Banyak kegunaan Epsom Salt pada tanaman rupanya. Bagi mak-mak yang rajin berkebun, wajib ada stok Espom Salt ini di rumah. Banyak masalah tanaman yang boleh diatasi dengan menggunakan bahan ini. Cara menggunakannya pun mudah.
Baca perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad ini mengenai kelebihan dan cara menggunakan Epsom Salt pada tanaman.
EPSOM SALT UNTUK KESUBURAN POKOK
Manfaat dan Cara Guna Epsom Salt Untuk Kesuburan Pokok
1.Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel Benih.
CARA GUNA:
1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 – 2 sudu gaul dengan tanah semaian.
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.)
Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
CARA GUNA
1 sudu 1 pokok tabur pada tanah sekelilng pokok.
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu @ ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt.
Ads
CARA GUNA:
Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah
4. Daun Kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.
CARA GUNA:
Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula.
Kadar :Siraman 1 sudu + 4 liter air, 2 minggu sekali
5. Elak Daun kerinting (POKOK CILI)
Mencegah Leaf Curling dengan Epsom Salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan.
Ads
Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
CARA GUNA :
2sudu + 4ltr air Siram pada daun sebulan sekali.
6. Elak Perosak Tanaman
Elak Siput,ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik didalam bekas hydroponic. Perlu diingat bahawa Epsom garam larut dengan mudah larut dalam air hujan akan mencairkan epsom salt
CARA GUNA:
TABUR tempat yang bermasalah
7. Buah Lebih Manis
Tabur Epsom Salt pada pokok buah-buahan,pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
CARA GUNA
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
Tabur 1sudu setiap pokok 1bulan sekali
Ads
8. Baik untuk Pokok Tomato menjadikan buah lebih Manis
CARA GUNA:
2 sudu setiap 4ltr siram setiap 2 minggu.
9. Untuk Melebatkan Buah (CILI) Buah lebih besar, lebih pedas,
Pokok cili Perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
CARA GUNA:
Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.
10.POKOK ROSE Cantik
Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap. Guna ketika awal penanaman, ketika Nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Mingguan Wanita:Banyak khasiat menggunakan Epsom Salt pada tanaman ini. Akar pokok jadi lebih kuat, Bunga besar merimbun, daun lebat subur dan buah pun lebih manis.
Membeli barang basah dengan makanan dalam tin memang banyak bezanya. Bezanya, makanan dalam tin hanya perlu panaskan, kalau nak sedap makmak boleh tambah bahan perencah lain. Kalau makanan basah, kena bersihkan dan sediakan bahan-bahan yang ingin dijadikan hidangan pula.
Dalam keadaan sekarang ini, pilihan makanan dalam tin, mungkin jadi keutamaan mak-mak. Lebih-lebih lagi, bila perlu kejar masa, mak-mak main capai je apa yang ada di depan mata tanpa melihat dengan teliti makanan dalam tin yang diambil.
Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli ada kemek sedikit, tarik luput yang tak jelas dan sebagainya.
Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.
Ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.
Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.
Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.
*Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi kopi pelaga bukan kopi sebarangan. Ada banyak khasiatnya yang perlu kita tahu. Lagipun, nak buatnya tidaklah susah pun, bahan-bahan sampingan yang mudah didapati.
Kali ini Siti Aisyah atau dikenali Kak Ice berkongsi resipi kopi pelaga yang bagus untuk wanita terutamanya selepas bersalin. Nak buat pun senang sangat. Paling penting, hidang dan bagi minum pada suami sebab kopi ini pun berkhasiat untuk lelaki.
Kalau nak tahu, kopi ini, ibu saya yang hidangkan untuk saya sepanjang tempoh berpantang.
Antara khasiat kopi pelaga ialah mengawal tekanan darah, melawaskan kencing, memberi tenaga dan memperbanyakkan susu.
Bestnya, resipi ini juga digunakan untuk merawat lelaki yang mengalami masalah mati pucuk dan ketidasuburan.
Bahan:
250ml air panas
1 sudu besar serbuk kopi Arabica/Robust – dibakar 25% sahaja
3 biji buah pelaga – disangai atau diigoreng tanpa minyak tapi jangan sampai hitam. Cukup sampai naik bau sahaja
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan hitam atau habatussauda
2 sudu besar madu lebah asli
Cara Penyediaan:
1. Campur kesemua bahan kering (kecuali madu) dengan air menggelegak. Kalau rebus pula, pastikan guna api yang kecil.
2. Kalau hanya direndam air panas, tutup kole lebih kurang 5 minit.
3. Hidangkan bersama madu lebah asli.
Khasiatnya:
1. Bagi ibu berpantang, minuman ini membantu untuk cepatkan luka bersalin/pembedahan sembuh, campurkan dengan kuning telur ayam kampung 7 hari berturut-turut.
2. Bagi lelaki yang ada masalah mati pucuk (cepat orgsm/ lemah syawat), campurkan kuning telur ayam kampung ketika waktu subur isteri. Amalkan setiap pagi. Lelaki bermasalah begini perlu pantang minuman berais, berangin dan mandi malam.
Semoga bermanfaat
Mingguan Wanita : Sekadar usaha. Mungkin cara ini boleh membantu. Mudah-mudahan.
Perkara yang paling merisaukan bila ada simptom batuk berminggu -minggu. Minum ubat batuk sampai berbotol-botol pun belum tentu nak sembuh. Paling takut bila ia salah satu simptom jangkitan Covid 19 pula.
Ada juga yang mengalami batuk berminggu-minggu ni sampai tak boleh tidur, ada yang sampai terkencing bila batuk dan dah tak larat nak makan ubat batuk dah.
Kali ini, Norshahira Salleh berkongsi petua daripada kawan Indianya tentang ubat batuk semulajadi yang boleh diamalkan oleh mak-mak. Mudah-mudahan cara ini membantu.
Mingguan Wanita : Bahan dapur yang mudah mak dapat, nanti boleh cuba.
Sumber: @norshahirasalleh (tiktok)
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...