Biasanya nasi lebihan makan malam kita buang sahaja lebih-lebih lagi sekiranya sudah basi. Menurut Puan Ida Hamzah, nasi tersebut seeloknya di jemur hingga kering atau dijadikan sebahagian bahan baja kompos.
Manakala suaminya memberi cadangan apa yang boleh dibuat dengan lebihan nasi tersebut yang telah dikeringkan. Nasi yang telah dijemur kering boleh menjadi kudapan petang yang selalu dimakan sewaktu kecil dahulu.
Sekali pandang seperti bepang, mungkin lebih kurang tetapi cengkaruk ini ditambah gula melaka dan kelapa. Sudah tentu rasanya lebih sedap apabila dijadikan kudapan petang.
Puan Ida akan berkongsi resepi yang boleh dibuat dengan mudah oleh ibu-ibu terutama waktu PKP ini, anak-anak juga memang menggemari makanan ini. Jom kita lihat gambar cara-cara membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
Nasi lebihan lebih kurang 3 cawan
Gula melaka setengah ketul atau 5 sudu gula perang
Kelapa muda parut
Secubit garam
Cara Membuat:
Nasi dijemur sehingga kering. Jika sedikit nasi lebihan yang ada selepas kering boleh disimpan supaya dapat nasi kering sekurang-kuragnya secawan untuk satu hidangan’
*jika cuaca panas seharian dijemur nasi boleh kering.
Ads
Nasi kering tersebut disangai (tanpa minyak) dengan api yang kecil hingga kekuningan atau coklat, jangan sampai hangit pula ya. Nasi kering mesti sentiasa dikacau rata.
.
*jika ada ketulan besar nasi kering sebelum digoreng elok di tumbuk agar terlerai supaya semasa digoreng rata garingnya.
3. Setelah siap digoreng, masukkan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Jika suka boleh juga sedikit kasar supaya semasa makan terasa nasi kering apabila dikunyah.
4. Sediakan bahan untuk campuran cengkaruk iaitu kelapa muda yang diparut.
Ads
*jika tiada kelapa muda, pastikan kelapa yang diparut bahagian putih sahaja supaya kejadiannya cantik. Setengah ketul gula melaka diracik nipis atau halus.
* Gula perang atau gula pasir juga boleh digunakan ik ut kemanisan yang disukai.
5. Gaulkan kelapa parut bersama gula melaka atau gula perang bersama gorengan nasi kering yang telah dikisar. Masuk secubit garam untuk rasa lemak.
Cengkaruk sedap dihidang bersama kopi panas sebagai kudapan petang bersama family terutama musim hujan.
Secara tidak langsung amalan pembaziran dapat dielakkan selain dari mengembalikan semula resepi berzaman yang kian dilupakan.
Selain itu nasi kering ini boleh digoreng dengan minyak jadi kembang dan boleh dibuat makanan yang dipanggil rengginang apabila disira dengan gula dan masuk kedalam acuan. Jika suka yang pedas, boleh disira dengan sambal seperti buat kerepek ubi. Selamat mencuba resepi murah dan mudah ini!
MW: Tak baik membazir, oleh itu kalau ada lebihan nasi di dapur buatlah cengkaruk ini. Penyediaannya pun mudah. Lebih mudah jika anda menggunakan gajet dapur yang bersesuaian. Beli sahaja di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi mak-mak yang suka makan terung boleh cuba resipi simple Kerabu Terung Bakar ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun, tapi sangatlah mudah nak buat nya. Bakar terung pun atas api dapur je dan pastikan santan dimasak sekejap. Bahayanya… punyalah sedap boleh buat makan bertambah-tambah! Rosak diet.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar sebagai rujukan.
KERABU TERUNG BAKAR SUAMI MINTA NAK LAGI
“Resipi ni kan dari sahabat Kekna dari nogori nismilan yang bagi ni tau. Selalu nampak dia buat tak boleh tahan anak tekak bergelora ni. Sekali terai buat perghhh terangkat lidah ni sampai tak boleh nak stop nak makan. Hahaha jaga jaga la untuk orang nak diet tu.”
“Serius cakap memang sedap giler lah buat selera makan bertambah tambah.”
“Meh Kekna nak share resipi. Bahan bahan tak ada lah susah mana pun yang penting masih bawah budget lagi la ye.”
Bahan-Bahan:
Terung
Santan
Bawang merah (dipotong halus)
Cili api yang (dipotong racik halus-halus)
Cili api yang (diblender bersama belacan)
Garam
Cara Membuat:
1. Terung tu pertama kali basuh dahulu dan lepas tu baru lah dibakar. Macam Kekna bakar je atas api dapur tu. Biar sampai nampak kehitaman kat luar tak apa. Apa perlahan ye karang terbakar rentung pula.
2. Lepas dah bakar tu sejuk kan. Buang kulit dia yang dekat luar tu sampai jadi bersih. Yang ni memang kena kesabaran yang tinggi tau. Hahaha.
3. Dah bersihkan baru lah boleh potong potong kecil ikut lah macam mana suka la kan.
4. Campur dengan bawang merah dan cili api dan cili yang blender dalam satu bekas sekali.
5. Santan tu masak sekejap atas dapur lepas tu campur dengan garam sikit dan tambah air masak dalam tu. Curahkan masuk la dalam bekas terung tadi tu semua.
6. Dah siap. Ha senang kann.
Di persilakan #SHARE resipi ni supaya dapat membantu la geng geng mak yang tak ada idea nak masak tu ye.
Dah dapat pahala berganda-ganda kan bantu memudahkan orang lain tau.
Musim durian dah tiba, banyak durian dijual dengan harga yang cukup murah .Jika dah jemu makan buah durian begitu sahaja, mak-mak sebenarnya boleh olah jadikan kuih pula. Selalu buah durian dibuat bubur,tempoyak, serawa, pengat dan sebagainya, tapi kali ni mak-mak boleh cuba buat resipi Kuih Seri Muka Durian sedap yang dikongsikan oleh Puan Mariani Said ini.
“Pagi-pagi dah berseri muka.Malam tadi buat,pagi ni potong-potong je. Alhamdullilah cantik kejadian nya.Musim yang ditunggu-tunggu..jemu makan buahnya kita olah menjadi kuih.”
Bahan-Bahan:
2 cawan pulut (basuh,rendam selama 2 jam)
2 cawan santan cair
Sedikit garam
Lapisan Atas
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula
Garam sedikit
Perwarna kuning sedikit
Cara Membuat:
1.Tapis pulut dan kukus bersama santan cair yang diisi garam sedikit.
2.Kukuskan selama 20 minit.
3.Blend semua bahan, masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil.
3.Kacau, agak-agak panas periuk.
4.Angkat dan curahkan ke atas pulut tadi.
4.Kukus selama 40 minit.Siap!Sejuk kan baru la dipotong-potong.
Info Ekstra!
Alaskan loyang dengan plastik atau oleskan dengan sedikit minyak supaya pulut tidak melekat.
Selamat mencuba!
Cukup mudah! mak-mak boleh buat sendiri di rumah kuih seri muka durian ini untuk kelaianan.Memang puas hati buat kuih seri muka durian ini sendiri, sebab kalau dibeli boleh tahan jugak harganya.Baunya yang semerbak dan rasa lemak manis durian, amat sesuai juga dibuat untuk hidangan minum petang buat keluarga.
Pernah tak anda buat cucur daripada nasi tak habis? Haaa… biasanya mungkin esok hari anda buat nasi goreng tapi bosan juga asik ulang tayang menu sama. Apa kata, kita olah nasi sejuk jadi cucur.
Menu ini boleh dijadikan sarapan pagi atau sajian petang. Lepak-lepak dengan anak-anak atau kawan-kawan, cuba goreng cucur nasi. Sedap, tak percaya sila cuba petang ini…
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
Cara membuat:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA:
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...