tu buka durian untuk elak rasa tertipu. Kalau rasa tak sedap takyah beli dan cari kedai yang lain.
Haa… lagi satu untuk penggemar durian, kalau ada masa dan bajet lebih mungkin boleh pergi bermalam di beberapa tempat yang menawarkan pakej all-you-can-eat. Tempat-tempatnya pun cantik-cantik dan sesuai untuk bawa keluarga bercuti bersama.
1. Green Acres Orchard & Ecolodge
Terletak 3km dari pekan Balik Pulau, Pulau Pinang, kawasan yang meliputi 16 ekar tanah berbukit ini dah berusia lebih dari 50 tahun. Ada lebih dari 450 pokok durian dengan 32 jenis yang berlainan untuk anda rasa bila menginap kat sini.

2. Bukit Karuna
Tempat ini juga terletak di Balik Pulau, tempat ini dulunya merupakan dusun durian sebelum ia dibeli oleh Carl seorang warganegara Amerika Syarikat dan isterinya, Lilian yang suka makan durian. Pemandangan kat sini memang ‘awesome’ jadi bolehlah anda makan durian sambil menikmati pemandangan yang indah.
3. Bao Sheng
Satu tempat yang cantik dan hebat untuk dikunjungi bersama keluarga. Boa Sheng yang terletak di Pulau Pinang ini mempunyai dusun yang menempatkan lebih daripada 16 jenis durian yang berumur lebih dari 60 tahun. Untuk anda yang menginap kat sini boleh menikmati durian tanpa had dan juga buah-buahan lain.
4. Sim Kao Yen
Sim Kao Yen terletak di Bandar Bersejarah, Melaka. Dusun ini mempunyai 29 jenis durian untuk anda nikmati pada musimnya. Kadar harga yang ditawarkan dekat sini lebih murah berbanding yang lain.
5. Eight Acres
Eight Acres juga salah satu destinasi yang boleh dipertimbangkan buat penggemar durian. Dengan konsep penginapan yang moden yang rustic, tempat ini terletak di antara Bentong dan Raub. Kalau tengah musim durian, anda boleh menikmati durian-durian seperti D24, 101, Teka dan Durian Kampung sampai kenyang.
6. Tras Durian Farmstay
Terlatak di Raub, Pahang, tanah yang berkeluasan 23 ekar ini sesuai untuk yang inginkan ketenangan. Dikelilingi dengan sungai dan hutan, kalau menginap di sini, anda boleh membuat aktiviti seperti memancing, jungle trekking, berbasikal dan banyak lagi aktiviti untuk keluarga yang lain. Selain dapat makan durian pada musimnya, anda juga boleh makan ayam kampung dan ikan segar yang dimasak sendiri jika menginap kat sini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah, Rasa Macam Dari ‘Cameron’ Walhal Benih Kedai Eco

Isi Kandungan
ToggleJangan tak percaya, benih jagung manis dari kedai Eco pun boleh jadi rasa sedap macam beli jagung dari Cameron Highlands. Yang penting ada usaha nak tanam jagung.
Walaupun cuma ada sekangkang kera saja keluasan tanah dekat tepi rumah itu. Sebenarnya step nya mudah saja usahakan tanam jagung manis.
Step Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah
Berkongsi cerita dengan Mingguan Wanita, Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik cuma menanam benih jagung di ruang tepi lot banglo kediamannya saja.
“Hobi saya, mini garden tanam jagung. Di ruang tepi lot banglo, bebas racun cuma bermodal RM10. Saya nak sharekan.” Ceritanya yang menetap di bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Anak-anak 2 orang suka sangat makan jagung.”
Macam Ini Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah
- Beli benih dari kedai Eco RM2. Saya beli RM10 semua.
2. Mula-mula saya gali tanah sikit saja. Letakkan benih dalam 4 ke 5 biji. Kemudian, tutup dengan tanah dan jirus.
3. Jirus pokok tiap petang. Dalam 4 ke 5 hari akan ada banyak anak pokok tumbuh.
4. Masa ini tabur baja asli, baja bekas kita bakar, yang hitam-hitam tu.
5. Dalam sebulan lebih dah mula berbuah. Tak sampai 2 bulan dah boleh makan hasilnya.
Punya Sedap Rasa Jagung Ni, Macam Dari ‘Cameron Highlands’
“Rasa jagung fresh dan sangat manis. Sedap macam jagung ‘Cameron’. Boleh hidang untuk anak-anak tanpa bimbang dan ragu.”

“Buah fresh saya rebus atau buat bubur jagung.”
Ketika ditanya, bagaimana dengan kawalan serangga perosak. Akuinya, “Setakat ini tiada serangga. Subur je pokok.”
“Saya tak guna racun. Baja saja organik. Memang sihat je daun-daunnya.” Kalau tengok pada gambar pokok jagung dan hasil jagungnya memang subur dan padat isinya.
Tanam sendiri itu lebih puas hati kan.. benihnya pun murah saja.
Sumber/Foto : Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemas Peti Ais Guna Botol Sama Warna, Barulah Nampak Luas, Teratur

Isi Kandungan
ToggleBetapa pentingnya penetapan bekas simpanan warna senada, saiz dan bentuk dalam menentukan kekemasan dalam susunan peti ais. Dan inilah konsep kemas peti ais yang dititikberatkan oleh Idzyan Ismail (Byldzyan Ismail) semasa mengurus kembali susun atur peti sejuk di rumahnya.
Warna senada ini sebenarnya boleh membangkitkan emosi tenang, sedap mata memandang seisi rumah. Dan peti ais nampak lebih luas bahagian dalamannya, jika barang-barang disusun dengan baik.
1 : Pindahkan Isi Dalam Botol Sama Saiz, Warna
“Alhamdulillah siap projek kemas mengemas fridge saya. Hari tu, saya ada tanya pendapat tentang susunan botol-botol dalam peti. Sebab sakit mata tengok tak sama.
Saya jumpa botol ni. Comel sangat sebab PINK. Jadi, saya beli lah 12 pcs. Saya rasa bila transfer ke botol lain. Rasa luas peti. Macam-macam boleh sumbat. Dan botol ini fit perfectly kat rak peti ni.”
2 : Label Tarikh Luput Bawah Botol
Orang curious tentang expired date. Saya tempek expired date kat bawah botol. So saya tau bila expired. Tak jadi masalah besar pun. Lagi pun sos-sos tu 2-3 bulan gerenti habis. Expired date almost setahun kan.
3 : Lepas Transfer Botol, Peti Ais Jadi Lebih Luas
Hari ini, siap projek organize peti ais. Happy nya peti ais dah jadi pink. Rupanya bila letak transfer botol. Lagi banyak barang boleh bubuh dalam peti ni.
Botol ni pulak ngam-ngam perfect dengan rak tuh.
Begini rupanya cara mak-mak boleh uruskan peti ais dekat rumah, barulah nampak kemas bersih.
Step By Step Projek Kemas Peti Ais
Kedudukan Barang Sebelum Disusun
Bahagian Pintu Peti Ais, Tukar Botol Hello Kitty
Bekas Simpan Stok Di Bahagian Peti Beku
Letak Label Senang Nak Cari

Sekitar Dapur Pun Dikemas Cantik Juga!
Sumber/Foto : Byldzyan Ismail, Idzyan Ismail
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI