
Isi Kandungan
ToggleMemang ‘sakit mata’ bila lihat kuali berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Malah ada pelbagai tip dan petua untuk bersihkan bahagian belakang kuali ni.
PETUA Tanggalkan Kerak Kuali Tebal Dengan ASAM KEPING Memang Menjadi Sungguh!
Rupanya guna cuka dan baking powder pun boleh, tanggalkan kerak hitam pada belakang kuali ni. Hasilnya memang bersih dan berkilat. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Sue Yusoff ini sebagai rujukan.
“Bukan nak share resepi masakan kee apa. Dengan bahan nih boleh dapat kuali berkilat.”
Yang tengah tu tak dan perabis dah nak tonyoh, anak melalak lapaiq dahh..
Dalam 15 minit jaa tonyoh.
Bahan-Bahan:
Cuka
Baking powder
Caranya:
Bancuh baking powder pekat sikit
Lumur dekat kuali, curah cuka biaq sat 5 min
Boleh laaa mula tonyoh.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
6 Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan, Sila Cuba Gerenti Jadi!
Sanggup Guna KUALI HITAM, Kononnya Legend. Sebenarnya Ia Bahayakan Kesihatan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba petua dan cara berkesan yang dikongsikan ini.
Sumber: Sue Yusoff
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Senaraikan Jenis Ikan Yang Boleh Ibu Ambil Masa Berpantang, Ada Khasiatnya!

Sebaik melahirkan anak, mak-mak tidak boleh mengambil makanan sesuka hati. Ini masa berpantang dengan makanan tertentu untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan diri.
Baik bersalin normal atau pembedahan, pengambilan makanan masa berpantang tetap sama. Bimbang tak pantang, mak-amak boleh bentan. Ini belum lagi kalau buat kerja berat. Lagi bahaya.
Jadi masa berpantang mak-mak kenalah rehat dan mengambil makanan yang berkhasiat diri dan juga dalam menyumbangkan susu untuk bayi.
Ada juga mak-mak masa berpantang hanya mengambil lauk tertentu sahaja. Biasanya hanya ikan selar, salmon dah haruan. Tapi sebenarnya, ada beberapa jenis ikan yang boleh mak-mak makan semasa berpantang.
Perkongsian daripada Aizah Zarirah ini boleh dijadikan panduan tentang beberapa jenis ikan yang boleh mak-mak ambil masa berpantang. Malah, terbukti khasitnya pada ibu berpantang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doktor Kongsi Prosedur Sebelum Ibu Bersalin Discaj, Lalui ‘Checkpoint’ Sebelum Bawa Balik Bayi
Isteri Berpantang Bersalin, Sakit Letihnya.. Suamilah Kena Jaga, Bukan Lepas Tangan
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Masa Berpantang, Ambil Ikan Ini
Jenis-Jenis Ikan Buat Ibu Berpantang
Biasanya makanan yang selalu dihidangkan sebagai sumber protein buat ibu yang sedang berpantang adalah ikan. Tapi, bukan semua ikan boleh dimakan (Oleh sesetengah ibu), atas sebab tertentu. Kaedah memasak ikan buat ibu berpantang seelokknya secara kukus, rebus, atau bakar.
Antara jenis-jenis ikan yang sesuai buat ibu yang sedang berpantang:
IKAN HARUAN
Ikan haruan sangat popular untuk dijadikan pilihan sajian sepanjang tempoh berpantang. Hal ini kerana ikan haruan dipercayai mempunyai khasiat dan zat dalam membantu menyembuhkan luka dalaman serta luaran.
ikan haruan.
IKAN JENAHAK
Ikan ini hidup di paya bakau, muara dan laut lepas, disebabkan itu juga harga ikan jenahak agak tinggi di pasaran kerana ia sukar didapati berbanding dengan ikan yang lain.
ikan jenahak.
IKAN TENGGIRI
Ikan Tenggiri sebagai sumber tenaga dan ia juga mampu memberi zat kepada ibu yang sedang menyusukan bayi. Terdapat Omega 3 yang baik di dalam ikan ini bagi meningkatkan kecerdasan dan menghindarkan kecacatan pada bayi.
ikan tenggiri.
IKAN KERISI
Khasiat ikan kerisi adalah sama dengan ikan haruan iaitu menyembuhkan luka dalaman namun tidak setanding ikan haruan kerana kesan ikan kerisi lebih kuat berbanding ikan haruan.
ikan kerisi
IKAN SELAR
Isi ikan selar rasanya manis, ia sangat sesuai untuk ibu berpantang. Walau bagaimanapun, ikan selar mempunyai dua jenis iaitu ikan selar kuning dan ikan selar yang tiada garisan kuning pada badannya.
Yang boleh dimakan adalah ikan selar yang tidak mempunyai garisan kuning pada badannya. Ikan selar yang mempunyai garisan kuning pada badannya, tidak boleh dimakan kerana ia akan memberi bisa pada badan yang mempunyai luka dalaman.
ikan selar.
IKAN MERAH
Ikan merah kaya dengan zat bagi menurunkan tekanan darah tinggu dan juga mampu mengurangkan risiko terkena sakit jantung. Ikan ini juga mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lemak pada ikan ini adalah sihat untuk ibu berpantang.
ikan merah.
IKAN SENANGIN
Selain ikan tenggiri, ikan senangin juga mempunyai Omega 3 yang baik bagi membantu meningkatkan kecerdasan ibu. Ikan ini juga mengandungi zat besi bagi mencegah anemia pada ibu dan meningkatkan oksigen di dalam darah.
ikan senangin.
IKAN BAWAL PUTIH
Untuk pengetahuan anda, ikan ini dapat menjaga kesihatan jantung secara menyeluruh, memperbanyakkan kolesterol baik dan mampu mencegah pembekuan darah.
ikan bawal putih.
Kesimpulannya, mak-mak yang berpantang digalakkan mengamalkan ikan-ikan di atas kerana ia mempunyai isi perut yang putih. Kesihatan ibu semasa berpantang bermula dengan cara pemakanan.
Mingguan Wanita : Bagi yang bakal bersalin dan dalam pantang, bolehlah dijadikan panduan. Nanti tidaklah boring hidangan yang sama.
Sumber: Aizah Zarirah
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Tanam Taugeh Sendiri, Hari Ke-3 Dah Boleh Tuai Hasil

Isi Kandungan
ToggleTaugeh memang sedap dicampur dalam mee goreng, buat masak lemak putih atau ditumis begitu sahaja. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, banyak masa di rumah boleh buat aktiviti tanam taugeh sendiri dengan anak-anak.
Caranya mudah je, tiga hari semai dah boleh tuai hasilnya. Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Jimat lah sikit bahan dapur. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Jun Din ini sebagai panduan;
“Jomm buat taugeh sendiri, hari ke 3 dah boleh tuai hasil.”
Bahan-Bahan:
Kacang Hijau
Penapis
tuala basah
Penapis
Tong/ Bekas 4 segi
Cara Membuat:
1. Rendam kacang hijau sampai kembang.
2. Letak penapis, letak tuala basah dan tabur kacang hijau.
3. Ulang lagi langkahnya. Saya buat 2 lapis je. Masukan penapis ke dalam tong.
4. Akhir sekali, tutup dengan tuala basah dan siram.
5. Saya bubuh dalam tong 4 segi. Tong hitam lebih baik.
6. Tutup tong, simpan tempat gelap.Setiap 6 ke 7 jam siram.
7. Setiap hari buang air yang tertakung.
8. Hari ke 3 dah boleh tuai.
Siap Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Guna Periuk Pengukus Tanam Taugeh Sendiri, Syaratnya Siram 4 Kali Sehari & Simpan Tempat Gelap!
MW:Semoga Bermanfaat! Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.Mudah! 3 hari dah boleh tuai hasilnya, jimatlah sikit duit belanja dapur nanti.
Sumber: Jun Din
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Supaya Kekal Segar, Hijau & Boleh Bertahan Sampai 2 Minggu!

Isi Kandungan
ToggleRupanya begini cara yang betul, mak-mak boleh simpan daun pisang supaya ia kekal segar,hijau dan boleh bertahan sehingga 2 minggu! Bukan apa, daun pisang jika salah cara penyimpanannya boleh mengakibatkan daunnya cepat lebam, birat dan mudah rosak.
Daun pisang selalu digunakan sebagai penambah aroma bagi masakan mahupun kuih muih. Jika duduk di kampung, daun pisang tak jadi masalah boleh diambil bila-bila masa pada pokok. Tapi mak-mak yang duduk dibandar ni, yang tinggal di apartmen, kondominium daun pisang ni sangatlah ‘berharga’. Nak beli daun pisang ni boleh tahan juga harganya.
Oleh itu bila balik kampung, jika mak-mak ambil daun pisang dalam kuantiti yang banyak boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Roslan Mamak Haji. Menurut beliau, bila bawa balik daun pisang dari kampung, kadang kala ambil masa yang panjang, simpan pulak di but kereta, maka daun pisang ini perlu ‘disejukkan’ terlebih dahulu.
Baca juga : Cara buat ketupat daun pisang paling mudah, wangi, lembut, berlemak.
Cara-Cara Simpan Daun Pisang:
1. Ketika gulung daun pisang jangan terlalu banyak, satu gulung dalam 10 helai cukup, dan ikat dengan getah.
2.Kemudian rendam daun pisang tersebut dalam baldi yang diisi air untuk hapuskan ‘haba’.
3.Selepas bawa balik ke rumah, rendam sekali lagi dalam air selama 15-20 minit.
4. Toskan air dan terus masukkan dalam beg plastik serta simpan di peti sejuk bahagian dingin (chiller). Hasilnya daun pisang boleh bertahan sehingga 2 minggu.
Info Ekstra! Punca Daun Pisang Cepat Lebam & Tak Bertahan Lama
- Perlu tahu, proses fotosintisis tetap berlaku pada daun-daun pisang menyebabkan “Haba” akan akan dibebaskan dalam gulungan daun pisang.
- Oleh kerana tidak ada pengudaraan dalam gulungan itu, haba pada daun pisang boleh mencecah sehingga 40 – 45 C. Menyebabkan haba ini, akan melebamkan permukaan daun pisang.
- Daun-daun pisang telah lebam, tidak boleh gunakan untuk balut nasi lemak atau lain-lain kerana bau yang keluarkan amat tidak menyenangkan.
- Daun pisang perlu direndam didalam air selama 15-20 minit, supaya air dapat meresap pada daun tersebut. Daun pisang perlukan air untuk proses fotosintisis, klorofil inilah jadikan daun kekal hijau.
Semoga bermanfaat dan mak-mak boleh lah mencuba sendiri dirumah nanti. Tip ini juga sangat bagus dicuba bagi penjual kuih muih mahupun nasi lemak yang menggunakan daun pisang dalam jumlah yang banyak, jadi tidaklah rugi mahupun membazir jika daun pisang rosak.
Sumber: Roslan Mamak Haji
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI